CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6540|Reply: 62

[Tempatan] Melayu sanggup berbunuhan kerana syurga, kata Tun Mahathir(Penjelasan MAZA Pg 2)

[Copy link]
Post time 28-6-2014 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar sesetengah orang Melayu kerana sanggup membunuh diri sesama sendiri atas perbezaan politik dan ideologi.
Dalam rencana terbaru blognya, Dr Mahathir berkata Al-Quran tidak membenarkan umat Islam membunuh diri sendiri atau umat Islam lain hanya kerana perbezaan pendapat.
"Orang Melayu sekarang sudah sanggup bunuh diri untuk ke syurga. Bukan sahaja itu, tetapi mereka juga sanggup bunuh orang Islam lain kerana kelainan politik atau ideologi.

"Orang yang dibunuh ini tidak menyerang negara kita dan rakyat kita. Kita tidak berada dalam keadaan tidak selamat kerana serangan oleh orang Islam yang tidak sebulu dengan kita," tulis beliau, dipercayai sebagai respon terhadap pendedahan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam kegiatan militan di Iraq dan Syria.
Menurut Dr Mahathir, ulama Malaysia juga tidak mengeluarkan fatwa menyokong perbuatan umat Islam membunuh saudara Islam sendiri untuk mendapat ganjaran syurga.
Katanya sekiranya fatwa demikian wujud, ia bakal menyaksikan ramai lagi membunuh saudara seagama y‎ang tidak bermusuh dengan golongan itu.

‎"Kita belum dengar ulama Malaysia memberi pendapat atau membuat fatwa berkenaan dengan perbuatan seperti ini.
"Jika pendapat berkenaan bunuh diri, bunuh saudara seagama akan dapat balasan syurga, mungkin ramai lagi orang Melayu yang akan melilit bom dibadan dan meletupkannya supaya dapat membunuh ramai orang Islam lain yang tidak dikenali dan tidak bermusuh dengan mereka.
Lebih 100 rakyat Malaysia dilaporkan ke Syria bagi menyertai perjuangan menentang regim Bashar al-Assad, menurut sumber polis Cawangan Khas kepada The Malaysian Insider.
Akhbar The Star mendedahkan antara rakyat Malaysia yang terlibat dalam gerakan militan lebih dikenali sebagai perjuangan jihad ialah AJK Dewan Ulama PAS, Mohd Lotfi Ariffin. Lotfi diberitakan telah dipecat oleh PAS pada Mei lalu.
Dr Mahathir juga menyeru ulama tempatan tampil dengan pendirian mereka mengenai umat Islam yang berbunuhan untuk ganjaran syurga.
"Mungkin ada hadis yang menyuruh kita bermusuh sesama Islam. Tetapi saya belum jumpa. Jauh sekali dari menjadi syahid dengan membunuh diri untuk membunuh orang Islam lain.
"Saya cuma ingin tahu pendapat ulama di Malaysia berkenaan syurga yang menanti mereka sebagai pejuang Islam," katanya.
Katanya lagi, Allah benci kepada mereka yang suka mencetuskan huru-hara.
"Quran menyuruh kita damaikan antara dua orang Islam jika mereka bermusuh. Jika mana-mana pihak menolak kedamaian barulah boleh pihak ketiga memihak kepada pihak yang menerima kedamaian.
"Tetapi tidak ada firman Tuhan yang menyuruh kita meningkatkan permusuhan dengan memihak kepada mana-mana pihak," katanya. – 28 Jun, 2014.

Read here: https://my.news.yahoo.com/melayu ... a-dr-044750405.html







Last edited by GhostWalking on 30-6-2014 05:11 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2014 05:35 PM | Show all posts
meke dah sosat lah ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 05:48 PM | Show all posts
mahathir bunuh memali kes cmne pulak tu?

mamak mudah lupa.

asyik togok san miguel.

almaklum air kencing syaitan caDBURY
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 05:53 PM | Show all posts


kalau chedet nmpk sndiri sedara sndiri kene sembelih, apakah chedet duk diam smbil menaip blog 'sudah ditakdirkn ..redha ajalah..'

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 06:01 PM | Show all posts
dalam syurga boleh ngesek tanpa penat...

katanyalah...

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 06:06 PM | Show all posts
batmana posted on 28-6-2014 05:53 PM
kalau chedet nmpk sndiri sedara sndiri kene sembelih, apakah chedet duk diam smbil menaip blog ' ...

kau tanya pemilik san miguel je. mungkin dpt petunjuk elohim seperti kak changa dan yehudi association
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2014 06:52 PM | Show all posts
chedet asik tak habis habis dgn niat nak jatuhkan Kak Mah
pulak ajak org Islam jadi pondan
sial
mmg kene jihad
harap Kak Mah dpt cari jalan selesaikan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 07:40 PM | Show all posts
bkn ker kiter ptt tlg saudara kita yg dibunuh dgn kejam di sana??xkn nk biar jer dorang sembelih n bunuh org Islam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2014 07:45 PM | Show all posts
Kalau dah berdendam dan membunuh tu tak ada masuk syurga nya. Bodoh je kena tipu kerana agama dan hadis.

Kalau nak masuk syurga jadi lah orang yang baik. Semua manusia akan masuk syurga tak kira mereka dari agama apa pun kalau mereka baik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tula sampai sekarang aku x boleh blend nak jihad bunuh sesama islam...syiah ke sunni ke..still islam la bro...tapi bila aku pikir balik setiap kejadian tu adalah qada dan qadar, aku diam je la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 08:27 PM | Show all posts
Ada btul nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 08:30 PM | Show all posts
manusia terlalu bodoh utk faham tujuan beragama.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 08:35 PM | Show all posts
Orang Sulu berjihad pergi Sabah , Melayu pergi berjihad kena pergi Arab , katanya lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahudi tepok tgn..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 09:56 PM | Show all posts
mulayu moslem sunni teroris
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 10:41 PM | Show all posts
che det punya ayat menyakitkan hati.

tak pelah asal dapat minum arak san miguel jihad diketepikan.


dulu bukan main jual nama ISLAM duk buat kereta proton. kereta negara ISLAM.


bila orang pergi berperang buat ayat bunuh sesama islam kerana nak masuk syurga.

sesungguhnya munafikin musuh paling jahat sekali.

berhati hati dengan manusia berlidah cabang.

mereka tergolong orang munafik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2014 10:44 PM | Show all posts
batmana posted on 28-6-2014 05:53 PM
kalau chedet nmpk sndiri sedara sndiri kene sembelih, apakah chedet duk diam smbil menaip blog ' ...

Ini semua memang dah ketentuan Allah mereka berbunuh bunuhan. Kalau dah Arab tu Syiah ker Sunni ker 2X5 dan 5X2 jer diorang tu. Masa Syiah kat atas habis disembelihnya umat Sunni. Bila umat Sunni duk kat atas pulak diorang akan buat perkara yang sama malah lebih kejam lagi.

So, lantak pi lah diorang nak berentam sesama sendiri. Orang melayu tak payahlah nak berjihad konon masuk campur hal urusan diorang. Mati katak jer lah sebab bebal dan jahil tak habis belajar agama alih2 berangan nak masuk syurga ikut jalan pintas.

p/s: aku sikit pun tak simpati tengok diorang berbunuh & terbunuh. Pada aku apalah laknat Allah pada bangsa nih sampai begini sekali jadinya kat diorang. Memang dah takde ampun dan terputus rahmat utk bangsa nih semua yang membunuh dan kena bunuh sama2 dihumban ke neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 10:46 PM | Show all posts
Agama Islam bunuh orang bole masuk syurga la pulok
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 11:49 PM | Show all posts
azman1 posted on 28-6-2014 08:35 PM
Orang Sulu berjihad pergi Sabah , Melayu pergi berjihad kena pergi Arab , katanya lah

yang pergi arab media berjihad panggil militan uiiii marah
yang pergi sabah berjihad dipanggil militan sorang pun xmarah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 11:57 PM | Show all posts
Tun dah kaya raya habis diperah2 nya .. Skrg nak bising2 pulak.. Kenapa masa jadi menteri dulu tak buat apa2?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070444 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list