CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

[MERGED] Masalah Darah Haid

[Copy link]
Post time 4-3-2009 11:37 AM | Show all posts
dulu saya pun mase ank dara satu bulan kuar sampai dua kali...ye memang tul bende nie disebabkan hormon tak seimbang...tapi ingat tau bila kiter dah kahwin ...SENANG GEMUK DECARA MENDADAK....sebab tu kena exercise selalu dan kawal makan...biler dah kahwin nanti.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 11:47 AM | Show all posts

Reply #2 lili_haryani's post

same la lili,. sbb cq kdg2 sebulan tu dtg smpai dua kali,.
ee..pelik tol r,. kdg2 prut da skit2 smpai ke pinggang, tpi period xgak kuar2 lg..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 11:52 AM | Show all posts

Balas #5 cq\ catat

cq kena g jumpa doc la..
sebab aku selalu sgt period twice dlm sebulan..
last2 detect kena anemia..kurang darah merah..
doc bagi ubat la..
tapi pastu berat badan aku turun mendadak..
cepat letih..
aku jarang sakit pinggang..
selalu nak period breast je sakit tahap gaban..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 12:05 PM | Show all posts
pooh lak masalahnya period selang sbln
ada penyakit ke? risau gak
dah bbrp bln normal tp bln ni dia jd blk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 02:48 PM | Show all posts

Balas #7 pooh026\ catat

aku rse ko punye normal..
certain women period selang sebulan malah tige bulan pon ade.
janji haid ko xkua xhenti2, itu mmg berpenyakit. so jangan risau arh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 02:49 PM | Show all posts
aku xtaw cmne nk kire haid aku, cz die kua akhir bulan dan awal next bulannye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2009 05:07 PM | Show all posts

Reply #6 lili_haryani's post

a'ah la lili,. sbb cq skrg nih mudah sgt letih, bru bt keje skit, da letih,.
dulu rjin gak g gym, skrg xde dh,. bdn letih je,.
kdg2 breast, pinggang ngan perut dh seminggu habis skit,. bru period tu dtg,.
2 bulan lepas jd mcm nih,. pastu die normal blik, bulan nih die bt balik,.
aduhai...risau r,.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 11:00 AM | Show all posts
kalo yg dh kawin nie pun risau gak kalo haid lambat....
lebih2 lagi kalo lom b'sedia nk tambah anak lagiii...

selalu nyer aper korang buat bila keadaan camnie b'laku????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2009 01:39 PM | Show all posts
oh kita mengalami masalah yg sama...cq..
umo 23...and sakit2...and lambat dtg haid...

benda tu berlaku...sebab kurang lendir...that's why ko sakit sengugut kuat...
and ada kemungkinan....nanti berlakunya inflamasi and anemia..

bagus ko...makan....EPO/Omega 3/madu asli/dong quai/ubi jaga/habbatus sauda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2009 09:07 PM | Show all posts
Pendarahan abnormal


MASALAH ketumbuhan, mengandung, keguguran dan juga usia (kitaran haid remaja) mungkin menyebabkan pendarahan di luar kitaran haid biasa.

RAMAI wanita yang mengalami keganjilan pendarahan yang bukan berkaitan dengan darah haid bulanan.

Ada yang serius dan ada juga yang sembuh tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Walau apa pun cara persembahan pendarahan tersebut, puan haruslah mengetahui penyebab-penyebab pendarahan tersebut, bagaimana ia didiagnosis dan kaedah rawatan yang mungkin diberikan.

Kitaran haid

Ovari yang berada di kedua-dua belah rahim puan mengeluarkan dua jenis hormon yang penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Hormon-hormon tersebut berganding dalam fungsi menyediakan benih serta penebalan dinding dalaman rahim untuk kemungkinan penanaman selepas persenyawaan sperma dan telur. Ovulasi berlaku sekitar 12 hingga 14 hari sebelum datangnya kitaran haid yang berikutnya.

Benih yang dikeluarkan akan melalui tiub fallopian di mana persenyawaan mungkin (atau tidak) berlaku dengan sperma. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, paras hormon akan jatuh dan memberi isyarat pada dinding dalaman rahim untuk gugur sebagai darah haid. Kebanyakan kitaran berlangsung selama 28 hari dan kitaran yang sedikit pendek atau panjang sehingga 35 hari adalah normal.

Pendarahan abnormal

Pendarahan abnormal mungkin melibatkan pendarahan di antara kitaran haid (iaitu di peringkat antara dua kitaran haid), pendarahan selepas hubungan kelamin, pendarahan tidak menentu harinya dalam kitaran haid, pendarahan yang banyak serta bilangan harinya panjang dari hari-hari sebelum ini, atau pendarahan yang berlaku selepas menopaus (putusnya haid secara fisiologi).

Segeralah dapatkan rawatan sekiranya kitaran haid puan melebihi 35 hari ataupun pendek kurang dari 21 hari. Tidak hadirnya haid selama tiga hingga enam bulan juga abnormal dan memerlukan pemeriksaan kesihatan lanjut.

Jika keganjilan kitaran haid hanya berlaku sekali atau kadang kala, puan tidak perlu berasa cemas kerana mungkin itu adalah normal. Juga sesuatu yang normal jika jadual haid gadis yang baru akil baligh (antara sembilan hingga 16 tahun) tidak dapat diramalkan di awal kehadiran haid dalam hidup mereka.

Apabila puan menghampiri umur 35 tahun, kitaran haid mungkin menjadi pendek dan makin pendek apabila menghampiri usia menopaus. Haid juga mungkin menjadi lebih sedikit (atau lebih banyak) dan kadangkala haid pada bulan tertentu tidak langsung tiada.

Punca

Pendarahan abnormal mempunyai banyak punca dan lazimnya doktor akan menumpukan pemeriksaan pada penyebab yang biasa mengikut umur. Sejarah kesihatan dan pengambilan ubat juga akan direkodkan. Untuk ramai wanita, ketidakseimbangan paras hormon mungkin menyebabkan keganjilan kitaran haid.

Di antara penyebab-penyebab yang akan disiasat termasuklah mengandung, keguguran, mengandung di luar rahim atau masalah berkaitan penggunaan alat dalam rahim dan pil perancang keluarga. Selain itu, jangkitan pada rahim atau pangkal rahim, fibroid, polip, masalah dengan sistem pembekuan darah, kanser wanita (rahim, ovari, pangkal rahim, faraj) atau masalah kesihatan kronik seperti penyakit tiroid dan kencing manis mungkin menjadi puncanya.

Semasa di klinik, doktor akan merekodkan sejarah kesihatan puan serta keluarga. Penggunaan ubat-ubatan, sama ada tradisional ataupun yang dipreskripsikan, penggunaan pil perancang keluarga, tabiat pemakanan, senaman, berat dan tinggi juga direkodkan. Ketegangan dan kestabilan emosi juga perlu diamati. Puan juga akan diberikan carta bagi menandakan hari-hari berlakunya keabnormalan kitaran haid.

Pemeriksaan lanjutan yang lazim disyorkan, berdasarkan pada simptom dan tanda- tanda yang dipersembahkan termasuklah;

l Pemeriksaan ultrasound untuk meneliti keadaan di dalam kawasan pinggul

l Biopsi dinding dalam rahim dengan menggunakan kaedah aspirasi vakum (ujian ini dilakukan di klinik)

l Sonohisterografi pula merupakan kaedah ultrasound di mana sebelum dijalankan, cecair steril dimasukkan ke dalam rahim melalui bukaan pangkal rahim untuk menjelaskan lagi pengimejan dalaman rahim apabila ultrasound digunakan.

l Histeroskopi pula seperti kaedah binokular untuk melihat secara langsung keadaan dalaman rahim

l Histerosalfingografi pula kaedah sinar-X, di mana bahan pewarna dimasukkan ke dalam rahim dan kedua-dua tiub falopian untuk tujuan visualisasi dengan kaedah sinar-X

l Dilatasi serta pengkuretan adalah kaedah pembedahan kecil di mana pensampelan tisu diambil dari bahagian dalam rahim untuk diperiksa di bawah mikroskop

l Laporoskopi adalah kaedah visualisasi langsung anatomi di bahagian pinggul, sejenis alat visual dimasukkan ke bahagian pusat dan rongga abdomen dikembangkan supaya visualisasi tidak terhalang (prosedur ini dijalankan di bawah bius keseluruhan)

Rawatan

Rawatan yang diberikan bergantung kepada apakah punca pendarahan yang dialami. Lazimnya terdapat tiga pilihan kaedah perawatan;

i) Rawatan menggunakan hormon. Ianya mengambil masa untuk menormalkan kembali kitaran haid. Hormon ini mungkin diberikan secara oral, suntikan, krim yang diletakkan di dalam faraj dan juga alat dalam rahim yang mengandungi hormon (IUS). Mungkin puan mengalami hiperplasia dinding rahim, keadaan ini boleh dirawat dengan hormon progesteron.

ii) Ubat-ubat lain seperti NSAID (NonSteroidal AntiInflammatory) dapat mengurangkan jumlah pendarahan. Ubat ini juga berkesan sekiranya puan mengalami senggugut. Antibiotik diberikan sekiranya puan mengalami jangkitan kuman. Pembedahan disyorkan apabila pendarahan berpunca daripada ketumbuhan seperti polip dan fibroid.

Mungkin pembedahan ini dilakukan secara histeroskopi. Kaedah ablasi dinding dalam rahim juga digunakan untuk mengawal pendarahan. Lazimnya kaedah ini berbentuk kekal dan puan mungkin tidak dapat mengandung selepas menjalani prosedur ablasi ini.

Pembedahan membuang rahim iaitu histerektomi disyorkan apabila kaedah lain mengalami kegagalan. Pembedahan ini merupakan satu pembedahan besar dan puan tidak lagi mengalami kitaran haid selepas itu.

Jangan takut serta segan untuk berbincang dengan doktor apabila puan mengalami masalah pendarahan. Berbincanglah dengan doktor mengenai kaedah rawatan yang terbaik dan terkini untuk memulihkan keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 09:39 AM | Show all posts

period lmbat

hye uolls..leh tolong aku x?
aku pny period dh lmbt 11 ari...
fyi, im not married...
aku takot nk g klinik...
agak2 jd cmni sbb stress ker?
or what?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 09:41 AM | Show all posts

Reply #1 amyno29's post

ada mimpi ular tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 09:45 AM | Show all posts

Balas #2 sxam\ catat

ala,main2 plak...kita tny btul2 lh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 10:41 AM | Show all posts
besa la period lambat, bila hormon tak balance...

kalu nak kasi keluar cepat, minum coke yang dalam tin.. bukak2 terus minum.. try le
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 11:02 AM | Show all posts
dh try dh smlm,x kuar gk...
nenas pn dh mkn...
wuwu,dh xtaw nk bt per
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 11:05 AM | Show all posts
stress boleh bg kesan pada hormon..jadi period pun terkesan.
relax2 ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by amyno29 at 14-3-2009 09:39
hye uolls..leh tolong aku x?
aku pny period dh lmbt 11 ari...
fyi, im not married...
aku takot nk g klinik...
agak2 jd cmni sbb stress ker?
or what?


biasa lah tu... kalau stress

kinna time exam aje..stres.. x de period..... kalau x de period aje.. mesti stress...

kawan kinna pon sama.. time exam..setitik aje period dia...

biasalah tu....

skrg dah x stress dah.... period lancar tiap bulan....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 12:50 PM | Show all posts
period x dtg tuh yg jadik stress..
bkn stress smpai x dtg period...
aduh,kompius plak
pening2...
so, suggestion korang, JANGAN STRESS??
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by amyno29 at 14-3-2009 12:50
period x dtg tuh yg jadik stress..
bkn stress smpai x dtg period...
aduh,kompius plak
pening2...
so, suggestion korang, JANGAN STRESS??


g la window shopping gerenti x stress lorrr
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 04:12 PM | Show all posts

Balas #1 amyno29\ catat

Ala...biasa la kalau lewat 11 hari. Blum lg bulan2. Cube try minum air tebu fresh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.346507 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list