View: 7337|Reply: 55
|
Loque Akui Berselisih Pendapat Hakimi 12 Lagu Ke AJL 30
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Komposer Loque akur dengan pemilihan 12 lagu ke Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30) walaupun berselisih pendapat dengan beberapa juri ketika menghakimi lagu yang dipertandingkan.
Loque yang juga juri separuh akhir Muzik-Muzik berkata, walaupun begitu keputusan yang dibuat bagi memilmilih peserta akhir adalah kata sepakat bersama.
"Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana juri sepanjang tiga minggu membuat penilaian program ini. Lagipun keputusan yang dibuat berdasarkan perbincangan bersama.
"Walaupun ada beberapa perkara yang saya tidak setuju, tetapi saya harus akur dengan pemilihan lagu-lagu yang dibuat berdasarkan beberapa faktor. Saya harap tidak ada pihak yang salah faham," katanya kepada mStar Online.
Loque yang juga vokalis kumpulan MonoloQue mengulas berhubung status yang dimuat naik di Facebook miliknya pada malam Ahad lalu mengenai cita rasa masyarakat memilih lagu yang langsung tidak menunjukkan identiti muzik tempatan.
Sebaliknya masyarakat lebih gemarkan lagu-lagu berbentuk identiti negara sebarang, Indonesia untuk diundi sebagai lagu pilihan dalam pertandingan tahunan itu.
Status tersebut telah menimbulkan persoalan adakah mungkin Loque tidak berpuas hati dengan pemilihan 12 lagu yang dipilih ke AJL 30 atau dengan pihak juri yang terlibat bersamanya.
Selain Loque, barisan juri professional yang menilai karya dalam program tersebut ialah Datuk Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri, Helen Yap, Edry Hashim, Jennifer Thompson, Azmeer dan Taja (Meet Uncle Hussein).
Sementara itu, Loque menjelaskan, status tersebut lebih kepada rasa terkilannya terhadap cita rasa umum yang gemarkan lagu-lagu berunsur muzik seberang dan pada masa sama penggiat muzik pula menghasilkan lagu 'ala Indonesia’.
"Saya sedih, lagu-lagu kita ke arah Indonesia melodinya. Lirik lagu pun begitu, sebagai contoh, 'bisa', 'coba', 'karena'. Bukankah lirik itu boleh ditulis kepada Bahasa Melayu?
"Melodi pula bersifat ala-ala penyanyi Melly Goeslow, Kris Dayanti dan sebagainya. Saya lihat fesyen kita sudah berubah tetapi cita rasa kita tentang muzik tempatan masih di takuk lama.
"Sedangkan lagu-lagu rock kapak dan elemen Melayu lain boleh dinaik taraf menjadi sebuah lagu yang segar," tegasnya.
AJL30 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2016 akan menampilkan 12 lagu terbaik iaitu Sampai Mati (Hazama), Potret (Akim & The Majistret), Assalamualaikum (Faizal Tahir), Biarkanlah (Drama Band), Hanya Namamu (Caliph Buskers) dan Knock Knock (Elizabeth Tan).
Turut terpilih ialah Manakala Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Salleh), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff), Mana Mungkin (Black), Not For Sale (Stacy) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah).
***Mstar Onlie |
|
|
|
|
|
|
|
Loque
Ko tak sedar ke lagu hip hop rap yang saban tahun ke AJL tu ikut acuan mana? Lagu apa khabar tahun lalu siap berjuara bagai...tu ikut acuan mana tu? venezula? Zimbabwe atau Maldive?
Ko sendiri yang tak sedar bahawa memang lagu lagu kita dari dulu lagi tidak lari melodi dan lirik Indonesia sebab ramai je warga Malaysia sejak azali lagi asalnya Indonesia lagi pula bahasa Indonesia ( bahasa buku atau suratkhabar) tidak jauh bezanya dengan Malaysia sebab kita dibawah rumpun Melayu nusantara sama spt Singapura/Brunei. sekian saya melaporkan dari Lapangan terbang.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan hal aku, biar ku jalan dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noraidil_06 at 8-12-2015 11:22 AM
Eleh saje nk bg spark kt ajl kan? Sbb org x kisah pun kat semi final kan? Basik tauk? Basik.
Bak kata divadivanaazwanalia org lg rela tgk set2 kertu nyanyi di gegarvaganza. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Hal Aku dengan Not For Sale tu macam sekadar nak cukupkan korum je 12 lagu.. |
|
|
|
|
|
|
|
AJL is so yesterday... GV yg tengah IN.
Tunggu abis GV Ahad ni yer kalau nak create publisiti utk AJL ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 setuju jugak dgn pendapat Loque ni walaupun aku x minat imej dia yang tak semenggah tu. Tapi ni kes biasalah, tetiap tahun mesti ada je lagu2 yang dianggap bagus x layak ke final. Tahun ni pun sama, kira ni perkara biasa je.
Tahun ni klubkidd x meroyan teruk sangat walaupun artis fav heshe, Amir Jahari fail lagi ke final |
|
|
|
|
|
|
|
ini terjadi karena ...ruang muzik kita terbuka seluas luas alam untuk terima kehadiran lagu2 dan artis dari seberang. Kalau kat sesetengah stesen radio siap ada lagi carta muzik lagu indon..so apa nak dikata orang industry sendiri menerima dengan hati terbuka...jadi memang jadi lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni kira macam hub utk industri muzik pelbagai negara. Even kita sendiri pun tau lagu2 Siam & Filipina yang mmg rare utk didengar.
Berbeza dgn Indonesia kerana mrk mengamalkan sifat tertutup yg menyukarkan artis2 negara lain sukar mencipta nama di sana.
Pada meols, artis2 Malaysia kena lebih kreatif mungkin dari segi imej atau genre muzik utk lebih diingati. Idea2 sampah should be bannned from industry.
|
|
|
|
|
|
|
|
Loque ni yang muka macam abang ladang tu ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Terima lagu dari seberang tak bermaksud kita kene tiru bahasa diorg. Even lagu yg adi sixth sense cipta utk artis kita pon liriknya dlm bahasa melayu.
Kalau perkataan bisa tu mungkin x dpt nk dielak sbb memang dah guna sejak dr mula industri hiburan melayu. Tp perkataan lain memang boleh dielak utk digunakan. Xde masalah. Kalau gune gak perkataan2 indon yg bahasa melayu dia lain ejaan nmpk sgt identiti malaysianya takde |
|
|
|
|
|
|
|
not for sale tu dari bahasa ape plk?setau aku dulu2 ajl mmg xkan bg lepas kalau lirik tu bahasa mcm rojak |
|
|
|
|
|
|
|
apa contoh2 lagu yang bernuansa indon tu?
anyway aku harap angin kencang menang! |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dengan Loque. Memang dari zaman butter lagi dia ni dah nampak menjurus pada sedikit anti dengan muzik keindonan. (Cari lagu Merpati Sejoli). Lepas tu dalam muzik video 1000 tahun mahu hidup pun ada menganjing sikit2 unsur pop indo dalam masyarakat kita.
So nak ambik idea dari luar takde masalah. Cuma jangan lirik pun nak diindonkan. Tengok macam Butter ambik influence grunge tapi takde pun nyanyi macam Chris Cornell. Bunyi macam Cobain ada la. Eh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Assalamualaikum boleh lepas ke? Bukan ketara sgt ke persamaan dgn lagu Best Day of My Life? Aku suka jugak kat lagu Assalamualaikum tu tapi kalau nak bertanding AJL mcm tak sesuai plak. |
|
|
|
|
|
|
|
ini aku tersgt setuju...........
"Saya sedih, lagu-lagu kita ke arah Indonesia melodinya. Lirik lagu pun begitu, sebagai contoh, 'bisa', 'coba', 'karena'. Bukankah lirik itu boleh ditulis kepada Bahasa Melayu? "Melodi pula bersifat ala-ala penyanyi Melly Goeslow, Kris Dayanti dan sebagainya. Saya lihat fesyen kita sudah berubah tetapi cita rasa kita tentang muzik tempatan masih di takuk lama. yg ini SGT TAK SETUJU...mohtep stetmen contradict??
"Sedangkan lagu-lagu rock kapak dan elemen Melayu lain boleh dinaik taraf menjadi sebuah lagu yang segar," tegasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
emmet tu sah2 suara cam eddie vedder
|
|
|
|
|
|
|
| |
|