CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: burung_pungguk

Arkib Dayang

[Copy link]
Post time 2-10-2007 12:53 AM | Show all posts
Penonton di Stadium Putra puas gabungan mantap penyanyi Indonesia

3 Diva tunai janjiOleh Nurulhisham Abdul Latiff

GABUNGAN kemantapan vokal penyanyi dan kehebatan persembahan muzik membolehkan Konsert 3 Diva membabitkan penyanyi terkemuka Indonesia, Krisdayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ muncul antara konsert terbaik dan memberikan kepuasan kepada kira-kira 5,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu.

Tiga artis wanita negara seberang itu membuktikan, pemilihan mereka sebagai teraju utama konsert memang tepat kerana keupayaan mereka untuk memukau peminat dengan kehebatan vokal ternyata jelas kelihatan sepanjang hampir tiga jam konsert berlangsung.

Tidak ubah sebagai medan 憄erang vokal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 12:53 AM | Show all posts
Konsert 3 Diva cun banget!
27-03-2007 10:35:00 AM
Wahida Asrani  

Hebat... Begitulah gambaran yang dapat diberikan menerusi konsert 3 Diva

Bagi yang tidak menonton konsert 3 Diva yang berlangsung malam kelmarin di Stadium Putra Bukit Jalil, pasti tidak mengetahui dimana letaknya kehebatan sebenar tiga diva Indonesia ini; Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan TT DJ.

Tidak dinafikan, sebagai penyanyi tersohor yang mempunyai pengalaman luas, kehebatan vokal ketiga-tiga penyanyi senior dari Indonesia memang tidak boleh disangkalkan lagi. Dan nampaknya, 'kekuatan' itulah yang ditonjolkan oleh Kris, Ruth dan TT dengan sebaik mungkin sehingga membuatkan kira-kira 6,000 penonton yang hadir cukup berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan tiga diva itu.

Tiada sebarang gimik, mahupun koreografi yang hebat. Namun, alunan suara mereka dengan diiringi orkestra Pesona Simfoni di bawah bimbingan pemuzik dan komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa nyata mempersonakan!

Konsert selama dua jam setengah itu menyaksikan Erwin bekerjasama dengan komposer tanah air, Eddie Marzuki memimpin gabungan pemuzik seramai 50 orang dari kedua-dua negara.

Tidak salah jika dikatakan tiga bintang ini memang mempunyai dinamik yang tersendiri. Membuka tirai kira-kira jam 9.15 malam dengan medley beberapa buah lagu popular masing-masing, Kris, Ruth dan Titi berjaya memulakan konsert dengan satu persembahan yang cukup bertenaga.

Rembulan, Ekspresi, Maha Daya Cinta dan Astaga adalah antara beberapa buah lagu yang disampaikan bersama oleh ketiga-tiga diva tersebut pada permulaan konsert itu.

Melihat kepada aksi mereka di pentas yang seakan-akan cuba beradu suara antara satu sama lain membuatkan penonton leka seketika dengan nyanyian ketiga-tiga penyanyi ini walaupun ada sesetengah lagu yang disampaikan tidak pernah didengari di negara ini.

Lebih membanggakan, Kris, Ruth dan Titi turut membuat persembahan penghargaan buat dua 'diva' Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan Sheila Majid yang juga turut hadir sebagai penonton di konsert itu kelmarin dengan beberapa buah lagu hits dua penyanyi itu seperti Lagenda, Sinaran, Bukan Cinta Biasa, Cindai dan Percayalah.

Ternyata satu keputusan yang bijak diambil oleh tiga diva ini untuk 'memikat' hati para penonton tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu dua penyanyi tersohor tanahair itu. Pemilihan lagu pula amat bersesuaian dan bertepatan memandangkan penonton dilihat turut sama menyanyi bersama mereka.


Titi dan Dayang yang berduet menerusi lagu Kau Selalu Ada juga tidak kurang hebatnya

Walaupun membuat sedikit kelainan pada susunan muziknya, ternyata sentuhan Erwin tidak mengecewakan apabila pembaharuan yang cuba dibuat itu memang 'cocok' dengan persembahan mereka, terutama untuk lagu Cindai yang disuntik sedikit elemen moden di dalamnya.

Walaupun ada kalanya suara ketiga-tiga penyanyi ini kedengaran sedikit 'tenggelam' disebabkan bunyi audio  yang kuat, itu tidak sedikitpun mencacatkan persembahan mereka yang bijak menggunakan ruang pentas yang menarik rekaannya itu dan tiga diva ini bijak dan senantiasa maintain vokal mereka itu.

Ditambah pula dengan interaksi bersama penonton yang menghiburkan, memang tidak disangkal lagi Kris, Ruth dan Titi amat sesuai diberi gelaran 'diva' itu.

'Diva Malaysia' juga hebat...

Konsert malam itu terus dihangatkan dengan persembahan solo tiga penyanyi itu yang dimulakan dengan Kris. Membawakan lagu Menghitung Hari, lagu yang mula-mula memperkenalkan namanya di Malaysia, kelantangan suara Kris memang hebat!

Untuk segmen ini juga, tiga penyanyi ini turut berduet dengan tiga 'Diva Malaysia' untuk sebuah lagu. Gandingan buat pertama kalinya antara Kris dan Nurul memang cukup menghiburkan.

Membawakan lagu dangdut, Penasaran, Nurul dan Kris dilihat 'serasi bersama' membawakan lagu tersebut, ditambah pula dengan gelekan dangdut penyanyi hitam manis itu.

Bak kata Nurul ketika ditemui sejurus selepas konsert itu "memang sudah lama saya ingin bergelek macam tu. Bertambah seronok apabila dapat berduet dengan Kris pula."

Gandingan Titi dan Dayang menerusi lagu Kau Selalu Ada juga tidak kurang hebatnya. Memang dilihat sedikit tidak 'kena' pada mulanya, mungkin kerana imej kedua-dua penyanyi ini yang berbeza, tetapi gandingan vokal mereka memang memukau!

Begitu juga dengan dengan Ruth dan penyanyi R&B / Jazz, Noryn Aziz. Persembahan yang tidak menghampakan, tetapi vokal Noryn tidak begitu teruji nampaknya menerusi lagu Bawa Daku Pergi.

Namun, apa yang boleh dikatakan, pemilihan Nurul, Dayang dan Noryn memang bertepatan walaupun pada awalnya dulu, mereka dikatakan hanya sekadar 'tempelan' pada konsert yang diterajui oleh tiga diva terkenal Indonesia itu.

Walaupun masing-masing hanya mempersembahkan sebuah lagu, ternyata peluang itu digunakan sebaik mungkin oleh mereka. Cuma, agak kesal sedikit apabila melihat pakaian tiga 'Diva Malaysia' ini berpakaian agak seksi pada malam itu.

Mungkin kurang sesuai dengan kehadiran tetamu-tetamu VVIP iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah dan Datin Paduka Rosmah Mansor.

Mengulas hal ini, Nurul, Noryn dan Dayang menjelaskan, apa yang dipakai oleh mereka pada malam itu lebih mementingkan kepada keselesaan.

"Saya selesa dengan apa yang saya pakai dan saya rasakan pakaian saya ini sesuai dengan lagu," ujar Dayang yang mengenakan pakaian rekaan Syaiful Baharim, manakala Nurul menggayakan rekaan Calvin Thoo dan Noryn pula memilih dress rekaan Ridz.

Konsert itu turut menyaksikan dendangan beberapa buah lagu popular lain tiga diva Indonesia itu, antaranya Cubalah Untuk Setia, Kaulah Segalanya, Yang Ku Mahu dan Semua Jadi Satu.

Komen Diva:

Titi:

"Saya lega kerana audiens kenal saya kerana ada yang tidak mengenali siapa Titi DJ. Respon pada konsert ini baik sekali dan saya amat menghargainya."

Ruth:

"Saya gembira dengan sambutannya. Sungguh luar biasa!"

Kris:

"Saya rasakan 'flow'nya lebih cepat berbanding konsert-konsert terdahulu. Cun banget!"
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 12:54 AM | Show all posts
Terima kasih, 3 diva!
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH



MALAYSIA Boleh... Terima kasih Dayang, Nurul dan Noryn yang turut menampilkan persembahan membanggakan penonton.
--------------------------------------------------------------------------------



JARANG benar penonton mengucapkan terima kasih apabila selesai menonton sebuah konsert. Paling tidak, sekadar memberi tepukan sambil berdiri sahaja.

Namun, jika kita berasa puas hati dan terhutang budi dengan Konsert 3 Diva yang berlangsung di Stadium Putra, Kuala Lumpur hujung minggu lalu, ucapkanlah terima kasih dengan penuh jujur.

Ini kerana semua aspek berkaitan konsert anjuran Pineapple Concert Sdn. Bhd., itu 憁emang menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 12:25 AM | Show all posts
Harian Metro (16.10.07)
Dayang, Noryn saling mengagumi

Rap
HUBUNGAN Dayang Nurfaizah Awang Dowty dan Noryn Aziz bukan sekadar akrab sesama rakan artis, malah saling mengagumi antara satu sama lain.  

Tidak cukup dengan itu, Dayang mengakui mengenali Noryn sejak pembabitan awal penyanyi itu dalam bidang seni. Justeru, tidak hairanlah sepanjang sesi fotografi di Hotel Cititel, Mid Valley baru-baru ini, kemesraan kedua penyanyi ini cukup terserlah seolah sudah kenal bertahun-tahun.

Apabila wajah Noryn bertukar serius, Dayang buat jenaka hingga Noryn terus ketawa dan mencetuskan suasana ceria. Ada saja cara Dayang buat lawak hingga masing-masing tidak kering gusi sehinggalah sesi fotografi berakhir kira-kira jam 12 tengah malam.

Dayang berkata, Noryn penyanyi berbakat besar dan dia kagum dengannya kerana dia penyanyi era 90-an yang buat `come back' dengan konsep dan muzik baru.

揃agi saya, ia langkah yang berani kerana dia terus tampil dengan album baru yang ada pembaharuan dan albumnya pula diterima peminat. Saya juga tumpang gembira dengan kejayaannya.

揔alau berjumpa di luar, kami memang tidak suka bergosip kerana lebih selesa berkongsi cerita mengenai karier dan bidang muzik yang kami cintai ini,
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 10:28 AM | Show all posts
BH (17.10.07)

Gamat di set JTL sempena Aidilfitri
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Kehadiran Dayang, Norynn dan Radhi bakal ceriakan penonton TV3

PERBEZAAN menyatukan dua nama yang berlainan personaliti ini. Azwan Ali dan Adlin Aman Ramlie, keletah mereka membuatkan mata yang layu segar dengan pelbagai lawak jenaka yang menyerikan malam Rabu penonton TV3 menerusi Jangan Tidur Lagi (JTL).

Sejak bersiaran awal Jun lalu, program yang kini memasuki musim kedua itu menyediakan pelbagai isu menarik dan kupasan topik sensasi lewat bicara bersahaja dua pengacara itu.

Justeru, tidak hairan program itu semakin mendapat tempat di hati penonton dan akui penerbitnya, Jamil Hassan, mereka berpuas hati kerana JTL mencecah 1.2 juta penonton setiap kali bersiaran.

"Perbezaan mereka menjadi tarikan kepada program ini. Bagaimanapun, kami sentiasa memberi ruang supaya kedua-dua pengacara membincangkan sesuatu topik secara seimbang tanpa perlu dibayangi sesiapa," katanya.

Sedapat mungkin cuba lari daripada membincangkan topik kontroversi, kebiasaannya isu yang dibicarakan berlegar kepada perkara yang diperkatakan umum mengenai tetamu jemputan.

Disebabkan itu, katanya, topik yang dibincangkan lebih bersifat jujur namun mereka juga tidak mengenepikan soal karier yang menjadi teras kepada perjuangan seseorang artis atau selebriti.

"Penyelidikan mengenai latar belakang seseorang tetamu itu penting kerana JTL tidak mempunyai skrip khusus, sebaliknya pengacara hanya diberi garis panduan membicarakan topik disediakan," kata Jamil.

Menyaksikan gelagat dua pengacara ini untuk episod khas Aidilfitri bersama tiga tetamu jemputan iaitu Noryn Aziz, Dayang Nurfaizah dan Radhi Khalid, membuktikan mereka berjaya mencipta keserasian untuk memperkatakan topik yang diberikan.

Senda gurau melatari sesi rakaman ini, terutama apabila mereka mengasak Radhi yang terkenal dengan filem Qaisy & Laila yang masih lagi meraikan Aidilfitri bersendirian.

Akui Radhi yang akan merayakan 1 Syawal di kediaman keluarganya di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, pengalaman ketika zaman kanak-kanak masih kemas dalam ingatannya.

Pernah katanya, disebabkan sedikit salah faham pada malam raya jiran yang marahkan dia dan abangnya bermain bunga api membaling benda itu ke atas tilam yang dijemur di halaman rumah.

Ia menyebabkan tilam itu membara namun kata Radhi, dia sudah lama melupakan peristiwa itu dan memaafkan kesilapan yang di luar kawalan itu.

Sekadar bercuti lima hari, Radhi cuba mengelak untuk mengambil sebarang tawaran menjelang Aidilfitri kerana tidak mahu tergesa-gesa pulang ke kampung untuk bersama keluarga.

Berbeza dengan penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah, ketibaan Aidilfitri umpama cuti tahunan buatnya selepas 11 bulan diburu kesibukan dengan menjayakan pelbagai tawaran persembahan dan rakaman televisyen.

"Dalam setahun saya jarang bercuti dan kerana itu setiap kali raya, saya akan mengambil cuti panjang kerana mahu puas bersama keluarga.

"Awal minggu raya memang rumah Dayang sibuk menerima tetamu yang datang menziarah dan pada minggu kedua raya, biasanya Dayang mengambil kesempatan itu untuk berehat dan menziarahi sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa," katanya.

Tidak mempunyai banyak memori manis ketika Syawal, kata Dayang, ketika kanak-kanak dulu, dia bersama adik beradiknya dilarang ibu bapanya bermain bunga api.

Justeru, apabila keinginan untuk bermain bunga api datang mereka akan bertandang ke rumah jiran dan bermain bersama.

Meskipun Aidilfitri ini diraikan bersendirian, penyanyi yang sedang popular dengan lagu Hilang itu bertuah kerana keluarganya tidak pernah mendesak supaya dia segera mencari pasangan.

"Mereka tidak pernah risau Dayang masih belum punya teman, mungkin kerana mereka ingat Dayang masih muda dan belum matang untuk melangkah ke fasa kehidupan seterusnya," katanya.

Berkongsi keceriaan Aidilfitri di kota bersama Azwan yang merayakannya di Klang Gate, Hulu Klang dan Adlin di Klang, Selangor, penyanyi jazz muda, Noryn Aziz pula akan bersama keluarganya di Shah Alam.

"Saya tidak pernah balik kampung. Di Shah Alam saja saban tahun saya beraya dari kecil hingga dewasa. Mungkin pada sesetengah orang Aidilfitri di kota tidak semeriah di desa tetapi kemeriahannya tetap dirasai selagi menyambutnya bersama keluarga," kata Noryn.

Bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan Tuhan sepanjang tahun ini, Noryn yang popular dengan lagu Alam Maya turut membantu keluarganya membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 01:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2007 12:44 PM | Show all posts
Credit to Badiuz



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 12:45 PM | Show all posts
Pinjam semangat Beyonce
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Berita Harian (20.11.07)

SEBELUM ini memang ramai yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi sensasi Beyonce Knowles. Barangkali ia ada kaitan dengan penampilan penyanyi kelahiran, Kuching, Sarawak ini yang dikatakan persis anggota kumpulan Destiny's Child itu. Walaupun agak kurang selesa apabila namanya dikaitkan dengan penyanyi itu, namun satu hakikat yang tidak dapat dinafikan penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty adalah dia memang meminati figura yang memang terkenal dengan imej seksi itu.

Justeru, apabila berpeluang menyaksikan konsert jelajah dunia Beyonce, The Beyonce Experience World Tour di Jakarta, awal bulan lalu, Dayang menganggap apa yang berada di depan matanya itu ibarat bulan jatuh ke riba.

Terpancar wajah kepuasan yang tidak terhingga sewaktu bercerita pengalamannya selama dua jam menyaksikan konsert idola kesayangannya itu.

"Bayangkan dia boleh menyanyi dan dalam waktu yang sama menari tanpa rasa penat. Ketika konsert bermula, Dayang macam tidak percaya yang Beyonce berada di depan mata Dayang. Terpaku seketika, tak tahu nak cakap apa," ujar Dayang yang kini muncul dengan imej baru berambut pendek yang dipotong separas. Nampak lebih muda dan segar sesuai dengan usia 26 tahun yang baru dicapainya.

Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja yang mahal namun bagi Dayang, dia tidak kisah itu semua kerana baginya persembahan Beyonce memang berbaloi untuk ditonton.

"Pentas tempat untuk dia mengadakan persembahan itu biasa saja tapi kekuatannya memang dari segi showmanship dan juga vokal. Dia tidak perlukan hiasan pentas yang hebat-hebat. Yang penting dia mahu peminat memberi tumpuan padanya. Itulah yang Dayang pelajari sewaktu menyaksikan konsert itu tempoh hari," cerita Dayang lagi.

Kalau sudah namanya peminat, tidak lengkap rasanya menonton konsert jika tubuh tidak sama bergoyang mengikut alunan muzik. Dan perasaan Dayang turut dibuai dengan alunan muzik Beyonce yang cukup sensual dan menggetarkan jiwa yang mendengarnya.

"Puas hati sangat apabila dia menyanyikan hampir kesemua lagu popularnya dalam konsertnya itu," ujar Dayang. Antara lagu yang dialunkan penyanyi ini adalah Crazy In Love, Dangerously in Love, Listen, Naughty Girl, Irreplaceable dan Deja Vu

Diusik pertanyaan apakah dia ingin meniru apa yang dilakukan Beyonce itu, Dayang berkata kalau sekadar menjadi inspirasi, tidak menjadi masalah baginya.

"Dayang tertarik dengan cara dia berinteraksi dengan penonton dan aksinya di atas pentas, tapi untuk menjadi seperti dirinya yang begitu berani di atas pentas, itu tidak mungkin. Biarlah Dayang meminjam semangatnya saja untuk menghiburkan orang ramai," kata Dayang ketika ditemui pada majlis sesi bertemu peminat sempena konsert akustika Live & Loud 07 di Cineleisure, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Turut bersama Dayang menyaksikan konsert itu, pengurusnya Sharliza dan juga Ratu Jazz, Sheila Majid. Manakala artis Indonesia yang ditemuinya ialah Kris Dayanti, Agnes Monica, Harvey Malaiholo, Titi DJ, Dewi Sandra dan Shanty.

TANGGAL 29 November ini menjadi detik paling bersejarah buat penyanyi berkulit hitam manis ini apabila bakal berkongsi pentas dengan penyanyi antarabangsa, James Morrison dan Rick Price. Suara gemersiknya itu bakal berkumandang memenuhi segenap Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre sempena festival Muzik Live & Loud 07 bermula 23 November hingga 2 Disember depan.

"Apabila mendapat tahu yang Dayang bakal menghiburkan penonton menerusi konsert akustika ini serta berkongsi pentas dengan dua artis terkenal, Dayang cukup teruja. Biarpun ini bukan kali pertama Dayang berkongsi dengan artis luar, pertama kali sewaktu konsert Force of Nature dan 3 Diva, namun perasaan gementar tetap ada. Tapi pada masa yang sama, rasa macam tak sabar nak buat persembahan," luah penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak R&B ini.

Mengulas persediaannya untuk konsert akustika itu, jelas Dayang dia akan menjalani rutin latihan yang biasa dilakukan setiap kali diundang untuk mengadakan konsert.

"Macam biasa, Dayang akan tumpukan dari segi latihan vokal dan juga muzik kerana ini adalah sebuah konsert akustika. Lagipun, Dayang baru saja selesai mengadakan showcase di No Black Tie. Kebetulan, persembahan itu mempunyai persamaan dengan konsert yang akan saya adakan," kata Dayang. Antara lagu yang akan dinyanyikan adalah Ain't No Sunshine, It Ain't Over Till Its Over dan Kasih yang disifatkannya serasi untuk konsep akustika.

INFO

Konsert Akustika

Artis: Dayang Nurfaizah, James Morrison dan Rick Price
Tempat: Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh: 29 November 2007
Harga Tiket: RM300, RM230, RM180 dan RM130

PROFIL

Dayang Nurfaizah Awang Dowty

Panggilan: Dayang
Tarikh Lahir: 20 Julai 1981
Tempat Lahir: Kuching, Sarawak
Status: Bujang

Album: Dayang Nurfaizah (1999), Seandainya Masih Ada Cinta (2001), Di Sini Bermula (2002), Hembusan Asmara (2002), The Best of Dayang Nurfaizah (2003), Dayang Sayang Kamu (2004), Dayang Sayang Kamu - Repackaged (2005), Kasih (2006) Buat Kamu - Repack (2006, Dayang MTV Karaoke (2006) dan Dayang 20 07 (2007)

Kejayaan: Juara Bintang Remaja Asli Kuching (1996), Juara Golden Teen Search RTM (1997), Juara Bintang Remaja Kuching (1997), Juara Bintang, Penghibur HMI (2001), Juara Kategori Lagu Popular/Seandainya Masih Ada Cinta/Anugerah Planet Muzik (2001), Juara Kategori Balada/Seandainya Masih Ada Cinta/Anugerah Juara Lagu (2001), Lagu Sepanjang Tahun/Seandainya Masih Ada Cinta/AIM (2002), Juara Kategori Etnik Kreatif/Erti Hidup/Anugerah Juara Lagu (2004), Juara Muzik Global/Erti Hidup/Anugerah Era (2005) dan Juara Kategori Kejuruteraan Album Terbaik/Kasih/AIM (2006) Finalis Ikon Malaysia (2007)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2007 07:11 PM | Show all posts
Dayang bijak layan peminat
Oleh Mohd Nasif Badruddin

Berita Harian (1/12/07)

Ternyata himpunan penyanyi popular pelbagai irama dari serata dunia dalam Konsert Live & Loud yang berlangsung seminggu di ibu kota Kuala Lumpur benar-benar menghiburkan peminat dan berbaloi dengan tiket berharga ratusan ringgit yang dilaburkan. Biarpun nampak santai apabila berlangsung dalam dewan, ia tidak menghalang penonton turut menyanyi dan bersorak memecah keheningan.

Penyanyi berkulit hitam manis yang digelar Beyonce Malaysia, Dayang Nurfaizah Awang Dowty diberi penghormatan sebagai pembuka tirai persembahan malam itu. Dengan mengenakan skirt paras lutut, Dayang bukan saja menguasai pentas persembahan dengan baik, malah bijak berinteraksi dengan peminat.

Memulakan persembahan dengan lagu Kasih, Dayang kemudiannya memilih menyanyikan lagu yang dekat dengan jiwanya iaitu Hurt, nyanyian asal Christina Aguilera sebelum disusuli dengn lagu Hilang dan Dayang Sayang Kamu.

Sorakan peminat kemudiannya kian rancak apabila penyanyi Australia berusia 46 tahun yang digelar Raja Balada, Rick Price, hadir di pentas utama dengan petikan gitar akustiknya dan sesekali bertukar memetik piano dan meniup harmonika.

Dengan gaya tersendiri, Rick Price menyampaikan pelbagai lagu popularnya yang dipetik daripada album terdahulu hingga kini. Antara lagu yang menjadi tarikan utama malam itu ialah Heaven Knows dan Not A Day Goes By.

Menghangatkan lagi suasana, penyanyi kelahiran Britain, James Morrison juga hadir dengan gaya tersendiri dan tidak kurang hebatnya apabila turut memetik gitar dan meniup harmonika dalam persembahannya.

Biarpun seorang diri di pentas, ia bukan halangan untuknya menghiburkan peminat. Paling mendapat perhatian, apabila dia turut berbicara beberapa patah perkataan bahasa Melayu dengan menyebut ungkapan Selamat Petang, Apa Khabar dan Terima Kasih yang mengundang sorakan gemuruh peminat.

Seperti jangkaan ramai, James Morrison tampil dengan penuh penghayatan menyampaikan rangkaian lagu popularnya seperti Wonderful World, The Pieces Don't Fit Anymore dan You Give Me Something.

Ketika ditemui, Rick Price berkata, dia teruja dan gembira dapat bersama peminat dari pelbagai bangsa dan negara mendendangkan lagu popularnya dalam Konsert Live & Loud yang diadakan di Malaysia.



揟idak kira audien saya tua atau muda, saya tetap menghormati mereka dan prinsip saya ialah memberikan persembahan terbaik walau di mana tempat dan masanya. Mereka datang untuk berhibur dan tugas saya untuk menghiburkan mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 04:22 PM | Show all posts
Anugerah Skrin Ke-9 sekadar penyeri sahaja?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL dan NOR FADZILAH BAHARUDIN

BARISAN pemenang Anugerah Skrin Ke-9.

ANUGERAH Skrin Ke-9 (ASK9) yang mengangkat tema Hollywood Glamour yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sudahpun melabuhkan tirainya malam Jumaat lalu dan kesemua pemenang sudah pun diketahui.

Pastinya, keputusan pada malam itu memuaskan hati semua pihak dan ramai yang menyaksikan ASK9 bagaikan sudah menduga siapakah yang akan membawa pulang trofi pada malam tersebut.

Secara keseluruhannya, penganjuran ASK9 boleh dikatakan sebagai biasa sahaja dan tiada apa yang luar biasa yang boleh diperkatakan dan dikenang untuk satu tempoh yang lama.

Apabila pengacara, Aidil Abdul Ghafar dan Raja Azura atau Kak Engku diberi mandat untuk mengemudikan ASK9, mungkin ramai yang menarik nafas panjang kerana percaya dengan kredibiliti mereka.

Mungkin TV3 sendiri belajar daripada kesilapan tahun lalu apabila berani membuat percaturan dengan memberi peluang kepada muka baru sebagai pengacara yang akhirnya menjadi satu 慴encana
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 04:38 PM | Show all posts


thanks badiuz
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 06:06 PM | Show all posts
Prelude Kemuncak AIM 15 untuk tahun ketiga bakal diadakan secaralangsung mulai 3 Januari hingga 24 April depan dari jam 8.30 malamselama satu jam bertempat di Planet Hollywood.
Dalam majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif ntv7Dato' Amrin Awaluddin,Pengurus Kumpulan Penciptaan Kandungan ntv7Kamarul Zamli Ramly dan beberapa orang artis tempatan telah mengumumkantentang kelainan yang bakal dilakukan dalam Prelude Kemuncak AIM 15yang bakal disiarkans ecara langsung oleh ntv7.

Antara artis-artis yang hadir pada majlis tersebut dan bakal memeriahkan Prelude Kemuncak AIM 15 adalah Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Fazli Zainal, Shahrizan Borhan, Nurul dan Meet Uncle Hussin.
Kumpulan  nasyid Raihan, Rabbani, NowSeeHeart, kumpulan Spring,Lefthanded,penyanyi Waheeda, Man Bai, Nora, Jay Jay dan Shima turutditampilkan bagi mengadakan persembahan selama 16 mingguberturut-turut.



"Kali ini, formatnya mementaskan dua pemenang dalam setiap episod daripelbagai kategori yang dipertandingkan dalam AIM sejak ia muladiperkenalkan 15 tahun lalu.

"Kami telah jejaki pemenang tersebut dan mereka akan menyampaikan tigabuah lagu popular mereka yang pernah dicalonkan dalam AIM sebelum ini.

"Namun kami turut memilih penyanyi yang bukan dari kalangan pemenangbagi menggantikan artis yang tidak dapat turut serta dalam programtersebut.

"Selain itu, ntv7 akan memaparkan tiga episod istimewa sempena HariMemperingati Kekasih (Valentine's Day), Awal Muharam dan Maulidur Rasuldi mana episod-episod ini akan dirakamkan di sini pada 4 dan 7 Januariyang boleh dihadiri oleh para penonton bagi memeriahkan sesi rakaman,"ujar Amrin.

Persembahan mereka akan diiringi oleh enam pemuzik profesional yang diketuai oleh Pengarah Muzik Acis.

Tini Hot FM terpilih sebagai hos program kali ini
Lebih menarik tahun ini, para penonton yang terlepas menonton sebarangepisod Prelude Kemuncak AIM 15 boleh mengikutinya secara percumamelalui perkhidmatan Catch up TV dengan melayari laman web www.ntv7.com.my.

Istimewanya juga, Prelude Kemuncak AIM 15 kali ini dipentaskan secaralangsung dari Planet Hollywood berbanding tahun-tahun lepas ia dibuatdi Hard Rock Cafe dan Studio ntv7.

"Usaha memilih tempat ini adalah bertepatan sekali secarakeseluruhannya kerana penganjuran program seperti ini menggalastanggungjawab yang besar kepada industri muzik.

"Ia memberi semangat kepada penggiat seni muzik kerana tekanan yangwujud dari muzik luar negara yang memberi kesan buruk dan baik.

"Kami mengandaikan jika ramai yang melihat prelude ini nanti maka ramai yang akan menonton malam anugerah AIM 15 pada 3 Mei ini.

"Selain itu pemilihan persembahan dan koreografer penting. Jangan ambilendah tak endah kerana setiap artis mempunyai tanggungjawab yang besaruntuk menjadikan program ini bermutu, hits dan menarik," terang Aziz.

Kata Amrin, dengan barisan artis yang cukup mantap, mereka percayaPrelude Kemuncak AIM 15 akan mencatat rating yang lebih baik pada tahundepan berbanding musim lalu.

"Padatahun 2006, Prelude berjaya meraih lebih kurang 422,000 jumlah penontonpada setiap episod dan pada tahun 2007 pula mencatat jumlah penontontertinggi sebanyak 375,000.

"Tahun ini kami mensasarkan lebih 500,000 penonton berdasarkan tawarankandungan yang lebih menarik dan disokong lagi oleh rangkaian "malltour" ntv7, UrbanLive yang akan menjadi antara platform bagi promosiPrelude Kemuncak AIM 15.

"Kami juga amat berbesar hati kerana buat kali keduanya pihak CELCOMsudi terlibat dalam rancangan ini sebagai penaja utama," ulas Amrin.

Majlis sidang media pada petang itu turut mengumumkan penyampai Hot FMKartini Kamalul Ariffin sebagai hos program ini yang sebelum ini pernahdikemudi oleh penyanyi dan penyampai tv Sarimah Ibrahim dan SyafinazSelamat yang juga merupakan juri rancangan realiti One In A Millionsekarang.

Dalam pada itu Aziz memberitahu bahawa agak sukar untuk membangunkanindusti yang kreatif kerana semuanya bergantung kepada lagu.

"Jika tidak ada lagu yang hits, menjadi siulan dan digemari masyarakat maka masalah akan timbul.

"Kalau sekarang mereka lebih suka mendengar lagu dari Indonesia yangkuat dan menjadi siulan daripada yang tua hinggalah yang muda.

"Namun, kita masih melakukan percubaan untuk membuat lagu yang bagus.Lihat saja pada tahun 1998 dan 1999, lagu daripada pencipta tempatandigemari oleh masyarakat kita dan Indonesia pun ikut kita malah adayang mengharapkan lagu daripada kita," kata Aziz.

Prelude Kemuncak AIM 15 akan ke udara secara langsung dari PlanetHollywood pada setiap Khamis jam 8.30 malam bermula 3 Januari sehingga24 April depan.

Program yang disiarkan oleh ntv7 dan turut dipromosikan oleh stesenradio Hot FM ini dibuka kepada orang ramai secara percuma, tiadabayaran masuk dikenakan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 09:06 AM | Show all posts
Buka tirai Sunday Night Live Planet Hollywood

Penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah sememangnya tidak dinafikan mempunyai vokal yang cukup mengagumkan. Keistimewaan itu membuatkan peminat-peminatnya sering kali menantikan persembahan live daripadanya.

kelebihan itu juga membawa tuah kepada Dayang apabila dia sekali lagi dipilih oleh pihak pengurusan pusat hiburan, Planet Hollywood Kuala Lumpur untuk beraksi sebagai artis pertama menerusi slot Sunday Nite Live pada 24 Februari ini pukul 10.30 malam.

揝aya cukup teruja apabila diberi kepercayaan oleh Planet Hollywood untuk kembali membuat persembahan di pusat hiburan itu. Semua sedia maklum apabila seseorang artis menjayakan persembahan Sunday Nite Live, ia memberi peluang kepada artis itu untuk lebih dekat bersama peminat mereka.

揓usteru, kesempatan yang diberikan ini merupakan satu peluang keemasan yang tidak mungkin saya lepaskan,
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 09:06 AM | Show all posts
Malam Meraikan Muzik Bersama Dayang Nurfaizah!

Sunday Nite Live dengan bangganya mempersembahkan artis berbakat besar Malaysia, Dayang Nurfaizah beraksi di pentas utama Planet Hollywood pada 24 Februari 2008 (Ahad) ini, seterusnya merasmikan pembukaan bagi siri 2008!!

Dikenali dengan kehebatan mempersembahkan persembahan live yang cukup menarik sekali dan berbekalkan kekuatan vokal yang cukup mantap, Dayang kembali buat kesekalian-kalinya untuk menghiburkan setiap peminat beliau yang ada di luar sana!

Pastikan anda hadir untuk menyaksikan persembahan mempersona Dayang ini nanti, yang sudah tentu mampu memukau malam minggu anda. Berbekalkan suara serak-serak basah beliau, Dayang tidak pernah menghampakan setiap mereka yang menonton persembahan beliau.

Kehebatan beliau menyampaikan sesebuah lagu yang bernada tinggi sememangnya tidak dapat di nafikan lagi! Dalam erti kata lain, Dayang mempunyai auranya tersendiri dan setiap lagu yang dipersembahkan dengan stail Dayang tersendiri!

Beliau menjanjikan hanya yang terbaik buat setiap peminat-peminatnyay ang hadir pada malam tersebut dan pilihan lagu-lagu yang di buat padamalam tersebut pun sudah pasti mampu menghiburkan anda semua! Dayangakan di temani oleh barisan-barisan pemuzik terhandal dan cukupberbakat besar di Malaysia!
Jadi, pastikan anda semua hadir menonton persembahan Dayang yang diberi nama 慏ayang Tribute Untuk Muzik!
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 09:09 AM | Show all posts
Dayang Nurfaizah bereksperimen dengan muzik rock
24-01-2008 10:38:59 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ BAGI peminatpenyanyi popular Dayang Nurfaizah Awang Dowty, nantikan baju T keluaransyarikatnya yang ditampilkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih!

Baju T yang dipakai oleh Dayang ketika majlis sidang media persembahan'Malam Tribute Bersama Dayang' di Planet Hollywood pada 24 Februaridepan didatangkan dengan tulisan lapan jenis huruf iaitu A, C, D, F, L,M, N dan S.

Yang lebih istimewanya, Dayang sanggup mencari pembekal dari China bagi memuaskan hati peminat yang membeli baju T itu nanti.
Kata Dayang, buat permulaan ini beliau hanya mengeluarkan dalam 500 helai baju T untuk wanita yang bersaiz S dan M.

Dayang mula berintimasi dengan dunia perniagaan (Foto The Star oleh Kamarul Ariffin)
"Permulaannyasaya jual baju T ni dalam internet dengan harga RM45 tetapi jika merekamembelinya di Planet Hollywood, harga lebih istimewa diberikan iaituRM35.

"Pada masa akan datang, mungkin Dayang akan luaskan pasaran baju T inibergantung kepada permintaan dan mengeluarkan untuk lelaki pula.

"Kami juga merancang untuk mempelbagaikan design," katanya yang mula terfikir untuk mengeluarkan baju T atas cadangan peminat.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hilang ini turutmenceritakan tentang persembahan yang bakal dilakukannya nanti bagimenambahkan rekodnya yang telah 12 kali membuat persembahan nyanyian diPlanet Hollywood sebelum ini.

Persembahan tersebut merupakan sebahagian dari siri Sunday Nite Live di Planet Hollywood buat tahun ini.

"Dayang akan dedikasi kepada setiap genre dan variasi muzik yang ada diluar sana, peminat yang telah memberi inspirasi dan kekuatan kepadaDayang termasuk para artis di mana Dayang membesar dengan lagu-lagumereka dan komposer yang memberi peluang Dayang menyanyikan lagu mereka.

"Malam tu, peminat berpeluang bertanya soalan dan menyanyi bersama-sama Dayang.
"Yang istimewanya, Dayang akan menyanyi 17 buah lagu yang ditelahdisenarai pendek dari 500 buah lagu yang diminta oleh peminat melaluiemel. Ia termasuklah lagu Dayang dari album pertama, Hakikat Cinta.

"Persembahan Dayang nanti tidak terhad kepada konsep R&B sahaja malah Dayang akan menyanyikan lagu menggunakan khidmat live band yang diketuai oleh Pengarah Muzik Jenny Chin seperti rentak rock, jazz dan asli.

"Ini adalah pertama kali Dayang pelbagaikan rentak lagu sambilbereksperimen untuk memuaskan diri Dayang," jelas gadis kelahiranKuching, Sarawak ini.

Menurut penyanyi yang berusia 27 tahun ini, beliau akan mengalunkanlagu nyanyian antaranya Alanis Morissette, Chris Daughtry, SheilaMajid, Allahyarham Sudirman dan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yangdisusun semula mengikut kehendak Dayang.

Dayang segarkan semula lagu dari album pertama, Hakikat Cinta yang jarang dinyanyikan

"Ini adalah persembahan pertama di mana Dayang tidak menyanyikan lagu dari Indonesia.
"Dayang terima apa sahaja yang datang dan menunggu nanti. Jika tiada yang pahit, maka tidak akan ada yang manis pula.

"Dayang masih ingat pengalaman ketika pertama kali membuat persembahan,masa tengah seronok menyanyi tiba-tiba tapak kasut rosak. Apa lagiDayang buka sahaja kasut dan menyanyi dengan berkaki ayam.

"Dayang berjanji untuk membuat yang terbaik dalam setiap persembahankerana ada peminat yang datang dari jauh seperti Singapura dan Kuantan.

"Dayang tak tetapkan apa-apa tema untuk penampilan mereka dan Dayangsendiri akan pakai ikut keselesaan asalkan tidak mengganggu persembahan.

"Dayang tak selesa kalau ada benda dikepala dan dileher. Biasanyamereka pula yang merancang tema tersendiri," terang Dayang yang bakalmuncul dengan album karaoke Dayang 2007 edaran NSR Records bermulabulan depan.

Mungkinkah Dayang akan turun dari pentas dan membuat persembahan dalam suasana yang cukup dekat dan penuh intimasi sekali?

"Tengoklah macamana nanti kalau ada ruang untuk Dayang turun, Dayangakan buat. Apa pun Dayang akan buat sesuatu yang mungkin peminat belumlihat sepanjang sembilan tahun ini," ujar Dayang.

Sunday Nite Live di Planet Hollywood mempersembahkan showcase secaralangsung yang terdiri daripada barisan artis popular di Malaysia.

Antaranya adalah Siti Sarah, M.Nasir, Ning Baizura, Search, JaclynVictor, Lefthanded, Misha Omar, Sheila Majid, Wings, Ella, Hazami, VEdan Ferhad.

Jangan lepaskan peluang untuk dihiburkan oleh Dayang pada 24 Februari (Ahad) ini bermula jam 10.30 malam selama 1 jam 30 minit.
Anda juga berpeluang bertemu dengan Dayang secara in-person di sesi bertemu peminat selepas persembahan beliau.

Barangan cenderamata edisi terhad juga akan dijual. Bayaran masukadalah RM45 termasuk satu minuman percuma. Untuk keterangan lanjut,hubungi 03-2144 6602.

Pada 3 Februari nanti, Dayang juga akan menjayakan persembahan perdana sempena Hari Wilayah di Istana Budaya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 05:41 AM | Show all posts
Tak pernah gentar berbeza

BERITA HARIAN

2/02/08
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Dayang Nurfaizah



Dayang Nurfaizah sentiasa mendambakan cabaran baru

DALAM dirinya dia sudah membuktikan setiap kelebihan yang ada. Malahdia antara barisan penyanyi muda yang cukup berani membawa pembaharuandalam setiap persembahannya.

Keberanian yang ada itu juga membawa Dayang Nurfaizah berpindah darisatu pentas pertandingan ke pentas berbeza, namun setiap satunyamemberikan cabaran baru kepadanya.



Barangkali kesungguhannya itu masih belum dibayar dengan sebuah trofikemenangan tetapi daripada sanjungan serta penghargaan yang diterima,itu sudah memadai buat penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini.

Lantaran itu, kata penyanyi yang mesra membahasakan dirinya sebagaiDayang ini, dia tidak akan pernah jemu mengasah kemampuan untuk terusbertahan selepas genap sembilan tahun berkecimpung sebagai anak seni.

Menjayakan persembahan di ruang eksklusif Planet Hollywood Kuala Lumpurjuga bagi gadis berusia 25 tahun ini adalah satu bentuk latihan untukmemperkemaskan penampilannya di pentas.



GANDINGAN baru dan lama, Hattan dan Dayang.



Disebabkan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Seandainya Masih AdaCinta ini tidak pernah bosan untuk beraksi di pusat hiburan yang cukupterkenal di kalangan pencinta muzik di ibu kota.

Babak baru Dayang yang menjanjikan kematangan, terutama selepasmengharungi pelbagai episod pertandingan yang menguji bakal disaksikanpeminat apabila dia kembali beraksi di Planet Hollywood pada 24Februari depan.

Mengangkat tema, Malam Penghargaan Bersama Dayang, penyanyi bersuaralunak itu cuba membawa peminat untuk menelusuri laluan yang memberiinspirasi kepadanya hingga dapat bertahan selama sembilan tahun dalamindustri.

Akui Dayang, agak sukar untuk menetapkan tema pada malam itu apatahlagi ia adalah kemunculannya yang ke-13 di tempat yang sama, membuatkandia berusaha keras membangkitkan kelainan supaya tidak menghampakanpeminat.




揇ayang akan membawakan lagu pelbagai genre daripada penyanyi tempatandan antarabangsa, namun fokus Dayang lebih kepada lagu yang banyakmempengaruhi kehidupan Dayang.

揚roses pemilihan lagu memang menyukarkan, malah Dayang tahu senaraiitu tidak akan berakhir kerana negara kita kaya dengan khazanah lagubermutu dan wajar diberi penghargaan.

揘amun, malam itu peminat dapat menyaksikan Dayang yang berbeza malahakan lebih menyerlahkan sisi baru Dayang yang selama ini lebih dikenalisebagai penyanyi R&B,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 07:15 PM | Show all posts
Langkah hari tua Dayang

HIBURAN

kosmo online

Oleh HARYATI KARIM



SAMPAI masanya nanti, Dayang sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk merealisasikan hasrat muncul dalam konsert solo.

--------------------------------------------------------------------------------


BAKAT serta kehebatan penyanyi bernama Dayang Nurfaizah tidak bolehdipertikaikan lagi, sementelah dia juga sering dilabel sebagai 'BeyonceMalaysia'.

Selesa dengan jolokan yang diberi oleh peminatnya, dia terus mara tanpamenoleh kebelakang untuk terus berdiri kukuh dalam dunia seni tempatan.

Namun, cahaya populariti untuk seseorang penyanyi biasanya tidak akanbertahan lama apabila usia semakin dimakan masa dan penyanyi baru pulamuncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Menyedari hakikat itu, Dayang kini telah mula mengatur langkah demi menjamin kehidupan di hari tuanya.

Walaupun hanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, ia sudahmemadai buat penyanyi yang popular dengan lagu-lagu berentak r&bini.

Hadir dengan mengenakan kemeja-T berwarna hitam yang tertera tulisanhuruf D pada majlis sidang media Malam Tribute Bersama Dayang di PlanetHollywood baru-baru ini, dia tersenyum dan mengatakan kemeja-T yangdipakainya ialah hasil usahanya selama ini.

"Ini bukan baju beli, inilah baju yang Dayang reka sendiri untukdijual, sangat ringkas dan selesa di pakai," ujarnya tentang perniagaanyang baru diceburinya.




--------------------------------------------------------------------------------



Menjelaskan idea untuk menghasil kemeja-T sebegitu sudah lama beradadalam fikirannya dan kini impiannya untuk bergelar seorang usahawansudah tercapai.

"Bukan mudah untuk membuka satu perniagaan, walaupun nampak ringkastetapi proses mencari kain untuk dijadikan kemeja-T mengambil masa yangcukup lama.

"Ini kerana saya mementingkan kualiti. Jika baju tersebut selesa untuksaya, ini bermakna ia juga selesa untuk orang lain," jelasnya yangmencari pembekal kain sehingga ke China.

Tambahnya, kemeja-T keluarannya hanya mempunyai dua saiz iaitu, S dan M.

Dan kerana mengikut kemampuannya, setakat ini dia hanya mengeluarkan sebanyak 500 helai kemeja-T sahaja.

"Saiznya memang kelihatan kecil tetapi kainnya berkualiti dan boleh merenggang untuk mengikut saiz badan si pemakai.

"Manakala jumlah baju yang dikeluarkan juga terhad kerana selainmengikut bajet, saya juga ingin melihat pasaran terlebih dahulu. Jikasambutannya menggalakkan kemungkinan saya akan tambah lagi jumlahnya,"katanya lagi tentang kemeja-T yang didatangkan dalam lapan huruf iaitu,A,C,D,F,L,M,N dan S.

Menggunakan label 'DN' singkatan daripada Dayang Nurfaizah, bajukeluarannya dengan mudah mendapat sambutan di kalangan peminatnya.

Oleh kerana itu, baju yang pada mulanya hanya dijual di internet denganharga RM45 sehelai kini, ia dikurangkan ke RM35 sehelai jika peminatmembelinya pada persembahan Malam Tribute Bersama Dayang di PlanetHollywood, pada 24 Februari depan.

Persembahan sempena sebahagian daripada siri Sunday Nite Live di PlanetHollywood tahun ini, merupakan showcase kali ke-13 buat Dayang.

"Memang saya tidak nafikan bukan mudah untuk mengadakan showcasesendiri apatah lagi sebuah konsert yang besar, dan apabila diberipeluang saya terima dengan hati terbuka.

"Lagipun tempatnya tidak besar sangat, jadi ia mendekatkan saya bersamapeminat. Malam itu nanti peminat juga berpeluang bertanya sebarangsoalan dan menyanyi bersama-sama," ujarnya.

Sesuai dengan tema Malam Tribute Bersama Dayang, penyanyi berkulithitam manis ini memberitahu malam itu dia tidak hanya menyanyikan lagusendiri, malah turut menyanyikan lagu-lagu yang memberi ilhamkepadanya.

"Saya akan dedikasi kepada setiap genre dan variasi muzik yang ada diluar sana, peminat yang telah memberi inspirasi dan kekuatan kepadasaya.

"Ini termasuk para artis di mana saya membesar dengan lagu-lagu merekadan komposer yang memberi peluang untuk saya menyanyikan lagu mereka,"jelas lagi.



DAYANG percaya bisnes yang terancang mampu jadi bekalan di hari tua.

--------------------------------------------------------------------------------



Menariknya Dayang akan menyanyi 17 buah lagu yang telah disenaraipendek daripada 500 buah lagu yang diminta oleh peminat melalui emel.Ia termasuklah lagu Dayang dari album pertama, Hakikat Cinta.

"Persembahansaya nanti tidak terhad kepada konsep r&b sahaja malah, saya turutmenyanyikan lagu berentak rock, jazz dan asli sambil diiringi olehpengarah muzik Jenny Chin," bicaranya lagi.

Idam konsert sendiri Sungguhpun, tahun ini telah masuk tahun kesembilandia berkecimpung dalam dunia seni, tetapi dia masih belum berkesempatanuntuk mengadakan konsert solonya sendiri.

Mensasarkan untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan sempena 10tahun penglibatannya dalam arena seni suara, kini Dayang danpengurusnya Shaliza sedang berusaha untuk menjadikan impian itu satukenyataan.

"Saya tidak tahu bila konsert itu akan menjadi realiti, tetapi apa yangsaya boleh beritahu, setakat hari ini, pihak saya memang ada merancanguntuk konsert solo saya.

"Tetapi untuk mengadakan sebuah konsert bukanlah satu perkara yangmudah kerana pelbagai perkara harus diambil kira dan bajet jugabukannya kecil.

"Saya tidak mahulah jika konsert itu benar-benar terjadi ia tidakmencapai tahap piawaian yang diingini oleh peminat dan kerana itu sayabanyak melakukan kajian dengan menonton konsert-konsert penyanyi luardan tempatan untuk mencari idea buat konsert saya sendiri," kata Dayanglagi.

Beritahunya lagi, dia juga merancang untuk mengeluarkan bajetnya sendiri jika tiada penaja yang ingin menaja konsertnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 03:14 AM | Show all posts
optimax.com.my
testimonials


   Dayang
Malaysian Female Singer

"I can recognise the faces of my fans, even from a distance!"



It's been two months since my eye laser surgery and my vision has improved tremendously. I was a bit hent to go through with surgery as I was afraid to do anything with my eyes but after seeing and experiencing the results first hand, there is not a trace of regret at all as I have made an excellent choice which changed my life.



I feel as though I have attained a certain freedom in life as I don't have to bother about my troublesome glasses and contact lenses anymore. I have more confidence during performances on stage and when I?m interacting with my audience, as I can recognise the faces of my fans, even from a distance!



Eye laser surgery has certainly made my daily life easier. I don't have to hunt high and low for my glasses anymore when I wake up in the morning. What a relief that is because I can be forgetful at times.



Thank you Optimax for changing my life.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 03:15 AM | Show all posts
optimax.com.my
testimonials


   Dayang
Malaysian Female Singer

"I can recognise the faces of my fans, even from a distance!"



It's been two months since my eye laser surgery and my vision has improved tremendously. I was a bit hent to go through with surgery as I was afraid to do anything with my eyes but after seeing and experiencing the results first hand, there is not a trace of regret at all as I have made an excellent choice which changed my life.



I feel as though I have attained a certain freedom in life as I don't have to bother about my troublesome glasses and contact lenses anymore. I have more confidence during performances on stage and when I?m interacting with my audience, as I can recognise the faces of my fans, even from a distance!



Eye laser surgery has certainly made my daily life easier. I don't have to hunt high and low for my glasses anymore when I wake up in the morning. What a relief that is because I can be forgetful at times.



Thank you Optimax for changing my life.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 03:18 AM | Show all posts
testimonials

   Dayang
Malaysian Female Singer

"I can recognise the faces of my fans, even from a distance!"



It's been two months since my eye laser surgery and my vision has improved tremendously. I was a bit hent to go through with surgery as I was afraid to do anything with my eyes but after seeing and experiencing the results first hand, there is not a trace of regret at all as I have made an excellent choice which changed my life.



I feel as though I have attained a certain freedom in life as I don't have to bother about my troublesome glasses and contact lenses anymore. I have more confidence during performances on stage and when I?m interacting with my audience, as I can recognise the faces of my fans, even from a distance!



Eye laser surgery has certainly made my daily life easier. I don't have to hunt high and low for my glasses anymore when I wake up in the morning. What a relief that is because I can be forgetful at times.



Thank you Optimax for changing my life.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.251827 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list