Edited by Geng_Satrika at 8-1-2015 05:41 PM
Hai, lama tak jumpa. Harini jom kita diskas pasal tips ketika dimarahi ibu mertua. Topik ini saya diskas masa ambang tahun baru dulu  Jadi, selamat belated baru kepada semuaaa!!
Bila seseorang itu berkahwin, dia bukan cuma mengikat tali perhubungan yang sah dengan pasangannya,tetapi juga keluarganya, termasuklah ibu mertua.
Apa nak buat jika kamu dimarahi ibu mertua?
Hendak lawan, nanti dikatakan derhaka pula. Jadi, kami kongsikan tips apabila dimarahi ibu mertua.
1) Mendiamkan diri
Api tak boleh lawan dengan api. Jika ibu mertua kamu marah,adalah lebih baik kamu mendiamkan diri. Dengan melakukan ini, bukan saja ibu mertua kamu cepat sejuk, dia akan rasakan kamu ini menantu yang mendengar kata.Plus point di situ.
2) Berpura-pura menjadi mangsa keadaan
Bila saja ibu mertua kamu mula membebel, kamu harus menagihsimpatinya atau menjadikan situasi tersebut seolah-olah kamulah mangsa keadaan.Cuba wujudkan situasi sekasihan mungkin supaya lain kali kamu tidak akan dimarahi lagi, seperti di bawah:

3) Ketika dia sedang marah, berikan dia pujian
Bila saja ibu mertua kamu mula membebel, berikan dia pujian.Pujilah, makanan dia sedap ke, cakap terima kasih sebab tolong jaga anak-anakkamu masa kamu dan isteri bekerja ke. InsyaAllah bila mendengar pujian sebegini, ibu mertua kamu akan berhenti membebel.
4) Minta diri
Bila saja ibu mertua kamu mula membebel, segera minta diri dari tempat kejadian. Ini untuk mengelakkan dari terus-terusan dimarahi oleh ibu mertua kamu. Wow, ayat ini sangat sinetron bunyinya. Contohnya seperti berikut:
5) Kahwin lain
Kalau ibu mertua kamu masih lagi suka marah-marah walau kamu sudah lakukan tips di atas, kamu kahwin lain sajalah!
Sekadar hiburan. Ditulis oleh, yours truly - Satrika.MY
|