CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Drms

Pengalaman Pahit Di Ober-c

[Copy link]
Post time 27-6-2009 11:41 AM | Show all posts
175# bizsari

bab2 taxi ni kan selalu tak leh caya.. aku rasa sbb kau tanya berapa tambang, tu psl depa kencing sama lu...kekekkeke...

kalau tk tanya karang, tetiba kena ratus2 karang ada meroyan ek... kekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2009 11:43 AM | Show all posts
eh betullah... WC kat holland kan, cam hampeh... kotor lak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 02:23 PM | Show all posts
Ini kisah sewaktu aku pergi melancung ke Medan Indonesia bersama dengan 2 orang rakan pada tahun 1980. ( cerita aku ni semuanya kisah zaman silam...! )

Kisahnya begini...pada satu hari tu aku dan 2 orang rakan berserta 3 orang cewek Medan (penyanyi dari kumpulan Orkes El-Suraya) ingin menonton wayang. Sewaktu hendak membeli tiket di kaunter...datanglah seorang kanak-kanak berusia kira-kira 7 tahun yang berpakaian kotor dan compang-campeng meminta wang dari kami semua...kami tidak mengendahkannya, tetapi seorang kawan aku ni sangat pemurah...lalu menghulurkan sedikit wang syiling Rupiah kepada kanak-kanak tersebut...mungkin kawan aku tadi kasihan melihatkannya....

Apa lagi dengan tiba-tiba segerombolan kanak-kanak ( 8 atau 9 orang) datang menyerbu kawan aku itu meminta wang darinya....ada yang menarik baju dan ada juga yang menarik seluarnya....Perghhhh.... kawan aku apalagi terjerit-jeritlah dia menghalau budak-budak tu supaya pergi, namun budak-budak tu sikit pun tak berganjak....jadi kawan aku tadi terpaksalah memberi wang kepada bebudak tersebut....sehingga beliau kehabisan wang syilling Rupiah, yang tinggal didalam sakunya hanyalah sedikit wang syiling Malaysia. Oleh kerana tidak ada pilihan yang lain beliau terus memberikan wang syiling tersebut kepada budak yang terakhir yang masih menadahkan tangannya....

Budak tersebut nampak kehairanan apabila melihat wang syiling Malaysia itu...tapi nampaknya ia berpuas hati dengan pemberian itu sambil berlalu pergi....Apa lagi kami semua ketawa besar melihatkan peristiwa itu....lain kali janganlah nak jadi dermawan dihadapan 3 orang cewek tu...!

Pengajaran yang dapat dipelajari dari peristiwa itu ialah jikalau kita tidak biasa dengan keadaan atau kerenah manusia disesuatu tempat itu janganlah berbuat seperti ditempat kita sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 08:55 PM | Show all posts
aduh..hehehe samalah tu dua2 tempat air masin mengalir
bizsari Post at 25-6-2009 01:27


Ko kje ape ek? around e werld ko g..best nye..
mcm2 awek2 ko da rse kn..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 11:51 AM | Show all posts
183# myzano

siap ada moral of the story.. i likeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 12:32 AM | Show all posts
183# myzano


Pengemis Kanak2


di Mumbai ( Bombay)
sebelum tiba aku dah terbayang bahawa tempat ini pasti
mcm dlm gambar movie tu cantik molek dan indah gitu.
al maklumlah Bollywood tmpat bintang2 Film
mcm kat Hollywood di LA
di BlVd area tu heheheeh

teringat pulak masa aku kat Bvld jln2 window Shopping
aku masuklah ke dlm Planet Hollywood saja2 je

jumpa pulak waitress dari muar kerja kat dlm tu
aku rasa mungkin dia wat partime kot (student)
aku ingat lagi nama dia  emm.... sorilah tak ingat pulak

ok smbung pasai Mumbai
rupa2nya Mumbai City ni mcm area setingan
kotor teksinya entah tahun berapa agaknya pintu dia macam nak tercabut
samalah macam di Cairo dan Beirut hehehehe

yg aku nak ceritakan ialah pasai budak2 pengemis
budak ni (Pompuan) asik duk terik seluar aku sepanjang aku menyoping
so kasik leh duit sikit
ilang lepas tu timbul lagi tarik pulak baju aku kasi lagi ilang semula.

tutup ada org terik baju aku dgn kuatnya aku toleh aku nampak
makpak  dia menerik baju aku dgn kasr macam nak gaduh sambil menghulur tangan

org ramai semuanya tengok kat aku
dah jadi macam film star Bollywood pulak.

kerana rimas dan geli aku tahan teksi yg pintu nak tercabut tu
terus ke Hotel.

satu lagi duit diorng punyalah buruk seburuk buruknya
Ya buruk macam kain buruk tahap burok extrime
nak pegang pun geli
samalah macam  duit di Pakistan ada sireh melekat eiiiiiiiikkk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2009 12:33 AM | Show all posts
179# putratropika


yarabi heheeheh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 01:04 AM | Show all posts
tgh ada mood nak bercerita ni

masa tu kat Beijing winter time
tempah Texi gi ke Great Wall

dlm texi si dereber ni on lagu Lional Ritchie
lagu lama "Say you Say me"
dari Hotel walaupun aku dah booked taxi ni
dari hotel on theway
dia boleh singgah kat rumah dia ambik bini dia
antar gi kerja pulak aduh...

sambil mendegar lagu tu
aku pun sampoklah wah u like this song huh
dia jawap Yeah! yeah! yeah! sambil anguk2 gelek2 anguk2 gitu

dlm hati aku wah daysat bukan main
seleng sebijik mcm mat saleh american ori
ni pasti cakap berok gila
aku dah terasa segan lak.

so aku bodek dia pulak
aku ckp bini dia cantik dan cun ( saja nak puji)
dia pun jwp oh Yeah man alrightttttt.
dlm otk aku  kompem dia ni sepiking ada class dan ori.

oleh kerana perjalanan mengambil masa dan menaiki bukit
mcm ke Genting Highlang dan berbelok2

aku terasa dahaga dan nak terkencing
aku pun sound lah kat dia nak minum dan nak kencing

dia pun jwap Yeah yeah alright
aku pun oklah  hapi sikit

lam stgh jam aku tanya lagi
bila nak berhenti ni
dia pun jawab Yeah Yeah Yeah mannnn.
aku masih tak tangkap lsgi peragai derebar ni

so aku tanya dia jauh lagi ke?
dia pun jwp Yeah yeah ! alright

aku kehelanan
so aku sound dia " ko ni kerling ke cina"

ko tau apa dia jawap
dia jawap 'Yeah Yeah yeah alright mannn; sambil aguk2 gelek2 anguk2

tau lah aku rupa2nya dia ni teksi derebar jenis sepatah dua Yeah2 yeah2
tu je yang dia tau sepanjang jalan.

oh Aduh aku dah terkena yeahhhh2 weiiiit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2009 01:19 AM | Show all posts
1st time tiba di Manahttan NYC
heheheheeh

lapar
masa tu kat gan Central Park
area Madison Ave 58th st if tak silap silun hehehehe.

masuk leh korean restaurant
nak tapau ler ( nak makan kat park yg ada zoo tu ler konon2nya)

banyak pilhan makan macam2 ada ( heheheheh teringat kat astro)
pekerja kat situ cakap all these for $2.20
aku tanya ;you meant all these for $2.20; dia agok2 YES
wah dlm ati aku murah tol makanan dkat korean rest ni

so aku dgn gembiranya ambiklah apa yg aku nak makan
subat sesumbatnya dan tekan2 dlm taperwear tu heheheeh.
al maklumlah $2.20 je murah kan.
so bila nak bayar dia pun timbang tapauan aku tu.
oleh kerana berat gila dan semua org terkejut monyet tengok aku

aku kena bayar $15.70 se tapau tu Aduuhhhhh tolong

rupa2nya dia charge ikut berat
so x ler dgn US$2.20 auuuuuuu
malu aku ketika itu heheehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 01:23 AM | Show all posts
184# kodomok


kerja aku ni sepesiol serta bverlainan dan lonely
kena kehulu kehilir
kalah org yg  kerja kat kapalterbang
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 05:39 PM | Show all posts
Ni kisah satu rombongan M'sia kat Shanghai...toilet kat sebuah kedai makanan Muslim ni tinted...org kat dlm toilet boleh nampak org kat luar, org kat luar tak leh nampak org dlm toilet...sekali member aku sdg buang air besau, ada sorang pakcik kencing kat tempat kencing berdiri kat luar...lepas kencing, dia nak basuhkan anunya, apa lagi, dia mengesot kedua-dua kakinya sampai kat sinki...time member aku cakap, kami gelak kuat2...dia cakap mimpi ngeri aku ari ni dan tak lalu nak makan mcm biasa...

pakcik tu betul2 naive lah, hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 11:54 PM | Show all posts
190# bizsari


hang ni mcm bond 007 ler..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 01:55 AM | Show all posts
191# maxxsa

teringat pulak mas tu di Hotel kat MADRID

salah satu hotel yg pelik
kenapa?
bilik mandi dia bercerminkan glass so ko nampak dia dia nampak ko.
jadi kalau ada guest dlm bilik nak guna toilet memang nampak semua
so far diaorang buat dek je samalah mcm aku juga
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 02:10 AM | Show all posts
Di Hongkong
aku dok kat Peninsula Hotel di sebelah Kowloon area di pangil Tsim Sha Shui District Nathan Rd kalau tak silap ada Masjid.( area ni bukan di HongKong Island,mainland area mcm Penang gan Butterworth gitulah) klawasan ini org mcm ulat berduyun2 shopping Area.

oelh kerana aku suka makan makanan mamak ni masa Bfast aku gilah restaurant mamak yg kat Chungkin Building di tingakt 5 agaknya.
oleh kerana aku datang awal pintu kedai tu tutup rapat
ketuk2 depa buka bukalah
alangkah terperanjatnya aku
rupa2 ada org tidur kat meja makan,kat lantai dan bersepeh dimereta tempat dlm restaurant itu.
daripada ari tulah aku tak lalu makan, nak muntah dibuatnya.

Di Hong Kong ni taxi driver amat jujur dan tak menipu serta very2 the polite
bila ko naik teksi pintu belakang akn tutup dan buka automatically.

tapi perniaga kat sana amat2lah kurang ajar, seperti bila ko dah beli barang dia campak je barang tu kat ko.hotel mahal tapi service tiptop.disini walau pun jamm tapi tak tensi0n mcm kat back home.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 11:32 PM | Show all posts
190# bizsari


hang ni mcm bond 007 ler..
kucing_surender Post at 3-8-2009 23:54


tak sama dan berlainan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 12:32 PM | Show all posts
Pengalaman yang tak dapat dilupa masa pegi Jepun. Bahasa Inggeris dorang memang teruk giler ala-ala pelat Jepun. Kat kaunter dia tanya aku macam2 pastu tak paham maklumlah pertama kali sampai Jepun pas angguk geleng angguk geleng akhirnya dia lepaskan aku huh lega. Bila sampai kat beg pula ada le pengawal siap dengan anjing2 hidu beg aku. Nak marah betul aku masa tu tapi nak buat macam mana dah undang-undang diorang macam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 11:57 AM | Show all posts
196# vios04

Petua tak nak beg kita dihidu anjing tu senang aje...lain kali ko sapukan serbuk lada hitam kat beg tu konfim anjing tu tak hidu beg korang tu....aaaahcummmmm....!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 09:03 PM | Show all posts
byk pengalaman pahit sekarang ni since indonesia duk berantam dgn msia... ampeh depa ni, benda remeh jd hal
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 10:18 PM | Show all posts
bizsari...
ko keje apa ek?
best nya melancong sana sini..
nak keje cam ko la.. =( jeles aku
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:55 PM | Show all posts
pernah lerr satu hari tu aku pakai tudung pi kwsan perkampungan jepun
hahaha..
org sekeliling aku tgk aku cam aku ni alien kjap2 toleh..kejap2 toleh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.080761 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list