|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
[Copy link]
|
|
Melaka tawar separuh harga tiket produk pelancongan
Melaka tawar separuh harga tiket produk pelancongan 23/02/2009 3:24pm
MELAKA 23 Feb. — Kerajaan negeri Melaka menawarkan potongan 50peratus kepada harga tiket beberapa produk pelancongannya pada setiaphari Isnin hingga Khamis bermula bulan depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri,Datuk Seet Har Cheow berkata antara produk tersebut ialah menaikiMenara Tinjau Taming Sari di Bandar Hilir, tambang bot menyusuri SungaiMelaka dan melawat Zoo Melaka.
Diharapkan pemotongan itu akan meningkatkan jumlah pelancongan keMelaka yang disasarkan sebanyak 7.4 juta orang tahun ini, katanyakepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelancongan danBandaraya Warisan Dunia, di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa produk pelancongan lain akan turut dikurangkan harga tiket mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Teksi air tarikan terbaru Sungai Melaka
MELAKA 6 Mac |
|
|
|
|
|
|
|
45 minit... buhsan giler....
nak je aku sound kat mamat tu... suh cepat sikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak penah lagik nek bot...huhuhuu anak2 buah aku yg dok kat perak dah naik..aku orang melaka sendiri pon tak nek lagik..hahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
bangga tol jadik anak melaka...weh syd..ko orang melaka ke??? kat mane? |
|
|
|
|
|
|
|
Oooooo busan ke |
|
|
|
|
|
|
|
dah naik...waktu malam...boleh lah...saja bawak anak3 naik bot |
|
|
|
|
|
|
|
nampak ikan banyak ka, biawak banyak.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku gie malam nampak BANYAK indon ngan bangla buat keje... |
|
|
|
|
|
|
|
mari..mari..mari..naik....
|
|
|
|
|
|
|
|
best..tp klu naik siang..busuk sket....mlm best..banyak lampu2... |
|
|
|
|
|
|
|
aku simpati ngan mbe aku..
dia ada join sukan angkat berat, tp thn lepas dia kena kemalagan..agak teruk lah gak sampai masuk besi kat bahu..so di sebabkan tue dia x ag gi latihan angkat berat..nak kuar kan besi pada 2010.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel Plaza Inn Melaka Akan Beroperasi Sept Depan
MELAKA, 2 April (Bernama) -- Hotel Plaza Inn Melaka yang terletak di tebing Sungai Melaka di jalan Hang Tuah di sini, akan mula beroperasi pada September depan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata hotel bertaraf empat bintang itu yang mempunyai 169 bilik turut dilengkapi dewan persidangan dan restoran.
"Hotel ini mengadap Sungai Melaka, sudah tentu akan memberi suasana baru kepada mereka yang menginap di hotel ini memandangkan Sungai Melaka kini sudah bersih dan indah," katanya kepada pemberita selepas melawat hotel itu hari ini.
Mohd Ali berkata hotel berkenaan adalah hasil pengubahsuian terhadap sebuah bangunan setinggi sembilan tingkat milik syarikat swasta yang terbiar sejak awal 1990an.
Katanya kerajaan Melaka melalui tiga agensinya -- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), membeli bangunan itu dan melakukan kerja pengubahsuian, melibatkan kos keseluruhan RM29 juta.
"Hotel ini boleh memberi keselesaan kepada pengunjung dan saya yakin hotel ini boleh memberi pulangan pendapatan yang baik," katanya.
Mohd Ali berkata enam buah hotel disasarkan dapat dibina di sepanjang 4.5 kilometer tebing Sungai Melaka iaitu dari Taman Rempah hingga muara sungai itu di Bandar Hilir, di mana keindahan dan kebersihan sungai itu mewujudkan suasana damai dengan landskap taman dan laluan siar kaki.
Impian Mohd Ali ialah Sungai Melaka menjadi seperti Sungai San Antonio di Amerika Syarikat yang terkenal dengan keindahan dan kebersihannya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
tok ali ni nak sungai yang kat bandar hilir je bersih & cantik macam kat san antonio, tapi yang kat tempat2 lain tak diendahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa Sukan Kementerian Kesihatan juga kat Melaka 2010 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|