View: 15038|Reply: 72
|
susah nak jumpa jodoh n jodoh tak kekal
[Copy link]
|
|
salam..
Aku tak tau nak cerita kat sape. aku cuma pernah cerita kat besfren aku je sorg. tu pun dia ada problem gak nak cari jodoh. umo aku sekarang dah 31. aku tak tau ape yang tak kena dengan aku ni..jodoh mesti tak kekal. aku takde la nak cari yg hebat2 sangat. cuma biar la sepadan dengan aku. maksud aku dari segi umur dan latar belakang. nak kata aku memilih..yes mesti la nak pilih org baik kan?
1st bf..masa tahun 2003
1st time org ajak kapel. aku terima je. hehe..kenal pun dalam fon je. aku ni pemalu orgnya. jenis tak keluar dengan laki. tu yg kenal dalam fon pun jadi. masa ni muka pun tak tgk lagi camne. lepas sebulan..dia tanya aku..sayang dia tak? aku cakap..tak ada rasa sayang. so putus camtu je. aku ni susah nak jatuh cinta. nak kena kawan..kenal lama2..baru datang suka. rasanya dah abis belaja kot dalam tahun 2007..baru jumpa dia
2nd.. tahun 2004 masa baru masuk U
kawan dengan dia ni pun dalam fon juga. tapi penah tengok gambar. kawan2 dalam fon sejak zaman SPM lagi tahun 2002. lama kan kawan? tapi tak pernah jumpa sebab aku kat KL..dia kat kedah. tapi kapel tak lama..dalam 3 bulan..putus. sebab? dia jeles kawan dia pernah dtg rumah aku..mak aku layan elok. tuuuu je..dia terus menghilangkan diri. tak sempat jumpa sampai ke sudah
3rd. beberapa bulan putus..akhir tahun 2004 ada sorg kawan ni ajak kapel
so aku terima. orang besut. pun sama juga kenal dlm fon..tapi dia ni penah la jumpa. dia datang rumah masa raya. mak pun kenal dia..masa dia eksiden..aku n mak datang melawat dia kat hospital. sebelum tu kawan2 dengan dia pun agak lama..setahun la jugak. dengan dia ni la penah dating. gayut lama2. tup2 bulan 3 tahun 2005..aku mesej. tak reply. call tak jawap. padahal elok je seminggu sebelum tu keluar..tak pernah gaduh pun. tapi ye la..ada abg angkat kita ni (kawan 1 tmpat kerja dgn dia) bgtau dia ni playboy. tapi aku tak caye. padan muka aku kan. last sekali aku guna fon mak aku..ada perempuan angkat. kata jangan ganggu dia. sebulan lepas tu..aku call dia lagi..dia ngaku dah tunang dengan org kg dia. pilihan dia. 3 tahun kemudian tahun 2008..dia kawin. tak tau la dengan org yg sama ke tak.
4th
aku tak berapa ingat sangat bila. tapi masa ni aku masih belaja so dalam tahun 2005 kot. kenal kat myspace. keh keh. penah jumpa..keluar dengan dia. time tu kan aku student lagi. mana la nak tau dressing2 ni. lepas keluar..dia ada ckp..jangan keluar dengan dia dengan berpakaian kuliah. aku pakai biasa je..tshirt dgn seluar je. tapi selebet kot. sebulan je kapel..dari hari lepas jumpa tu..terus dia senyap
5th
tahun 2006. masa ni main chat wap maxis. tak kenal rupa..tak pernah jumpa. konon tak pandang rupa la. kawan dgn dia hampir setahun 21/4/2007 kapel. yg ni aku cuba buat yg terbaik. ape2 jadi..aku cuba pertahankan. macam2 drama berlaku. terlalu byk drama kalau bercerita pasal dia ni..3 hari 3 malam tak habis. mula2 aku ok kalo dia tak nak jumpa. taknak dating. baik kan dia? tapi lama2..apsal gambar pun taknak bagi. bila desak..dia bg gambar dazrin kamarudin. masa ni dazrin belum jadi artis tau. dan 1 lagi..bagi aku suara dia jambu. macam budak2. tapi kawan lain yg dengar..kata tu suara pompuan. bila aku siasat pasal dia. dia kata blaja UKM. medic. kawan aku kat sana..tak jumpa nama si laki ni. jumpa nama pompuan..fatin. bila praktikal kat hukm..aku call sana..tak ada doktor praktikal nama laki ni..tapi kawan aku try refer kat makcik dia yg jaga database hukm..jumpa nama budak fatin ni jugak. dan ada cerita mengatakan si fatin ni lesbian. amik nurse..tapi kena buang sebab "buat projek". lagi 1 aku tak tahan..dia ada pompuan lain. dipendekkan cerita setiap 3 bulan kami putus. gaduh besar. sampai tahun 2008. dia mintak putus. setahun kemudian 2009..dia dtg balik minta kapel..aku bagi lagi peluang. tapi bila tau dia ada orang lain..aku pula minta putus. gila kan aku ni? bercinta dengan org tak kenal. tah2 pompuan
terlalu sakit sangat hati. dalam time2 ni juga abah buat hal..mereng kejap. aku anti sangat dengan laki. 6 tahun kemudian..baru aku terbuka hati nak kenal dengan laki
tahun lepas 2015
baru kenal..dlm apps fon je. dia minta kapel..aku bagi peluang. tgk wechat..nampak baik. alim..tapi..tu la kalau Allah nak beri petunjuk. 1 hari aku jumpa fb dia. dia kata tak ada fb. dalam fb tu..ada no fon yg aku tak kenal. tgk gambar kat watsap..wechat. berderau darah. perempuan. cantik. cun. rupanya dia dah kawin. sempat kapel dalam 3 bln jugak. dr april smpai puasa. tak sempat nak jumpa. baru cadang nak jumpa masa raya
sepanjang 6 tahun idle tu..bukan tak ada yg datang. ada yg cuba kenen2kan. tapi hati aku tak terbuka n plus..laki acuh tak acuh
1. ada sorg tu..ni cerita kawan ofis pula ye. yg betul2 kenal. lepas dia bertukar department lain..dia berani mesej aku. kata suka aku. tapi aku rilek je. dalam masa yg sama..nampak status fb kata sayang pompuan ni..rindu dia. bila tanya. dia kata kakak angkat. family dia nak kenenkan. dia kata dia nak settlekan dulu masalah jiwa dia..nanti dia datang balik. dah tahun 2016 dah..tak datang2 pun..
2. lepas yg kat atas tu..ni dlm tahun 2011 kot. kawan2 nak kenenkan aku dgn team leader aku. tapi serius. hati aku tertutup habis masa ni. penah keluar outing..tgk movie semua. tak jalan. ada je kawan2 aku buat supaya aku keluar berdua dgn dia. kalau hati dah tertutup. tak pandang langsung biarpun tak lama tu dia jadi manager. lepas dia pindah ke ofis lain..kat sana dia berjumpa jodoh
3. sebelum kapel dgn si laki orang tu. ada juga la aku kenal2 dengan 2 laki lain. ada sorang tu bermesej sampai dekat setahun. tapi aku takut nak jumpa dia. ye la..dia nak jumpa kat hotel je. dia kata dia kapel dgn aku..nak buat bini. tapi ape jadah nak jmpa kat hotel? dia ni pun suka cakap lucah..ajak buat benda tak elok. masa nak jumpa tu..aku main2. kejap kata nak..kejap kata taknak. pastu ada 1 masa aku minta gambar dia. dia marah aku..dia kata aku pandang rupa. terus lepas tu hilang
4. lepas dia..ada kenal sorang lagi..hmm..mula2 ok. tapi kalau call je. nak "manja2". menyampah betul la. aku malas nak layan. dia ni pun tak pernah jumpa. takat tengok gambar je. tu pun dia bagi gambar fake
sekarang ni..aku masih mencari. penat. kat ofis pun laki dah pupus. yang ada tahap adik2 umur 20an. yang nak kenal aku kat wechat pun..haroommm..semua umur 20an. ada sorang ni baru kenal. tengok rupa macam 28. tapi baru 24 rupanya. masih belaja. dia kata nak aku..tah..aku tak yakin sangat. dia ada ajak jumpa. tapi aku cakap. kalau ada jodoh..kita jumpa la..terus senyap dah 2 3 hari dah..
sekian cerita aku yg mengarut ni. tak pernah nak jumpa yg betul. aku ni pemalu. mana ada masa nak usha laki. aku tak keluar sangat. habis kerja..terus balik rumah. bila laki ajak keluar..aku ni payah la nak jumpa. nak kena bawa kawan. biasanya laki tak bagi aku bawa kawan..so aku mereput la kat sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaya la kita.. Tu je nak bagitau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah ramainya..tt hebat!.. tapi panjang sangat saya baca sekerat je..lagi sekerat nanti saya sambung baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
toksah lah dk cari dlm wechat..kucing miang byk lah tak pun adik2 lps sekolah..tiap2 mlm amalkan baca yasin tak pun baca al-fatihah byk2 niat nak jumpa jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm.. nape awak pemalu sgt tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita muda setahun
Dan tak kawen lagi. Tunggu jodoh bergolek dpn mata |
|
|
|
|
|
|
|
Tt x payah la seksa diri sendiri.. jodoh tu akan percayalah pada dia.. in sya allah |
|
|
|
|
|
|
|
dawie_pizza replied at 4-5-2016 08:40 PM
salam..
Aku tak tau nak cerita kat sape. aku cuma pernah cerita kat besfren aku je sorg. tu pun d ...
Ko rajin2 lah bersosial dik..asik bsosial di alam maya je mcm mana lah nknjumpa prg yg jujur.kebarangkalian nk jumpa org jujur di alam maya ni almost zero je dik.
Jgn malu2 sgt..berkawanlah dgn semua org.kalau malu sampai bilalah ko x kawen.jodoh ni kena carik bukan tunggu.dalam nk carik (usaha) tu doalah byk2 tawakkal moga Allah temukan jodoh yg baik utk kau.jgn set umur...dah tua kerepot pun kalau jodoh sampai kau tunggu dgn sabar je dik..insyaAllah ada hasilnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ko kena rajin join aktiviti kemasyarakatan tp bkn la niat cari jodoh. at least xde la dunia ko membosankan. xde la terperuk dlm rmh. join NGO buat keje amal ke selalu membawa kita berjumpa ramai org. so circle of frens bertambah.
kwn aku bujang asalnya join aktiviti senamrobik utk hilang bosan. ntah skrg ni dah merata pusing satu malaysia. jumpa ramai org.
apa yg aku nk sampaikan kt sini, ko kena pelbagaikan gaya kehidupan. bkn terperuk kt rmh. semoga ko jmp ramai org. |
|
|
|
|
|
|
|
Tt ada orang jodoh lambat ... ada orang jodoh nye cepat ... tp jodoh masing2 tlh ditetapkan
... iols doakan spy tt dpt jodoh yg baik2 ... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cari jodoh thru media sosial is too risky..banyak perangai tak semenggah..tt join la outdoor activities.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu je cara bleh nak kenal org. kat sekeliling aku mana ada laki. ramai pompuan. ada laki pun..laki org. aku tak reti bergaul
|
|
|
|
|
|
|
|
dah memang camtu. zaman sekolah dulu lagi teruk. tak boleh pandang laki langsung. maluuuuuu. nak bercakap dgn laki pun..terketar2. tu sebab org tak pandang saya pun. tak tau pun saya wujud kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
abis tu..tak payah berusaha?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dawie_pizza at 4-5-2016 10:59 PM
kalau bersosial pun tetap dikalangan perempuan je. tah la..selama ni kat mana2 saya pegi pun..tak ramai laki. pmpuan je. ada laki pun..sah2 la tak pandang saya. saya tak cantik pun macam org lain
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dah merata berjalan. ada juga gi zumba. bknnya tak ada aktiviti langsung. tapi macam biasa la..orang takkan pandang aku..mungkin aku dikelilingi girl2 lain yg gorgeous. org nampak kawan2 aku je..aku bukan jenis pompuan gedik. nampak laki je..dah tegedik2 gatal melayan
|
|
|
|
|
|
|
|
Soal jodoh mmg sukar kita nk tulis or nak cakap...doalah selalu semoga jumpa jodoh.secepat mgkn..n di smping itu jalani hidup seperti biasa...jgn sbb kita tkde jodoh kita jd sedih...tknk berkawan..tknk kuar g mana2...mcm tkde jodoh tkleh wat apa...tk boleh fikir mcm tu..mana tau time kita kuar jln2 terjumpa kwn lama ke....n leh jd kwan....or terserempak ngan seseorang ke....leh kita kenal kwn2...berkawan tk semesti nya dia jodoh kita....cukuplah jika hidup kita terisi ngan dikelililingi oleh kwn2 yg terbaik walaupun kita msh tlde jodoh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mslh ko, bg aku lebih kpd,mslh dlmn..build your confidence level. Kalau ko mmg aim nk kawin, nak tak nak,ko kena ubah sikap ko..kenal org real life, klau dh cara alam maya x mnjadi..jgn ckp x boleh,segan,pemalu, x lawa..ko sendiri bg persepsi negatif pd diri ko..so kena baiki yg tu dulu..aku baca list ko, sorry to say, xde yg serius pn. Diorg lbh kpd nk kenal2 je..ko duduk mane ni smpi xde makhluk laki sgt? |
|
|
|
|
|
|
|
Thn ni u kuatkan azam..capai apa yg leh buat u.pun pk gojes gak ok....u.msti boleh...tak ada benda yg mustahil...
|
|
|
|
|
|
|
|
mana la aku tau..ofis aku ni laki dah pupus. ada pun laki org or bdk2 yg baru lepas blaja. aku ni keje call centre. org kluar masuk. yg masuk tu phm2 je la..budak2. takkan budak2 nak kat pompuan tua ni?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|