Oleh Izzah Abbasy
Dah namanya wanita, kalau tak 'shopping' tak sahlah kan? Begitulah dengan pasangan ini.
Pengalaman seorang suami yang juga akan menjadi ayah untuk anaknya yang pertama tidak lama lagi. Omar menceritakan pengalamannya menemani isteri beliau membeli barang bayi di sebuah Baby Expo yang berlangsung baru – baru ini.
"Cabaran Minggu Ini"
Itulah yang menjadi kapsyen paling 'win' di status Facebook miliknya. Betulkah menemani wanita 'shopping' itu mencabar? Walau bagaimanapun, Omar ada tinggalkan tips di mana proses membeli belah bersama wanita hanya akan berakhir selepas 3 stage ini.
1) Stage Pertama – Observation Stage
Para wanita akan round habis satu Expo untuk usha barang apa yang menarik
2) Stage Kedua – Comparison Stage
Masuk round kedua ni para wanita baru nak memilih dan buat perbandingan harga mana yang lebih murah dan harga mana yang lebih berbaloi untuk dibeli.
3) Stage Terakhir – Critical Stage
Saat ni bila kedai 20 minit lagi nak tutup, para wanita akan pecut untuk beli semua barang yang dia dah aim!
|