CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3355|Reply: 0

6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Resume

[Copy link]
Post time 19-2-2015 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sazhar890 at 19-2-2015 10:47 PM

Ada tak yang ada masalah nak tulis resume, ni saya nak kongsikan 6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Resume...


1) Anda perlu tahu apa yang anda perlu buat?


Dengan menyoal diri anda dulu, anda akan lebih bersedia untuk untuk dapatkan jawatan yang anda mohon. Anda akan letakkan sasaran dengan mencari apa kriteria-kriteria yang majikan anda mahukan. Anda perlu buat kajian dulu mengenai syarikat tersebut.


Apa yang perlu anda kaji adalah;
  • syarat-syarat kelayakan syarikat tersebut
  • apa produk syarikatsiapa pelanggan syarikat
  • carta organisasi syarikat


Selain itu, saya sarankan juga anda untuk buka website syarikat tersebut. Mungkin ada lagi maklumat yang perlu anda tahu.


2) Senaraikan semua ciri-ciri yang anda ada yang boleh bantu syarikat anda.


Anda perlu tahu apa ciri-ciri peribadi anda, positif dan negatif, supaya anda bersedia menjawab segala soalan yang ditanya oleh majikan anda. Ciri-ciri yang saya maksudkan bukan ciri-ciri yang umum seperti saya seorang yang berfikiran terbuka, saya seorang cepat belajar dan lain-lain.


Anda perlu jadikan ciri-ciri peribadi lebih menarik seperti saya seorang yang boleh menyelesaikan masalah dengan pantas, saya boleh menerima kritikan dan pendapat dari orang lain, saya sentiasa fokus, konsisten dan komited dalam melakukan sesuatu kerja...lain-lain tu, anda boleh fikirkan sendiri.


3) Apa pengalaman anda berkaitan dengan jawatan yang anda ingin mohon?


Soalan yang ni ada 2 kategori iatu
  • fresh graduate
  • berpengalaman.


Untuk fresh graduate, anda mesti ada pengalaman dalam latihan industri. Ada yang 3 bulan, ada yang 6 bulan. Anda boleh masukkan pengalaman-pengalaman tersebut dalam resume anda walaupun kadang-kadang ada tugasan yang diberi tidak berkaitan dengan jawatan yang anda mohon.


Bagi anda yang berpengalaman, anda perlu senaraikan syarikat-syarikat yang pernah anda bekerja sebelum ini seperti;
  • Nama syarikat
  • Jawatan Anda
  • Berapa lama anda bekerja?
  • Skop kerja anda.
  • Projek yang pernah anda kendailkan



4) Senarai semua pencapaian dan kemahiran anda yang boleh membantu syarikat tersebut.


Cuba senaraikan apa pencapaian dan kemahiran yang ada pada diri anda sekarang seperti;
  • kemahiran bahasa
  • kemahiran komputer
  • sukan yang anda main
  • pertandingan yang anda sertai


Lagi banyak lagi bagus, mungkin ada tidak perasan yang kemahiran dan pencapaian anda ini dapat membantu naikkan kualiti resume anda.


5) Senaraikan tahap pendidikan yang dapat membantu anda dapatkan jawatan tersebut


Bagi anda yang ada kelulusan seperti Diploma, Degree, Master dan Phd dan sebagainya, anda perlu muatkan dalam resume anda dengan selengkapnya.


Tulis institusi mana anda dapatkan kelulusan tersebut, beritahu sekali CGPA terakhir anda. Tak usah malu kalau CGPA anda rendah kerana anda masih lagi ada aset diri yang anda dapat semasa belajar.


Aset diri ini sebenarnya lebih penting berbanding CGPA anda. Ini sebenarnya yang boleh jadikan anda seorang yang berjaya.
Jadi, saya nak tanya anda...apa aset diri anda?


6) Kenapa anda layak untuk dapatkan jawatan tersebut?


Anda juga perlu tahu kenapa anda layak dapatkan jawatan tersebut, kalau anda tak tahu, macam mana anda nak jawab kalau dipanggil temuduga nanti. Confirm anda tak dapat jawab nanti.


Macam mana nak tahu anda layak ke tak?


Anda baca semula dari no.1 sampai 6, lepas tu buat...baru anda tahu anda layak ke tak.


Ok, saya rasa tu je kot...


Oh, lagi satu...


Kalau anda nak dapatkan contoh-contoh resume sebagai rujukan, anda boleh download percuma di link website bawah..
  • http://www.hloom.com/download-professional-resume-templates/
  • http://www.instantresumetemplates.com/
  • http://www.resumeworld.ca/resume-templates/types-resume-templates.html


Semua resume di website ni dalam bahasa inggeris. Ada pelbagai design dan template yang boleh anda download secara percuma sahaja. Anda hanya perlu isi tempat kosong sahaja.


Kalau anda nak resume dalam BAHASA MELAYU, anda boleh dapatkan di sini --> Resume Bahasa Melayu


Saya juga syorkan supaya anda baca ebook PERCUMA ini --> Ebook 7 Kesilapan Menulis Resume Kerja


Dalam ebook ini, saya ada kongsikan kesilapan-kesilapan yang biasa orang ramai buat semasa menulis resume. Kesilapan-kesilapan ini saya lihat amat kritikal kerana kerap dilakukan berulang kali. Ini akan memberi kesan kepada kualiti resume anda.


Saya harap artikel ini dapat membantu anda hasilkan resume yang terbaik.


Semoga berjaya!




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 7297 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.601839 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list