Edited by ladybird_ at 10-3-2016 12:21 PM
Setiap tahun, Rozita Che Wan pasti akan menyambut hari jadinya dengan meriah sekali bukan? tetapi tahun ini buat pertama kalinya beliau meraikan ulangtahun kelahirannya di Mekah ketika menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.
Che Ta memberitahu beliau hanya menerima hadiah daripada anak-anaknya tanpa kehadiran suami tercinta di sisi dan menyambutnya secara sederhana bersama.
Tiada sambutan apa pun pada kali ini. Dua anak bujang saya, Ammar Effendy dan Aniq Ezra, hanya memberikan hadiah.
Ammar menghadiahkan saya seutas jam tangan, manakala Aniq pula beri set barang kemas. (Untungnya Che Ta)
Pelakon dah ahli perniagaan itu, mendoakan yang baik-baik saja untuk diri dan keluarga bersempena ulangtahun hari lahirnya.
Tidak apa Che Ta, nanti jika sudah pulang ke Malaysia boleh lah sambut dengan Zain pula ya? Apa yang penting sekarang adalah fokus untuk melakukan ibadah dengan sebanyak mungkin ketika berada di tanah suci Mekah.
|