View: 15884|Reply: 102
|
[Jenayah]
Jantan 19 tahun wat video aksi lucah dan diugut rakan facebook
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU - Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.
Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.
Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.
Mereka berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.
“Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.
“Hanya pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss sebaliknya serta wajahnya pula kabur,” katanya kepada pemberita, semalam.
Tanpa diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.
“Pengadu kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.
“Nickaah Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank. Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian,” katanya.
Azham berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
http://www.sinarharian.com.my/ba ... aksi-lucah-1.233939
Last edited by silentwinner on 25-12-2013 09:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan tu mmg gatal kan? Harus sebelum ni pun pernah buat |
|
|
|
|
|
|
|
ni melancap depan skype kan?
klate gedebe kоte
inilah serambi mukah |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 25-12-2013 08:40 AM
mesti pakai ym ni
kan dia dah tulis skype tu bro |
|
|
|
|
|
|
|
Klantan ke..
MUSTAHIL...KAN ADA NIK AZIZ TU...dia.x buat kerje ke? Atau dah UZUR....... |
|
|
|
|
|
|
|
kubang kerian ni area ka neighborhood aku ni
yo hommies! |
|
|
|
|
|
|
|
kubang kerian ni area ka neighborhood aku ni
yo hommies! |
|
|
|
|
|
|
|
bila teknologi disalahgunakan |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat kat Malaysia ni masih tak pernah serik dan taknak buat pengajaran iaitu rakam video aksi terlampau ngan kad gores dan menang.. Satu lagi penyusuan botol yg tak betul, sampai dah ramai bayi mati tersedak...... |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle posted on 25-12-2013 09:12 AM
Rakyat kat Malaysia ni masih tak pernah serik dan taknak buat pengajaran iaitu rakam video aksi terl ...
baca dua kali baru paham high...
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 25-12-2013 08:40 AM
mesti pakai ym ni
nampak sgt buta IT n ketingallan jaman.. pedia??? video call pakai YM???
prrrtfhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
nila padahnya zaman teknologi dah mankin canggih ni... |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai.. dah terhantuk baru nak tergadah ke adik oi.... dah sah2 baru kenal... dah la baru kenal pastu kenal dalam fb je kot.. dah sah2 la kenal dalam internet x berapa nak boleh percaya dik oiii.. kot ye pun dah x tahan jangan la guna wc ko tu.. kan dah jerat diri sendiri... ape2 pun jadikan la benda macam ni peringatan pada yang lain.. kadang - kadang pelik jugak dengan bebudak baru nak up ni.. kalau dah suka tu semua benda nak bagi nak tunjuk.. fikir2 la mak bapak yang jaga dari kecik pun kita x tunjuk semua benda ini kan pulak orang asing yang kita x kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
pebendalaa...pi kwinla klu nk tnjuk sgt....... |
|
|
|
|
|
|
| |
|