|

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.Diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.
Ciri-ciri
Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.
Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.
First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi.
Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.
Terdapat juga sistem berkomputer di luar First World Hotel yang boleh mengira secara automatik bilangan slot letak kereta kosong yang tinggal dalam keempat-empat hotel berikut: Genting Hotel, Highland Hotel, First World Hotel dan Resorts Hotel.

|
|
|
|
|
|
|
|
lim goh tong ada menantu melayu,..percaya atau tidak??
|
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 18-2-2014 04:30 PM 
lim goh tong ada menantu melayu,..percaya atau tidak??
ye ke? ada story share la skit. dia mmg org pahang ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 18-2-2014 04:30 PM 
lim goh tong ada menantu melayu,..percaya atau tidak??
percaya.......
|
|
|
|
|
|
|
|
nk tau cerita dia....tlg share |
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 18-2-2014 04:37 PM 
ye ke? ada story share la skit. dia mmg org pahang ke?
dia ni mmg cina pendatang la..lepas tu hijrah ke tanah melayu... tp storyline dia acquire tanah bukit dan carik modal untuk bukak genting ni mmg bagi aku mmg struggle for business la..mmg dia ni wawasan dia tinggi..akhirnya berjaya...lepas tu bisnes dia pun berkembang sampai plantation.. ada sorang melayu ni..kategori hensem...bekas polis tk silap aku....dapat ayat anak dara lim goh tong..jadi menantu..mmg tk tunjuk tv..lim goh tong khabarnya tk suka...tp dengarnya menantu melayu dia tu dapat buat bisnes la jugak...kire menumpang kaya cina la...itu kisah yg aku dengar..dari mulut cina sndiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 18-2-2014 04:42 PM 
dia ni mmg cina pendatang la..lepas tu hijrah ke tanah melayu... tp storyline dia acquire tanah bu ...
logik gak cerita kau.. sbb tu tmpat tu jaga baik punya... cerita aku.. ada artis popular pun naik genting pg layan pelacur... kalu masuk toilet kt genting ada sticker massage girl happy pastu no tel.
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 18-2-2014 04:45 PM 
logik gak cerita kau.. sbb tu tmpat tu jaga baik punya... cerita aku.. ada artis popular pun naik ...
hmmm..nk gi la genting highland weekend ni....kalau dah ko cite cam tu..lol
|
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 18-2-2014 04:47 PM 
hmmm..nk gi la genting highland weekend ni....kalau dah ko cite cam tu..lol
pelacur dr genting plak dia akan rotate2 ke jalan pasar klang dan bnyk lg...
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 18-2-2014 04:45 PM 
logik gak cerita kau.. sbb tu tmpat tu jaga baik punya... cerita aku.. ada artis popular pun naik ...
Dah tun haniff jaga baik 
|
|
|
|
|
|
|
|
lim goh tong ni cerdik
dia nak sangat tanah kat genting tu
70% tanah pahang, 30% tanah selangor
mula2 mintak tanah, dapat leasehold 99 tahun je
lim goh tong kata, tak boleh jadi ni, dia nak hak milik kekal
macam mana nak dapatkan hak milik kekal untuk tanah negeri pahang
dia tag team dengan tan sri noah, ayah mentua tun razak
kalau dah menantu bekas MB pahang yg jugak timbalan perdana menteri dah duduk dalam genting, memang dapatlah hak milik kekal tu...bila pahang bagi hak milik kekal, selangor pun bagi jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus gotong nie.. otak meniaga..
|
|
|
|
|
|
|
|
Genting...tempat paling byk syaitan.... |
|
|
|
|
|
|
|
layannn  |
|
|
|
|
|
|
|
kaya la weh, esp kalau dah buat kasino kat atas tempat tinggi camtu... melayu mana leh venture business2 camtu, diaorg ni menghalalkan cara..
tapi bukan ke one of his son masuk Islam kan, thats why hari tu gaduh coz anak dia claim bapak dia pon masuk Islam kot sebelum meninggal, so guna mahkamah syariah kot lawan.. kes diaorg ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
iscol_klang posted on 18-2-2014 06:03 PM 
lim goh tong ni cerdik
dia nak sangat tanah kat genting tu
70% tanah pahang, 30% tanah selangor
Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting
Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting?
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.
Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.
Profail:
Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf
-Anak
-Rahah
-Suhaila
-Fakhriah
-Abu Rais
-Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)
-Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).
Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke-6 .
Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib
Umno dan Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.
Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia
Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah
Sumber lain ;
My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong
Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://manjongmari.blogspot.com/2012/06/tokwan.html
Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://atsixty-zakriali.blogspot.com...dan-kisah.html/
UMNO dan kegiatan judi
http://www.tranungkite.net/v10/modul...rder=0&thold=0
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html
NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG
http://www.bernama.com/
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
GEORGE TOWN, 18 FEBRUARI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak meluluskan kasino yang lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan sebaliknya meluluskan projek pemangkin ekonomi, termasuk Ikea.
Beliau berkata, walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda, kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat gembira kerana IKEA telah memutuskan untuk membuka kedai pertama mereka di luar Kuala Lumpur iaitu di Batu Kawan, Pulau Pinang.
“Keputusan ini adalah rangsangan keyakinan yang kuat untuk aspirasi Pulau Pinang ke arah bandar antarabangsa dan pintar,” katanya dalam kenyataan media di Komtar, semalam.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, projek itu adalah usahasama antara syarikat induknya, Ikano dan sebuah syarikat tempatan akan membangunkan pusat sehenti hijau (green one-stop center) bagi pembuatan termaju, perkhidmatan dan hab logistik; sebuah pusat kecemerlangan pendidikan, lokasi kediaman perdana dan sebagai pusat komersil dan runcit.
Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan pasukan teknikal IKEA dan pasukan reka bentuk IKEA daripada Pengurus Projek Pelaburan, Mikael Winqvist; Pengurus Rekaan Serantau, Tim Denoon, dan Penolong Pengurus Pengembangan, Edward Ng.
Penjualan 245 ekar tanah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Kawan bernilai RM484 juta, di mana pusat membeli-belah dijangka akan siap dalam tempoh lima tahun.
Daripada jumlah itu 30 ekar untuk pembangunan kedai utama Ikano iaitu Kedai IKEA dan Fasa 1 pusat membeli-belah, 45 ekar untuk pembangunan fasa 2 pusat membeli-belah; dan 170 ekar untuk projek pembangunan bercampur.
PDC sudah menerima deposit tidak boleh dikembalikan (non-refundable) bernilai RM5 juta.
Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pelaburan Ikano yang bukan sahaja akan bertindak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi tetapi juga meletakkan Batu Kawan di peta antarabangsa sebagai tapak bertaraf dunia bagi pusat komersial industri, peruncitan, pendidikan dan kesihatan serta gaya hidup.-Roketkini.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Actually genting ni masa mula-mula bukak memang takde tempat judi pun.
Tapi bila ekonomi merudum, "terpaksa" bukak pusat judi jugak utk tarik pengunjung.
By that time, saham pun dah displitkan antara pusat judi dan ladang sawit.
Yg Melayu amik ladang sawit dan pusat judi cina la kan.
Kebodohan Melayu ialah bagi tanah freehold.
Sama macam kilang kontroversi kat Gebeng pun bagi tax free. |
|
|
|
|
|
|
|
outdoor game tgh renovation kan...
tingin nk jejak genting..tp sejak byk accident ...fobia plak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|