CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tangopapa

Misteri dan kes paranormal di pahang

[Copy link]
 Author| Post time 30-8-2008 10:11 PM | Show all posts
Tiada lagi histeria di sekolah


Keratan Kosmo! semalam.

KUANTAN - Kejadian histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur dekat sini yang berlarutan sejak 15 Mei lalu akhirnya beransur reda.Namun menurut pengamal perubatan tradisional dari Kuala Kurau, Parit Buntar, Perak, Raja Syed Sheikh Mohd. Sarip Al-Patani (gambar)


atau Pak Engku, 69, masalah tersebut bagaimanapun harus diakhiri dengan majlis kenduri doa selamat."Memang betul, semalam (kelmarin) benda yang meminjam badan pelajar itu tuntut darah dan nyawa, tapi 'dia' tak jelaskan sama ada nyawa manusia atau sebagainya."Hasil 'rundingan' malam semalam (kelmarin), benda itu sebenarnya minta diadakan kenduri dengan menyembelih haiwan di tapak binaan sekolah itu. Itulah yang dimaksudkan darah dan nyawa," katanya semasa ditemui.Beliau yang menghulurkan bantuan selepas mendapat kebenaran pihak sekolah menambah, kenduri tersebut adalah 'balasan' kepada tindakan kontraktor yang dikatakan menceroboh kampung ghaib iaitu 'Kampung Padang' di kawasan tapak pembinaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2008 11:29 PM | Show all posts

Reply #181 tangopapa's post

Harap2 berakhirlah episod histeria ni.  Sian kat bebudak tu semua.  Boleh jadi fobia nanti sampai bila2.  

Cerita pasal histeria ni:

Teringat makteh kejadian histeria yg memang berlaku satu ketika dulu.  Kat sekolah jugak.  Sek.Ren.Keb.Jerantut.  Sekarang ni bangunan tu dah jadi pejabat PPD.  

Yg peliknya, memang nampak jelas darah bertepek2/terpercik di dinding kelas...Darah apa??? Entahlah tak terduga dek akal.....Ttp teruk juga kejadian tu....

Dan kepakaran  Pak Embung Sulaiman (kalau tak silap la namanya..) membuatkan masalah tu dapat diselesaikan...alhamdulillah...

Yg menjadi tanda tanya....kenapa ye kejadian ni berlaku???

Seharusnya juga kita ingat....bahawa bukan hanya kita aje yg menumpang di bumi nyata nie.....allahualam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2008 12:00 AM | Show all posts

Balas #182 makteh\ catat

makhluk allah....ghaib dan nyata

Bila 'hijab' mata dibuka

Oleh ADHAM SHADAN
[email protected]

Kejadian histeria melibatkan 35 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang yang bermula sejak Mei lalu membuatkan fikiran kita kembali terarah kepada gangguan ini.


SEMASA artikel ini dinukil, masih terngiang-ngiang di pendengaran penulis akan lolongan menggerunkan seorang pelajar perempuan yang seakan mendesak azan Isyak dihentikan kala penulis menuntut di sebuah sekolah berasrama sedekad yang lalu.

Begitu juga dengan bunyi derapan 'langkah seribu' penghuni sebuah bilik di asrama lelaki, apabila seorang pelajar tiba-tiba mengaum luar biasa sehingga membuatkan rakan-rakan sebilik lari lintang-pukang dalam kepekatan malam.

Seorang rakan penulis pula pernah menceritakan tentang sepupu perempuannya yang berusia awal 20-an tiba-tiba menjerit menjelang tengah malam, dua tahun lalu di rumahnya di Ipoh, Perak.

Sepupunya juga telah mengeluarkan suara yang keras dan bernada marah apabila dibacakan beberapa ayat al-Quran.

Hampir dua jam, sepupunya menjerit sambil menekan-nekan perut yang kelihatan seperti mengembung.

Apabila berjaya dipulihkan oleh seorang ustaz, rakan saya bertanyakan kepada sepupunya tentang apa sebenarnya yang berlaku.

"Aku nampak seorang nenek tua yang berwajah hodoh duduk kat situ, (sambil menuding jari ke arah sudut bilik yang dikatakannya). Mata nenek yang merah itu memandang terus ke arah aku. Itu yang bagi aku takut,'' kata sepupunya.

Pastinya, memori-memori itu kembali kuat menjengah minda kebanyakan kita ekoran kejadian histeria yang melibatkan 35 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Kejadian yang bermula sejak Mei lalu membuatkan fikiran kita kembali terarah kepada gangguan ini.

Kejadian misteri ini memperlihatkan sebilangan pelajar yang terlibat menjerit-jerit, bertutur dengan nada keras, meracau secara tiba-tiba, mengadu sakit sendi, berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua yang uzur, berjalan terhoyang-hayang lalu rebah di lantai dan meronta-ronta seperti dirasuk.


Lebih teruk lagi, ada yang mendapat kesan lebam dan gigitan di bahu serta bertindak agresif dengan cuba memanjat pagar sekolah. Keadaan ini sekali lagi memaksa kita cuba merungkai selirat misteri di sebalik kenapa histeria berlaku.

Biasanya, kejadian histeria sering dilihat daripada dua perspektif iaitu saintifik (psikologi) dan mistik.

Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Zain, histeria berlaku ekoran stres yang teramat sangat, disulami konflik lama yang terbuku di dalam diri yang tidak dapat diselesaikan atau diluahkan.

"Antara punca histeria ialah mangsa telah lama menghadapi tekanan yang teramat sangat hasil daripada himpunan konflik lama yang tidak dapat diselesaikan. Jadi, histeria dilihat sebagai salah satu cara untuk meminta tolong.

"Rasa takut dan percaya kepada perkara-perkara seperti dirasuk hantu memudahkan lagi berlakunya histeria terhadap seseorang individu,"katanya sambil menjelaskan histeria boleh berlaku kepada seorang individu dan secara beramai-ramai (histeria epidemik).

Bagaimanapun, bagi sesetengah orang, ia mungkin masih belum menjelaskan kemusykilan yang timbul. Persoalan seperti bagaimana ia boleh berlaku terhadap ramai pelajar dalam masa yang sama agak menghairankan.

KERATAN akhbar kejadian histeria si SMK Tanjung Lumpur, Kuantan baru-baru ini.

Lebih aneh, apabila pemeriksaan mendapati memang ada kesan lebam seperti gigitan pada bahu mangsa. Barang kali, ada sesuatu di luar logik akal yang memainkan peranan.

Bukan menafikan faktor saintifik, namun kepercayaan kepada wujudnya kaitan hal ini dengan makhluk halus seperti syaitan dan jin mungkin boleh dipertimbangkan untuk menjawab kenapa histeria berlaku. Golongan manusia dan golongan jin (termasuk syaitan) merupakan makhluk yang Allah jadikan seperti mana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Perkataan syaitan disebut sebanyak 88 kali dan perkataan al-jinn atau al-jinnah disebut 39 kali dalam kitab suci itu.

Syaitan dan jin boleh mendatangkan gangguan dan kemudaratan kepada manusia berdasarkan firman Allah dalam surah al-Fussilat: "Dan, jika syaitan mengganggu kamu dengan sesuatu gangguan, maka pohonlah perlindungan Allah, sesungguhnya Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Surah Al-Baqarah ayat 102 pula menyatakan bahawa syaitanlah yang mengajar manusia akan amalan sihir.
Syaitan yang dilaknat Allah telah berjanji untuk menyesatkan manusia sejak zaman Nabi Adam a.s dan Allah telah memperkenankan kemahuannya untuk dipanjangkan umur bagi menyesatkan manusia.

AKTIVITI kerohanian dapat membantu menguatkan rohani. - Gambar hiasan

Manusia, secara umumnya, tidak dapat melihat dengan mata kasar makhluk halus ini. Namun, apabila 'hijab' atau tabir mata dibuka, barang kali itulah permulaan berlakunya histeria.

"Kebanyakan mereka yang histeria, segala-galanya bermula apabila mereka melihat sesuatu lembaga. Ia dipercayai berlaku apabila makhluk halus berkenaan mahu dirinya diperlihatkan kepada manusia yang dikehendakinya. Maka terbukalah 'hijab' mata manusia tersebut," kata pengamal perubatan Islam yang juga merupakan imam di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur, Mohd. Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz kepada Kosmo! baru-baru ini. Kata-katanya mengingatkan penulis kepada aduan beberapa mangsa histeria SMK Tanjung Lumpur yang melihat 'nenek kebayan' sebelum mereka diserang histeria.

"Bagaimanapun, bukan semua orang yang dapat melihat makhluk halus itu akan diserang histeria. Bergantung juga kepada semangat dan kekuatan rohani," kata Mohd. Azri, 24.

Apapun, tujuan sebenar makhluk ini mengganggu seseorang manusia tidaklah diketahui.

Tetapi, berdasarkan rawatan histeria yang pernah dilakukan, Mohd. Azri berkata, ada di antara makhluk tersebut suka mengganggu manusia, ada yang memberi alasan gemar menghuni tubuh mangsa dan ada juga yang marah kerana tempatnya diganggu.

Ditanya individu manakah yang suka 'disakat' makhluk berkenaan, Mohd. Azri berkata, sukar untuk dikatakan tetapi beliau menasihatkan agar jangan meletakkan diri dalam keadaan terlalu takut, membiarkan diri larut dalam tekanan dan jangan terlalu berani.

"Ada juga orang yang bongkak tidak mempercayai perkara-perkara seperti ini yang diuji oleh makhluk ini," katanya.

Mohd. Azri memberitahu, mereka yang diserang histeria akan memiliki kekuatan tiga kali ganda dan menyukarkan usaha memulihkan jika mereka bertindak ganas. Mereka yang menjadi mangsa histeria juga akan mengikut karektor makhluk halus yang memasuki tubuh mereka. Jika yang masuk ke dalam tubuhnya, makhluk lelaki dewasa, maka dia akan menjadi seperti lelaki dewasa dan begitulah sebaliknya.

MENURUT psikologi, tekanan dan kepercayaan dirasuk hantu menyumbang kepada berlakunya histeria.

Ditanya tentang bagaimana rawatan yang sering dilakukannya, kalimah-kalimah suci al-Quran merupakan senjata menentang makhluk berkenaan.

"Memang ia menyakitkan mereka. Tetapi, manusia merupakan hak Allah dan mereka tidak layak untuk menceroboh tubuh kita. Setiap makhluk Allah mempunyai hak untuk tidak diganggu, dan jika diganggu, kita berhak mengenakannya semula," katanya sambil menjelaskan bahagian kedua-dua ibu jari kaki (yang dirapatkan) atau hujung kepala mangsa sering menjadi pilihan bagi pengamal perubatan untuk mengeluarkan makhluk halus kerana cara itu lebih memudahkan usaha untuk mengeluarkan makhluk itu sekali gus.

"Alhamdulillah, kebiasaannya, lepas dirawat menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan dengan kuasa Allah, mangsa kembali pulih," katanya.

Sementara itu, pakar perubatan Islam terkenal, Dr. Amran Kasimin berkata, histeria melahirkan gejala-gejala ketidaknormalan akal dan perbuatan yang tidak dapat dikawal.

"Tanda-tanda stres dan sejauh mana kepercayaan kita kepada perkara-perkara seperti dirasuk hantu diakui boleh menjadi punca histeria seperti alasan saintifik. Tetapi apabila kenyataan bahawa orang yang terkena histeria bukan sahaja orang yang berada dalam tertekan dan bukan juga orang yang kuat mempercayainya, membuatkan hal ini tidak semestinya dipandang demikian," katanya.

"Iblis dan syaitan boleh memasuki tubuh manusia. Sesungguhnya syaitan itu berupaya berjalan dan berlari dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah, demikian yang diriwayatkan dalam sebuah hadis," tambahnya. Apabila ini berlaku, ia boleh mengganggu manusia pada bahagian otak, hati dan mengawal seluruh pergerakan manusia dengan izin Allah.

SEBAHAGIAN daripada pelajar SMK Tanjung Lumpur yang mengalami histeria dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk menerima rawatan baru-baru ini.

Selain melihat lembaga, menurut Amran, mereka yang terkena histeria kebiasaannya sebelum itu, berada dalam dunia yang gelap, rasa seperti melayang, terdengar bunyi loceng, terasa berangin dan menggigil apabila asimilasi antara jasad manusia dan makhluk halus bersatu.

Ditanya tentang punca syaitan atau jin tersebut mengganggu, Amran berkata, memang ada di antara mereka memberitahu sebab-sebabnya seperti marah kerana tempatnya diganggu dan dihantar si polan tertentu.

"Tidak kira histeria atau kerja sihir seperti santau, cakap makhluk itu tidak semestinya betul. Bukankah kerja syaitan itu suka menyesatkan, mengapi-apikan, melaga-laga dan merosakkan hubungan sesama manusia?" soalnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2008 09:18 AM | Show all posts

Pindah sekolah masih kena histeria

Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI



tiga pakar terapi minda, Nor Azizan Abdul Majid (kanan) dan Rahmat Setiawan (kiri) berbincang dengan Bidi Ardi langkah untuk meredakan kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan, semalam.

KUANTAN 2 Sept. - Segelintir daripada 11 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, di sini yang berpindah ke sekolah lain akibat diserang histeria, masih mengalami gangguan sama ketika berada di sekolah baru mereka.

Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang ibu mangsa, Mariah Mat Zain, 50, yang terpaksa membawa anaknya, Nor Faizah Mohd. Mustafa, 14, ke SMK Tanjung Lumpur hari ini bagi menerima rawatan setelah diserang histeria kira-kira pukul 8 pagi di sekolah barunya di SMK Soi.

Mariah berkata, sejak dipindahkan ke sekolah baru tiga minggu lalu, gangguan pagi ini adalah kali kedua dialami anaknya sehingga memaksa dia membawanya semula ke sekolah lama untuk dirawat.

''Masuk kali ini sudah enam kali anak saya diserang histeria, ia sangat membimbangkan. Setiap kali diserang, anak saya akan berubah menjadi ganas.

''Ketika ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini baru-baru ini setelah diserang histeria, dia boleh melepaskan diri daripada lima lelaki yang cuba mententeramkannya dengan memutuskan kain yang mengikat tangannya di katil," katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah tersebut di sini hari ini.

Berikutan gangguan itu juga, jelas Mariah, anaknya terpaksa membatalkan puasanya hari ini kerana keletihan setelah dirawat.

Sementara itu, sukarelawan dan pakar terapi daripada Aur Asyifa' Malaysia, Nor Azizan Abdul Majid berkata, pihaknya akan menggunakan pendekatan perubatan secara saintifik iaitu terapi minda dengan bantuan dua pakar terapi daripada Aur Syifa' Bandung, Indonesia, Rahmat Setiawan, 49, dan Bidi Ardi, 33.

Katanya, menerusi kaedah hipnoterapi yang menggunakan minda sedar dan minda bawah sedar itu, guru-guru sekolah itu akan diberikan penerangan mengenai kaedah mengawal keadaan dan pelajar sekiranya histeria berulang lagi.

''Jika dibenarkan, kita ingin membuat perjumpaan tertutup dengan guru-guru, kita akan menjalankan terapi ke atas guru-guru supaya mereka boleh mententeramkan pelajar menggunakan kaedah yang sama.

''Kaedah ini selamat dan tidak menyakitkan seperti yang diamalkan pengamal perubatan tradisional sebelum ini," katanya yang datang ke sekolah itu hari ini bagi meninjau masalah sebenar yang berlaku.

Ditanya apakah punca yang menyebabkan gangguan berterusan itu, Nur Azizan memberitahu, ia sebenarnya berkait rapat dengan masalah kemurungan dan trauma yang dialami para pelajar.

Tanpa menafikan kewujudan entiti yang menjadi salah satu punca gangguan, beliau berkata, kaedah yang dipraktikkannya akan cuba mengubah persekitaran sekolah yang suram kepada ceria bagi mengembalikan 'mood' pelajar.

''Kita orang Melayu sering dimomokkan dengan benda-benda seperti hantu, jadi bila kejadian histeria berulang, ia akan turut menjangkiti pelajar lain dan akhirnya ia tidak berkesudahan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga akan berbincang dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak-pihak berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan di sekolah itu hari ini mendapati masih terdapat empat hingga lima pelajar perempuan diserang histeria walaupun pada hari pertama persekolahan pada bulan Ramadan.

Selain meracau-racau dengan suara ganas, salah seorang daripada pelajar terpaksa dibawa keluar ke surau sekolah bagi menerima rawatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2008 08:55 AM | Show all posts

Berkat bulan Ramadan di SMK tanjung lumpur


PERASAAN gembira jelas terbayang pada beberapa orang guru SMK Tanjung Lumpur apabila tiada lagi pelajar mereka mengalami histeria semalam.

KUANTAN - Selepas empat bulan dilanda histeria, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur dekat sini akhirnya tenang semalam.

Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latiff mengesahkan kejadian misteri itu berakhir sehari selepas ada mangsa dibawa ke Sungai Lembing untuk dipulihkan minggu lalu.

"Kita dapati tiada lagi kejadian histeria sejak Khamis minggu lepas,'' katanya semasa dihubungi semalam.

Ketika ditanya status bekas pelajar SMK Tanjung Lumpur yang diserang histeria dan ditukarkan ke SMK Sungai Soi, beliau berkata, mereka juga sudah pulih.

"Mereka sepatutnya kekal di sekolah SMK Sungai Soi. Bagaimanapun, kami tidak melarang jika ingin kembali ke SMK Tanjung Lumpur,'' katanya.

Sumber SMK Tanjung Lumpur berkata, masalah histeria yang bermula sejak 15 Mei itu diselesaikan oleh seorang pengamal perubatan tradisional dari Bidor, Perak minggu lalu yang turut mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Kosmo! pada 4 September lalu melaporkan pelajar SMK Tanjung Lumpur yang kerap diserang histeria dibawa ke Sungai Lembing apabila makhluk halus yang dikatakan merasuk tubuh mereka ingin 'dilepaskan' di kawasan tersebut.

Sementara itu, Pengarah JAIP, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya masih memantau perkembangan positif itu bagi memastikan keadaan itu berkekalan.

ps: alhamdulilah....aman damai sekolah tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 08:57 AM | Show all posts

Reply #185 tangopapa's post

dah kena rantai kot makhluk tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2008 09:05 AM | Show all posts

Balas #186 cintan66\ catat

dah lepas kat tempat lain....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 09:07 AM | Show all posts

Reply #187 tangopapa's post

tunggu lepas ramadhan nanti ada lagi ke tak dia mengacau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2008 09:44 AM | Show all posts

Balas #188 cintan66\ catat

kita tggu n lihat kak ekk....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 10:38 AM | Show all posts

Reply #176 makteh's post

ader lg kuil tue..dpn balai polis kpg awah kn...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2008 12:56 AM | Show all posts

Balas #190 sump81\ catat

kuil tu berhantu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 08:28 AM | Show all posts

Reply #191 tangopapa's post

tk tau lah berhantu ker tk kan..tp sepjg 27 thn main2 kt area kpg awah jln blkg g chenor tk pernah dgr benda2 mistik kt situ.. ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2008 02:55 PM | Show all posts

Balas #192 sump81\ catat

tapi area tu paling banyak accident kan? Dulu, masa hiway x de lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 03:48 PM | Show all posts

Reply #193 tangopapa's post

mase zaman tu kn kuari JKR kpg awah tgh aktif..pastu jln agak teruk lori kuar masuk..so kuari tu jgk ader kaitan nyer..pastu kalo tk silap thn 199? kuai tu dh kurang aktif sehgg lah highway bukak..start pd tu mane ader dh xciden kt situ lg..ehmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 12:45 AM | Show all posts

Balas #194 sump81\ catat

masa tu pun, jalan masih sempit lagi, jambatan paya pulai tu pun....

banyak citer yg org citer kat area tu biasa waktu malam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 12:38 PM | Show all posts

Balas #190 sump81\ catat

Oooooo ye ke dok ada lagi....

Harap2 jgn lah ada kes sgbmn yg makteh alami...

Mungkin skg ni takde dah....sejak highway nu ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2008 12:55 PM | Show all posts
Makteh ada satu kisah lagi utk dikongsi bersama....

Kejadian ni berlaku pd ayah makteh sendiri.  Dlm tahun 2005/2006 dulu...ayah makteh pegi keje dgn sorang india la, nyodok tanah dgn grader tu..........

Lupa dah tempatnya kat mana...mula2 India tu nak ratakan tanah tu...tiba2 tak jadi....oleh itu ayah take over la....Lepas aje siap keje tu tetiba dia demam...

Ingatkan demam biasa ttp mlm tu lagi teruk...bawak ke sepital....suara terus hilang....cepat2 guna pernafasan oksigen.  Anak2nya yg jauh semua balik kelam kabut mlm tu juga.....ayah nazak tiba2.

Berpeket2 air masuk....kami dah tak larat nangis kesian tgk keadaan ayah....tak boleh mkn tak boleh minum....bila tanya dr takde apa2....pastu tukar ke hospital mentakab...tak elok jugak tukar pulak ke Hosp Kuantan...

Kesiannya ayah jadi bahan eksperimen.....Kami bergilir2 tunggu sebab dia tak boleh kawal buang air kecil....dahlah cakap guna signal....masa tu sayu sungguh hati ni sbb tak tau apa punca sebenarnya terjadi....

Akhirnya kami buat keputusan bawak ayah keluar wad...tak sanggup tengok ayah kena cucuk memanjang hinggakan bdn yg agak berisi sejak mula kejadian tu dah tinggal tulang aje....susut terlampau...

Kak ipar usahakan bawak jumpa berubat "cara orang kita"....kat Temerloh...lupa dah nama tempatnya...ber alin telur aje...dan telur tu mesti buang ke sungai.... Percaya atau tidak lepas sehari beralin telur tu..ayah mula bersuara walaupun pelan........dan hari demi hari ayah beransur baik.

Bila ayah dah kembali ok...barulah dia ceritakan kejadian sebenar....malam yg dia teruk demam tu, ada bayangan mengerikan marah kat ayah sebab ganggu tempat dia.......

Hanya itu saja........buat kan ayah sakit teruk hampir 2 bulan...

Agaknya ayah dah ganggu "rumahtangga" "dia"..........

Dan alhamdulillah hingga kini ayah sihat....syukur padaNya............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 01:00 PM | Show all posts
Pelajar SMK Tanjung Lumpur diserang histeria lagi


PARA pelajar meninggalkan sekolah mereka selepas tamat sesi persekolahan di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.

KUANTAN - "Histeria sudah pulih, tetapi mangsa masih mengalami trauma."

Itu komen Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latiff mengenai kejadian terbaru gangguan histeria dialami seorang pelajar perempuan pagi semalam selepas seminggu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur pulih daripada masalah itu.

"Histeria sudah pulih seminggu lalu. Jika ada kes pun, ia tidak melibat- kan bilangan yang ramai. Ia cuma kesan trauma yang dialami pelajar disebabkan gangguan histeria dalam kes-kes sebelum ini," ujarnya ketika dihubungi.

Katanya lagi, semua pelajar yang sudah pulih daripada gangguan histeria bagaimanapun masih mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

"Pelajar yang pernah menjadi mangsa histeria juga masih dirawat dan dipantau oleh pihak HTAA. Kita juga sedang berusaha memulihkan trauma yang dialami mereka," kata- nya.

Terdahulu, suasana tenang di SMK Tanjung Lumpur sejak seminggu lalu tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan dan hilai tawa seorang pelajar perem- puan pukul 11.30 pagi.

Menurut sumber di sekolah terbabit, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima itu bagaimanapun hanya mengalami gangguan biasa.

"Dia cuma menjerit, selepas itu ketawa, kemudian pengsan. Bila dia sedar, dia mengadu letih dan minta dihantar pulang ke rumah," katanya semasa ditemui.

Ketika ditanya mengenai suara- suara pelik yang mungkin ditutur- kan mangsa seperti kejadian sebelum ini, beliau berkata:

"Kali ini biasa saja. Walaupun hari ini (semalam) ada kes, kita tetap ber- syukur kerana ia tidak seteruk seperti sebelum ini yang melibatkan jumlah yang ramai," ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 01:10 PM | Show all posts
bulan ramadhan ni pun ade gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 01:17 PM | Show all posts
dulu sekolah kat Jalan Alor Akar

selalu pelajar kena histeria....puncanya tak dpt dipastikan
dekat nak exam lagi ramai yang kena
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.147253 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list