CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19149|Reply: 28

Khasiat daun inai yang perlu anda tahu

[Copy link]
Post time 14-2-2014 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.

Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan.

Malah, penyakit-penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis atau lebih dikenali sebagai sakit kuning yang selalu dihadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada.
                     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 02:37 PM | Show all posts
woww good info.ingat boleh letak dekat kepala dengan jari je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 02:52 PM | Show all posts
rienafaiz posted on 14-2-2014 02:37 PM
woww good info.ingat boleh letak dekat kepala dengan jari je.

tu lah yg kita tahu cuma tu je kan...
rupanya byk lg kegunaan n kebaikkan dia...
sayang dh buang pokok dia..

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 09:27 PM | Show all posts
my fren minum air inai nie tiap2 pagi kot. dia bubuh daun inai tu dlm bekas air + air panas mendidih. pastu tutupkan bekas air tu. bila dah suam2 sikit - dia minum.

muka dia mmg mabeles laa. body pun kalah anak dara.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 02:24 AM | Show all posts
Ada org yg memberikan tip untuk penyakit kencing manis, rebus daun inai dan daun misai kucing, air tu diminum, saya dah cuba, mmg ada hasilnya tapi doktor pulak bising2, cakap terlampau low
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 07:37 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 16-2-2014 02:24 AM
Ada org yg memberikan tip untuk penyakit kencing manis, rebus daun inai dan daun misai kucing, air t ...

U minum berapa kali seminggu air ni??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2014 10:27 PM | Show all posts
espritvin posted on 16-2-2014 07:37 PM
U minum berapa kali seminggu air ni??

mak saya yg minum, dlm dua ke 3 kali seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 11:45 PM | Show all posts
pokok inai ni susah juga ye nk hidup.ulat putih tu suka sangat kat pokok ni.

teringat sorang cina ni mmg suka pakai inai.elok utk kuku katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2014 12:54 PM | Show all posts
aqyueetda posted on 16-2-2014 11:45 PM
pokok inai ni susah juga ye nk hidup.ulat putih tu suka sangat kat pokok ni.

teringat sorang cina ...

betul..klu kuku kaki kena cekam amik daun inai tumbuk and tempek..insya Allah nnt ok lah

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo balik kg I wajib minum air inai ni.mak I dh stndby daun inai yg dikeringkan dgn akar dia sekali.cmpur dengan kulit buah ape I xtau bahasa standard pggil ape buah sentul kot. Lepas tu campur sekali dgn 2, 3 bijik lada hitam.rebus jap..then minum.i xtau pun utk ape..tpi bile ade yg claim kt cni kwn dia minum air inai then muke mabeles n body mcm ank dara..hmmmm kot sbb tu body I agak menawan....perasan sendiri..hihihi.. Last edited by cikdara on 18-2-2014 11:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 12:10 PM | Show all posts
try tanam pokok inai, kering melidi jer.. daun adalah selai dua huhuhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2014 03:59 PM | Show all posts
adnil posted on 18-2-2014 12:10 PM
try tanam pokok inai, kering melidi jer.. daun adalah selai dua huhuhuh

xde baja kot..xpun xde kasih sayang...
cuba la spend time ngn dia..ckp2 ngn dia...
nnt naik la tu

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 05:33 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 18-2-2014 03:59 PM
xde baja kot..xpun xde kasih sayang...
cuba la spend time ngn dia..ckp2 ngn dia...
nnt naik la t ...

xdapat nak nafikan la sbb pokok ni sy tanam kat seberang jalan umah... so mmg jarang jenguk takat siram jer lah.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2014 05:39 PM | Show all posts
adnil posted on 18-2-2014 05:33 PM
xdapat nak nafikan la sbb pokok ni sy tanam kat seberang jalan umah... so mmg jarang jenguk takat  ...

patut la...kes dia majuk la ni..tanam tp xjenguk..

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 05:41 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 18-2-2014 05:39 PM
patut la...kes dia majuk la ni..tanam tp xjenguk..

ehh jenguk tu jenguk gakkk.. tapi xde lah belai bagai... nak kena rombak balik tu - tanah dia xberapa subur area tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 12:55 AM | Show all posts
cikdara posted on 18-2-2014 11:04 AM
Kalo balik kg I wajib minum air inai ni.mak I dh stndby daun inai yg dikeringkan dgn akar dia sekali ...

whoaaa baru tau inai bule minum! macam mana rasa dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2014 08:56 AM | Show all posts
adnil posted on 18-2-2014 05:41 PM
ehh jenguk tu jenguk gakkk.. tapi xde lah belai bagai... nak kena rombak balik tu - tanah dia xber ...

ye lah takat jenguk lepas tu siram...cian dia,dah la jauh sebatu...
baja kasi x....kang baja xkasi lagi xde vitamin inai tu...cm ne nk merah bila pakai?

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 10:38 AM | Show all posts
skang susah nk cr pokok inai even kt kg pn ... tp kt kg aku still ade la .. ritu kawen melilau aku g cari inai ..aku lebih ske inai pokok berbanding inai segera heheheh sbb ske bau n tahan lama .. kt bndr mane nk cari lau xleh la wt2 jus minum ..nk body santek jugekkkssss
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt bndar ni iolss tanam belakang rumsh je. Dlm pasu besar. Sedap je dia hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 01:30 PM | Show all posts
Mana nak  dapat benih inai ni. Kat kampung pun dah tak jumpa pokok inai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 1.146707 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list