CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

Separuh Akhir MM23 : Kategori Balada

[Copy link]
Post time 4-12-2008 11:02 AM | Show all posts
fuh... beshnye bleh g rehersal!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 11:03 AM | Show all posts

Reply #181 AyieBoyZ's post

mana asgn
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 11:07 AM | Show all posts
mmm... hebat sgt ke Dina nyanyi lagu Sejauh Ini tu? ... ader sapa yg upload kt youtube tak?... nak tgk jugak... kalau takde, korang rekod la latihan hari nih punya pastu upload kt youtube yea
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 11:08 AM | Show all posts
komen yang mrembeskan buat kak ZZ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 11:41 AM | Show all posts
sori uols nk off topic jap.korunk sumer dijemput utk menjenguk thread baru ttg calon
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 11:48 AM | Show all posts

Reply #181 AyieBoyZ's post

ha'ah la.dak ayie.mane assignment.kate nk upload ptg smlm?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2008 02:24 PM | Show all posts
Aku harap balada tak jadi juara sebab balada membosankan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 02:26 PM | Show all posts
hmm.. takut ah.. mcm da most toughest assignment plak.. ssah gile nk wat!!!

hmpir siap da.. ptg nih ak ltak.. tkut ah..   

cume, ak nk ckp.. sume komen ak jujur.. sume lagu ak treat mcm ak first time dgr..
dan komen ak nnti sume komen pribadi ak.. okeh..

larikkkkk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 03:41 PM | Show all posts

Balas #188 AyieBoyZ\ catat

takperr... peminat ziana disini akan menerima segala komen dengan tenang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 05:05 PM | Show all posts
REVIEW AyieBoyZ
Separuh Akhir Muzik-Muzik <Balada>

Lagu : Teman Terulung
Nyanyian : Anuar Zain

  • Muzik - Saya terkejut dengan lagu ini. Ia moderate, tapi indah mendayu. Bermula sangat indah, saya sukakannya. Namun, lagu ini seolah-olah lagu yang anti-klimaks. Ya, ia sangat indah, tetapi saya fikir ia jauh lebih indah jika adanya kesinambungan dan meneruskan momentum lagu ini sehingga ke akhir lagu. Ia seperti lagu Perpisahan, tetapi lagu ini sedikit meleret. Namun, karya ini tetap membanggakan!
  • Lirik - Satu lagi lirik yang jujur, puitis, dan saya dapat merasakan ia lahir dari ketulusan hati. Saya jatuh cinta denganlirik lagu ini secara keseluruhannya. Unsur hiperbola yang digunakan pada chorus lagu ini juga tidak keterlaluan, dan melambangkan kesucian luahan seorang insan kepada temannya. Antara lirik terbaik dalam kategori ini.
  • Vokal - Suaranya sederhana, tetapi indah. Anuar Zain ternyata masih berbisa. Vokalnya setanding dengan lagu-lagu hebat beliau sebelum ini, seperti Ketulusan Hati, Semua Untukmu dan sebagainya.
  • Kelebihan utk ke AJL - Ballad yang teramat indah. Saya berharap lagu ini berjaya.
  • Kelemahan -
Lagu : Hanya Di Mercu
Penyanyi : Ayu OIAM

  • Muzik - Muzik lagu ini cantik! Bermula dengan petikan piano, namun semakin ia bergerak, muziknya menjadi semakin menarik.Ya, lagu ini sememangnya bertujuan memberikan inspirasi dan semangat, dan ia berjaya. Namun, ia ternyata tidak sehebat lagu Gemilang. Momentum lagu ini juga dilihat agak perlahan utk sampai ke puncak. Apapun, good effort from Aubrey!
  • Lirik - Lirik lagu ini cemerlang! Habsah Hassan menunjukkan taringnya, dengan bahasa-bahasa puitis dan padat. Hanya menggunakan perkataan seperti "keterbatasan","cecita", ataupun frasa "bila lagi" yang diulang2 cukup untuk menyerlahkan pesona lagu ini. Saya berpendapat lirik lagu ini berjaya memberikan dorongan dan semangat kepada pendengar utk terus berjaya dalam hidup tanpa putus asa. Lirik lagu ini menjadi nadi kepada karya ini.
  • Vokal - Ayu mempunyai suara yang lantang, itu realitinya. Jadi, utk part2 tertentu, tiada masalah dalam nyanyiannya. Namun, saya mahukan lebih lagi part2 yang memerlukannya menyanyi dalam nada rendah. Mungkin Ayu boleh menjadikan lagu ini lebih indah jika pada awal lagu ini dia menyanyikan dengan lebih perlahan, merdu dan menjaga kawalan suaranya. Walau bagaimanapun, saya fikir suara Ayu sangat sesuai lagu ini dan jika Ayu menyanyi dengan sebaik mungkin dalam Separuh Akhir nanti, saya tidak terkejut jika lagu ini mampu ke final.
  • Kelebihan utk ke AJL - Lirik lagu ini kuat! Kelantangan vokal Ayu juga mungkin membawa lagu ini ke AJL.
  • Kelemahan - Utk pertandingan penciptaan lagu, muzik lagu ini masih dianggap biasa.
Lagu : Lagu Kita
Penyanyi : Aizat

  • Muzik - Permulaan lagu ini mendayu, dan saya terpesona dengan iramanya yang sangat menarik. Ya, muziknya seperti lagu2 Indonesia, tapi, saya berpendapat lagu ini juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Muziknya seperti tidak putus2 menyokong lirik ini dan bergerak seiring sejalan senada seirama bersamanya. Sebuah karya yang membanggakan oleh seorang pendatang baru.
  • Lirik - Liriknya sangat indah dan menusuk kalbu. Setiap patah perkataannya terpancar terus kepada pendengar. Puitis dan indah.Paradigma saya berubah ketika mendengar lagu ini kerana saya SANGAT TIDAK MENYANGKA seorang pendatang baru, yang merupakan artis kelahiran program realiti mampu menghasilkan lagu, lirik dan menyanyikan sendiri lagu ini. Syabas!
  • Vokal - Aizat menyanyikan lagu ini sesuai dengan kehendak muzik dan liriknya. Indah, mendayu. Tidak sehebat penyanyi lelaki lain, tetapi ia tetap membanggakan. Good.
  • Kelebihan utk ke AJL - Sungguh pun ia tidak mampu dibandingkan dengan karya-karya yang lebih hebat dalam kategori ini, saya masih menyangka juri akan memberi kredit kepada Aizat.
  • Kelemahan - Persaingan.. persaingan..
Lagu : Sampai Syurga
Penyanyi : Faizal Tahir

  • Muzik - Muziknya lebih menarik daripada lagu cuba. Permulaan lagu ini tampak biasa, tetapi ia terus menyerlahkan karisma dipertengahan lagu semakin lagu ini didengar. Muziknya unik dan segar utk kategori balada. Keindahan pada lagu ini juga terserlah.
  • Lirik - Bahasa yang digunakan mudah, tetapi mendalam. Namun, ia tetap berbekas di dalam hati. Ekspresi yang ditunjukkan tentang kesucian seorang lelaki yang menagih cinta yang satu kepada kekasihnya. Menyentuh perasaaan. Sebuah persembahan balada yang cemerlang!
  • Vokal - Tiada masalah dengan suara Faizal Tahir ketika menyanyikan lagu ini. Tidak terlalu mendayu dan lancar. Ketika high note juga, Faizal mampu melakukan dengan baik. Energi Faizal juga terus disalurkan utk lagu ini dari awal hingga akhir lagu. Tahniah!
  • Kelebihan utk ke AJL - Mungkin sebuah lagu yang mempunyai laluan mudah ke final.
  • Kelemahan -
Lagu : Tanpa
Penyanyi : 6ixth Sense

  • Muzik - Petikan gitar yang digunakan pada awal lagu, tidak begitu saya gemari. Saya berpendapat, lagu Tak Bisa Memilihmu (juga ciptaan mereka) jauh lebih indah pada permulaannya. Kurang unsur balada pada lagu ini, mungkin tidak sesuai langsung utk berada dalam kategori ini. Jika ia dipertandingkan dalam kategori Pop Rock, ia mungkin lebih sesuai. Walau bagaimanapun, good effort!
  • Lirik - Liriknya biasa sahaja.
  • Vokal - Suara 6ixth Sense sememangnya lebih sesuai utk menyanyikan lagu balada. Tetapi, ternyata vokalis kumpulan ini tidak begitu sesuai utk menyanyikan lagu dalam genre begini.
  • Kelebihan utk ke AJL -
  • Kelemahan - Utk bersaing dengan lagu lain, mungkin agak sukar.
Lagu : Bila Nak Saksi
Penyanyi : Spider

  • Muzik - Bergerak perlahan dengan petikan gitar, dan mula rancak ketika chorus. Keseluruhannya, muzik lagu ini membuai dari awal lagu hingga ke akhir. Saya dapat merasakan muzik lagu ini seperti bercerita tentang kesedihan, kesayuan sang pencinta. Namun, jelas dan nyata, muzik lagu ini kurang menarik, dan sangat ringkas. Ia belum mampu menandingi aura lagu "Relaku Pujuk". Saya tidak dapat lari dari membandingkan kedua lagu ini, maaf. Namun sejujurnya, muzik lagu ini mempunyai bergerak seiring frasa-frasa indah liriknya. Not bad.
  • Lirik - Lirik lagu ini boleh dianggap sangat kuat dan menyentuh hati. Walaupun tampak ringkas, namun pengkisahan tersirat disebalik bait-bait lagu ini sebenarnya sangat indah. Ia diambil dari ayat-ayat suci Al-Quran. Lagu ini sebenarnya menceritakan kerinduan seorang hamba utk berjumpa Tuhannya. Loloq sekali lagi mencipta karya yang bukan sekadar hiburan kosong. Obviously, lirik lagu inilah kekuatan utama lagu ini.
  • Vokal - Tam Spider tidak mempunyai masalah dalam lagu ini. Cuma, suaranya agak mendatar dari awal lagu hingga akhir. Chorus lagu ini juga seperti diulang-ulang. Sayangnya, Tam tidak bereksperimen utk menambahkan variasi dalam nyanyiannya, seperti yang dilakukannya dalam lagu Relaku Pujuk dan Buat Sang Puteri.
  • Kelebihan utk ke AJL - Lirik lagu ini sangat kuat. Peluang lagu ini utk ke AJL agak cerah, kerana lagu lain kurang menitikberatkan keindahan dalam lirik lagu.
  • Kelemahan - Muzik dan vokal Tam agak mendatar.
Lagu : Dingin
Penyanyi : Ziana Zain

  • Muzik - Permulaan lagu ini mampu mencapai emosi saya. Sekaligus, saya dapat merasai kesepian dan kesedihan dalam lagu ini.Namun, semakin lagu ini bergerak, ia kedengaran mendatar. Azlan seperti tidak banyak menvariasikan susunan muzik dalam lagu ini. Saya juga dapat merasakan kurang ikatan antara muzik dan lirik lagu ini. Akhir lagu ini juga biasa sahaja.Tapi, ia juga sebuah persembahan ballad yang bagus.
  • Lirik - Entah kenapa, saya fikir lirik lagu ini seakan sempurna utk lagu ini. Saya amat sukakan lirik ini "Ku tak bisa juarai jiwa yang ku tak punya". Ia tidak puitis, tapi penuh makna. Saya juga dapat merasai kesedihan sang pencinta dalam liriknya, seolah-olah penulis lirik ini bercerita tentang pengalaman hidupnya. Lirik ini mengingatkan saya kepada lagu "Izinku Pergi", yang juga mampu menvisualkan pengkisahan liriknya dengan cemerlang.
  • Vokal - Ziana Zain membuat comeback dengan berjaya! Saya amat sukakan emosi yang tidak henti dari awal lagu hingga ke akhir. Ternyata lagu ini diselamatkan oleh kelantangan suara Ziana Zain.
  • Kelebihan utk ke AJL - Lirik dan vokal Ziana mungkin memberi tapak utk lagu ini ke pentas Juara Lagu.
  • Kelemahan - Muziknya mampu diindahkan lagi.
Lagu : Cuba
Penyanyi : Faizal Tahir

  • Muzik - Petikan piano pada permulaan lagu ini boleh diindahkan lagi. Saya mula menggemari lagu ini ketika ia mula menjadi rancak di pertengahan lagu. Muziknya menarik, tetapi ada ruang utk diperbaiki. Susunan lagu ini, bagi saya, agak menyakinkan.Turun naik yang dilakukan penciptanya mungkin diluar jangkaan pendengar. Good.
  • Lirik - Saya mendapati lagu ini seperti luahan perasaan. Ekspresi emosi dalam lagu ini berkesan. Cuma, penggunaan kata dalam lagu ini ringkas dan biasa.
  • Vokal - Suara Faizal sesuai utk lagu ini. Kadangkala, kedengaran agak meleret, namun, tidak mencacatkan perjalanan lagu.Tidak banyak yang boleh saya komen tentang lagu ini.
  • Kelebihan utk ke AJL - Jika mengikut trend tahun lepas, kemungkinan lagu ini ada harapan utk ke final.
  • Kelemahan -
Lagu : Bila Terasa Rindu
Penyanyi : Dafi

  • Muzik - Saya tidak menggemari muzik lagu ini. Tiada keindahan dalam susunan muziknya.
  • Lirik - Biasa. Sekali lagi, tiada keindahan. Cuma, saya tertarik dengan ekspresi penulis dalam liriknya. Saya dapat menvisualkan penceritaan lagu ini secara jelas.
  • Vokal - Suara Dafi sangat biasa, dan kadangkala kedengaran kaku.
  • Kelebihan utk ke AJL -
  • Kelemahan - Lagu balada yang biasa.
Lagu : Cinta Terhalang
Penyanyi : Bob

  • Muzik - Saya selalu sukakan muzik yang menggunakan gesekan biola. Kedengaran muzik lagu ini seperti mendengar persembahan live orchestra. Unsur-unsur keindahan dalam lagu ini tidak lekang dari telinga dari awal hingga akhir lagu. Saya terpukau dan terpesona dengan muzik lagu ini. Permulaan dan pengakhiran lagu ini -- SEMPURNA! Ia bergerak seiring dengan lirik lagu. Tahniah!
  • Lirik - Liriknya ringkas, mungkin tujuan penulis utk memudahkan pemahaman tentang lagu ini. Cuma, andainya penulis lebih banyak bermain kata-kata puitis utk lagu ini, pasti lebih indah. Pengulangan dalam chorus lagu ini juga agak mengganggu saya. Not bad, just nice.
  • Vokal - Saya memberi standing ovation kepada vokal Bob dan koir dalam lagu ini! Bob memberi sepenuh perasaan ketika menyanyikan lagu ini! Saya terpukau dengan keajaiban, kemerduan dan kelantangan suara Bob dalam lagu ini! Segalanya tampak sempurna. Bob juga tidak mempunyai masalah ketika mencapai high note lagu ini.
  • Kelebihan utk ke AJL - Tiada masalah lagu ini utk ke AJL. Keyakinan saya utk lagu ini ke AJL melebihi lagu-lagu lain.
  • Kelemahan -
Lagu : Ada Untukmu
Penyanyi : Nubhan

  • Muzik - Permulaan lagu ini menarik perhatian saya. Petikan piano berjaya membuai hati dan mempesonakan lagu ini. Cuma, tidak keterlaluan saya katakan, untuk bersaing dalam satu pertandingan, muzik lagu ini masih dianggap biasa. Walau bagaimanapun, saya masih beranggapan muziknya menarik.
  • Lirik - Lirik lagu ini indah di pada frasa-frasa tertentu, menarik! Saya terpesona dengan penggunaan kisah cinta agung, Shah Jahan dan Mumtaz pada lagu ini, mengagumkan. Namun, ada kalanya, Abie kurang bermain emosi dan mengekspresikan jiwa persona lagu ini. Bagi saya, lirik lagu ini lebih cantik andainya chorus lagu ini tidak diulang-ulang. Im expecting a little bit more from Abie, selepas dia menulis lirik yang indah dalam lagu Menanti Pasti.
  • Vokal - Suara Nubhan kedengaran selesa ketika membawakan lagu ini. Vokalnya biasa, tapi berjaya mencorakkan lagu ini. Suaranya mendayu, dan mampu membuai rasa. Koir dalam lagu ini kurang menonjol.
  • Kelebihan utk ke AJL - Melihat trend pemilihan lagu dalam kategori ini tahun lepas, saya tidak terkejut jika lagu ini berjaya ke AJL.
  • Kelemahan - Utk sebuah pertandingan penciptaan lagu, mungkin agak sukar utk lagu ini.
Lagu : Sejauh Ini
Penyanyi : Dina

  • Muzik - Sebuah lagi lagu yang indah. Permulaannya indah, dan iramanya terus beralun lembut semakin lagu ini didengar. Lagu ini juga seperti sebuah persembahan orchestra. Hebat!
  • Lirik - Ahmad Fedtri membuktikan kredibilitinya utk menulis lagu2 seperti ini. Dia tidak perlu menggunakan perkataan yang pelik atau terlalu puitis utk mengekspresikan lagu ini. Cukup dengan bahasa yang mudah, mendalam, penuh makna dan berkesan. Saya cukup tertarik dengan frasa "Seikhlasnya bahagia". Cemerlang!
  • Vokal - Kemantapan vokal Dina tidak boleh disangkal lagi. Dina menyampaikan lagu ini dengan penuh perasaan, dan ternyata sesuai dengan kehendak lagu ini. High note dan low notenya CEMERLANG! Jarang ada penyanyi yang mampu menyanyi seperti beliau!
  • Kelebihan utk ke AJL - Kolaburasi hebat : vokal & lirik & muzik. Apa lagi yang diperlukan?
  • Kelemahan -
Keseluruhannya -- Ada persaingan yg cukup kuat dalam kategori ini. Susah utk diramalkan siapa yg mampu ke AJL.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 05:09 PM | Show all posts
sori lmbt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 4-12-2008 05:05 PM
REVIEW AyieBoyZ
Separuh Akhir Muzik-Muzik

Lagu : Teman Terulung
Nyanyian : Anuar Zain

Muzik - Saya terkejut dengan lagu ini. Ia moderate, tapi indah mendayu. Bermula sangat indah, say ...

sengit gilerr kannnn..yang cam takda peluang dari segi ulasan ini:
Tanpa
Ada Untukmu
Bila Terasa Rindu

apapun pilihan hantu terakhir selepas didengar2 berulang kali lagu niee ialah:

Dingin- Tetap la kannn
Sampai Syurga
Sejauh Ini
Teman Terulung
Cuba or Cinta Terhalang
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 05:54 PM | Show all posts

Reply #190 AyieBoyZ's post

Gigihnye... terharu sgt :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 05:55 PM | Show all posts
arap2 6 lagu akan terpilih cam pop rock taun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 06:21 PM | Show all posts
banyaknya persaingan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 06:25 PM | Show all posts

Balas #190 AyieBoyZ\ catat

Hmmm.... Ada banyak perkara yg saya tak setuju dengan huraian AyieBoyz tentang lagu-lagu tu...

Tapi takpe... kita anggap aja ia adalah komen dari AyieBoyz

Biarlah juri-juri yg sebenarnya kt Separuh Akhir tu yang menilai lagu-lagu tu nanti.. ok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 06:46 PM | Show all posts

Reply #196 elbee's post

part ziana ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 07:04 PM | Show all posts
Ok, this is my personal analysis through the lagu2 yg bertanding dalam kategori balada tahun ni. Actually, berkali2 aku ulang2 dengar lagu2 yg bertanding tahun ni, sebabnya persaingannya very close, susah nak evaluate. Overall, mostly lagu yang bertanding bagus2, Cuma tidak hebat macam ajl2 yg lepas.

  • Ada Untukmu / Nubhan
Kekuatan lagu ini adalah melodi dan penyampaian pada liriknya, lagu ini begitu indah melodinya, melankolik tetapi tidak meleret2. Liriknya pula sarat dengan mesej kesetiaan dan kecintaan yang padu pada pasangan. Namun, dalam studio version, arrangement muzik yang digunapakai tersangatlah terhad, mungkin tidak mahu membunuh melodi lagu ini, tetapi penggunaan instrument yang terhad, gagal membuatkan lagu ini lebih dinamik. Ada lagu yang simple, tapi masih hebat didengar seperti Im Yours dan Kau Ilhamku. Penyampaian Nubhan juga kurang dinamik, penyampaiannya pula sekadar ok. Mungkin masih baru. Lagu ini ada peluang, tetapi terletak pada penyampaian Nubhan nanti.

  • Bila Nak Saksi / Spider
Lagu ini hebat, dari segi arrangement lebih ke arah pop rock. Melodi, arrangement, penyampaian vocal dah juga lirik seimbang. Masalahnya lagu ini kurang balada berbanding lagu2 lain yang bertanding. Ada peluang.

  • Bila Terasa Rindu / Dafi
Lagu ini boleh diletak sebagai underdog atau lebih tepat outcast. Dari segi melodi, arrangement dan lirik semuanya pada tahap biasa. Vokal dan penyampaian Dafi dalam lagu ini boleh dibanggakan, Cuma some part kedengaran seperti dipaksa2. That抯 why Dafi boleh dapat pencalonan AIM untuk artis harapan. Overall, lagu ini pelengkap saja.

  • Cinta Terhalang / Bob
This is not my most fave song. Tapi bila dengar ulang2 kali, lagu ini macam ada magis dia yang tersendiri. Mungkin arrangementnya yang sngat hebat. Melodinya actually biasa2 saja, tapi arrangement dan penyampaian bob yang mencantikkan lagu ini. Liriknya pula boleh tahan. Laluan mudah ke final.

  • Cuba / Faizal Tahir
One of my fave song, bila dengar banyak kali lagu nih actually lagu nih tak banyak beza dengan lagu sampai syurga. Aku suka lirik lagu ini yang begitu puitis. Melodi, arrangement dan penyampaian vocal faizal baik dalam lagu ini. Cuma lagu ini kurang menonjol. Tapi lagu nih memang best! Ada peluang ke final, bergantung pada penyampaian Faizal.

  • Dingin / Ziana Zain
1st time dengar, memang lagu ni likeable. Apa yang menarik tentang lagu ini, walaupun ianya tipikal Azlan, tapi masih tak jemu didengar. Mungkin Azlan bijak bermain dinamik dari sisi melodi, arrangement dan penyampaian ziana sendiri. Penyampaian ziana juga begitu mengagumkan, kerana kedengaran seperti merintih. Laluan mudah ke final.

  • Hanya Di Mercu / Ayu
Lagu ini ok, tapi macam tak melekat sangat dekat jiwa. Lagu ini senang dibandingkan dengan gemilang/Jaclyn victor, kerana mempunyai posisi, genre dan mesej yang sama. Lagu ini juga bersifat spiritual. Berbanding gemilang, lagu ini mempunyai melodi yang baik, namun lirik yang tidak begitu kuat. Pemilihan diction juga kurang tepat seperti cecita, dan sukukata yang tidak melengkapi bagi ssesetengah baris lirik. Penyampaian Ayu, boleh dibanggakan sebagai artis baru, namun kedengaran seperti sedikit menjerit. Arrangementnya pula biasa, tapi aku suka arrangement yang part last, kalau dibanyakkan lagi arrangement tu kat depan2 lagu, lagu nih akan lagi umph. Overall, baik, ada peluang ke final, bergantung pada penyampaian Ayu.

  • Lagu Kita / Aizat
Sebuah lagu yang simple dari segi melodi, arrangement dan penyampaian. Lirik lagu ini baik. Overall ok, tapi kurang menonjol. Tak banyak yang boleh diperkatakan kerana lagu ini sendiri
simple dan sederhana. Tapi sebagai artis dan composer baru, lagu ini boleh dianggap karya yang baik.


  • Sampai Syurga / Faizal Tahir
Mendengar berulang kali lagu nih, baru aku sedar arrangement dia indah sangat. Terutama part2 yg ada suara background tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 07:26 PM | Show all posts
wahh siap jalan mudah dan tk mudah lagik ni
dah mcm trafik jalan raya. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by haq89 at 4-12-2008 07:26 PM
wahh siap jalan mudah dan tk mudah lagik ni
dah mcm trafik jalan raya. hahaha


mudah ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.311720 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list