Edited by d_dalia at 9-12-2015 03:14 AM
nampaknya ramai host tv3 yg akan kawin..
Berdebar nanti saat bahagia
Debaran bakal pengantin baru, Za’im Helmi Zaini, 29, yang akan mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Nur Damia Mohamed Nasir, 28, pada 25 Disember ini makin kencang. Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu berasakan semakin hampir dengan tarikh bersejarah kian bimbang hatinya dan bagaikan tidak cukup waktu untuk membuat persediaan. Baru-baru ini ketika dia dan Damia ke Butik Qudyn Kuala Lumpur untuk mencuba baju bagi digayakan pada hari pernikahan dan persandingan, Za’im masih membawa komputer ribanya bersama. “Keluarga saya tinggal di Brunei jadi semua persiapan pernikahan dan persandingan, saya dan Damia yang rancang dan buat sendiri. Rasa macam tak cukup ‘kaki dan tangan’. Dalam mencari persetujuan, pernah juga kami berselisih pendapat, namun cepat-cepat selesaikan. Sekarang saya biarkan Damia buat keputusan kerana dia lebih arif dalam soal persiapan hari bahagia kami. “Pun begitu dia tetap minta pendapat saya. Setakat ini hampir 80 peratus persiapan sudah siap. Saya bersyukur meskipun tidaklah popular macam artis, banyak pihak sudi menaja termasuk Qudyn yang menaja baju dan ada juga yang sudi menyediakan cenderahati untuk tetamu,” katanya. Majlis pernikahan yang akan dilangsungkan pada 25 Disember itu akan diadakan di Hotel De Palma Ampang, jam 10 pagi. Pada malamnya pula akan diadakan majlis resepsi manakala upacara menyambut menantu di sebelah keluarga Za’im akan berlangsung di Laman Kayangan Shah Alam, pada 27 Disember, jam 8 malam. “Kami akan menggayakan persalinan rona putih pada hari pernikahan. Majlis persandingan sebelah Damia berkonsepkan Inggeris dan di pihak saya pula bertemakan tradisional. “Ibu Damia berasal dari Indonesia manakala bapanya dari Kelantan. Ada perkara saya serahkan kepda Damia kerana dia lebih memahami adat istiadat keluarga mereka. Insya-Allah sanak saudaranya akan datang meraikan majlis kami nanti. “Saya pula memilih untuk mengadakan majlis kenduri dan persandingan di Shah Alam kerana kebanyakan saudara-mara saya tinggal di sana. Pemilihan lokasi itu untuk memudahkan keluarga berkumpul,” katanya. Walaupun hari berbahagia itu semakin hampir, Za’im dan Damia belum dapat bercuti dek kesibukan masing-masing. Za’im yang bakal bergelar Penerbit MHI kini rancak mengikuti per-kembangan semasa dan setiap berita yang akan dikongsi bersama penonton program itu mestilah terkini. “Apa saja tragedi yang barlaku, kami akan terus laporkan dan sebab itu komputer riba jadi rakan karib. Saya hanya akan mula bercuti dua minggu bermula hari pernikahan. Saya dan Damia terpaksa mencuri masa untuk buat persediaan perkahwinan,” katanya. Pasangan itu akan terbang ke Bali untuk berbulan madu pada 31 Disember dan seterusnya Zaim menyambut hari jadinya di sana. “Kali pertama menyambut hari jadi selepas bergelar suami, saya mahu tunggu apakah kejutan daripada Damia,” katanya sambil menjeling Damia.
Berniaga produk kecantikan
Merpati dua sejoli itu giat merancang masa depan dengan mengusahakan produk kecantikan yang baru saja dilancarkan beberapa bulan lalu dan mendapat sambutan menggalakkan. “Produk ini sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita malah yang sudah berkahwin boleh berkongsi memakainya. Lelaki zaman sekarang mementingkan penampilan terutama yang bekerja dalam bidang yang selalu bertemu orang ramai. “Bagi memastikan perniagaan ini berjaya, kami perlu fokus dan kemungkinan Damia akan meninggalkan kerjaya tetapnya di sebuah syarikat swasta.
|