View: 13493|Reply: 22
|
Inilah Pokok Habbatus Sauda
[Copy link]
|
|
Korang kenal tak dengan biji-biji berwarna hitam kat atas ni? Sekali nampak macam bijan hitam kan. Tapi sebenarnya ia adalah habbatus sauda. Kalau orang Melayu, panggil dengan nama jintan hitam. Selalu korang tengok rupa dia nampak hitam macam ni je kan. Pernah tak korang tengok pokok habbatus sauda?
Kalau tak pernah, jom kita tengok pokok habbatus sauda ni macam mana rupa dia. Jom skrol ke bawah.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam." Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut."
(Riwayat Bukhari)

KHASIAT HABBATUS SAUDA'
HABBATUS SAUDA yang dikenali dengan nama saintifiknya Negella Sativa telah pun digunakan di merata negara sejak zaman berzaman terutama di Timur Tengah dan Timur Jauh sebagai ubat semulajadi bagi berbagai penyakit insan.
Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa HABBATUS SAUDA' digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 2000-3000 tahun Masihi. (Jan 1980, Nasimy 1984) dan literature lama Ibn Sina (Avi Cenna 1000M - 412H) dan Al-Antiki (670M - 1094H).
Ia berfungsi menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi, mengecut semua jenis ketumbuhan, berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik), selsema, sesak nafas terutama pada bronkial asma dan cardiak asma, luka-luka dihati (Cirrhosis of liver), batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, gout, tonsilitis, gusi berdarah, gastrik, luka-luka dalam perut (Ulser), kurang penghadaman, mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan barah.
Ia juga dapat mengatasi semua jenis alahan dan gatal-gatal kulit, membantu menguatkan fungsi kelenjar, merenggang permukaan kulit, boleh mengatasi sakit puan (Mestris, Indomeferitis Ophoritis), senggugut melancarkan peredaran haid, berfaedah untuk sakit tuan seperti lemah tenaga batin (Premature ejaculation) membersihkan perut dari angin dan kahak. Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan, InsyaAllah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
oooo.. baru tau...  |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknye pokok habbatus sauda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ooh...camtu rupanya....baru tahu Habbatus Sauda ni jintan hitam rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ku bayangkan besor... rupa nyer kecik jer |
|
|
|
|
|
|
|
cantik pokok habbatus sauda ni. baru tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Oooooo celebrity chef yang dalam AFC nama Nigella tu bermaksud jintan  |
|
|
|
|
|
|
|
oohhh jintan hitam rupanya..... |
|
|
|
|
|
|
|
belum pernah lihat lagi pokoknya sebelum ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
baru tahu j intan hitam tu habastus sauda |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang ada masalah nak berak pagi tu..
ni tips yang saya guna...
bangun pagi minum air kosong.....
before bfast makan jintan 7-9 biji(secubit)
before tido pun makan juga 7-9 biji(secubit)
ogata dah amalkan before ramadhan dulu..
and yes..badan pagi pagi pun tak da la lemau lagi...
all the best! |
|
|
|
|
|
|
|
LBunga taik ayam ni habutus sauda eh.
 |
|
|
|
|
|
|
|
suke habbatus sauda  |
|
|
|
|
|
|
|
selain dari masalah susah nak berak
ianya utk buat badan kita segar ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
rupanya ia ada pokok jintan hitam
cantik bunganya, baru tau. |
|
|
|
|
|
|
|
yup dear....tapi bukan la makan hari ini hari tu juga u boleh rasa....
and one more thing jintan hitam ni pun bagus untuk orang yang low blood macam saya...
yang lain lain saya tak pasti camne la...sebab yang tu je saya dapat rasa perbezaan nya..
teringin nak makan segengam satu hari tapi takut tak berfaedah dan membazir...yela 9 biji rasa celah gigi jer....
|
|
|
|
|
|
|
|
kat mekah murah,
kat sini mahal gila..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|