|
selamat berpuasa hari ke 11 utk semer warga KL& Sngor ...
semuga bertambah berkat dan ibadah diterima .. |
|
|
|
|
|
|
|
ayam masak kurma...(beli kat bazar)...
|
|
|
|
|
|
|
|
arinih berbuka puasa simple and easy ajer ...
bbk buat nasi lemak sambal sotong
mee goreng
kueh keria
sup sayur |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #186 ea208964's post
tau tak ... wa kena tutup mata utk scroll down ok .... takleh tgk itu asam pedas ..
perghhh |
|
|
|
|
|
|
|
wa nyer menu tadi
kurma ayam
ikan bakor ngan air asam bacang
sayur campur celur
ayam kfc
murtabak
kek cekelat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pelitaHatiku at 12-9-2008 08:39 PM
wa nyer menu tadi
kurma ayam
ikan bakor ngan air asam bacang
sayur campur celur
ayam kfc
murtabak
kek cekelat
camna boleh terselit kfc di tgh2 hidangan yg sedap tuh
neway ... wa cuma larat makan sup + mee goreng skett .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #191 Traza's post
ayam celup tepung style KFC ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat bersahur semer di KL & Sngor |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak minum air suam ketika berbuka, bersahur
BAGI penghidap kencing manis, mereka perlu berwaspada di bulan puasa bagi mengurangkan risiko merebaknya penyakit berkenaan.
Pakar pemakanan Hospital Pakar Ampang Puteri, Jennifer Chiam ChweeLian, berkata mereka perlu makan mengikut kesesuaian, bukan atastuntutan nafsu semata-mata.
Beliau berkata, penghidap penyakitkencing manis dan darah tinggi perlu mendapat nasihat doktor sebelummelakukan ibadat puasa bagi mengelak kesan kepada kesihatan.
揗ereka boleh berpuasa tetapi jangan lupa jadual pengambilan ubat bagi mengelak sebarang kesan lain.
揓ika dulu, mereka mengambil tiga kali ubat sehari, di bulan puasa sesuaikan ketika waktu berbuka dan sahur, |
|
|
|
|
|
|
|
Hayati puasa dengan mendalam
MENURUT penceramah agama, Siti Nor Bahyah Mahamood, konsep puasa itusendiri dilihat sebagai perkara yang perlu dihayati sepenuhnya denganmendalam.
Mengikut tafsiran beliau, penghayatan makna puasa itusendiri meliputi pelbagai aspek kehidupan yang diterjemahkansebagaimana berikut:
P - Perubatan. Ia benar-benar membentuk jasmani atau fizikal dan mengolah rohani supaya dididik dengan kesempurnaan.
Kebanyakan penghidap kencing manis dan darah tinggi mengalamipengurangan dari segi tahap penyakit mereka kerana kehadiran Ramadanyang menjadi kaedah membantu menangani penyakit.
Dari sudut kerohanian pula, ia menjadi pembersih kepada rohani,mengelak sifat bakhil, riak, sakit hati dan menghapus rasa kedekutdalam diri, sekali gus membentuk rohani ke arah lebih baik.
U - Ugama. Tuntutan Islam sendiri menyarankan amalan berpuasa adalah kewajipan pengikut Nabi Muhammad s.a.w.
A - Akhlak.Berakhlak kepada umat Islam dengan melatih sikap mulia itu sepertimenjaga solat lima waktu dan tarawih pada malamnya selain berbuat baiksesama insan serta ibu bapa.
S - Sosiol iaitu hubungankemasyarakatan dan kasih sayang dengan semua seperti sesama rakan,jiran mahupun anak yatim serta fakir miskin ditunjukkan menerusi zakatfitrah. Selain itu, kunjungan ke surau atau masjid turut mengeratkansilaturahim.
A - Akal iaitu mengaitkan apa saja amalanmisalnya berjimat-cermat. Hasil daripada penggunaan akal yang bijak danikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Hati/20080906102120/Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
Belanja berhemah menjelang raya
Oleh Noriah Idris
[email protected]
ISTERI bukan hanya menjadi suri rumah yang berperanan menjaga hartayang diamanahkan suami sebaliknya turut menjadi peneraju dalam memacuekonomi sesebuah rumah tangga.
Ada yang menyifatkan tugas yangmenjadi tanggungjawab isteri itu kadangkala tersasar terutama ketikaRamadan atau saat menjelang Aidilfitri apabila mereka kurang cermatmengatur perbelanjaan.
Pandangan sinis terhadap golongan hawaitu dinafikan penceramah terkenal, Siti Nor Bahyah Mahamood, keranasikap wanita sedemikian lebih didorong sifat mereka yang sukakankesempurnaan.
揥anita sebenarnya terlalu mementingkan kesempurnaan sehingga terlupa ada kalanya berlakunya pembaziran secara tidak sengaja.
揇alam setiap perkara yang dilakukan, hendaklah ia menepati kehendak Islam kerana amalan membazir adalah ikutan syaitan.
揝eelok-eloknya elak budaya membazir dalam soal membeli makananuntuk berbuka puasa, jangan terlalu didorong hawa nafsu iaituberbelanja berlebihan tanpa perancangan yang bijak, |
|
|
|
|
|
|
|
RM50 cukup bermakna
Oleh Kamarulzaman Pid
[email protected]
| KETIKA kebanyakan umat Islam sibuk memilih pelbagai hidangan menyelerakanuntuk berbuka puasa, terdapat segelintir yang termenung memikirkanjuadah apa yang mahu dihidangkan kepada keluarga mereka. |
KETIKA kebanyakan umat Islam sibuk memilih pelbagai hidanganmenyelerakan untuk berbuka puasa, terdapat segelintir yang termenungmemikirkan juadah apa yang mahu dihidangkan kepada keluarga mereka.
Memang amat menyedihkan apabila melihat jiran di sebelah rumahmencurahkan lebihan makanan ke dalam tong sampah, sedangkan di atasmeja makan golongan kurang berkemampuan ini, hanya mangkuk kosongmenjadi penyeri berbuka puasa.
Berbekalkan hakikat nasibgolongan seperti itu perlu dibela, Islamic Relief Malaysia (IRM),sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tampil menjayakan program Ramadan'sFeed the Fasting, bagi membantu fakir miskin, ibu tunggal, warga emasdan anak yatim serta golongan kurang upaya menyambut bulan puasa danAidilfitri.
Pengurus Negara IRM, Zawahir Abdullah, berkataprogram itu dilancarkan bulan lalu mensasarkan 10,000 penerima bantuandi seluruh negara.
"Melalui program ini, kita menyeru orang ramai supaya tampilmemberi sumbangan dengan setiap pek makanan berharga RM50 untukmembantu penerima sumbangan ini selama dua minggu.
"Pek makanan berupa makanan keperluan harian seperti beras, gula,garam, susu, tepung, minyak, sardin dan kurma itu diberikan kepadagolongan terbabit bagi membantu meringankan beban mereka untukmenyambut Ramadan," katanya.
Seminggu sebelum menghadapiRamadan, IRM sudah menyerahkan sumbangan kepada 100 fakir miskin danibu tunggal dari Kampung Koskan Sungai Coh dan Perkampungan MasyarakatOrang Asli Bukit Manchung, Rawang, Selangor.
IRM kemudianbergerak ke Perak dan kali ini, mereka berkunjung ke Rumah YayasanAmanah An-Nur Maisarah, Chemor dan juga Rumah Kebajikan Anak YatimNurhidayah, Kg Cheh, Bukit Gantang, Taiping.
Dalam program duahari ini, IRM menyerahkan sumbangan kepada 100 orang fakir miskintermasuk golongan ibu tunggal, orang kurang upaya dan anak yatim.
Paling menarik pada program yang diadakan di Kampung Cheh, BukitGantang, Taiping, apabila seorang penerimanya, Mat Hussin Bandarberusia 100 tahun.
Selain status warga emas, Mat Hussin jugamempunyai tugas yang berat untuk menanggung anak perempuannya yangmenghidapi 'sindrom down'.
Biarpun berusia satu abad, MatHussin masih sihat dan dalam program itu, beliau membacakan doa sebelummajlis berbuka puasa di kampung berkenaan.
Selain itu,kakitangan IRM juga mengambil peluang beramah mesra dan berbuka puasabersama anak yatim dari Rumah Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor.
Selain majlis itu, program pemeriksaan kesihatan percuma juga diberikan kepada fakir miskin dan anak yatim berkenaan.
Program pemeriksaan kesihatan adalah kerjasama strategik antara IslamicRelief Malaysia dengan Hospital Pantai Puteri Ipoh dan HospitalColumbia Asia, Taiping.
Kedua-dua hospital itu memberi sumbangan kepada anak yatim bagi menyambut hari raya tidak lama lagi.
IRM terbabit dalam program 'Projek Pembiayaan Perpustakaan RumahAnak-Anak Yatim' di Rumah Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor denganmengedarkan 1,000 buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bernilaiRM13,000 sumbangan orang ramai dan korporat.
Zawahir berkata,selepas Selangor dan Perak, IRM akan berkunjung ke Kuala Lumpur,Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah, bagi menyerahkan pekmakanan itu kepada golongan berkenaan.
"Walaupun kitamensasarkan 10,000 penerima sumbangan bagi tahun ini, sambutan orangramai agak dingin, sedangkan mereka yang memerlukan sumbangan ini masihramai.
"Saya berharap orang ramai membantu kami menjayakanprogram ini kerana mungkin nilai RM50 bagi mereka tidak besar, tetapiia cukup bererti bagi fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, warga emasdan golongan kurang upaya," katanya.
Mereka yang mahu memberi sumbangan boleh melayari laman web rasmi IRM atau menghubungi talian 03-89486334.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Hati/20080913115347/Article/index_html
[ Last edited by Traza at 14-9-2008 08:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Enam rahsia puasa
PUASA sebenarnya ada rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya.
Imam Ghazali dalam kitab Bimbingan Mukmin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia dan iaitu:
1. Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkaratercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada ingatpada Allah.
2. Memelihara lidah daripada cakap kosong, bohong, mencaci maki, cakap kotor, timbulkan permusuhan dan sombong.
3. Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan diharamkan.
4.Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki atau perut,daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar tetapi berbuka denganmakanan haram. Imam Ghazali memberi perumpamaan seperti seorang yangmembina sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkannya.
Rasulullah SAW bersabda: 揂da ramai orang yang berpuasa, tetapi diatiada memperoleh apa-apa daripada puasanya selain lapar dan dahaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan pesta kurma
Oleh Idris Musa
[email protected]
RAMADAN terkenal juga sebagai bulan pesta kurma, dengan ketibaan puasa, bermakna buah yang berzat ini melimpah-ruah di pasaran.
Kurma atau tamar adalah antara makanan utama Nabi Muhammad s.a.w danditeladani umat Islam zaman berzaman, malah makanan utama di TimurTengah.
Ensiklopedia Wikipedia menyatakan, kurma dipercayai berasal disekitar Teluk Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamiahingga prasejarah Mesir.
Bukti arkeologi menunjukkan penanaman kurma di bahagian timur Arab pada 6000 Sebelum Masihi.
Kemudian, masyarakat Arab membawa kurma ke Asia Selatan, Asia Tenggara,utara Afrika dan Sepanyol. Ia juga diperkenalkan ke Mexico danCalifornia oleh orang Sepanyol pada 1765.
Kurma mengandungi biji tunggal berukuran dua hingga dua setengah sentimeter dengan ketebalan enam hingga lapan milimeter.
Tiga jenis utama kurma, iaitu jenis lembut seperti Barhee, Halawy,Khadrawy, Medjool; separuh kering contohnya Dayri, Deglet Noor, Zahididan kering seperti Thoory. Jenis buah bergantung kepada kandunganglukosa, fruktosa dan sukrosa.
Kurma antara buah yang disebut di dalam al-Quran, contohnya pada surah Maryam, ayat 23 hingga 25, maksudnya:
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|