Sebelum tu aku nak tanya... sapa dah tengok citer Vila Nabila sila angkat tangan...
dan sape yg teringin nak bagi penumbuk kat pengarah termuda dan tersampah di malaya itu sila angkat tangan dan kaki!!...
Oleh kerana aku pernah masuk vila nabila no.4 so aku sgt teruja bila ade filem vila nabila... tapi malangnya...... sampah!
My expectation is very high.. tapi apa yg dihidangkan hanya layak utk tatapan kucing kurap jer...
Oleh kerana frust yg amat, aku memerah segala kelapa dan pengalaman mistik utk dimuatkan supaya konpem korang akan terkencing...
Aku nak tgk berapa ramai yg mampu rungkaikan mystery yg mysery ini...
Sila try....
En.Razim yg pertama kali menjejakkan kaki ke tempat ini.. dihadapannya tersergam indah tetapi menyeramkan bila dipandang.. sebuah vila mewah berwarna putih yg telahpun usang dimamah usia.. menyimpan seribu satu rahasia..
Waktu kini telahpun masuk waktu maghrib. Keadaan sekeliling telah mulai gelap... dan di vila itu sudah tentulah tiada sebarang bekalan elektrik... apatah lagi jauh dari sebarang penempatan manusia... dan letaknya jauh ke dlm hutan..
Itulah dia Vila No.2 jika mengikut catatatn diari ayahnya.. atau nama lainnya Seri Bulan Purnama. Mengapakah namanya sedemikian rupa... itulah tugas yg perlu dia rungkaikan..
Bukan itu sahaja, dia juga perlu mencari adik perempuannya yg tak pernah dia kenali sepanjang hayatnya.. Seorg adik yg berlainan ibu.. dan dia diamanahkan utk menjaga Vila No.2.
Razim yg dtg nun jauh dari utara sudah tentulah kepenatan tetapi keterujaan yg amat apabila akhirnya menemukan Vila no.2 yg mana arkitek yg membinanya tak lain adalah ayahnya sendiri..
Mungkin bagi org lain sudah tentu akan berasa seram utk memasuki sebuah rumah besar yg usang dan gelap serta dipenuhi rumput dan lalang terbiar dan agak menakuktkan itu..
Razim menyusuri dan memasuki pintu gerbang besar berwarna putih yg dihiasi dgn ukiran bunga mawar pada tiang serinya...
Razim terpaku seketika..
Sambil memandang ke arah lantai yg dihiasi corak mawar yg terkandung simbol yg tidak difahaminya.
Bukan itu shaja, malah tiang didlm vila itu juga berkeadaan sgt ganjil.
Begini, bayangkan lantainya berbentuk 4 segi sama yg mempunyai grid logitud dan latitud (anggapkan mcm dlm buku tulis matematik yg ade kotak2 empat segi penuh satu muka surat tu)..
Lantai marmar (kotak math kecik2 tu) setiap satunya dipenuhi corak bunga mawar..
Terdapat 3 jalur utama yg mengandungi tiang rumah..
Pada jalur pertama hanya mempunyai 2 tiang, jalur yg tengah mempunyai 4 tiang dan jalur yg tepi sekali mempunyai 3 tiang.
Means, didlm vila tersebut mempunyai 9 tiang, yg mana 2 buah berada di kiri 4 buah ditengah dan 3 buah berada dikanan.
Kan ganjil... patutnya kalau 3 tiang di tepi, tengah pun sama juga 3 tiang, dan yg paling tepi sekali pun sama juga 3 tiang..
Itu asas yg patut setiap jurutera akan ambil kira dlm pembinaan sesebuah binaan... kecualilah kalau ianya dari ahli pertubuhan arkitek yg itu.. ala... yg itu tu.....
Sedang Razim termelengu memerhatikan perkara pelik yg menarik perhatiannya itu, tiba tiba.....
Muncul seorg perempuan berambut panjang mengurai...mengerbang.. dan ikal mayang... tajam renungannya... berbaju putih mengerbang... berkelopak seperti mawar dibawahnya...
Sejurus itu juga angin sejuk malam menerpa masuk ke rumah dan pintu terhempas terbuka dan tertutup kerana angin kuat yg menerpa itu...
Razim sudah mula mengigil ketakutan... matanya terpaku kearah perempuan dihadapannya itu dan kakinya kini sudah mula mengigil lemah..
Perempuan itu berdiri diatas tangga tingkat dua diatas sambil merenung tajam ke arah razim.
Dia kemudiannya menuruni tangga tersebut... Sgt mengejutkan kakinya seolah tidak bergerak seperti sedang melangkah turun..
ianya kaku tanpa ada apa2 pergerakan tetapi perempuan itu memang sedang menuruni tangga! dan tangganya adalah tangga kayu biasa yg berbentuk melengkung ketika hendak menuruninya...
Sesudah menuruni tangga dia mula melangkah mara kehadapan.. kearah razim...
Razim yg sudahpun pucat lesi seolah2 terpaku utk bergerak dan tak mampu langsung utk melarikan diri..
Dan sesuatu yg memeranjatkan lagi apabila baju perempuan itu bertukar warna kepada hitam! ketika dia melalui tiang tengah yg ke-3 (ada 4 tiang di tengah kesemuanya..)
Dia berhenti seketika disitu...
kemudiannya dia melangkah kekiri halaman yg mempunyai sebuah takar berisi air yg sgt besar..
Sewaktu dia melepasi tiang ke-4 warna bajunya bertukar kpd putih kembali.... mengerbang ketika dia menyusuri ketika berjalan... yg mana kainnya memang labuh dan terseret ke lantai sehingga tak nampak langsung kakinya...
Sesampainya dia ke takar berisi air itu, dia memainkan jarinya menyentuh permukaan air dan terdapat bunga2 mawar hidup didlmnya..
Ketika itu bulan mengambang penuh dan cahaya bulan tepat memasuki dan menembusi bilik diatas dan menerangi ruang tamar dibawah yg mana Razim masih lagi terpaku melihat sang perempuan itu yg kini duduk di tepi takar sambil tunduk bermain air didlm takar... sambil menyanyi kecil yg tak dpt didengari oleh razim dgn jelas..
Satu lagi perkara pelik yg berlaku, kali ini yg paling tak masuk akal sekali... yg mana pada kedudukan paling kiri ruang tamar itu yg asalnya hanya terdiri 2 buang tiang tetapi kini menjadi 3 buah tiang!!
dan yg paling menakjubkan ialah ruang tamar yg paling kanan tempat terletaknya takar air dan sang perempuan yg bermain airnya itu, yg mana tiang asalnya mempunyai 3 buah kini menjadi 2 buah sahaja!
Apakah yg sedang berlaku?! adakah vila ini sudah berputar kedudukannya dari kiri ke kanan?...
"Ia.." jawab sang perempuan itu sambil merenung tajam kearahnya... seperti dapat membaca apa yg sedang razim katakan didlm hatinya....
Apalagi, dgn begitu terkejut yg amat sgt, kali ini razim tekad untuk melarikan diri dari situ..
Daripada pintu gerbang utama vila itu, nak ke arah pagar luar tempat razim parking keretanya.. agak jauh juga..
Sepanjang semak dan denai yg diharungi razim, terdapat sebuah pokok besar yg mengerbang ditengahnya...
Alangkah terkejutnya razim dan hampir luruh jantungnya apabila sang perempuan tadi kini berdiri diatas pelepah pokok yg rendang itu...
Dengan angin yg bertiup kuat dan keadaan pokok itu yg sedang meliang liuk ditiup angin, sang perempuan itu selamba je berdiri dihujung pelepah yg secara logiknya tak mungkin dpt menampung berat seekor kucing hitam sekalipun.... apatah lagi dia.... w'pun bodynya agak kurus dan cantik seperti siti nurhaliza sekalipun.. tetapi hujung daun pelepah pokok itu sepatutnya langsung tak mampu menampung apa2 berat sekalipun...
Dengan perasaan yg amat lemah longlai dan perasaan takut yg bercampur baur... razim terpaksa juga menggagahkan diri melalui laluan dibawah pokok besar itu sambil melarikan pandangan dari terpandang sang perempuan itu... berlari sekuat hatinya... utk sampai ke keretanya yg terletak dihujung sana....
Akhirnya razim sampai juga ke keretanya.... lalu dgn pantas dia masuk kedlm dan menghidupkan enjin kereta..
Seolah2 mcm ada satu perasaan yg memaksa dia utk menoleh kembali ke arah pokok dan vila itu, razim akhirnya memalingkan mukanya ke arah vila itu...
dan... alangkah terkejut bukan main kepalang lagi dia apabila perempuan dari atas pokok mula terbang kearahnya... sambil baju putihnya itu mengerbang di tiup angin...
dia kini berdiri betul2 dihadapannya sambil merenung razim tanpa berkedip mata sedikitpun....
Sang perempuan itu akhirnya bersuara...
Ye... jgn takut... Sy mawar.. selamat bertemu dgn awk juga... penjaga vila no.3... kata perempuan itu sambil mengukir senyuman yg paling manis sekali serta berlesung pipitnya sekali...
Teka teki diatas dicipta sepenuhnya berdasarkan ilham yg aku dpt dari video klip nih..
Pd asalnya lirik lagu ni memang susah nak faham dan memang tergantung.. tapi kalau ditukar "cinta" kpd "cerita" barulah aku dpt faham barisan ceritanya dan apa yg sebenarnya yg mahu disampaikan..... gud luck
senang je bro...
Clue terpenting... Awek tu bukannya hantu...
Dia cuma penjaga vila tersebut dan menggunakan segala trick yg direka bersama didlm bangunan itu untuk menakutkan para pengunjung yg berniat jahat..
itu jer...
bagaimana dia turun tangga secara terapung?
bagaimana dia boleh berada diluar diatas pokok dlm sekelip mata?
bagaimana dia boleh berpijak diatas geting pelepah?
bagaimana warna bajunya boleh bertukar? (dlm buku sains tingkatan 3 ade jawapannye)
paling best, bagaimana dia boleh terbang?
dan yg paling ohsem.... bagaimana tiang rumah boleh ghaib dan muncul ditempat lain?
apo nih bro takkan dah sentap kot, lek ahhh, jangan katup dulu nanti ada la orang bijaksana solosaikan teka-teki ko nih, gua belum dapat pk lagi, tengok la nanti bila senang dan sel2 otak serebrum, medula oblongata dan serebelum dapat bergabung dengan sempurna baru leh jawab
Mungkin bagi org lain sudah tentu akan berasa seram utk memasuki sebuah rumah besar yg usang dan gelap serta dipenuhi rumput dan lalang terbiar dan agak menakuktkan itu..
Kalau ayah sendiri yang reka, tak kan rasa seram, instead kita akan rasa sayu bila melawati bangunan itu... huhu..I;m thinking of Iljimae scene where Yong pergi rumah masa dia membesar di tempat ayah dia dibunuh...sedih woo...dengan bunga2 sakura yang jatuh and the tree..T.T
bagaimana dia turun tangga secara terapung?
bagaimana dia boleh berada diluar diatas pokok dlm sekelip mata?
bagaimana dia boleh berpijak diatas geting pelepah?
bagaimana warna bajunya boleh bertukar? (dlm buku sains tingkatan 3 ade jawapannye)
paling best, bagaimana dia boleh terbang?
dan yg paling ohsem.... bagaimana tiang rumah boleh ghaib dan muncul ditempat lain?
Tangga tu boleh bergerak sendiri ke bawah..macam escalator..
dan yg paling ohsem.... bagaimana tiang rumah boleh ghaib dan muncul ditempat lain?
bila tangga tu bergerak, pada masa yang sama lantai tempat yg ada tiang tu pun bergerak sama...cukup satu putaran tangga dari anak tangga pertama hingga terakhir,cukup 180 darjah lantai tu bergerak...
bagaimana dia boleh berada diluar diatas pokok dlm sekelip mata?
bagaimana dia boleh berpijak diatas geting pelepah?
paling best, bagaimana dia boleh terbang?
dia terbang pakai yang alat harness mcm dalam cerita kungfu tu..huhu..
bagaimana warna bajunya boleh bertukar? (dlm buku sains tingkatan 3 ade jawapannye)
dia pakai baju kaler silver bila kena cahaya bulan jadi kaler putih,bila tak kena cahaya bulan nampak mcm kaler hitam...