CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang: Kereta tercampak ke dalam laut. #3, Operas

[Copy link]
Post time 21-1-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
*butterworth* Penghadang sedia ada mungkin berupaya menahan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan biasa daripada terhumban ke dalam laut dan bukannya kejadian impak tinggi seperti semalam. https://t.co/BU3dp95alq
*#kaji balik*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 01:10 PM | Show all posts
Pemandu terlibat kemalangan jambatan Pulau Pinang positif ganja
Bernama -
January 21, 2019 1:05 PM


GEORGE TOWN: Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang sehingga sebuah kenderaan lain terhumban ke dalam laut, awal pagi semalam, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ujian saringan awal lelaki berusia 21 tahun dan merupakan pendandan rambut itu mendapati dia positif ganja.

“Polis telah menghantar sampel darah lelaki itu ke Jabatan Kimia untuk ujian lengkap bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah di dalam darahnya. Keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu kini dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini, kerana mengalami kecederaan pada kepala, kaki dan tangan akibat kemalangan berkenaan.

Katanya sebelum ini, pemandu Toyota Vios itu dirawat di Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang petang semalam, namun dia pengsan di rumahnya menyebabkan keluarga beliau menghantarnya ke hospital swasta untuk rawatan lanjut.

Nik Ros Azhan berkata, pemandu kereta Toyota Vios dan mangsa yang terhumban ke dalam laut itu merupakan rakan sejak mereka di sekolah rendah.

“Dua lelaki itu bersama 5 lagi rakan (lelaki) menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang daripada kawan mereka di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia, di sini. Kesemua mereka pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2.30 pagi.

“Lima rakan mereka tinggal di bahagian pulau, manakala mangsa dan pemandu kereta Toyota Vios itu tinggal di kawasan Butterworth,” katanya.

Menurutnya, polis turut menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan 2 pemandu kereta itu sedang berlumba ketika kemalangan berkenaan.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain menghala Perai, awal pagi semalam.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:19 PM | Show all posts
Buritan replied at 21-1-2019 04:15 AM
Tak yah carilaa polis oii.. dah deme racing.. bior ajelaa duk berkubur dlm laut tuu

jebon betul...tula semua ckp kawan... kluar berita pon sejak dibangku sekolah....mohon kwn2 yang lain jauhkanla diri dr mangkuk ni... bkn ape... member dh mati satu hal... pastu x mengaku berlumba pon satu hal
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:31 PM | Show all posts
berlanggar sesama sendri xpe... jgn langgar org yang x bersalah... ape nak jadila budak2 zaman skang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib la yg bwk moto tu xkena.
.xpasal2 la plak nnti
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
fatinsaffini replied at 21-1-2019 12:47 PM
Dah confirm dua2 tu sahabat & baru balik dari birthday party tu

http://www.frontdesk.com.my/bm/in ...

Kemalangan sesama sahabat rupanya. Harap sahabat mereka yang lain menjadikan insiden ini sebagai pengajaran dan peringatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 01:53 PM | Show all posts
skinskin replied at 20-1-2019 08:37 PM
Kluar berita..mangsa cina umur 20 thn..family report polis sbb x blik2 umah

Keling mabok langgar cina sampai mampos... Hummmm.. bagus la tu.. Dulu cina betina OKU mabok langgar melayu sampai mati kasi lepas mcm tu je atas alasan OKU kononye... Keling ni pon boleh buat alasan camtu gak la ni... Cash!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
SUV = kenderaan utiliti sukan? kalo sport rim? Rim sukan..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan
Hadzlihady Hassan dan Muhammad Yusri Muzamir

AHLI keluarga Moey ketika ditemui di Pengkalan Marin Batu Uban. FOTO Muhammad Yusri Muzamir
KELUARGA Moey Yun Peng mengesahkan pelajar yang terhumban dalam laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, semalam, adalah rakan kepada pemandu Toyota Vios.

Kakak ipar kepada Moey yang enggan dikenali berkata, pemandu kedua-dua kenderaan itu bagaimanapun tidak rapat dan enggan mengulas lanjut.

“Mereka hanya rakan biasa dan jarang menghabiskan masa berdua, tetapi kurang pasti bagaimana boleh bersama-sama terbabit dalam kemalangan, awal pagi, semalam.

“Saya juga ada dengar dakwaan pemandu Toyota Vios itu sering terbabit dalam kemalangan sebelum ini,” katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

Terdahulu, beliau ditemani teman wanita Moey dan keluarga mangsa hadir ke pos kawalan tempat kejadian di Pangkalan Pasukan Polis Marin, Batu Uban di sini, bagi mendapatkan maklumat terkini kejadian terbabit.

Sementara teman wanita Moey sempat memberitahu yang mereka sudah dua tahun berkawan sebelum menangis dan berlalu pergi.

Dalam lawatan terbabit, keluarga mangsa turut bertanyakan perkembangan terkini pemandu Toyota Vios yang dilapor mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dipindahkan ke sebuah hospital swasta dalam daerah Seberang Perai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi semalam, kenderaan utiliti sukan (SUV) putih dipercayai dipandu Moey, 20, terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios, ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dalam jarak seluas 2 batu nautika dari lokasi kejadian, membabitkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Polis Marin.

Sementara itu, abang kepada Yun Peng yang juga enggan dikenali mengesahkan mangsa memandu SUV putih itu sendirian, selain telefon bimbit milik pelajar sebuah kolej swasta itu tercampak di atas jalan raya, berkemungkinan impak akibat pelanggaran ketika kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bungarose replied at 21-1-2019 12:18 PM
Kenapa driver vios tak bgtau awal2 pasal kawannyer yg drive suv putih tuh. Kawan sejak sekolah kan

dah namanya pun k elly ng...what do u expect? kelly ng cakap pun berbelit2
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 21-1-2019 02:55 PM
Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan
Hadzlihady Hassan dan Muhammad Yusri Muzamir


India ni X layak memandu. ..hukuman gantung sampai mati yang menyebabkan kematian. .hukuman bg memandu melebihi had kelajuan. ..hukuman positif ganja. ..hukuman mabuk ( jika confirm )...hukuman memandu secara merbahaya pada pengguna lain  (cilok sana sini)...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta jatuh jambatan mungkin terbenam dalam lumpur - Pasukan SAR
Astro Awani |  Published Januari 21, 2019 14:11 MYT
Seramai 108 anggota serta 16 bot pelbagai agensi sedang melakukan operasi SAR sekitar lokasi kejadian. -Astro AWANI
Seramai 108 anggota serta 16 bot pelbagai agensi sedang melakukan operasi SAR sekitar lokasi kejadian. -Astro AWANI

GEORGE TOWN: : Lokasi pencarian yang kemungkinan berlumpur menyebabkan pasukan penyelam masih gagal menentukan lokasi sebenar kenderaan SUV yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, awal pagi Ahad.

Koordinator SAR, Laksamana Maritim Rozali Mohd Said berkata pada masa yang sama keadaan arus yang deras turut menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kemalangan.

Selain itu, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan beg udara keselamatan di dalam SUV berkenaan yang terbuka ketika kemalangan menyebabkan kenderaan itu dihanyutkan dari lokasi ia dilaporkan terjatuh.

"Pasukan bomba berusaha mencari di tempat kejadian semalam, tetapi amat mengecewakan. Keadaan air terlalu gelap dan dipercayai tempat itu berlumpur.

"Memandangkan kereta jatuh dengan impak kuat, terlalu laju pada ketinggian tinggi, kemungkinan sama ada ia terbenam dalam lumpur atau kalau beg udara beroperasi, ia akan terapung. Kemungkinan dibawa ke tempat lain," kata Rozali.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:25 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-1-2019 12:38 PM
Yg aku geram dia buat buat mcm tak tau/kenal....nk pusing cerita mcm dia pulak yg kena langgar...n ...

Satu, aku rasa dia still in a state of shock, macam2 boleh cakap. Kedua, umur budak2 macam ni, dalam ketakutan, masih tak tau lagi nak putar belit secara halus. Akal masih pendek. Ini perkara besar, sampai melibatkan nyawa tu. So, jalan yang dia boleh fikir ialah deny. Ketiga, sebab yang sorang lagi tu kawan dia dan sama2 race, dia pun dalam subconciousnya rasa sebab kawan dia pun terlibat sama, sama berlumba, sama menggelabah atas jalan, tu yang tak rasa tanggungjawab tu dia sorang yang pikul.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:32 PM | Show all posts
clarizsa replied at 21-1-2019 12:52 PM
Tak fahamla i kenapa netizen di fb banyak komen merepek dan racist tanpa empathy ?
Sedih betul :sha ...

kat cari forum pun bersepah orang racist rasa bangsa dia je yang mulia yang maksum yg pembersih yang civilized yang lain kolot. Aku cuba nak tengok satu2 issue tu dari racial angle tapi tak boleh. Aku tetap nampak manusia ni kalau yg jahat sebab memang dia jahat dan yang baik tu sebab memang dia baik, its got nothing to do with race.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 21-1-2019 03:24 PM
Kereta jatuh jambatan mungkin terbenam dalam lumpur - Pasukan SAR
Astro Awani |  Published Januari  ...

Imbas balik kejadian tahun 2012...ni bukan kereta topik ni...berapa banyak dah kenderaan terhumban dari jambatan Penang ni..

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ader dashcam merekod.....kalau idak sampai kesudahler family suv tu mencari anak diorg tak balik2. Dahler racing berbahaya sampai eksiden. Kawan india tu bley diam tak citer hal sebenar. Salah satu contoh kawan tak bley harap....kawan makan kawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna alat pengesan khas cari kereta terhumban ke laut

GEORGETOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terjunam ke laut bersama kenderaannya selepas terbabit kemalangan di Kilometer 4.0, Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam diperhebatkan lagi dengan menggunakan alat pengesan Sonar Teledyne T20P yang boleh mencerap sedalam 400 meter.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin, berkata bantuan yang diberikan Marine Sciene Technology Sdn Bhd itu dijangka dapat melancarkan lagi misi mencari mangsa yang dipercayai terperangkap bersama kereta di dalam laut.

“Peralatan itu dapat mengesan objek di dasar laut dan kita memperluaskan kawasan pencarian sejauh dua batu nautika, hari ini.

“Kita khuatir mungkin kenderaan terbabit dibawa arus sebelum jatuh ke dasar dan ini akan menyukarkan pencarian,” katanya pada sidang media di Jeti Pangkalan Marin, Batu Uban, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi semalam, dua kenderaan masing-masing Toyota Vios hitam dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) putih terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai.

Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pendandan rambut cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut manakala SUV putih itu pula berpusing beberapa kali sebelum terjunam dalam laut.

Identiti pemandu SUV itu dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20, selepas bapanya membuat laporan polis jam 5 petang semalam kerana anaknya yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu tidak pulang ke rumah.

#BeritaHarian
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-1-2019 03:39 PM
Imbas balik kejadian tahun 2012...ni bukan kereta topik ni...berapa banyak dah kenderaan terhumban ...

Mungkin arus kuat dah bawa keta tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan pasukan SAR dan mereka dilindungiNya dari sebarang kecelakaan semasa operasi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 04:20 PM | Show all posts
Mangsa insiden kereta terhumban di Jambatan Pulau Pinang anak bongsu 2 beradik


KELUARGA pemandu kenderaan yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi semalam memohon diberikan ruang dan masa untuk bertenang kerana masih bersedih dengan kejadian tersebut.

Bapa kepada pemandu kenderaan yang juga seorang penuntut kolej swasta itu yang enggan mendedahkan namanya berkata demikian ketika wartawan Bernama menjejakinya di kediaman mereka di Taman Kempas, di Butterworth, Isnin.

"Kami perlukan masa...media lebih mengetahui tentang perkara ini daripada keluarga," katanya dalam nada tersekat dan dilihat amat sedih mengenangkan kejadian tragis yang berlaku terhadap anak lelakinya itu.

Sementara itu, abang pemandu kenderaan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis, 20-an, berkata mangsa iaitu Moey Yun Peng merupakan adik bongsunya dan mereka hanya dua beradik.

Sepanjang pertemuan 15 minit itu Dennis juga tidak mampu membendung perasaannya dengan raut wajah yang menampakkan matanya yang bengkak dan memaklumkan baharu tiba dari Kuala Lumpur sejurus menerima perkhabaran mengenai adiknya.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV)  terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, di sini awal pagi semalam.

Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat mangsa yang berusia 20 tahun itu masih diteruskan. -- Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.329486 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list