CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6638|Reply: 54

[Tempatan] {10} Keluarga 1Malaysia !

[Copy link]
Post time 15-1-2014 07:38 AM | Show all posts |Read mode
15 Januari 2014

Kuala Pilah: “Walaupun saya berketurunan Cina dan isteri pula India, saya tiada halangan untuk anak kelima saya itu berkahwin dengan orang Melayu dan beragama Islam,” kata penoreh getah, Sin Yeow Kong, 52, yang mengahwinkan anak perempuannya, Norfizaitun Sin Abdullah, 21 atau nama asalnya, Sin Yin Yin, dengan  seorang anggota polis di daerah ini, Mohd Hafizi Ramli, 25, semalam.


  Majlis perkahwinan yang diadakan bagi pihak perempuan itu diadakan berhampiran rumah Sin di bangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Dangi, di sini, semalam.

  Menurut Sin, dia yang memiliki lapan anak berusia antara 13 hingga 35 tahun dimaklumkan anak kelimanya itu menjalin  hubungan cinta bersama anggota polis, Mohd Hafizi yang bertugas sebagai Konstabel di Balai Polis Dangi sejak lapan bulan lalu.


  “Selepas dimaklumkan perkhabaran itu, saya tidak pernah menghalangnya dan beberapa bulan lalu dia ada menyatakan hasrat untuk memeluk Islam kerana mahu berkahwin.

  “Bagi saya itu keputusan hidupnya dan saya menghormati tindakannya,” katanya yang merestui perkahwinan Norfizaitun.

  Kata Sin, baginya semangat 1Malaysia yang diamalkan sejak sekian lama membuatkan fikirannya sentiasa menerima sesiapa saja bersama keluarganya tanpa mengira kaum.


  “Saya sendiri yang berketurunan Cina mengahwini isteri, S Kanama yang berketurunan India dari Masai, Johor pada 1982.

  “Selain itu, anak ketiga saya juga berkahwin dengan jejaka dari Thailand beberapa tahun lalu dan saya juga tidak pernah menghalangnya,” katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan itu.
  Mohd Hafizi yang berasal dari Sintok, Kedah, berkata, dia mengenali  isterinya yang juga pekerja salun lapan bulan lalu di daerah ini.

  Katanya, dia yang tiga tahun berkhidmat di daerah ini pada awal perkenalan tidak tahu isterinya berketurunan Cina dan India kerana rupa parasnya seperti orang Melayu.

  “Selepas berkenalan, barulah saya tahu status sebenar dan memilih berkahwin beberapa bulan lalu.

  “Saya bersyukur kerana isteri menerima dan mahu mendalami agama Islam dengan ikhlas hati,” katanya memilih tarikh perkahwinan itu pada Sambutan Hari Maulidur Rasul 2014 sebagai menghormati Rasulullah SAW.

  Majlis perkahwinan pasangan itu diuruskan Persatuan KRT Dangi yang diketuai Setiausahanya  Norhayati Abdullah yang menjalankan secara gotong-royong. -myMetro

p/s cantik isteri...jaga elok2 keimanannya...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2014 07:39 AM | Show all posts

PASANGAN pengantin, Mohd Hafizi dan Norfizaitun diapit Sin dan Kanama pada majlis perkahwinan, semalam.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 08:01 AM | Show all posts
lepas nie keluar anak kacukan apa entah nie....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 08:09 AM | Show all posts
anak dia pun tak macam cina dah? ke teknik mekap?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarang dgr laki cina kawen india
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 08:16 AM | Show all posts
biasalah org biasa/susah...cuba kalau cina kaya...atau india kaya....mau dia melayu keje gomen.....hehehehehe

susah 1Malaysia lah....Kalau kaya 1Malaysia entah kemana.... Last edited by Simunggu on 15-1-2014 08:17 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2014 08:18 AM | Show all posts
wife dia dah nampak macam muka melayu dah..
iols bayangkan dia kulit wife dia macam melayu, gelap sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 08:34 AM | Show all posts
cantik rupa anak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2014 08:45 AM | Show all posts
tahniah.....semoga dpt membimbing isteri ke jalan yg diredhai oleh Allah s.w.t....amin
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pengantin laki tgn berbalut  
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 08:56 AM | Show all posts
Ini yg sangat dibenci umno... perpaduan kaum...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 09:22 AM | Show all posts
ellZack posted on 15-1-2014 08:18 AM
wife dia dah nampak macam muka melayu dah..
iols bayangkan dia kulit wife dia macam melayu, gelap s ...

rasenye kulit wife die mmg gelap... tgk tangan yg pegang bunga tu, kan gelap... mekap kat muka berlebih2 putihnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 09:26 AM | Show all posts
lucky_peace posted on 15-1-2014 09:22 AM
rasenye kulit wife die mmg gelap... tgk tangan yg pegang bunga tu, kan gelap... mekap kat muka ber ...

iols tak perasan pulak tangan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
puccafan posted on 15-1-2014 08:13 AM
Jarang dgr laki cina kawen india

kwn aku chindian..ayhnya cina.tp rupa dia indian ikut mak dia.cuma mata tu sepet cm cina.nama cina.kitorg memula igt dia ank agkt..hahaha..tp adik pompuan dia cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina+india =muke melayu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 09:30 AM | Show all posts
tgn pengantin lelaki berbalut kecederaan tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2014 09:33 AM | Show all posts
cmf_kunyit posted on 15-1-2014 09:30 AM
tgn pengantin lelaki berbalut kecederaan tu..


patut la masam mukanye...
dlm kesakitan...

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ramai eh cindian kawin melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 09:47 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 14-1-2014 07:33 PM
patut la masam mukanye...
dlm kesakitan...

nampak mcm hafizi ni plak anak kepada keluarga 1 Mesia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 10:26 AM | Show all posts
Simunggu posted on 15-1-2014 08:16 AM
biasalah org biasa/susah...cuba kalau cina kaya...atau india kaya....mau dia melayu keje gomen.....h ...

melayu kaya pulak mau sangat ka dengan cina susah ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.102381 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list