CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21548|Reply: 92

9 sebab Nagoya adalah destinasi impian ramai

[Copy link]
Post time 17-2-2014 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Alamilah khazanah kebanggaan negara Jepun yang kurang dikenali, Nagoya, sebuah bandar yang terletak di tengah rantau Shoryudo, yang masih berpegang pada prinsip-prinsip tradisi namun masih memeluk kemodenan masa kini.

1. Bak kedai gula-gula bagi peminat anime dan manga



Sidang Kemuncak Cosplay Dunia diadakan setiap tahun di daerah bersejarah Osu yang juga dikenali sebagai Akihabara Nagoya. Di sini, para peminat manga dan anime akan mendapat banyak pilihan barang-barangan tersebut. Bagi peminat gadget pula, selamat datang kesyurga di bumi anda - berlimpah-limpah perisian dan perkakasan barangan elektronik komputer!

2. Hab pengangkutan, pusat membeli-belah, kedai makan - semuanya 3-dalam-satu!



Stesen Nagoya bukan sahaja pintu masuk bagi semua mod pengangkutan, ia juga merupakan tuan rumah kepada pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan barangan mewah. Bagi anda yang menikmati keseronokan tawar-menawar, laluan membeli-belah bawah tanah akan menjadi pilihan anda dimana ia menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.

3. Suasana daerah yang menawan hati dengan seni bina sejarah lama dan moden.



Mercu tanda Sakae adalah menara TV Nagoya yang lama. Ia adalah menara TV pertama di Jepun, setinggi 180 meter dan merupakan dek pemerhatian untuk pemandangan dari ketinggian 100 meter dari tanah. Tarikan baru Sakae adalah kompleks futuristik Oasis 21 dimana anda boleh membeli-belah, makan dan berehat, pada hujung hari

4. Ia adalah rumah kepada TIGA (ya,tiga) muzium Toyota yang berbeza!



Peminat kereta harus melawat Muzium Toyota Kaiken untuk menghayati model-model dan teknologi kereta Toyota yang terbaru, manakala Muzium Toyota Techno untuk mempelajari sejarah permulaan jenama kereta yang kini merupakan jenama yang mempunyai jualan tertinggi di dunia dan Toyota Automobile Muzium untuk melihat model-model kereta sejak dari akhir tahun 1800.

5. Rasai keharmonian masin dan manis Nagoya




Nagoya Cochin dan MisoNikomi adalah dua hidangan yang mesti dicuba jika anda berada di Nagoya. Tenmusu(Bebola Nasi Tempura Udang), Tebasaki (Kepak Ayam Goreng) Misokatsu dan Uirou (disebut weelow) untuk pencuci mulut, juga amat disyorkan.

6. Pergi ke Shirakawa-Go!



Shirakawa-go adalah sebuah perkampungan bersejarah di Gifu yang telah didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 9 Disember 1995. Bumbung curam yang berfungsi untuk mengelakkan salji dari memasuki rumah pada musim sejuk sering digambarkan sebagai tanda "tangan bersama" seperti semasa bersembahyang dan bumbung loteng rumah pula digunakan untuk menempatkan cacing sutera, pada masa dahulu kala.

7. Bermain ski pada musim bunga, "Dinding Salji" dan Monyet menikmati Onsen?




Nagano adalah SATU-SATUNYA (ya, satu-satunya) tempat di Jepun di mana anda boleh berski dari Krismas sehingga Mei. Dalam perjalanan anda ke Wilayah Nagano yang sejuk menerusi laluan alpine Tateyama Kurobeyang melalui Mt. Tateyama di pergunungan Jepun, anda akan melihat "Dinding Salji" setinggi 20 meter melindungi jalan, sepanjang hamparan 500 meter.Sediakan diri kerana anda akan terkejut apabila melihat monyet-monyet (Japanese Macaques) berendam dalam spa dan menikmati musim sejuk tahunan mereka di Jigokudani Hotspring.

8. Hotel, hotel, hotel

Penginapan di bandar ini adalah amat mudah untuk dicari kerana ia mempunyai penginapan yang memenuhi kehendak sesiapa sahaja, dari hotel mewah ke hotel bajet dan juga asrama.

9. AirAsia X, satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah yang terbang ke Nagoya dari Kuala Lumpur!



Selain,makanan yang lazat, budaya yang indah dan pelbagai tarikan pelancongan yang memenuhi cita rasa sesiapa sahaja, syarikat penerbangan tambang rendah yang menawarkan penerbangan terus ke bandar Nagoya dari Kuala Lumpur yang kaya dengan sejarah ini adalah satu destinasi yang perlu anda hayati sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.airasia.com/my/en/home.page








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2014 03:51 PM | Show all posts
yes ! akhirnya ada jugak yg bukak rumah Nagoya. TQ TT
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 05:23 PM | Show all posts
mcm best je yg Shirakawa-Go tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 05:59 PM | Show all posts
sudah grab tix ke nagoya bulan jun nanti..promo rm199 one way
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 06:47 PM | Show all posts
Aku dah pergi museum dan Toyota plant. Dah pergi Nagoya station yg 3 in1 tu, Nagoya TV Tower pun dah pergi. Mmg best. Ada rezeki aku akan jejak jepun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 09:33 AM | Show all posts
Insyallah akan ke nagoya hujung september.. Xsabarnya.. ada tips x.. hotel mana yg ok? restaurant makanan halal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2014 12:09 PM | Show all posts
tipsnye rasa2nye kene byk buat homework la .. ehe.. bulan september rasanye byk lagi masa nak buat preparation.. best klu dpt bergambar kat dinding salji 15 meter tu dgn shirakawa -go .. rasa mcm bermimpi je ha3..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 09:31 PM | Show all posts
Memg b'minat ke Nagoya ni, esp sbb dekat ngan shirakawa go yg cantik musim sejuk tu.... Mknn halal kat sini mcmn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2014 11:21 PM | Show all posts
tak pernah sampai lagi nagoya(chubu perfecture)..bila la nak sampai ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 10:08 AM | Show all posts
cantiknyaaa...tapi nak gi jepun ni cam mahal jer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 10:15 AM | Show all posts
macam best aje. alamak mana satu lagi best Tokyo ke Nagoya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 10:31 AM | Show all posts
sorry.. NAGOYA ni kat ne eh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:10 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 21-2-2014 10:31 AM
sorry.. NAGOYA ni kat ne eh?

Jepunlah!!! Klu naik shinkansen dlm 2jam gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 03:21 PM | Show all posts
neo_37 posted on 18-2-2014 05:59 PM
sudah grab tix ke nagoya bulan jun nanti..promo rm199 one way

beb, ko pegi ngan siapa? ai mcm nak pegi jugak tapi tak de kawan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 12:23 PM | Show all posts
mizkajura posted on 26-2-2014 03:21 PM
beb, ko pegi ngan siapa? ai mcm nak pegi jugak tapi tak de kawan lagi

pegi sorang backpacking style
9hari 8 mlm

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2014 12:57 PM | Show all posts
bulan may ni kami sampai ke nagoya dgn air asia. plan pegi nagoya, kyoto dan osaka. tmpt kat nagoya yang nak pegi ialah Noritake Garden: https://www.noritake.co.jp/eng/mori/

Noritake tu jenama pinggan mangkuk bone china.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2014 12:59 PM | Show all posts
sorry salah thread, so saya dah edit
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:43 AM | Show all posts
UP thread ni balik, so ade sape2 fly nagoya 7 April ni ? kalu ada boleh halu-halu ite..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 05:10 PM | Show all posts
mini12 posted on 17-3-2014 12:43 AM
UP thread ni balik, so ade sape2 fly nagoya 7 April ni ? kalu ada boleh halu-halu ite..

saya g bln 9.. hihihi jgn lupe nnti tepek2 la gmbr kat sini.. n share tmpt2 best kat sana... borong kain cotton jgn lupe.. hihihi katanya kalo nak beli kna ckp jenis yg summer cotton xsilap.. bru sesuai pakai kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 05:13 PM | Show all posts
sukitena posted on 2-3-2014 12:57 PM
bulan may ni kami sampai ke nagoya dgn air asia. plan pegi nagoya, kyoto dan osaka. tmpt kat nagoya  ...

yeay.. sama kita punya route.. tpi saya tmbah ke tokyo n mout fuji.. sbb mau ke disneyland... wajib... hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.135699 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list