CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12988|Reply: 128

[Tempatan] {2} Saya beri ganja kat anak 3 kali sehari untuk cerdik & cergas!

[Copy link]
Post time 1-3-2016 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Selasa, 1 Mac 2016 @ 9:10 AM






Ampang: “Ganja sangat memberi manfaat terutama kepada remaja. Ia dapat membantu menyambungsel-sel otak dan membuatkan mereka lebih cerdik.

Demikian dakwaan seorang bapa yang cuba mempertahankan tindakannya ketika ditahan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang dalam operasi bersepadu bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Lebih mengejutkan apabila tanpa rasa bersalah, lelaki berusia 54 tahun itu mengaku memberikan ganja kepada anaknya tiga kali sehari.

Difahamkan, lelaki itu turut menceraikan isterinya selepas mereka tidak sehaluan dalam pendapatnya mengenai kebaikan penggunaan ganja.

Menurut bapa kepada empat anak itu, dia tidak kisah mengambil ganja bersama-sama anaknya kerana ia memberi manfaat kepada mereka.

Dia yang mengaku pernah memiliki syarikat pakar perunding motivasi memberitahu sudah menghisap ganja sejak 30 tahun lalu.

“Anak saya sukar belajar dan mengalami kemurungan sekiranya tidak mengambil ganja.

“Ganja adalah satu tumbuhan yang baik kepada manusia, mengapa perlu dihalang?” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, suspek ditahan bersama anaknya dalam serbuan di sebuah padang taman permainan di Taman Dagang, di sini.

Katanya, lelaki itu yang bekerja sebagai penjual sate mengaku memberikan dadah kepada anaknya sejak belajar di sekolah menengah.

“Dia mengaku mengambil ganja enam kali sehari dan sering menghisap dadah bersama anaknya yang kini mempunyai diploma.

“Dia mengaku rumah tangganya hancur kerana isterinya tidak bersetuju dengan tindakannya,” katanya.

Katanya, mereka dihantar menjalani rawatan pemulihan di institusi pemulihan AADK.






- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119205#sthash.1LCs9jxN.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 09:38 AM | Show all posts
satu penemuan baru. kena kaji secara sainstifik
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:40 AM | Show all posts
hahaha........mcm-mcm alasan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Diploma je habis hebat makan ganja
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:47 AM | Show all posts
sportingnya bapak
anak murung terus bg ganja
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:48 AM | Show all posts
stupidest reason, sembang guna kepala lututtut haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2016 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Alasan tak menahan
Ni mesti bapak dia ada pernah buat tesis pasal kebaikan ganja ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:50 AM | Show all posts
fatehana replied at 1-3-2016 09:47 AM
sportingnya bapak
anak murung terus bg ganja

“Anak saya sukar belajar dan mengalami kemurungan sekiranya tidak mengambil ganja.

More like dah biasa ambil ganja, tu yg jadi murung bila tak dapat haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 09:51 AM | Show all posts
wah hebat, makan ganja dapat diploma
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:52 AM | Show all posts
Star_el replied at 1-3-2016 01:50 AM
“Anak saya sukar belajar dan mengalami kemurungan sekiranya tidak mengambil ganja.

...

“Anak saya sukar belajar dan mengalami kemurungan sekiranya tidak mengambil ganja.
Maksud tersirat: Mat pit pon geletar tangan kalau x dapat barang... so, anak dia drug-addict in training.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:54 AM | Show all posts
mzzenma replied at 1-3-2016 09:49 AM
Alasan tak menahan
Ni mesti bapak dia ada pernah buat tesis pasal kebaikan ganja ni

Bapa dia pernah memiliki syarikat pakar perunding motivasi. berilmu orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:54 AM | Show all posts
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=963037

fuyo... masa yg sama post thread kaka ghost!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:56 AM | Show all posts
rosasa replied at 1-3-2016 09:51 AM
wah hebat, makan ganja dapat diploma

diploma in ______?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 09:59 AM | Show all posts
ada diploma pun, penagih tegar camno tuh...?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:59 AM | Show all posts
hehehehehehee...kang meteri kuar statemtn ganja tak de masalah...lepas laa anak beranak nie...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 09:59 AM | Show all posts
wow..hanya di mesia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila.... smbil lalok buat sate.. bersih ker.. yucks
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Waaaa. Sporting betul bapak dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 10:08 AM | Show all posts
nurul_akmar replied at 1-3-2016 10:00 AM
Waaaa. Sporting betul bapak dia

sporting tak bertempat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:10 AM | Show all posts
banyak rupanya kelebihan ganja ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.134006 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list