CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23602|Reply: 56

(C/P) HANTU PELARIS KEDAI MAMAK IKUT BALIK RUMAH

[Copy link]
Post time 29-5-2015 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by LabuLabi69 at 29-5-2015 03:51 PM



STRESS KERJA

Bila otak dah berdengung, apa lagi, kedai mamak 24 jam lah tempat yang dituju.

"Hmmm," keluhku.

Keluar ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memangbersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangatpun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia 'kaw' pun dah sedap.

Tiba-tiba teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawanbertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit sajapun kalau memandu.

Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia.Hampir kesemua tempat penuh.

"Hmmm? Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot?"

Duduk dan order. 'Mak aiii!'

Minah yang ambil order ini, mukanya, manis lagi cuka. Comelnya boleh tahanlahjuga. Bak kata orang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat danketat, pergi mana pun takkan berseri.

Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekelilingmemerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu botol kecil diselitkandi siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah, mula menggaru kepalayang tidak gatal.

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuanberjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikansetiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalulihat dalam kaca tv.

Wajahnya, harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannyadihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekaliapabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepadapelanggan.

"Ini tehnya. Makan? Tak mahu?," tanya seorang pelayan kedai itusambil menghentak cawan yang berisi air teh.

Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duitpelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan orang macampengemis meminta sedekah.

Petua orang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli,barulah boleh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minumanitu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada 'sesuatu' yangdiletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan doa makan.

Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yangmerekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh melimpah.Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala diangkat dan mata tepatmerenung ke arah lembaga itu tadi.

Lembaga itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak dikaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambilmembayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminumdan mahu digantikan dengan minuman yang lain.

"Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,"

Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.

“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jarimenunjuk ke arah siling.

Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori. Toleh kekiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengekori. Nampaknya,tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa melangkah kearah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis. Badanmenghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surahdibacakan beserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia,kaki pelahan menuju ke arah kereta.

Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengekori.

Pelahan-lahan botol mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupuntidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang inginmencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu.Mungkin kerana terkejut, lembaga itu terus melompat ke arah lampu jalan rayadan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapapelanggan yang menyaksikan kejadian itu memandang pelik.

"Buat tak tahu je lah"

Bukan ini lembaga yang mengekori, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang.

Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mataterus memandang lampu jalan. Ya, lembagai perempuan itu mash di situ. Bagaimenunggu arahan tuannya.

Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat perniagaannyasehingga memerlukan bantuan daripada 'luar'? Jika dilihat, pelanggannya memangramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memangenak!

Apakah ketamakkan telah mengabui matanya?

Wallahua’alam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 04:13 PM | Show all posts
nasib dia x ikut balik rumah...  

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 04:28 PM | Show all posts
tappi gambo tu waktu siang...cer tenok kat tingkap ke cermin sebelah org yg berbaju merah hitam tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2015 04:31 PM | Show all posts
krustykrab replied at 29-5-2015 04:28 PM
tappi gambo tu waktu siang...cer tenok kat tingkap ke cermin sebelah org yg berbaju merah hitam tu

gambar just contoh tp prncerita orng lain ..

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 04:36 PM | Show all posts
LabuLabi69 replied at 29-5-2015 04:31 PM
gambar just contoh tp prncerita orng lain ..

ooo.....okay
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 05:29 PM | Show all posts
kt mane ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2015 09:56 PM | Show all posts
my friend boleh npk jugak..restoran sedara die, ada org dengki..diletaknya jin terkangkang dpn restoran bgi org x nampak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa la sampai mcm tu sekali... Dulu ada mamak stevens corner kat pandan indah..x tau ada lg ke tak sekrg.. Dlm kedai mcm2 tergantung... Yg aku ingat salah satu cili kering... Tp sekali tu je pergi..hati x sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2015 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni cerita dr penulis novel mata xberhijab tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 07:03 AM | Show all posts
dulu2 masa baca buku Tamar Jalis pun ada tulis suruh usik lelangit dengan lidah sebelum makan di mana-mana untuk tengok ada unsur sihir atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 08:02 AM | Show all posts
dulu perawat darussyifa' ada jugak bagi petua tu
sebelum makan lagakan lidah ke lelangit, kalau geli, ok

lagi satu nak tau ada pelaris @ tak, tapau makanan
makan kat rumah, kalau sama sedap, ok
biasanya kalau ada pelaris, kalau makan kat kedai sedap
tapi kalau tapau makan kat rumah tak sedap

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 09:10 AM | Show all posts
mostlya kedai makan ada pelaris..
pernah tengok cili kering terjuntai kat atas siling..
ayat apa entah digantung kat dinding..macam tulisan siam..ni kedai melayu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 30-5-2015 08:02 AM
dulu perawat darussyifa' ada jugak bagi petua tu
sebelum makan lagakan lidah ke lelangit, kalau gel ...

Tak pernah try sentuh lelangit tu.. Lepas ni nk try la..

Tapau tu sy selalu mesti bersangka baik je kalau tak sedap.. Tu yang payah sikit kalau tapau.. Nak try sentuh lelangit je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:00 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 30-5-2015 12:44 AM
Apa la sampai mcm tu sekali... Dulu ada mamak stevens corner kat pandan indah..x tau ada lg ke tak s ...

bukan ke tu kedai india... kantoi pastu tros ramai pakat tak datang... tros lengang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman sendiri.. Kedai mamak pun mmg ade pakai pelaris... Batu kemeyan besar letak kat kaunter... Bila aku scan perhhhh.. Nasib aku beli air minuman tin.. Kalau tak muntah hijau la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2015 01:26 PM | Show all posts
mnSK replied at 30-5-2015 01:12 PM
Pengalaman sendiri.. Kedai mamak pun mmg ade pakai pelaris... Batu kemeyan besar letak kat kaunter.. ...

sbb tu walau sekotor mana pun kedainya ttp ramai yang melepak smpai ke subuh kan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2015 01:58 PM | Show all posts
Edited by missDollie at 30-5-2015 06:14 AM
makciktijah replied at 29-5-2015 11:03 PM
dulu2 masa baca buku Tamar Jalis pun ada tulis suruh usik lelangit dengan lidah sebelum makan di man ...

tapi bukan kalo sentuh lelangit bukan rasa geli semulajadi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 30-5-2015 12:44 AM
Apa la sampai mcm tu sekali... Dulu ada mamak stevens corner kat pandan indah..x tau ada lg ke tak s ...

Penah mkn minum situ...mmg ramai je smpai ke pagi.tp xpenah lak masuk dlm kedai,biasa mkn luar2 tu je.ntah apelah dlm mknn dgn minuman aku yek.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 02:58 PM | Show all posts
missDollie replied at 30-5-2015 01:58 PM
tapi bukan kalo sentuh lelangit bukan rasa geli semulajadi ke?

Aku pun fikir gitu tapi dlm buku tu katanya kalau ada pelaris lelangit x rasa geli. Tak tau la betul tak sebab tak pernah cuba. Tapi kat rumah mak aku ni ada kedai pakai pelaris, kot rajin nnt aku gi try. Heuheuheu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 30-5-2015 12:44 AM
Apa la sampai mcm tu sekali... Dulu ada mamak stevens corner kat pandan indah..x tau ada lg ke tak s ...

Steven corner ni Bkn mamak muslim kan.. Pure Indian..sb nmpk patung gajah tuhan dorg sembah kt kaunter.. Tak tau halal ke tak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056009 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list