|
Balas #178 masarju\ catat
yelah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #184 masarju\ catat
owh lupe... mas dok kat bawah khemah PA kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #186 cintan66's post
ooopppsss... x bleh arr , rahsia kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #187 masarju's post
nak g mana mas? |
|
|
|
|
|
|
|
Peserta patah bahu motor terbalik
Teks dan gambar Mohd Rafi Mamat
[email protected]
MEREDAH laluan jalan balak termasuk menyeberang sungai selepas hujan antara cabaran getir yang menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta ekspedisi bermotosikal Hutan Simpan Lesong, Rompin, Pahang, baru-baru ini.
Ekspedisi dianjurkan Kelab Motosikal Lasak Pahang (KMLP) itu disertai 47 ahli yang rata-rata berpengalaman dalam aktiviti motosikal lasak di kawasan hutan.
Bendahari KMLP, Nahmar Jamil, 36, berkata untuk sampai ke kawasan Hutan Simpan Lesong, peserta perlu meredah perjalanan sejauh 54 kilometer termasuk melalui kawasan ladang kelapa sawit yang berlumpur.
"Untuk sampai ke kawasan perkhemahan di tepi Sungai Kacah Putih, peserta terpaksa menyeberang sungai berkenaan secara berhati-hati bagi mengelak sebarang kemalangan.
"Bagaimanapun, ada juga beberapa motosikal terbalik dalam sungai terutama apabila dibawa arus deras disebabkan hujan lebat di kawasan hulu sungai," katanya.
Katanya, Ekspedisi Hutan Simpan Lesong kali ini benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental peserta terutama apabila berhadapan cabaran getir laluan licin serta berselut.
"Ketika melalui laluan jalan balak, peserta terpaksa membantu antara satu sama lain menolak motosikal apabila kebanyakan jentera mereka terbenam dalam lumpur.
"Namun, ada peserta yang ditimpa kemalangan sehingga patah bahu apabila terjatuh ketika menunggang motosikal dalam keadaan berlumpur sehingga terpaksa dihantar keluar menggunakan pacuan empat roda," katanya.
Menurut Nahmar, rombongan ekspedisi kemudian bermalam di tepi Sungai Kacah Putih sambil melakukan aktiviti sampingan seperti memancing serta menjala ikan yang dipenuhi ikan sebarau, susur batang dan baung.
"Ekspedisi kali kedua ini turut disertai 10 peserta baru dari Rompin yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti motosikal lasak.
"Selain mandi sungai, keindahan hutan semula jadi dan udara segar dapat memberi ketenangan kepada setiap peserta walaupun penat mengharungi cabaran," katanya.
Nahmar berkata, peminat motosikal lasak dapat melihat lebih dekat semua jentera yang digunakan ketika aktiviti berkenaan yang dipamerkan di kawasan rehat Pantai Hiburan.
Nahmar turut merancang untuk mengadakan program yang sama di daerah lain bagi menggalakkan lagi orang ramai menyertai sukan lasak ini.
Peserta, Ahmad Daut, 41 berkata cabaran ekspedisi Hutan Simpan Lesong dianggap lebih hebat berbanding apa yang dilalui sebelum ini.
Menurutnya, tanpa pengalaman luas tidak mungkin peserta dapat menamatkan ekspedisi terbabit terutama ketika melalui laluan jalan balak yang berlumpur dan licin.
Persediaan rapi peserta berjaya melancarkan ekspedisi walaupun beberapa kemalangan kecil tidak dapat dielakkan.
"Ekspedisi kali ini menguji kehebatan dua peserta kecil iaitu Muhamad Nur Adib Ahmad dan Muhd Syahir Fidkri Mohd Yusaimee, masing-masing berusia 12 tahun yang berjaya menempuh semua cabaran.
"Aktiviti seperti ini bukan saja memberi pendedahan kepada peserta tetapi dapat memperkenalkan kelab kepada masyarakat setempat," katanya yang juga ahli jawatankuasa KMLP.
Bagi Johari Jusoh, 40, dia mengharapkan lebih ramai lagi terutama golongan muda menyertai KMLP dalam usaha mempopularkan lagi sukan motosikal.
"Sokongan kerajaan diharap dapat menceriakan lagi aktiviti sukan motosikal lasak yang kini semakin diterima semua lapisan masyarakat.
"Walaupun memerlukan perbelanjaan besar untuk membeli dan membaik pulih motosikal, dengan menyertai kelab atau persatuan masalah berkenaan dapat diatasi," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #190 arifah_72\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayushuhada04 at 2-12-2008 05:31 PM
nk le tgk rupa tango ni mcm mana.............plssssssssssssss
ayu tak penah tgk ke gmbar tango ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #193 ayushuhada04's post
errrr... x yah le kot. Koi tak hensem pun, jauh panggang dari api |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #194 cintan66's post
jangan le kak ita ... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #197 original_la\ catat
kalu tak confident, kemalangan akan terjadi... yang patah bahu ni, nama dia Jeng. Jatuh sendiri, agak malang sebab moto hempap dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintan66 at 2-12-2008 17:37
ayu tak penah tgk ke gmbar tango ni
lum le cintan..................mmg teringin nk tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tangopapa at 2-12-2008 17:38
errrr... x yah le kot. Koi tak hensem pun, jauh panggang dari api
ermmm...jgn ler mcm tu tango....naper perlu malu...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|