View: 3744|Reply: 34
|
Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan PM - Peguam Negara
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Foto : bharian
Jabatan Peguam Negara berpuas hati kerana hasil siasatan menunjukkan tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Memetik laporan Berita Harian, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media sebentar tadi, mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup. Beliau berkata, kertas siasatan berkenaan termasuk satu berkaitan kes yang dikatakan membabitkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang sudah dikemukakan kembali kepada SPRM.
"Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion). "
Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa batasan.
"ihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi," katanya.
Terdahulu, Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan satu kenyataan yang melaporkan para penyiasat Malaysia telah mengesan hampir AS$700 juta deposit duit 1MDB di dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. - CARI Infonet.
Sumber - BeritaHarian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berapa byk thread najib suci ni nak bukak |
|
|
|
|
|
|
|
kerana terlalu suci laa...banyak kena buka kot...hihkhihkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah sekiranya begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi ni kipas jurus ke brapa ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
bgs la.. kalo rakyat jelata duit lebih dr kemampuan mmg dh kene.. |
|
|
|
|
|
|
|
reporter CI selalu asterukk... |
|
|
|
|
|
|
|
begini la jika bekas bendahari umno jadi AG |
|
|
|
|
|
|
|
tak blh bg banhammer ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah..
reporter kene cantas kedit |
|
|
|
|
|
|
|
AG Apandi Ali named as a Tabung Haji director |
|
|
|
|
|
|
|
bangsatnya bijan ni....senang2 boleh lepas.....ada ker tok ereb yg nak sumbang sebanyak itu? masuk aka;l kah? awat AG dungu sgt? |
|
|
|
|
|
|
|
horray jiban tak bersalah...maka muncul lah makcik syukur dgn airmata kesyahduan. Bek sgh keluarga diraja Arab ek, senang2 bagi duit sedangkan rakyat dia sendiri ramai yg merempat jual kapet kt sn. |
|
|
|
|
|
|
| |
|