CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4754|Reply: 35

[Tempatan] Tolak caruman tiga peratus merugikan pekerja

[Copy link]
Post time 30-1-2016 06:38 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Pengurangan tiga peratus caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) diterima baik oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) namun ia perlu diteliti demi kebaikan jangka masa panjang.

Presidennya, Datuk Presiden Azih Muda berkata, usaha kerajaan 'menambah' pendapatan rakyat khususnya pekerja melalui cara tersebut akan menyebabkan pekerja kehilangan simpanan sebanyak tiga peratus itu selama-lamanya.

“Ia boleh disifatkan sebagai satu kerugian yang tak dapat ditebus ganti dan bukanlah satu pengumuman yang benar-benar menggembirakan, sebaliknya membuat kita jadi berfikir panjang.
“Cuepacs berharap agar kerajaan melaksanakan keputusan berkenaan untuk tempoh 2016 sahaja dan kembalikan semula jumlah potongan asal caruman pekerja iaitu sebanyak 11 peratus pada 2017 nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Di sebalik rasa akur dengan pemberian kerajaan itu, Azih menyeru pekerja-pekerja agar mengisi borang berkaitan bagi memastikan agar kerajaan mengembalikan semula jumlah potongan asal seperti yang diharapkan.

“Cuepacs amat memahami situasi kehidupan yang semakin menekan kini, apatah lagi pelbagai kenaikan memerlukan pertambahan jumlah perbelanjaan.

“Namun begitu, kita masih perlu menyimpan untuk kepentingan masa depan, apa akan jadi jika kos sara hidup akan terus meningkat tetapi skala simpanan kita pula semakin mengecil,” ujar beliau.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan diber pilihan ke?  klo epf buat 20% pun aku setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 07:22 AM | Show all posts
Perlu diingatkan, mereka yg mengurangkan caruman epf sehingga kurang daripada rm6000 setahun akan end up bayar cukai pendapatan yang lebih ke atas 'extra income'   yg diperolehi.

So buatlah kiraan sebelum accept pengurangan caruman anda.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama pun pilihan,ape ke Bengap cuepecs ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 09:15 AM | Show all posts
Sepatutnya EPF buat sebaliknya. Siapa yg nak kurangkan kena isi borang. Ni mereka yg tak nak pulak.
Tp aku nak maintain je macam sblm nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 09:32 AM | Show all posts
zach2008 replied at 30-1-2016 09:15 AM
Sepatutnya EPF buat sebaliknya. Siapa yg nak kurangkan kena isi borang. Ni mereka yg tak nak pulak.
...

Tu aku sokong, malas betul aku nak isi borang hantar kt kwsp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2016 09:37 AM | Show all posts
rasanya gov akan collect more tax
and when we spent more gst...

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapalah penasihat najib ni! Alahai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 10:38 AM | Show all posts
zach2008 replied at 30-1-2016 09:15 AM
Sepatutnya EPF buat sebaliknya. Siapa yg nak kurangkan kena isi borang. Ni mereka yg tak nak pulak.
...

betul, langkah bodoh...yg nk kekal perlu isi borang...bodo
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:45 AM | Show all posts
orang kaya komplen aaa pengurangan 3% org yg betul betul ikat perut akan sujud syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana bodoh,langkah bijak lah tu.hakikatnya dia nak semua tolak 3% Je..yg xsetuju pun akan jd malas nk isi borang,so redha Je lah.tu sbb yg nak tolak lebih Kena isi borang.kalau yg setuju 3% kena isi borang,misi dan visi asalnya xkn tercapai lah.

bila caruman kurang,kita akan lebih berbelanja,jd dia untung.mmg ada yg ckp untuk org susah rasa bsyukur,ya..bersyykur masa skrg..tp berapa tahun akan dtg bila dh pencen.simpankan sikit,sakit pula lpstu.mana nk cekau???
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendapatan hanya 'bertambah' sbnyk 90 sen jer sehari...tuk per? Yg depa bg permit kt pendatang HARAM tu watper.Baik xpyh ada undng2 imigresen dn undang2 buruh@akta pekerjaan.Sesaper sajer blh msk dn wat sukati dia jer kt msia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:42 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 30-1-2016 09:32 AM
Tu aku sokong, malas betul aku nak isi borang hantar kt kwsp

Dia tau ramai yg malas. Lg ramai yg malas lg byk la duit yg akan mengalir dlm apsaran

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 12:55 PM | Show all posts
benda bodoh ni pun nak buat isu. Macamlah tak pernah buat beberapa tahun lepas?

p/s
benci org yg suka mencarik salah org
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 12:59 PM | Show all posts
kena isi pom ker...huh ni yg malas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiupek ni makin lama makin bengap. Bukan haritu dah kata ada option reject this minus 3% ke? Dah ketandusan isu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukai tak terjejas pun...tetap sama seperti potongan sebelum ni...sebab
potongan dibuat atas pendapatan kasar...bukannya pendapatan bersih pun...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:09 PM | Show all posts
ONEK replied at 30-1-2016 10:05 PM
Cukai tak terjejas pun...tetap sama seperti potongan sebelum ni...sebab
potongan dibuat atas penda ...

كناڤ نام اوق ماچم كونيق؟
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 12:12 AM | Show all posts
kalau potong 3% tu.. potongan cukai monthly aku bertambah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 12:23 AM | Show all posts
kemaruk replied at 30-1-2016 10:09 PM
كناڤ نام اوق ماچ&#16 ...

hahahaha sis kem malu2 nak tulis rumi ke perkataan tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066463 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list