View: 5486|Reply: 25
|
[Edisi Pop Kuiz] Peserta Dan Pihak Produksi Clever Girl Dikecam Netizen
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Selepas episod kedua program Clever Girl Malaysia bersiaran setiap Ahad jam 9 malam, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan program baharu tersebut.
Tidak seperti yang digambarkan, peserta-peserta yang mempunyai tahap IQ sangat tinggi ini ibarat terus dilihat 'kurang cerdik' lantaran program yang seakan pop kuiz dan bukan program uji minda yang mencabar.
Bukan itu sahaja, netizen turut mengecam pihak produksi kerana soalan yang diajukan juga taraf soalan peringkat kurang belasan tahun yang semestinya boleh dijawab dengan mudah.
Pada episod pertama rancangan itu, peserta yang mewakili Johor Wan Zarith Sofea menerima kecaman dan sindiran hebat daripada netizen apabila beliau tidak dapat membezakan antara Mother Teresa dengan Mahatma Gandhi.
Pada episod kedua yang bersiaran Ahad lalu, pihak produksi pula mendapat kritikan hebat apabila soalan; "Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok?" menyaksikan kebanyakan peserta memberikan jawapan "tiga". Seterusnya jawapan itu disahkan betul oleh pengacaranya, Alif Satar. Hakikatnya, jawapannya adalah empat.
Walaupun mendapat kritikan hebat, penerbit Shazreena mengambil pengajaran dengan kesilapannya namun masih belum mengubah cara program yang dikendalikan.
Jangan tak tahu, program Clever Girl telah menjadi topik utama (trending) di laman sosial Twitter. Bukan kerana program yang bagus tetapi disebabkan kejian dan makian oleh netizen. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
x leh hadam la cerita ni.. lps first episode iols dah x tgk dah |
|
|
|
|
|
|
|
the main reason why people hencap this show, sebab perkataan 'clever' tu. org bila dgr 'clever' tu, expect pandai sangat tahap IQ Albert Einstein gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 22-3-2016 03:45 PM
the main reason why people hencap this show, sebab perkataan 'clever' tu. org bila dgr 'clever' tu, ...
Itulah aiol udah bilang jauh lagi clever peserta2 rancangan Di Mana Joe Jambul zaman aiol sekolah rendah/menengah dulu2 berbanding acik2 bnnu Clevergirlahsangat ni. Dah la soalan dalam show DMJJ tu susah2. |
|
|
|
|
|
|
|
Show Joe Jambul tu favourite show ai jugak. Jadi excited nak jadi detektif.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nakkomenjugak at 22-3-2016 05:56 PM
ughhh macam uols tak tau pulekkk. motif si clever la sgt girls masuk rancangan ni sekadar utk 15 minutes of fame atau jalan mudah utk dapat vvip or hartawan dermawan segala.... nak tau clever ke tak, bagi soalan macam who wants to be a millionaire tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Clever @ Bongok girl.. mahatma gandhi pun xkenal |
|
|
|
|
|
|
|
warna bendera malaysia pun tak tau...hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar2 CD tu.
Macam aku punya jer
|
|
|
|
|
|
|
|
Stupid girl...stupid stupid.Bukan nak salahkan peserta pon dah yg menerbitkan rancangan ni pon dah bodo tahap tiga jadi what u expect. Dari sini kita bole menilai tahap pendidikan di Malaysia, mmg patut pon IPT/S Malaysia tak diiktiraf di luar negara. Bila kebodohan terserlah bagi alasan bodo konon tak sihat bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu tertengok jugak rancangan ni dekat tv,, pasalnya adik aku yg tengah layan tv tu tiba2 dok kata '180 laaa 180 laa aduuuhhh dia nii',, rupanya masa tu soalan dia tanya darjah putaran jam dari pukul 10 - 4 ada clever girl yg jawab 160 degree hahahaahahah!! buat malu kat budak sekolah jerrrrr... |
|
|
|
|
|
|
|
ape hadiah lumayan yg clever2 girl ni semua rebut kan?...
i pulak dengar je "clever girl".....speechless jap...& mmg x tgk la..
i knew it was gonna be bad just by the name of the show....
|
|
|
|
|
|
|
|
fame uols.. tu yg diorg ni nak.. plus nak promote beauty with brain kekdahnya...
tp nan hado.... main tgkap muat je asal ada rupa skit.. ada keje best2 skit ok lah kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
x tgk... x bst.... sbb x nyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EncikRhoma at 23-3-2016 01:56 PM
kalau betul2 nak buat rancangan yg nak menguji IQ peserta, cuba buat rancangan macam the genius korean tv show tu. Best rancangan tu. Tak jemu walau pun kena rewind n forward utk paham camna diorang setelkan tiap task. Sesetengah org mungkin pening tengok rancangan ni. Tapi nampak la jugak sisi 'clever' rancangan tu |
|
|
|
|
|
|
|
soklan dia tu bleh kategori dlm soklan pandai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi lagu dia catchy..
hehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|