CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ara-xtian4eva

Al Fatihah buat Ary Malik Yang Meninggal Akibat Kanser Ovari

[Copy link]
Post time 26-2-2017 11:12 AM | Show all posts
smoga dberi kesembuhan buat Ary Malik...suka tgk dia sweet manis dgn lesung pipit

arwah kakak sy pon kanser ovari...mse detect stage 3b

tak sampai 2ys kakak dah dijemput...11 ys yg lepas...tggl kan anak 4 org...masa tu sy masih belum berwang lg utk sama2 hantar pegi rawatan..kesian dia g sesorang ke HKL

tanda2....perut buncit n bloated...period panjang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 11:14 AM | Show all posts
Arwah abah pun meninggal sbb kanser. Mmg sedih tgk org yang kena kanser ni.  Tak tidur malam sebab sakit. Doktor  pun suruh bawak balik sebab kanser dah merebak.  Masa dah tenat sangat tu mmg mata pun tak boleh bukak, tak boleh bercakap. Makan pun tak nak hanya minum air zam zam aje. Badan mmg tinggal tulang aje. Akhirnya dia pergi jua. Kami redha dari tengok dia tanggung sakit, biar lah dia pergi. Sekarang dah 2 tahun dia tinggalkan kami.
Dalam history family arwah abah ada yang kena kanser. Kakak dia kanser perut dlm usia 78 tahun, arwah abah pulak masa tahu kena kanser usia 80 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 11:14 AM | Show all posts
Aku suka dia ni...cute, clean takda gossip and she has the most sincere & beautiful smile...keep fighting ary..you're in my doa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
eely_shana replied at 26-2-2017 02:56 AM
Betul uols. Tapi ayat uols 'kak ary penah menggembirakan zaman kanak2 weols' tu buat iols rasa sed ...

yes chuols. jom kite doakan kak ary cepat sembuh n diberi kekuatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimo replied at 26-2-2017 10:52 AM
tahniah tt...
chuols bukak thread..smpai dh dpt liputan news..semua kawan2 retis pun baru tau

Tu la. Mmg powerful betul forum cari ni. Bukak thread harini, esok dah masuk Siakap Keli huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 12:47 PM | Show all posts
Ayah Ary ni tentera kan? Baca berita Ary operate pertama kt Hospital Tuanku Mizan. Dulu2 ada benang pasal Ary. Dia sambung study ke apa tah. Tak ingatlah. Semoga Allah mempermudah segala urusan Ary. She's so sweet #doabaikbaik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2017 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ary
Doa utk u ary
Semoga Allah berikan apa yg terbaik utk Ary..
Semoga terus kuat dan tabah mlawan kesakitan....
Semoga Allah permudahkan segalanya
Aamiinn
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kak ary penah jd host mase event kt opis aku..mase tu die dh ank..tp kak ary comel mcm bebudak je..
Terbayang2 kak ary yg ceria selalu..semoga kuat semangat dan dipermudahkan segalanye untuk kak ary..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Uolssssss sedapnya dgr anak2 ary speaking, berabokkk gila gilaaaaa suka meols dgr

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong replied at 26-2-2017 01:23 PM
Uolssssss sedapnya dgr anak2 ary speaking, berabokkk gila gilaaaaa suka meols dgr

Kat mane u lihat kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 26-2-2017 01:45 PM
Kat mane u lihat kaka?

Kat dlm melodi td uolssss. Deyols satu keluarga nmpk tabah la, yg penting anak2 speaking berabok habis slang pn sedap dgr  

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 26-2-2017 02:23 AM
Keluarga macik sebelah ayah byk meninggal sebab kanser...macik ade buat ujian tapi setakat ni negati ...

Makcik buat ujian bagaimana?

Di mana dan berapa harga dikenakan?

Camna ckp kt doc nk buat check tu?


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rase letih yg x hilang2..berat turun..krg selera mkn g la cek doktor ye..
Tingat kt arwah kwn aku cikgu salu ckp letih..sakit2 bdn..bebulan lamenye..g cek dh kanser paru2 stage 4
X lame pastu meninggal..sedih dan takut kalau dgr org sakit kanser ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 03:27 PM | Show all posts
suka lakonan dier lam citer Teh TaRIK Kurang Manis
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ary Malik Masih Tidak Sedar
Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 3:42 PM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/ ... ?w=50&h=50Oleh: KEMALIA OTHMAN
[email protected]
image: http://www.mstar.com.my/~/media/ ... 13&crop=1&/

Ary Malik
   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Ary Malik masih lagi tidak sedarkan diri selepas dimasukkan ke Hospital Ampang dekat sini akibat kanser ovari yang kini pada tahap empat.

Suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, berkata, perkembangan keadaan kesihatan isterinya itu akan diketahui esok (Isnin).

"Setakat ini keadaan dia masih lagi sama iaitu tidak sedarkan diri dan masih berada di wad yang sama.

"Saya belum ada perkembangan terbaharu kerana esok baru dapat berjumpa doktor untuk perkembangan seterusnya," ujarnya kepada mStar Online.

Dia dihubungi bagi menjelaskan tentang perkembangan isterinya yang kini kritikal akibat penyakit berkenaan.

Tambahnya, beberapa rakan artis hadir bagi memberi sokongan seperti M.Nasir, Aidit Alfian dan Ad Samad.

Ary dimasukkan ke hospital sejak 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak lima hari lalu.

Shahrul Nizam mendedahkan, Ary dikesan mengalami sejak Mei lalu selepas menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Mizan (Wangsa Maju).

Susulan itu sejak Jun tahun lalu Ary terpaksa menjalani kimoterapi bagi memulihkan kansernya itu sehinggalah terpaksa dibawa ke Hospital Ampang selepas keadaannya semakin kritikal.

Ujarnya, doktor turut menjangkakan tumor akibat kanser yang dihidapi Ary itu dipercayai sudah merebak ke kepala.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, terkenal pada era 1990-an dan turut aktif sebagai pengacara televisyen.

Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir.

Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.

Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... W1FX5X0CuFEavAXb.99
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 26-2-2017 06:15 PM
Ary Malik Masih Tidak Sedar
Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 3:42 PM
image: http://www.mstar.co ...

Alahai dah merebak ke kepala dan coma...i rasa seakan sukar untuk dia fight...
Kita doakan dia dan keluarga terus kuat...
Sedih anak2 masih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 07:04 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
I doakan semoga ary cpt sembuh. Sedih dgr cerita pesakit kanser ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
beberapa tahun sudah Ary ada belakon jd pesakit kanser..anak kpd Amy mastura dan namron..drama Nur Melinda...

semoga kuat Ary
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
5 hari yang lalu tak sedarkan diri. Di saat thread ni bukak memang dah kritikal dah ari. Semoga terus kuat dan tabah. Iols ingat sangat senyuman dia, best dia mengacara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.134382 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list