Zamarul Hisham Berubah Menjadi Lebih Baik Selepas Rujuk Dengan Diana Rafar
Pernah satu ketika rumah tangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar dilanda badai sehingga merobohkan rumah tangga yang dibina. Namun, kekuatan cinta dan kasih sayang membuatkan pasangan ini kembali rujuk semula.
Sejak daripada saat itu, Zamarul mengakui kehidupannya kini bersama keluarga lebih bahagia daripada sebelumnya. Buat Zamarul, tiada apa lagi yang beliau inginkan selain menjaga “harta” yang sangat berharga buat dirinya.
"Terus terang cakap, sekarang ini tiada apa yang diinginkan lagi selain menjaga harta yang saya ada sekarang iaitu keluarga tercinta. Bila orang yang disayangi gembira, sekali gus hati kita juga turut gembira dan tidak dinafikan setiap apa yang dilakukan berjalan lancar."
Tambah Zamarul, beliau setiap hari ingin menjadi insan yang lebih baik dan belajar daripada perpisahan yang lalu. Apa yang berlaku pada rumah tangganya sebelum ini adalah satu ujian buat beliau untuk lebih kuat dan mengajar beliau untuk menjadi seorang ketua keluarga yang baik.
" Apa yang berlaku dalam rumah tangga saya sebelum ini adalah ujian daripada Allah kerana apa yang datang daripada-NYA memang tidak dapat diduga. Rumah tangga ini ibarat sebuah kapal, ada ketikanya belayar di air tenang dan ada waktunya dilambung ombak.
Apa yang dapat saya pelajari daripada perpisahan sebelum ini ialah kita perlu menghargai apa yang ada dan jagalah ia sebaik mungkin kerana dalam sebuah rumah tangga perlu ada sikap tolak ansur dan percaya antara satu sama lain. Apa-apa hal yang berlaku, mesti dibawa berbincang dan selesaikan segera ."
Memang jelas Zamarul Hisham dan Diana Rafar tampak lebih bahagia sekarang. Dalam rumah tangga ini, sikap sabar dan toleransi adalah kunci utama agar ia kekal sehingga ke akhir hayat. Janganlah terlalu ego, kerana jika nasi sudah menjadi bubur bukan senang untuk bina semula hubungan yang hancur.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Klu tak silap, dulu ada artikel/thread pasal Diana Rafar ni merungut si Zamarul ni suka membazir duit beribu2 sebab hobi kumpul vape memahal. Dah ok kot skrg, baguslah.
Alhamdulillah bila ada usaha dan penghijrahan kpd kebaikan. Lagi pun usia semakin tua, anak2 semakin membesar, pengalaman pahit pernah dilalui, masakan tak boleh berfikir lagi untuk menjaga dan menghargai apa yg sudah dlm tangan. Isteri pun cantik dan rajin berusaha, nak dikejar yg mcmana lagi. Pengalaman pahit sebelumnya perlulah dijadikan sempadan agar tak pisang berbuah dua kali, tidaklah yg dikejar tak kesampaian malah yg dikendong pula keciciran. InsyaAllah, dgn tekad yg baik, dgn sokongan rakan taulan dan doa drp keluarga, akan baiklah semuanya. Semoga ZH terus berjaya demi keluarga.
aku pun suke zulhuazimi
korang pernah tgk tak citer adaptasi dari novel - kau laksana bulan
dekat tv 1
lupa dah tahun bila
zul huzaimi dan ayu raudha
syokkkk sgt