CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9979|Reply: 100

[Tempatan] Pelancong China mula menjauhi Malaysia- Nazri

[Copy link]
Post time 17-6-2014 04:23 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Insiden penculikan di Sabah memberi impak negatif terhadap sektor pelancongan, terutamanya kedatangan pelancong dari China berbanding kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak, Mac lalu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sehingga April lepas, sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Kota Kinabalu telah dibatalkan.

MAS telah membatalkan 10 penerbangan berjadual dari Shanghai-Kota Kinabalu,manakala syarikat penerbangan China, Southern Airlines membatalkan 22 penerbangan berjadual dari Shenzen-Kota Kinabalu, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"enerbangan tambang murah Spring Airlines pula membatalkan 44 penerbangandari Shanghai ke Kota Kinabalu," katanya ketika menjawab soalan tambahan AzminAli (PKR-Gombak) yang ingin tahu sama ada kejadian penculikan di Sabah memberikan impak yang lebih parah kepada industri pelancongan negara berbanding kes kehilangan MH370.

"Saya mengakui apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat adalah betul, iaitukes penculikan di Sabah mempunyai impak parah jika dibanding dengan tragedi MH370," katanya.

Mohamed Nazri berkata semua pihak termasuk kerajaan negeri Sabah dan Kementerian Dalam Negeri perlu bekerjasama untuk mengembalikan keyakinan pelancong, terutama pelancong asing, bahawa Sabah sebuah negeri yang selamat untuk dikunjungi.

Semalam, dua lelaki - seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar danseorang suku kaum Suluk - dilarikan oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata,Semporna. Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.

Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Mohamed Nazri berkata ketibaan pelancong dari China bagi Mac lepas mencatat kadar pertumbuhan negatif iaitu -0.1 peratus atau 168,001 orang berbanding 168,118, tempoh yang sama tahun lepas.

"Mulai April sehingga 2015, jumlah kedatangan pelancong yang dicatatkan mungkin akan berkurangan disebabkan insiden MH370, dengan 30,000 bakal pelancong China membatalkan atau menangguhkan lawatan mereka ke Malaysia," katanya.

Bagi mengimbangi kekurangan pelancong China ke negara ini, Mohamed Nazriberkata kementerian telah menggariskan strategi jangka pendek melalui Tourism Malaysia dengan mempertingkatkan promosi di pasaran jarak sederhana.

"Kementerian telah meningkat kempen di negara-negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, India, Bangladesh, Kuwait, Oman, Qatar, Australia dan New Zealand," katanya.

Katanya, selain itu sebuah jawatankuasa pengurusan krisis telah ditubuhkan oleh Tourism Malaysia untuk menangani pasaran pelancongan China selain berinteraksi secara aktif dengan pengusaha industri untuk mengembalikan keyakinan pelancong China ke Malaysia. - Bernama


p/s- bg sesiapa yg tiada apa2 kepentingan dalam industri pelancongan semestinya ini satu berita gembira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok msh byk lg china doll kat msia bjual...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
baguslaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:28 PM | Show all posts
@Peterpan17 dia involve..
bagi aku, suka...kurang sikit PRC kat malaysia..

pak ogre mesti suka berita ni..tapi sori la,bukan sebab MH370 hokay...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:31 PM | Show all posts
lo kai chinkies jauhi sni ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:31 PM | Show all posts
ok jgk...pelancong sana tak hensem...kita nak yg hensem2 sajo...dr aussie, itali, jerman, meksiko, brajil dll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2014 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
wana89 posted on 17-6-2014 04:28 PM
@Peterpan17 dia involve..
bagi aku, suka...kurang sikit PRC kat malaysia..


Utk kami di tourism berita ni sgt mengembirakan. China tourist ni taraf sampah je. Ko tanyalah hotel/resort, tour operator. Depa pun ksh jawaban yg sama. Bagus lg kami layan kokesen yg beradab/bertamadun
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:34 PM | Show all posts
bagus laa......... takyah menyemak kat sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 04:37 PM | Show all posts
Singapore nak joinT Mesia bleh..? Kami dah tak tahan dah neh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:38 PM | Show all posts
malaysia pun dah tak serupa malaysia.
asal keluar je, aku rasa macam aku plak pelancong  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:43 PM | Show all posts
well ada dua keadaan
'pelancong' dalam erti kata sebenar  the 'real tourist' itu  okaylah rugi
but pelancong yg bersampah kat clubs etc tu , yang ntah  pas lawatan apa depa pakai , yg entah  pelajar 'kolej' sampah mana tu, baguslah hantar pulang ?

sila halau. ini yg lebih banyak negative impacts Last edited by mbhcsf on 17-6-2014 04:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:45 PM | Show all posts
dulu dkt putrajaya ni bersepah2 bas bawa pelancong china ni..skrg dah tak de dah mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:47 PM | Show all posts
tidak menghalang kedatangan china doll...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:51 PM | Show all posts
eloklah tu....dorang ni bising ya amat
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:52 PM | Show all posts
china doll ni betul ke gebu-gebu? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 05:34 PM | Show all posts
aku suka berita ni...Nazri je yg kecewa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 05:35 PM | Show all posts
penari posted on 17-6-2014 04:31 PM
ok jgk...pelancong sana tak hensem...kita nak yg hensem2 sajo...dr aussie, itali, jerman, meksiko, b ...

pelancong korea pun hensem hensem
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 05:47 PM | Show all posts
pelacur, GRO menjauhi Malaysia jugak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 05:48 PM | Show all posts
bagus laaaa..ini berita yg sgt baik!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 05:49 PM | Show all posts
sad... but what to do.... noone wanted this to happen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058642 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list