Post Last Edit by rurouni_khairul at 20-10-2009 10:36
aku just nak tau sape2 yg terkenal kat dunia ni berasal dari johore..contoh cam nawawee and sufiah yusof dr muar..mawi,muhyiddin yassin,azlina othman,dll..
mecooll Post at 26-9-2009 02:51
Maharaja Abu Bakar....Queen Victoria iktiraf beliau sama level dgn Queen dan diberi gelaran Maharaja. Menjalin hubungan diplomatik dgn Maharaja Meiji dan diberi sebilah pedang samurai melambangkan kedaulatan Maharaja Jepun, pedang tuh disimpan bendahara dan anak cucu cicit die sampai skrg simpan....diorg duk kat Muor...Kalau tak silap ade citer pasal die kat Mastika.
Secara tak langsung, jasa Maharaja Abu Bakar menjadikan Johor negeri yang pertama mempunyai pentadbiran sendiri dan berdaulat....Sebab tuh negeri lain dipanggil Dewan Undangan Negeri manakala kat Johor cuma dipanggil Dewan Negeri saje sebab Dewan tuh dah wujud lama sebelum merdeka....begitu juga PTD, Johor ade PTD dan Perkhidmatan Awam sendiri lama sebelum merdeka dan pembentukan Malaysia. Kedaulatan ini jugalah yang memungkinkan wujudnya Parti2 politik seperti UMNO dan PAS sebab British takde authority nak masuk campur....tgk ape jadi pade parti2 sebelum tuh semua kena banned di negeri2 selain Johor. In the end, desakan untuk merdekakan tanahair juga bermula dari Johor, oleh seorang lelaki yang hebat bernama Dato Onn Jaafar...beliaulah sebenar-benar pencetus idea kemerdekaan dan membibitkan keyakinan yang kita boleh dan mampu mentadbir negara sendiri (berdasarkan pengalaman beliau sebagai PTD dalam perkhidmatan awam negeri Johor)...org Melayu tanpa mengira suku kaum dikumpulkan, kekuatan dialirkan untuk satu matlamat iaitu Merdeka hingga British, buat pertama kali melihat bangsa Melayu adalah bangsa yang kuat dan tegas...mereka mampu mematahkan perancangan mereka melalui Malayan Union tanpa perlu sebutir peluru dimuntahkan!
Tapi sayang, keutuhan dan semangat persatuan org Melayu kini mula diasak sedikit demi sedikit...bangsa2 lain tahu kekuatan org Melayu terletak pada unity mereka....mereka mula memainkan doktrin pecah dan perintah spt yg digunakan oleh British dulu...mereka cuba asingkan kite, kau jawa, aku minang etc etc dgn harapan kekuatan kite lemah dan kite mudah diperkotak-katikkan.....kite perlu ingat 200 tahun dulu kite berpecah, "kau org johor, aku org kedah....masalah kedah bukan masalah kau!" dan mind set sebegini menyebabkan kite dijajah....
thankz ngan info u nie.. sekarang nie rakyat kita dah banyak berpecah belah... selama lebuh 300 tahun kita dijajah dan sekarang mentaliti rakyat malaysia pon telah dijajah sedikit demi sedikit.. pengaruh budaya dari luar melemahkan mentaliti rakyat kita... sifat kekitaan yang dahulu diterap dalam diri setiap warganya telah bertukar kepada sifat keakuan...
tengok je la sekarang nie, yang kaya terus jadi kaya, yang miskin pula selalu ditindas dengan diskriminasi sesetengah pihak... yang berada di atas lupa rumput di tanah... sifat tamak memang tebal dalam diri memasing.. sedihnya......maruah bangsaku tergadai sediit demi sedikit....