|
Suami didakwa bakar isteri
BATU GAJAH: Seorang pekerja kontrak didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh dengan niat isterinya dengan membakar mangsa serta mencederakan dua anak perempuannya, 11 Oktober lalu.
P Balan Subramaniam, 50, dituduh membunuh R Angeladavi, 48, di rumah mereka di No 164, Jalan Anggerik Desa, Changkat Batu Gajah, dekat sini.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), iaitu melakukan perbuatan itu dengan mencurahkan minyak tanah ke atas mangsa dan membakarnya.
Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Balan Subramaniam turut menghadapi dua lagi pertuduhan, iaitu dengan niat melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan kepada dua anak perempuannya, B Manini, 23 dan B Anuradha, 20.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Semua tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syamsul Rezal Datuk Md Ariff.
Tertuduh yang memakai seluar jeans dan baju T kelihatan tenang dan menganggukkan kepala ketika tuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil.
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh bagi ketiga-tiga tuduhan itu.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor R Ganasan.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi ketiga-tiga tuduhan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, 11 Oktober lalu, tertuduh didakwa mencurahkan minyak tanah ke atas isterinya dan Anuradha, penuntut sebuah kolej di Kuala Lumpur yang pulang bercuti di rumahnya, sebelum membakar mereka yang ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Manini yang bertugas sebagai pembantu hospital di Hospital Ipoh pula terbakar ketika cuba keluar apabila terjaga dari tidur selepas menyedari rumahnya terbakar.
Angeladavi yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu, mati pada jam 7.25 pagi keesokannya ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ipoh (HI). |
|
|
|
|
|
|
|
BUKIT MERTAJAM: Seorang kerani jualan wanita mati selepas ditikam beberapa kali ketika mempertahankan diri dalam cubaan merompak di sebuah bilik pameran sebuah premis perniagaan di Jalan Perniagaan 1, Pusat Perniagaan Alma, di sini petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika hujan lebat apabila mangsa, Lau Chai Sin, 23, dari Nibong Tebal berada seorang diri dalam kedai syarikat pemborong terbabit.
Difahamkan, mangsa baru dua hari diberi tugas menjaga bilik pameran itu sejak bekerja di syarikat yang menjual barangan sekolah, peralatan dapur dan barang mainan terbabit, kira-kira tiga bulan lalu.
Mangsa yang sudah berkahwin mempunyai seorang anak masih kecil ditikam apabila dipercayai bergelut dengan seorang lelaki bersenjata tajam yang menceroboh, sebelum rebah di pintu masuk.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Superintendan Zainal Abidin Nin, berkata mangsa yang cedera parah di bahagian dada mati di tempat kejadian.
Menurutnya, terdapat beberapa kesan tikaman pada mayat mangsa termasuk di belakang tangan kanan dan kaki kiri dan satu di bahagian dada.
揔ejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat ketika mangsa berada seorang diri dalam premis terbabit apabila didatangi seorang lelaki berkulit gelap dipercayai cuba merompak, |
|
|
|
|
|
|
|
Dua penagih direman kes menara tumbang
IPOH: Polis menahan reman dua lelaki dipercayai penagih dadah sehingga 29 Oktober ini bagi membantu siasatan berhubung kehilangan empat plet penyambung menara penyokong kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ulu Sepetang dekat sini, 16 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Hamzah Mat Som, berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Selama dan Batu Kurau di sini, pada 18 Oktober lalu.
Beliau berkata, kedua-dua dua lelaki terbabit hanya berjalan kaki ketika menjalankan kegiatan mereka.
揔ami juga tidak mengesyaki sebarang sindiket terbabit dalam kejadian itu dan kedua-dua lelaki terbabit melakukannya secara sendirian.
揝ehingga kini, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti tempat mereka menjual besi berkenaan, |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Analisis Pusat Racun Negara di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang tidak menemui sebarang cecair berunsur toksik yang didakwa disuntik ke dalam tubuh Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar.
Siasatan polis pula menemui jalan buntu kerana mereka gagal mengesan sebarang imej mengenai dua lelaki bermotosikal yang didakwa menyerang penyanyi itu, melalui rakaman gambar kamera litar tertutup (CCTV) milik TV3.
Sumber berkata, hasil laporan analisis Pusat Racun Negara diserahkan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abdul Rahman Ibrahim, semalam.
揚olis merujuk sampel berkenaan kepada Pusat Racun Negara untuk dianalisis kerana ia memerlukan laporan pakar bagi melengkapkan siasatan. Bagaimanapun, analisis yang dijalankan mendapati tidak ada bahan asing atau bertoksik ditemui.
揗ungkin ada bahan yang tidak mengandungi toksik disuntik kepada tubuh penyanyi itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki dituduh rogol dilepas tanpa dibebas
KANGAR: Mahkamah Sesyen di sini semalam, melepaskan seorang lelaki beristeri tiga tanpa membebaskannya daripada tuduhan merogol seorang gadis bawah umur yang juga anak saudaranya, Januari lalu.
Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan peguam bela tertuduh, Jagdeep Singh Deo, yang mempertikai tarikh kejadian yang didakwanya tidak spesifik.
Dengan itu, Shaari Man, 57, dilepaskan daripada tuduhan itu tetapi pihak pendakwa raya boleh membuat dakwaan semula jika mendapat tarikh spesifik berhubung kejadian rogol itu.
Shaari dari Jalan Dahlia, Taman Ria dekat sini, didakwa merogol anak saudaranya yang ketika itu berusia 14 tahun 10 bulan di rumahnya di Taman Sena Indah antara jam 7 hingga 8 malam pada 1 hingga 5 Januari lalu.
Tertuduh yang mempunyai tiga isteri itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan 24 sebatan.
Shaari ditahan di rumahnya pada 26 Januari lalu sejurus selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Tertuduh kemudian ditahan reman selama 14 hari dan pada 9 Februari dia didakwa di mahkamah sebelum dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000.
Jagdeep ketika membentangkan hujahnya berkata, tarikh kejadian yang diberikan pendakwa raya tidak spesifik kerana dalam kertas tuduhan kejadian didakwa berlaku antara jam 7 hingga 8 malam pada 1 hingga 5 Januari lalu.
Katanya, pendakwa raya gagal menyatakan tarikh dan masa sebenar kejadian seperti yang termaktub dalam Kanun Acara Jenayah.
Beliau memberi contoh kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan dari tuduhan salah laku seks selepas pendakwa raya gagal memberikan tarikh tepat mengenai kejadian itu.
"Ini membuktikan pendakwa raya tidak pasti tarikh kejadian itu dan tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan tidak jelas. Dalam sesuatu kes jenayah seksual, tarikh kejadian amat penting," katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zahiruddin Mohd Isa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gadis at 30-10-2004 08:46 AM:
Lelaki dituduh rogol dilepas tanpa dibebas
KANGAR: Mahkamah Sesyen di sini semalam, melepaskan seorang lelaki beristeri tiga tanpa membebaskannya daripada tuduhan merogol seorang gadis bawah umu ...
ape dah nak jadi dengan dunia sekarang nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by TheOne at 30-10-2004 10:36 AM:
ape dah nak jadi dengan dunia sekarang nie?
tula pasal... dulu kes2 cam nih kita mampu tengok dan lihat kat luar negara jer.... tapi sejak akhir2 ni... kat malaysia sendiri dah byk kes..... tak tau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Nasional: Guru dalang laman lucah
Oleh Hadzlan Hassan dan Nazarali Saeril | [email protected]
SHAH ALAM: Pakar teknologi maklumat (IT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menjejaki 憇erver |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Nasional: Dikepung 10 samseng VCD
KUALA LUMPUR: Lebih 10 orang upahan peniaga cakera padat video (VCD) cetak rompak mengepung kenderaan pacuan empat roda pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama wartawan dan jurugambar Harian Metro dalam operasi di pasar malam Wangsa Maju, malam tadi.
Kumpulan samseng itu kemudian membaling objek keras termasuk kayu ke arah kenderaan itu yang mahu beredar dari tempat kejadian menyebabkan cermin tingkapnya pecah.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
Terdahulu, keempat-empat pegawai penguat kuasa berkenaan disertai wartawan dan jurugambar Harian Metro, tiba di pasar malam itu kira-kira jam 7.30 malam untuk menjalankan operasi rutin.
Sejurus selesai operasi itu, 10 orang upahan peniaga VCD cetak rompak mengepung kenderaan pegawai terbabit dan berlegar di sekelilingnya sambil memegang kayu panjang.
Ketika itu, wartawan dan jurugambar Harian Metro dalam kenderaan itu manakala keempat-empat pegawai penguat kuasa meninjau di pasar malam itu.
Sebaik menyedari kehadiran kumpulan samseng itu, pegawai penguat kuasa segera memasuki kenderaan itu untuk beredar dari situ manakala wartawan dan jurugambar Harian Metro berpindah ke sebuah kenderaan lain.
Kumpulan orang upahan itu bertindak agresif dengan membaling kayu ke arah kenderaan itu sebaik ia beredar dari situ.
Satu daripada kayu yang dibaling mengenai cermin tingkap kiri kenderaan berkenaan.
Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Shahar Osman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kumpulan lelaki samseng terbabit bertindak demikian atas arahan peniaga VCD cetak rompak yang marah apabila barang jualan mereka dirampas.
揝erbuan dibuat kira-kira jam 7.30 malam dan merampas lebih 200 keping VCD cetak rompak daripada sebuah gerai yang beroperasi di pasar malam itu.
揔etika serbuan, peniaga itu menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dan melarikan diri tanpa sempat menyelamatkan VCD cetak rompak berkenaan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Mangsa peragut berkereta
JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan awam patah kaki kanan dan menerima lebih 20 jahitan selepas bergelut dengan peragut berkereta berhampiran Jalan Meldrum, di sini, Jumaaat lalu.
Mangsa yang ketika itu menggunakan laluan pejalan kaki bersebelahan Laman Tun Sri Lanang menuju tempat kerjanya di pejabat Imigresen di Tambak Johor, kira-kira jam 7.15 pagi, terpaksa bergelut selama tiga minit dengan peragut terbabit.
Mangsa, Faridah Talib, 40, yang bekerja di unit pemprosesan data di Jabatan Imigresen Johor sejak 18 tahun lalu, cedera parah pada kaki kanan selepas terjatuh akibat bergelut dengan peragut terbabit.
Dia yang menaiki kereta bersama suaminya setiap pagi menggunakan laluan pejalan kaki itu sebagai laluan utama ke tempat kerja, sebaik turun dari kereta.
揃agi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di pusat bandar raya, saya sering menyuruh suami menurunkan saya di laluan pejalan kaki bersebelahan Laman Tun Sri Lanang.
揗alah, saya gemar menggunakan jalan berkenaan kerana dianggap selamat kepada pengguna laluan pejalan kaki kerana terletak berhampiran deretan bangunan bank," katanya ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, semalam.
Beliau yang berasal dari Taman Perling berkata, bagaimanapun pada hari kejadian, nasib tidak menyebelahinya apabila laluan berkenaan kelihatan lenggang dan tidak banyak kenderaan menggunakannya.
Menurutnya, selepas menyedari pergerakannya diperhatikan lelaki dalam sebuah kenderaan, dia cuba melintas jalan dengan pantas.
揟iba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelah saya dan seorang lelaki keluar terus merampas beg tangan saya.
揝aya yang ketika itu dalam keadaan cemas berusaha melakukan sesuatu bagi mengelak menjadi mangsa.
揝aya bergelut dengan peragut itu dan merampas beg tangan saya sebelum lelaki itu melarikan diri dengan kereta.
揔aki saya turut tercedera selepas ditolak peragut berkenaan yang menggunakan kereta bernombor pendaftaran Wilayah Persekutuan, |
|
|
|
|
|
|
|
Jamaliah kejar peragut untuk cam plat motosikal
SHAH ALAM 2 Dis. - Seorang suri rumah, Jamaliah Khalid, 35, yang menjadi mangsa ragut di Paya Jaras, Kuala Selangor kelmarin, bertindak nekad mengekori peragut semata-mata hendak mengecam nombor plat motosikal dinaiki suspek.
Suami mangsa, Abdullah Ishak, 45, berkata, isterinya juga bercadang membuat laporan di Balai Polis Sungai Plong tidak jauh dari tempat kejadian jika dapat mengecam nombor plat tersebut.
``Malangnya, tindakan itu disedari oleh suspek yang memperlahankan motosikal untuk menendang motosikal isteri saya hingga dia terjatuh ke longkang di tepi jalan di Sungai Plong.
``Bagaimanapun saya tidak tahu sama ada isteri saya dapat mengecam nombor plat motosikal itu kerana dia masih sukar untuk bercakap,'' katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Perubatan Selangor (SMC), di sini, hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, Jamaliah dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Warisan, Kampung Melayu Subang setelah menghantar rakannya di Bukit Rahman Putra di Paya Jaras.
Ketika tiba di kawasan pasar malam Paya Jaras kira-kira pukul 9.30 pagi, beg tangan mangsa yang diletakkan dalam bakul motosikal telah diragut seorang lelaki yang juga menunggang motosikal.
Peragut berkenaan menyedari diekori mangsa lalu bertindak menendang motosikal mangsa sebelum melarikan diri.
Tindakan tersebut menyebabkan mangsa jatuh ke dalam longkang dan mengalami kecederaan parah di dagu dan leher selain luka-luka di badan serta kedua-dua belah tangan.
Abdullah yang bekerja sebagai mekanik pesawat di Lapangan Terbang Subang berkata, isterinya juga ada memberitahu, peragut berkenaan memakai baju jaket seperti pekerja kilang dan berusia 20-an.
Sementara itu, Pengurus Besar SMC, Mohd. Johar Ismail berkata, keadaan mangsa sudah stabil dan doktor akan mengimbas kepala dan badan Jamaliah bagi melihat sama ada berlaku apa-apa kecederaan dalaman.
``Kita juga akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sama ada berlaku kecederaan lain pada mangsa,'' jelas beliau.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan yang melawat mangsa berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan polis dan pemimpin masyarakat pada minggu depan bagi membincangkan mengenai kejadian ragut dan jenayah lain di Parlimen Subang.
``Kita akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak termasuk polis dan pemimpin masyarakat setempat pada minggu depan bagi membincangkan langkah-langkah keselamatan mencegah ragut dan jenayah,'' katanya.
Katanya, segala langkah perlu akan diambil bagi memastikan kejadian ragut seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
``Dulu kes ragut hanya berlaku di kawasan bandar sahaja tetapi sekarang nampaknya telah menular ke pinggir bandar dan kita perlu melakukan sesuatu supaya ia dapat dibendung,'' jelas beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Warga tua kena samun depan rumah
TELUK INTAN: Seorang lelaki tua cedera pada leher dan jarinya selepas bergelut dengan seorang pemuda yang menyamunnya menggunakan pisau pemotong kertas di Taman Cicely, Jalan Changkat Jong, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 69 tahun diterkam dari arah belakang oleh pemuda itu ketika dia keluar dari kereta di depan rumah.
Difahamkan, mangsa yang juga pemilik sebuah stesen minyak di sini dicekik sambil diacukan pisau dari belakang oleh pemuda berusia 20-an itu yang memakai topi keledar.
Mangsa dipaksa menyerahkan wang jika tidak mahu dicederakan.
Bagaimanapun, mangsa yang kesakitan cuba melawan, menyebabkan mereka terjatuh dan terus bergelut sebelum seorang lelaki lain yang minum di restoran berhampiran datang memberi bantuan.
Menuruk saksi, lelaki terbabit datang membantu selepas mendengar jeritan mangsa.
Berikutan itu, pemuda terbabit melarikan diri dengan sebuah motosikal Yamaha RXZ bersama seorang lagi rakannya yang menunggu berhampiran tempat kejadian.
Mangsa cedera pada leher dan jari telunjuk akibat dikelar dengan pisau.
Dia kemudian dibawa ke Hospital Teluk Intan dan menerima tiga jahitan.
Tiada kehilangan wang tunai dilaporkan.
Kejadian itu juga dikatakan disedari anggota polis yang kebetulan ada berhampiran kawasan itu, tetapi mereka tidak sempat menahan penyamun berkenaan.
Sementara itu, jurucakap polis yang dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan, tetapi enggan mengulas lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Sesyen: Peniaga guna cek palsu dijel 3 tahun
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang ahli perniagaan yang mendakwa menggunakan 10 cek palsu membabitkan kerugian kira-kira RM60,000 kerana didesak ceti haram atau Along.
Hakim Nursinah Adzmi mengarahkan tertuduh, Oi Ngak Teik, dipenjara tiga tahun bagi semua 10 tuduhan terhadapnya yang dijalankan serentak bermula semalam.
Oi, 45, mengaku menggunakan 10 cek palsu berkenaan, menggunakan nama tiga penghantar surat, Amirul Ariffin Manan, Airul Ariff Mat Ariff dan Azul Arif, serta dua syarikat, MDL Technology Systems serta WW E-Commerce.
Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di Hong Kong Bank cawangan utama, Jalan Perak, antara 19 dan 22 Oktober 1999.
Oi dalam rayuannya menerusi peguam bela R Krishman berkata, Along terbabit mengugut untuk membunuhnya dan keluarga sehingga menyebabkan dia terpaksa menggunakan cek palsu berkenaan.
揂nak guam saya menggunakan cek palsu itu atas arahan Along selepas gagal melangsaikan hutangnya, termasuk bayaran ansuran RM500 seminggu.
揂long itu mengugut membunuh dia dan keluarganya. Anak guam saya tidak mahu mendedahkan perkara ini tetapi bersetuju selepas saya menasihatkannya berbuat demikian.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya memohon mahkamah mengambil kira perkara itu berlaku pada 1999 dan ketika itu kerajaan belum peka mengenai gejala Along.
Timbalan Pendakwa Raya Geethan Ram Vincent bagaimanapun berhujah tuduhan yang dihadapi Oi serius, malah membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara jika semua tuduhan digabungkan.
Tindakan tertuduh, katanya, membawa kerugian hampir RM60,000 kepada Shenko Design, sebuah syarikat pereka laman web, yang masih belum menerima pampasan mereka.
揂lasan bahawa tertuduh bertindak atas arahan Along tidak boleh diterima kerana negara kita ada undang-undang yang boleh melindung masyarakat, |
|
|
|
|
|
|
|
Pendatang disyaki bunuh pasangan jutawan
KOTA KINABALU: Mayat lelaki yang disyaki membunuh pasangan jutawan, Datuk Wong Tze Fatt dan Datin Lee Bee Hee di sini, pagi kelmarin, dipercayai pendatang tanpa izin menggunakan dokumen pengenalan diri rakyat tempatan.
Berdasarkan dokumen yang ditemui dalam dompet pada mayatnya, lelaki berusia lewat 20-an itu dikenali sebagai Den dan bekerja sebagai buruh seorang kontraktor di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Siasatan polis turut menjumpai beberapa keping resit pajak gadai selain wang tunai RM10 dan sekeping kad pekerja sebuah syarikat kontraktor, memaparkan nama dan gambar beliau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Mohd Bakri Zinin, ketika mengesahkan perkara itu berkata, polis masih menyiasat sama ada lelaki itu mempunyai rekod jenayah atau sebaliknya.
揇alam dompetnya itu ada sekeping kad pengenalan yang kita percayai bukan miliknya selain kad pekerja menggunakan nama Den, beberapa keping resit pajak gadai serta wang tunai RM10.
揔ita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan dokumen berkenaan, |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Syariah: Suami dera isteri: saksi
Oleh Mohd Razlan Salleh
[email protected]
SHAH ALAM: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam ibu saudaranya dipaksa bekerja sebagai pengupas kelapa dalam perniagaan yang diusahakan bekas suaminya selain dianiayai dari segi fizikal.
Dalam keterangannya, Yuhaizah Saad, 31, berkata bekas suami ibu saudaranya, Amiruddin Hashim ada mengusahakan sebidang tanah yang ditanam dengan pokok kelapa dan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual buah kelapa yang siap diproses.
Dia berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi bagi permohonan nafkah edah dan mutaah oleh ibu saudaranya, Jawiyah Ismail (plaintif) terhadap Amiruddin (defendan).
揃uah kelapa ini dijual dalam pelbagai bentuk seperti santan, kelapa kering dan buah yang sudah dibuang kulitnya.
揂pa yang saya tahu, semua kerja ini dilakukan sendiri ibu saudara saya iaitu mengupas, memproses serta dan menjualnya kepada pemborong, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gadis at 7-1-2005 10:04 AM:
Mahkamah Syariah: Suami dera isteri: saksi
Oleh Mohd Razlan Salleh
[email protected]
SHAH ALAM: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam ibu sau ...
tak paham aku. kejap dera, kejap jual kelapa, kejap keje inspektor, kejap urus anak, kejap cerai... memang huru hara sungguhh... |
|
|
|
|
|
|
|
dah macam2 skang ni one... tu la tanda2 nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Maut ditikam 15 kali:
Mayat wanita dicampak tepi jalan
Oleh Azmi Md Deros, Rudy Fazrunisyam Samarudin dan M Hifzuddin Ikhsan
ANGGOTA polis memeriksa mayat Rosbaita Yahaya (gambar kecil)
yang ditemui berlumuran darah di Kilometer 1.6 Jalan
Bangi-Semenyih, semalam.
BANGI: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemui mati dibunuh kejam dengan 15 kesan tikaman di dada dan badan, di tepi jalan di Kilometer 1.6, Jalan Bangi-Semenyih, di sini pagi semalam.
Mayat Rosbaita Yahaya, pekerja kilang Sony di sini, ditemui tertiarap oleh orang ramai yang melalui kawasan itu kira-kira jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah, sebelum menghubungi polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Ismail Mat Sidek, berkata polis menemui empat kesan tikaman senjata tajam dipercayai pisau di dada mangsa, manakala 11 lagi di belakang.
Tapak tangan kanan mangsa turut cedera dipercayai akibat bergelut dengan penyerangnya.
Bagaimanapun, polis tidak menemui senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.
Ketika ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian seluar sukan, baju kemeja dan jaket.
Katanya, polis percaya Rosbaita dibunuh di tempat lain oleh penyerang dikenali, sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan berhampiran jambatan landasan komuter di situ.
Polis turut menemui kesan cengkaman tayar kenderaan yang dipercayai dipandu dalam keadaan memecut berhampiran tempat mayatnya dibuang.
Mangsa yang belum berkahwin berasal dari Muar, Johor, dikatakan sudah bekerja di kilang elektronik itu sejak lebih 10 tahun lalu.
揚olis menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana semua barang berharga, termasuk wang tunai RM31, cincin serta kad pengenalan dan lesen memandunya tidak diusik.
揃erdasarkan tikaman polis mengesyaki pembunuhan itu bermotifkan dendam atau cemburu, |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Tinggi: Reman suspek bunuh jurutera dilanjut, teman wanita bebas
KUALA LUMPUR: Suspek kes pembunuhan jurutera Penerbangan Malaysia (MAS), Low Kok Seng, akan disambung tahanan remannya enam hari lagi manakala teman wanitanya dibebaskan esok.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Bulat, polis mempunyai cukup bukti untuk mendakwa lelaki terbabit, namun masih memerlukannya bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan berhubung kejadian itu.
揇akwaan sudah boleh dilakukan, namun kami memerlukan maklumat tambahan bagi mengukuhkan kes apabila dibawa ke mahkamah.
揟eman wanita suspek yang dibebaskan esok (hari ini) masih diperlukan polis untuk menjadi saksi utama apabila kes itu dibicarakan tidak lama lagi, |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|