ye..lagu ketuhanan tidak semestinya dinyanyikan oleh org Islam atau Melayu..ramai penyanyi bukan Islam membawa mesej yang sama dengan cara berbeza..lihat saja Kitaro hanya dengan instrumental membuat kita terasa sayu,hiba, malah sampai tahap menjadi penghubung pada Pencipta..
benarlah bagi yang melihat hanya Dia tiada yang lain melainkan Dia semata2..
hidup ini memang umpama roller coaster..bahkan diri ini adalah manifestasi kewujudan alam..bumi yang berbentuk bulat kitaran kehidupan yang sentiasa berbalik pada pusingannya..sama seperti manusia..segala kewujudan adalah refleksi menunjukkan diri anda...fikir-fikirkan..
silent reader yang lain ramai lagi yang tahu tapi simpan ..."i follow je...:loveli ...
miftahuljamilah Post at 3-1-2011 21:02
biase la tu...kat luar sane pon ramai yg simpan.......yg tau akan tersenyum jerk.
kat fb pon ade ja depa duk kupas2 skit2...ada ramai gak org muda cam aq ni faham dan duk gali2 lagi...
kekdg tu ada yg sampai xley kawal diri, main sedap taip ikut keybord jerk..hehhe
jika begitu...apa guna nya kita d cipta kn sedangkn...dia gerak kn kita...dia tmpat kn kita, d syurga d neraka...
cozack Post at 1-1-2011 05:53
hahaha.. ye ar.. betul la lirik tu.. tidak terpaksa memilih syurga.... jgn kita memilih syurga kerana terpaksa....... hurm amacam hahahaha.....
apa yg mungkin nk disampaikan oleh penulis lirik ni, kita x tau adakah jalan kita ini jalan yg betul2 diredhai Allah.... 73 pintu, 73 jalan.. yg smpai hanya 1 jalan... jadi kita dijln yg mana? adakah semua ahlul sunnah wal jamaah mengikut jalan yg sama?ya yg utama Allah itu Esa.
mungkin itu yg cuba dimaksudkan oleh penulis... adakah jalan kita ini sesat/salah walaupun kita rasakan benar... jadi walauapapun, penulis ckp Aku cinta padamu Tuhan, walaupun jalan yg ku pilih ini mungkin sesat/salah.... huhuhuhuhu
huhu tu yg aku rase, aku pon budak baru belajar kalau salah mintak mencerahan......
Untuk kita mengenal AGAMA adalah dengan Mengenal ALLAH, dan UNTUK kita mengenal ALLAH adalah dengan mengenal DIRI kita sendiri. Jika kamu kenal akan diri, maka kamu akan bertemu dengan dia. Pernah tidak kamu berfikir bahawa kamu itu ujud, bernafas, melihat , mendengar serta berkata-kata. Dan dikurniakan kamu sebutir permata untuk memberi kamu petunjuk dalam kehidupan, gunakanlah permata itu sebaik mungkin.
Tiara simple tapi cukup puitis
Lagu & Lirik: M Nasir untuk kumpulan Kris
Tiara Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam Di malam pesta engkau bisikkan Kata azimat di telinga Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata Engkau jauh meniti puncak menara gading Yang menjanjikan hidup sempurna Tapi aku hanya tunduk ke bumi Hidup tertekan Jika kau bertemu aku begini Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi Di penjara terkurung terhukum Hanya bertemankan sepi Bisakah kau menghargai Cintaku yang suci ini... Oh! Tiara... pedihnya Dapatkah kau merasakan... Bisakah, masih bisakah Engkau hargai cintaku lagi Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya...
TIARA... Oh.!
pernah baca idea ttg lirik lagu ni...antara ingat dan lupa
kisah ttg sepasang kekasih...bercinta kemudian putus membawa haluan masing2
- yg perempuan (TIARA) berjaya dalam pelajaran hingga ke menara gading
- yg lelaki gagal dalam hidup...terlibat dalam gejala sosial (dadah kalau xsalah)...tertangkap dan dibicarakan
di mahkamah...
rupa2nya yg jadi majistret utk kes ini ialah TIARA (bekas kekasih)
terkenang kembali kenangan manis masa bercinta dulu (bait2 di bahagian awal lirik ini)
adakah perasaan sayang dulu dapat mempengaruhi TIARA dalam membuat keputusan terhadap kes ini???
cukup puitis dan memang Anugerah Lirik Terbaik AJL 1991