View: 24719|Reply: 137
|
Sape rembat kasut LV RM2k Jimmy d Masjid USJ 9, Subang Jaya? CURI DOSA!!!
[Copy link]
|
|
Kasut LV Lesap di Masjid, Jimmy Shanley Perkenalkan CuriDose
Pengacara dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley mendedahkan yang pengalaman kasutnya dicuri sewaktu berhenti sebentar untuk menunaikan solat di sebuah masjid menjadi inspirasi untuk dia mengeluarkan produk selipar yang diberi nama CuriDose.
Kasut jenama Louis Vuitton milik Jimmy yang berharga lebih kurang RM2,000.00 hilang ketika dia menunaikan solat di sebuah masjid yang terletak di USJ 9, Subang Jaya beberapa tahun lalu.
"Saya berhenti di masjid sebentar untuk menunaikan solat kerana sudah masuk waktu. Selepas selesai solat, kasut bersama stokin saya tiada di tempatnya. Kedua-duanya lesap. Mungkin ada orang yang terambil kasut itu dan saya rasa bukan rezeki saya," kata Jimmy yang ditemui di Rumah Terbuka Ultra FM baru-baru ini.
Menggunakan insiden itu sebagai inspirasi untuk menjual selipar yang diberi nama CuriDose, sambutan yang diterima oleh Jimmy amat menggalakkan.
"Nama CuriDose itu sendiri menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu 'terambil' selipar yang bukan kepunyaan mereka. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat positif dan selain selipar, saya juga merencana untuk mengeluarkan baju, sweater dan tabung dari jenama yang sama," kata Jimmy lagi.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai jenama CuriDose, lawati laman Instagram milik Jimmy, @jimmyshanley atau @curidose.
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/693092/kasut-lv-lesap-di-masjid-jimmy-shanley-perkenalkan-curidose
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus.. Berniaga.. Semoga sukses dengan perniagaan ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus berniaga.
Semoga barangan Curidose dpt membantu org ramai utk berhenti mencuri |
|
|
|
|
|
|
|
curlestt nama selipar dia hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Insoff pencuri sliper tgk jenama |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sukses dengan perniagaan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
I like jenama dia. Very fresh....kipidap....ada jual mn eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kenarihitam at 17-8-2015 08:40 PM
Cantik gak selipar curidose nih. |
|
|
|
|
|
|
|
ala slipper jnis bersepah kat uptown..da mcm flipper jer..tukar nama.. |
|
|
|
|
|
|
|
kreatif juga si jimmy ni, curidose. nampak menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ambil sesuatu bukan hak kita!
AbuAqil Adnan
Islam merupakan agama yang menghormati hak individu yang lain dan amat melarang keras kita merampas dan mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Banyak sekali hadis Nabi saw yang melarang perkara ini. Antaranya ialah :
Dari Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya engkau sekalian selalu mengadukan persengketaan kepadaku. mungkini sebahagian darimu lebih pandai berhujah dari yang lain, lalu aku memutuskan untuknya seperti yang aku dengar darinya. Maka barangsiapa yang aku berikan kepadanya sesuatu yang sebenarnya adalah hak saudaranya, sebenarnya aku telah mengambil sepotong api neraka untuknya." ( Imama al-Bukhari dan Muslim)
Amat pelik bila kita dapati ada manusia yang tamak sanggup mengambil sesuatu yang bukan miliknya seperti tanah, wang ringgit dan sebagainya. Malah mereka sanggup menipu sehingga sanggup bersumpah untuk membenarkan penipuannya. Sungguh malang mereka ini kerana terdapat satu hadis mengenai perkara ini.
Sabda Rasulullah saw bersabda :
“Sesiapa yang merampas hak seorang Muslim dengan sumpahnya maka sesungguhnya Allah s.w.t telah memastikan neraka untuknya dan mengharamkan untuknya syurga.” Seseorang bertanya baginda: “Walaupun benda itu sedikit wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Walaupun sebatang kayu sugi.” ( Imam Muslim)
Hadis ini amat mengerikan kerana walaupun hanya mengambil sebatang kayu sugi yang tidak bernilai pun akan menghumbankan seseorang itu ke dalam neraka dan haram memasuki syurga..na’uzubillah.
Mungkin ada yang berkata “hadis di atas ialah merampas harta milik orang lain tapi kalau mengambil harta kerajaan tidak mengapa…”
Ungkapan itu tidak benar. Pengambilan sesuatu yang bukan hak kita sama ada dari individu muslim atau milik kerajaan adalah haram. Dalilnya ialah hadis hadis yang lain riwayat daripada Umar bin Khattab r.a. beliau berkata:
“Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah s.a.w. datang menghadap kepada beliau, kemudian berkata: “Si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid,” sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang laki-laki lalu mereka berkata: “Si fulan itu juga mati syahid.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak, sama sekali tidak. Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadits) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan).” ( Imam Muslim)
Lihatlah…seorang yang mati berjihad di jalan Allah pun boleh tidak terlepas dari dihumban ke dalam neraka hanya kerana dia mengambil kain selindang milik rampasan perang.
Oleh yang demikian, berhati-hatilah dan jangan sekali-kali tidak mengambil seusuatu yang bukan hak kita kerana akibatnya akan dimasukkan ke dalam neraka walaupun benda yang diambil itu bukan sesuatu yang bernilai. Semoga Allah merahmati kita dan membuang sifat tamak dari hati kita semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
letak hadis kat selipar tu gerenti pencuri terduduk termenung seketika
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yg bestnye ultra FM ni? ada ultraman? |
|
|
|
|
|
|
|
nama brend dia menarik....hrp2 x ada lah org nak ambik bila pakai selipar ni |
|
|
|
|
|
|
|
anggap aje laa ko bersedekah rm 2k tu jimmy..mudah2 an dgn jual selipocuridose tu income ko bertambah. |
|
|
|
|
|
|
|
rare....yang perempuan sibuk berniaga tudung.......yang lelaki berniaga selipar hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
agak brilliant ni... mendidik sambil meniaga |
|
|
|
|
|
|
| |
|