|
Dan kalau boleh, jika erusi mempunyai soalan mengenai agama Kristian, sila tanya dengan David Wood secara terus.
Atau saudara tidak mempercayai apa yang ditulis dalam Injil dan ingin berdebat, juga dipersilakan berdebat secara terus dengan David Wood.
Tidak perlu mengheret saya untuk bertanyakan soalan saudara kerana saya tidak mempunyai masalah dengan Injil dan saya mempercayai apa yang ditulis dalam Injil.
Saudara boleh email atapun lebih baik jika saudara boleh berdebat secara langsung dengan saudara David Wood.
Laman webnya telah saya berikan terdahulu.
Kerana saya dapati yang erusi ini selalunya mengemuka-kan soalan yang sama dan mengadu yang tidak sesiapa disini boleh menjawab soalan kamu.
Jadi saya mencadangkan agar erusi berhubung dengan David Wood secara terus dan kita disini akan lihat dengan jelas siapa yang mempunyai lebih pengetahunan dalam agama Kristian.
Bukan susah cadangan saya bukan? |
|
|
|
|
|
|
|
David Wood pun akan jadi kayu kalo jumpa Zakir Naik... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_shalom at 2-1-2011 20:26
David Wood pun akan jadi kayu kalo jumpa Zakir Naik...
tora bora Post at 29-12-2010 23:02 
Jng nak mengarut ler sr...bukan stakat kena tibai oleh org Kristian...Org Islam sendiri pun gigih MENIBAI Zakir Naik....
Kt website Kristian mlampak artikel org Kristian yg menibai Zakir Naik...larat ke x Zakir Naik bersilat....hanya dia je yg tahu...
Soalan skrg, sanggup ke tidak anda melihat Zakir Naik tokoh anda ditibai oleh org Kristian n org islam sendiri..? |
|
|
|
|
|
|
|
Soal pasal trinity sahaja pun para bijak pandai Kristian dah lintang pukang nak jawab, mcm mana nak berdebat ?
3 Tuhan tetapi satu... matematik dari mana dapat...
Ini belum lagi zakir naik... ini zakir turun.. he he.. |
|
|
|
|
|
|
|
aik kat sini ko nak murtad kristian la pulak dah
Saya cuma mengajak putput kembali kepada ajaran Jesus yang sebenar...
Rujuk:
Markus, 10:18 à “Mengapa kau katakan aku baik? Tidak ada yang baik selain Allah.”
(Saya setuju, Jesus hanya utusan dan manusia biasa, sudah tentu hanya Allah lah yang maha sempurna)..
Matius, 4:10 à “Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti.”
( Inilah ajaran Jesus yang aku ikut, hanya menyembah Allah, dan bukannya menyembah Jesus)..
Maka, Marilah kita kembali kepada ajaran Jesus yang asli dan anda akan temui semuanya dalam ISLAM... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 213# tora bora
Yo saudara,
Saudara tak cakap pun semua umat Kristian tahu Yesus Tuhan menjelma jadi manusia. Maka, Marilah kita kembali kepada ajaran Jesus yang asli dan anda akan temui semuanya dalam ISLAM...
Maafkan saya saudara, saudara suruh kami kembali kepada ajaran Yesus yg asli. Itu peringatan bagus. Dan kami dahpun temui ajaran yg asli iaitu dlm buku alkitab. Yg ditulis pada zaman Yesus. Dan Yesus tidak pernah sesekali pun mengatakan bahawa ajarannya akan dicatit ratusan tahun sesudahNya dlm buku saudara tu.
Jadi, saya pula nak ajak saudara kembali kepada ajaran Yesus yg sebenar sebelum terlambat.
Matius 22:29 Yesus menjawab mereka: "Kamu sesat, sebab kamu tidak mengerti Kitab Suci maupun kuasa Allah!
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Matius 22:29 Yesus menjawab mereka: "Kamu sesat, sebab kamu tidak mengerti Kitab Suci maupun kuasa Allah!
Malangnya 'kitab suci' yng dimaksudkan bukanlah kitab Matius dan yang 3 itu, sebab kitab ini tak pernah dilihatpun oleh Jesus.. |
|
|
|
|
|
|
|
David Wood pun akan jadi kayu kalo jumpa Zakir Naik...
tora bora Post at 29-12-2010 23:02 
Sdr tora yang dihormati...apabila berdebat, lebih-lebih lagi megenai agama...adalah sukar untuk menentukan pihak mana yang akan menang. Berdebat bukan seperti bersukan. Dalam sukan misalnya lari pecut 100 meter..kita boleh lihat dengan jelas siapa yang menang dan siapa yang kalah.
Tapi dalam berhujah ataupun debat, tidak boleh ditentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kita hanya boleh membuat kesimpulan pihak mana yang hujahnya lebih logik, konsisten dan penyampaian yang mantap.
Tujuan debat sebenarnya ialah untuk kita sama-sama belajar dan lebih memahami apa sebenarnya kepercayaan pihak yang lain dan kenapa mereka mempercayai apa yang ditulis oleh kitab-kitab mereka.
Berbalik kepada hujah di topik disini...saya rasa memang jelas sdr erusi dan juga tora mengamalkan sistem double standard atau tidak konsisten apabila berhujah disini.
Cuba bayangkan senario dibawah:
Sdr tora dan erusi mempersoalkan ketulenan Kitab Injil kerana meragui tentang beberapa ayat dalam Injil yang dikatakan berbeza. Sebab utama erusi dan tora berpendapat sedemikian adalah kerana Tuhan yang maha berkuasa dan maha mengetahui tidak boleh membuat kesilapan dalam ayatnya seperti yang tertera dalam Kitab Injil.
Tetapi pada masa yang sama erusi dan tora boleh menerima hakikat yang Tuhan telah menyelamatkan Yesus Kristus daripada penyaliban oleh tentera Roman...dan akibat daripada perbuatan menyelamatkan Yesus ini maka wujudnya agama Kristian yang kini mempunyai paling ramai pengikut pada masa kini.
Di bumi pada masa kini. Tuhan yang paling ramai orang sembah ialah Yesus Kritus. Kalau Yesus Kristus bukan Tuhan seperti yang didakwa oleh erusi dan tora, maka bukankah Tuhan telah membuat satu kesilapan yang amat besar dan ketara sehingga menyebakan manusia di bumi paling ramai sekali menyembah Yesus Kristus?
Apa sebenarnya tujuan Tuhan menyelematkan Yesus Kristus sehingga mencetuskan kontorversi dan mengelirukan umat manusia? Kalau Yesus Kristus ialah manusia biasa seperti yang didakwa oleh erusi dan tora, apa motifnya Tuhan menyelamatkan Beliau?
Islam juga percaya yang Yesus Kristus tidak pernah berdosa (sinless) dan lahir daripda "virgin birth". Apa sebenarnya yang begitu istimewa Yesus Kristus sehingga beliau diberi label seperti orang yang tidak pernah berdosa? Ini bukan setakat kepercayaan umat Kristian tetapi juga seperti yang terkandung dalam Quran.
Saya harap semua disini tidak kira apa agama supaya berhenti dan berfikir dalam dua insiden diatas, kesilapan yang mana lebih serius dan besar impaknya?
Adakah saudara disini berpendapat yang perbezaan ayat dalam Injil lebih serius ataupun kesilapan Tuhan menyelamatkan Yesus daripda disalib?
Perbezaan ayat di dalam Injil sebenarnya tidak begitu serius. Ini adalah kerana mesej utama Injil tidak berubah.
Tiga kepercayaan asas umat Kristian ialah
1) Yesus Kristus ialah Anak Tuhan (Son of God).
2) Yesus Kristus telah disalib.
3) Yesus Kristus telah bangkit dalam masa tiga hari selepas disalib.
Walaupun terdapt beberapa perbezaan ayat dalam Injil namun kepercayaan asas umat Kristian adalah sama dan konsisten. Jadi adakah isu perbezaan ayat dalam Injil satu perkara yang serius?
Akan tetapi, dengan mengambil keputusan menyelamatkan Yesus Kristus, kita tahu dari situlah wujudnya agama Kristian yang sekarang mempunyai paling ramai sekali pengikutnya.
Cuba fikirkan insiden yang mana lebih serius impaknya kepada umat manusia?
Itulah sebabnya double standard yang diamalkan oleh erusi dan tora adalah begitu ketara sekali.
Mereka mendakwa Injil Kristian adalah korup kerana terdapat beberapa perbezaan ayat manakala mereka boleh menerima ajaran yang mengatakan yang Tuhan telah menipu dan seterusnya menyelamatkan Yesus daripada disalib. Dan akibat daripda perbuatan menipu itu maka terbentunya agama Kristian.
Saya bagi lagi satu analogi.
Apabila En. Zakir menerima wang sebanyak RM10,000 dari En. Naik dengan tujuan supaya kontrak membina jambatan diberikan kepada En. Naik. Orang ramai yang mempunyai etika akan memberi pandangan yang wang RM10,000 yang diterima oleh Zakir adalah wang rasuah.
Tetapi bagi erusi dan tora, wang itu sebenarnya bukanlah rasuah dan sebenarnya adalah untuk satu pembalasan untuk menolong En. Naik mendapatkan kontrak itu. Bagi erusi dan tora, wang itu sebenarnya adalah rezeki yang boleh diterima. Bagi erusi, apabila Zakir menolong Naik, maka adalah biasa bagi Naik memberi wang sebagai pembalasan.
Begitu juga apabila Tuhan menipu orang ramai dengan menukar wajah Yesus Kristus supaya orang lain yang disalib. Kita dengan jelas lihat cara erusi berhujah mempertahankan pandanganya. Beliau dengan tegas mengatakan itu bukan perbuatan menipu..dan cara itu adalah tidak salah...walaupun akibat daripada perbuatan itu telah lahir agama Kristian.
Tetapi pada masa yang sama, erusi begitu tegas sakali mendakwa yang Injil telah dikorup hanya berdasarkan beberapa perbezaan ayat didalam Injil.
Dan erusi dan tora juga akan menggunakan sesetengah ayat didalam Injil hanya untuk membuktikan yang Yesus bukan Tuhan walaupun mereka dengan lantang menegas yang Injil telah dikorup dan tidak boleh dipakai.
Berdebat dengan erusi dan tora bukan senang dan mungkin tidak ada kesudahanya kerana erusi dan tora tidak akan teragak-agak menukar corak hujah mereka apabila mereka menjumpai sesuatu halangan yang tidak boleh dijawab mereka.
Itu sebabnya, dalam berdebat ataupun berhujah...adalah penting untuk menentukan pihak mana yang lebih logik, konsisten dan lebih beretika ketika berhujah. |
|
|
|
|
|
|
|
Luke chapter 1 :
Teofilus yang budiman, Banyak orang sudah berusaha menulis dengan teratur mengenai
peristiwa-peristiwa yang telah terjadi di tengah-tengah kita.
Mereka menulis sesuai dengan yang diceritakan kepada kita oleh orang-orang yang melihat sendiri peristiwa-peristiwa itu dari permulaan, dan kemudian menyiarkan kabarnya.
Setelah saya dengan teliti menyelidiki semuanya itu dari
permulaannya, saya menganggap baik untuk menulis sebuah laporan yang teratur untuk Tuan. Saya melakukan itu, supaya Tuan tahu bahwa apa yang telah diajarkan kepada Tuan memang benar.
INILAH SALAH SATU DARI PULUHAN BUKTI KITAB INI DITULIS OLEH ORNG LAIN DAN BUKAN DITULIS SEMASA JESUS MASIH HIDUP.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|