|
Artis wanita tidak buat persembahan pada AIM 14
05-03-2007 12:32:47 PM
Radin Sri Ghazali
Bahang anugerah yang paling berprestij kini sudah mula dirasai di kalangan pengiat seni serta penyanyi-penyanyi tanahair.
Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-14 (AIM 14) bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran stesen televisyen NTV7 pada 28 April bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Putra (PWTC) nanti.
"Pada tahun ini kami menyaksikan penurunan drastik penamaan calon berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.
"Kami hanya menerima sebanyak 393 pencalonan sejak Disember 2005 sehingga November 2006," ujar Aziz Bakar selaku Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia ketika sidang akhbar AIM ke-14 di Hotel Legend Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu, penurunan berlaku sebanyak 9%.
"Pada tahun 2006, kami menerima 433 pencalonan manakala tahun yang sebelumnya pula 485 pencalonan," ujarnya lagi mengenai anugerah yang diasaskan pada tahun 1994 itu.
Antara barisan artis yang akan menjayakan AIM14 (Foto The Star oleh M. Azhar Arif)
Namun, dia tidak melahirkan sebarang kebimbangan di atas penurunan mendadak yang berkemungkinan besar melambangkan kemerosotan dan senario lembap industri muzik tempatan.
"Walaupun ramai menganggap bahawa industri kita mengalami kemorosotan dan kemelesetan dari segi produksi muzik, saya yakin prestasi serta kualiti yang ada pada calon-calon AIM ke-14 makin meningkat.
"Ini merupakan elemen yang paling ketara yang dapat dilihat di kalangan calon-calon yang ada," ujarnya lagi.
Aziz berpendapat kuantiti pencalonan tidak menjaminkan kualiti mahupun mutu album serta penyanyi yang ada.
Malah, pihaknya turut menukar kriteria album-album yang ingin bertanding pada AIM ke-14.
"Jika dahulunya pihak kami meletakkan kriteria minima untuk sesebuah album layak dicalonkan adalah 10 buah lagu dan masa keseluruhan album 40 minit, kini kami menukarkan polisi tersebut kepada minima 8 buah lagu dan masa keseluruhan album tersebut adalah 30 minit," ujar Aziz lagi mengenai polisi yang pernah mendapat bantahan dari pihak media dan pihak artis di mana syarat yang lama itu bagaikan menyekat peluang penyertaan beberapa artis terkemuka seperti Mawi untuk bertanding.
"Antara sebab syarat ini diubah adalah untuk memberi peluang kepada ramai lagi artis untuk bertanding.
"Kami faham bahawa kos produksi sesebuah album amat tinggi dan ramai tidak berkemampuan untuk membuat sebuah album studio yang lengkap.
"Kami berharap dengan tindakan ini, kami akan memupuk lagi penyertaan serta peningkatan pembikinan album di Malaysia," ujar Aziz mengenai perubahan kritetia pencalonan album itu lagi.
Anugerah Artis Harapan gugur tapi album Pop Etnik kembali
Jika pada tahun lepas AIM ke-13 menyaksikan penggugguran kategori Album Pop Etnik, tahun ini pula kategori itu dihidupkan semula.
"Walaupun pencalonan yang kami terima untuk kategori ini sikit iaitu dua pencalonan tetapi kualiti yang dipersembahkan amat memberangsangkan.
"Oleh itu kami mengambil keputusan untuk membawanya kembali setelah setahun digugurkan," tegas Aziz lagi mengenai kategori yang pernah mencetuskan kontroversi pada tahun lalu.
Ironinya pula, kategori Artis Harapan Terbaik pula digugurkan.
"Kami tidak menerima sebarang pencalonan walaupun ada album kompilasi daripada artis-artis baru.
"Disebabkan tiada pencalonan maka kategori itu terpaksa kami bubarkan," ujar Aziz lagi mengenai kategori yang mengenakan syarat minima iaitu seseorang artis harus mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua lagu yang sudah dirakamkan.
Namun, kategori yang diperkenalkan pada tahun 2002 tidak akan dibubarkan untuk selama-lamanya.
"Walaupun ramai menganggap bahawa industri kita mengalami kemorosotan dan kemelesetan dari segi produksi muzik, saya yakin prestasi serta kualiti yang ada pada calon-calon AIM ke-14 makin meningkat," - Aziz Bakar
"Jika kami menerima pencalonan pada tahun hadapan, kami akan buka kembali. Ini hanya perubahan sementara sahaja," tegas Aziz lagi.
Tiada artis wanita memberi persembahan pada malam AIM 14
Pada sidang akhbar yang sama, nama-nama pengacara serta artis yang bakal terlibat untuk memberi trofi dan melakukan persembahan juga turut diumumkan.
Sayang sekali tiada artis wanita yang bakal memberi persembahan pada malam berprestij itu.
Entah kenapa dan apa rasionalnya, kesemua sembilan artis yang terlibat membuat persembahan adalah artis lelaki.
Antaranya Anuar Zain, M.Nasir , Mawi, Sean Ghazi dan kumpulan popular dari Indonesia, Samsons.
Artis-artis wanita yang gah seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Adibah Noor, Noryn Aziz dan Jaclyn Voctor hanya sekadar penghias rancangan selaku pemberi trofi.
"Bukan kami sengaja atau bias dengan artis-artis wanita. Nama-nama yang disebutkan tadi adalah artis yang sudah mengesahkan persembahan mereka.
"Kami akan mengadakan satu slot khas di mana semua calon artis baru terbaik akan memberi persembahan termasuk wanita.
"Terdapat beberapa slot lagi yang masih dalam perancangan dan akan melibatkan artis wanita," jelas Rosmin Hashim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 14.
Rancangan yang akan berlangsung selama tiga jam itu akan dikemudikan oleh pasangan yang pernah digandingkan dalam AIM13 iaitu Afdlin Shauki dan Bob Lokman.
Pihak AIM amat berpuas hati dengan prestasi kedua hos tersebut yang telah memberi persembahan yang memuaskan maka tiada sebarang perubahan akan dilakukan pada tahun ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm sape tau bile pencalonan pengumuman akan di keluarkan :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
AIM 14 kategori Artis Harapan digugurkan
Anugerah Industri Muzik Ke-14 (AIM14) kali ini menyaksikan kemerosotan pencalonan sebanyak sembilan peratus iaitu 393 pencalonan berbanding 433 pencalonan pada tahun 2006 dan 485 pencalonan pada tahun 2005.
Kali ini menyaksikan kategori Album Pop Etnik Terbaik disenaraikan semula setelah pihak penganjur menggugurkannya pada tahun lepas kerana tiada pencalonan. 慚angsa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #183 Syd's post
kategori Artis Harapan digugurkan
Faizal AF4 takde harapan nak menang :clap:
:lol
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahhahaahah
houdini, bila nak open table?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #185 Syd's post
Tunggu "angpow" yang ko janji hari tu dulu :jeling:
:lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #186 houdini's post
haha
gambo lucah tak dibenarkan paste
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #187 Syd's post
Gambo lucah ?
Paste la kat pm :cak:
|
|
|
|
|
|
|
|
Artis lelaki kuasai AIM14
Oleh Nor Akmar Samudin
MAJLIS Anugerah Industri Muzik 14 (AIM14) yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, 28 April ini menyaksikan penyanyi lelaki mendominasi persembahan pada malam itu.
Majlis anugerah itu bakal diserikan dengan persembahan Anuar Zain, M Nasir, Mawi, Rabbani, Ramli Sarip, Reshmonu, Samsons, Sean Ghazi dan Sofaz.
Persembahan hebat itu akan diiringi pemuzik profesional yang diketuai Pengarah Muzik, Aubrey Suwito.
Penerbit AIM, Jennifer Thompson berkata, artis lelaki menjadi pilihan kali ini kerana kebanyakan artis wanita sudah membuat banyak persembahan pada majlis anugerah lain dan ada juga di antara mereka tiada album baru.
揟akkan setiap tahun penyanyi itu saja yang membuat persembahan. Kita ada ramai artis lelaki yang boleh ditonjolkan. Misalnya Mawi dan kumpulan Sofaz belum pernah naik ke pentas AIM.
揜eshmonu pun sudah tiga tahun tidak menghiburkan penonton AIM. Saya juga akan membuat kelainan pada persembahan M Nasir nanti. Lagipun keutamaan diberikan kepada artis yang ada album baru membuat persembahan pada malam anugerah itu.
揚un begitu untuk memberi keseimbangan, artis wanita dijemput menyampaikan trofi kepada pemenang. Antaranya termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Adibah Nor, Dina, Farah AF2, Jaclyn Victor, Maya Karin, Noryn Aziz, Ramlah Ram dan Syafinaz Selamat.
揔ami juga akan menyediakan dua segmen khas. Satu daripadanya nyanyian medley artis baru yang tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik.
揃agaimanapun siapa yang akan menyanyi hanya akan diketahui selepas kita mengumumkan lima calon artis yang akan mengungguli kategori itu pada 28 Mac ini.
揝atu lagi segmen dirahsiakan dulu sehinggalah berlangsungnya majlis kemuncak AIM pada 28 April ini, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #189 Syd's post
harap2 bob lokman & adflin jadi pengacara lagi.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
LAGI 3 hari hari pengumuman pencalonan :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #181 Syd's post
aku rasa yang merosot bukan industri muzik tapi AIM sendiri ! |
|
|
|
|
|
|
|
tak best lah kalau x de artis perempuan yg perform! kalau sume artis laki je perform, it will be extremely dull!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #194 calmille's post
tula :geram: mintak2 adela jac perform utk yg spesel tu :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
JDF,
u handle teka & menang ker?
sebab hari tue aku nampak thread tue dah wujud... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #197 ColbyRaikkonen's post
tak jadi :lol
malasla :geram: i tak serajin U
nanti pas pencalonan klu U nak buat, buatla |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #196 jac_diehard_fan's post
yang penting siti tu wajib buat persembahan!! kalau die x perform mmg buhsan la majlis nnt |
|
|
|
|
|
|
|
anuar zain tu aku dah tak laratla...
dah 5 tahun takde album, lagu ape lagi dia nak nyanyi...
gamaknye lagu perpisahan kot..
dia ni dah tepu lagu, sampai ke tahap apm aritu pun terpaksa nyanyi balik lagu permata yg dah outdated tu
segmen orkestra dgn ramli ms diorang rahsiakan ke kali ni..
mesti artis pompuan pulak...
seblom ni asik artis laki je handle segmen orkestra tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|