CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9911|Reply: 109

[Tempatan] ayah khairul juara moto gp x terkilan x banyak melabur x dapat tahniah saja

[Copy link]
Post time 7-4-2016 07:41 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Ayah penunggang Malaysia, Khairul Idham, Pawi Omar melahirkan rasa terkilan kepada kerajaan ekoran ketiadaan sebarang dana sebagai sokongan terhadap anaknya sepanjang menceburi sukan pemotoran.

Malah, sebaik Khairul muncul sebagai juara kejohanan saingan Grand Prix (GP) Argentina di Termas De Rio Hondo pada Ahad lepas, hanya ucapan `tahniah’ yang diterima daripada pihak kerajaan.

“Perdana Menteri sampaikan tahniah, Menteri Belia dan Sukan pun ucap tahniah. Tetapi hanya ucapan tahniah kami dapat,” katanya yang dipetik dari laman portal Malaysiakini.

Menurut Pawi, beliau sebelum ini pernah membuat permohonan kepada banyak pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan untuk mendapatkan dana buat anaknya.

Namun, sepanjang penglibatan anak lelakinya itu dalam sukan pemotoran, mereka sekeluarga mengeluarkan wang sendiri dengan pelaburan yang sangat banyak.

Katanya, sehingga hari ini belum ada sebarang bantuan disalurkan daripada kerajaan walaupun anaknya telah membuktikan potensinya untuk mengharumkan nama Malaysia.

“Saya sangat terkilan dengan keadaan ini, kalau benar kerajaan tidak boleh tolong saya terpaksa bergolok bergadai apa yang kami ada.

“Ada tanah saya terpaksa jual tanah, ada lembu jual lembu. Kerana saya ada perjanjian dengan Khairul Idham (untuk membantu kariernya),” katanya.

Khairul Idham melalui kategori Moto3 mencipta sejarah selepas berjaya menamatkan 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina di tempat pertama.

Dia yang mewakili Honda merupakan antara pelumba termuda dalam kalangan yang lain berusia 17 tahun dan kemenangan yang dicapai merupakan yang sulung buat pelumba pasukan Honda Asia itu.

Menurut Pawi, beliau berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh menyediakan keperluan anaknya untuk terus maju dalam sukan pemotoran itu.
“Saya berjanji kalau dia bersungguh-sungguh dan buktikan dia boleh berjaya, saya pun akan bersungguh-sungguh cari duit,” jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 08:03 AM | Show all posts
bukan moto je boss...sukan lain pun sama....masa berjaya...semua sanjung.....hihkhhikhhikk...deme tak tahu...bape pelaburan dah dilakukan untuk kejayaan tersebut....mmg tak heran pun.....penah berlaku kat member sendiri.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:12 AM | Show all posts
mb perak da umum bg 100k
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit Kementerian Belia Dan Sukan dah kena kebas buat beli handbag mahal-mahal daa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:14 AM | Show all posts
dia ni bergerak sendiri ke smpai ayahnye sendiri yg minta dana. ku igtkan ditubuhkan team dan team tu yg btanggungjawab sediakan dana dari sumber2 kerajaan atau sponsorship ke ape ke.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:16 AM | Show all posts
aku harap lps ni ada la sponsor utk dia, insyaAllah.. muda lg budaknya, masih byk masa dan jauh lg perjalanan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 08:18 AM | Show all posts
Malik tambi yg terjun lautan sejuk tu selat inggeris tu , bukannya nak putih putih lepas berenang tu....tp dapat gelaran Dtauk pula.


apa ajdi dgn Malik tambi tu......agaknya dah kurus sikit ye,,,
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:19 AM | Show all posts
lebih baik atas usaha sndri..kejayaan yg dikecapi lebih bermakna..bukan dari meminta2, teruskan usaha pasti berjaya..pasti ada pulangan yg lumayan tiba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 08:20 AM | Show all posts
HannahMontana replied at 7-4-2016 08:18 AM
Malik tambi yg terjun lautan sejuk tu selat inggeris tu , bukannya nak putih putih lepas berenang tu ...

harus lah kurus, swiming hari2 tp wa rasa bila dah dpt datuk , mgkn juga dia gemok gedempol mcm sea lion
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:21 AM | Show all posts
amboi...sabar2 la dulu.
tak menyempat. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:22 AM | Show all posts
mungkin kalau anak orang kaya yang ceburi, ramai lah kaki jilat sumbang..

harap lepas ni anak Pakcik Pawi dapat sponsor
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:24 AM | Show all posts
salimrock replied at 7-4-2016 08:20 AM
harus lah kurus, swiming hari2 tp wa rasa bila dah dpt datuk , mgkn juga dia gemok gedempol mcm se ...

di laut ada lion kah ?


ada seal
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:24 AM | Show all posts
sukan taraf mat rempit  pprt  seharusnya org pandang sebelah mata dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:29 AM | Show all posts

OH..SEAL EK...


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:33 AM | Show all posts




xpe ah...



Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:35 AM | Show all posts
Duit KBS sudah dikebas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 08:38 AM | Show all posts
lpas bg umah bg tanah....gone case
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:39 AM | Show all posts
baik lah salurkan duit kat dia nih drpd berabis kat mamat moqarabin yg x habis2 buat ekspedisi mengarut kat luar negara tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:47 AM | Show all posts

alah...apa susah, ni sukan moto GP dah up...

ada can nak kebas lagi rm150 juta...moto gp kan sukan yg byk pakai uang...

dan menteri KBS tidak menyedari dan tidak akan tahu ketirisan ini...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
So?? Pakcik hadap duit n gelaran la ye?? Ade org pksa pakcik bergolok gadai?? Tu bdk tu menang xde dpt hadiah duit ke? Gedikk.. meluat.. bkn semua org heran pun sukan2 ni.. org sibuk cari duit nk hidup nk byr kt kerajaan paksarela.. bazir je nk labur kt ngada2 syok sndri.. puih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.063392 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list