CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Linglu

Alhamdulillah..Artis Terkenal Filipina Peluk Islam

   Close [Copy link]
Post time 25-11-2011 06:03 PM | Show all posts
yang baru balik haji tu....bila lagi?  semuga segera mendapat hidayah sebelum jambul berbungku ...
flight714 Post at 25-11-2011 17:26


bior aku tempek gambor agar nampak nyata....antara Hajah Rosmah & Queenie Padilla (belum Hajah)....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 08:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Tok_imam at 25-11-2011 20:22
so...????
pyropura Post at 25-11-2011 17:59


Dah tau bod CI ni majoriti dia terdiri dari poremmer Melayu yang beragama Islam , yang percaya Tuhan hanya Satu , yang tak makan babi dan yang tak minum arak macam ko . ko nak join buat apa ?


Tak sama dengan budaya orang kapiaq macam ko , ko pi la kat porem seperti low yat ker , forum danau toba ker yang sama2 terdiri dari orang kapiaq , yang sama2 makan babi , yang sama2 minum arak , yang sama2 percaya pada Tuhan yang trinity.


Kalau ko nak lepak kat sini . ko nak jadi spammer bod Melayu Islam buat apa ? Bukan dapat resepi terbaru itik salai dan resepi babi panggang pun {:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:09 PM | Show all posts
Mana pi puak2 serban salib nie ? Tengok konsert Elton Gay kot ? ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:28 PM | Show all posts
Mana pi puak2 serban salib nie ? Tengok konsert Elton Gay kot ? ehehe
janggutmuda Post at 25-11-2011 22:09


Deme pi jumpa Pope utk mendapat restu kot.
Nasib baik.............Pope kasi satu kissing kat mulut.

Sahih lepaih tu dier makan ikut muntut.
Sebab khuatir berkat itew hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 12:19 AM | Show all posts
Deme pi jumpa Pope utk mendapat restu kot.
Nasib baik.............Pope kasi satu kissing kat mu ...
niceghost2005 Post at 25-11-2011 23:28


Ntah la , depa nak melawat pope ? Jangan2 depa terus meliwat pope ? Bangang punya perangai
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 01:10 AM | Show all posts
Dah tau bod CI ni majoriti dia terdiri dari poremmer Melayu yang beragama Islam , yang percaya Tuhan hanya Satu , yang tak makan babi dan yang tak minum arak macam ko . ko nak join buat apa ?


Tak sama dengan budaya orang kapiaq macam ko , ko pi la kat porem seperti low yat ker , forum danau toba ker yang sama2 terdiri dari orang kapiaq , yang sama2 makan babi , yang sama2 minum arak , yang sama2 percaya pada Tuhan yang trinity.


Kalau ko nak lepak kat sini . ko nak jadi spammer bod Melayu Islam buat apa ? Bukan dapat resepi terbaru itik salai dan resepi babi panggang pun
Tok_imam Post at 25-11-2011 20:15


so, tokey CI bukan kapir trinity pemakan vavi kah...?? so adakah majoriti forummer mulayu boleh mengislamkan mureka?....??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2011 01:16 AM | Show all posts
Depa Cina towkey, tak dak poremmer Melayu mamposs busines depa .


Tapi ko takat batak Indon , datang pun tak di undang nak pergi pun tak di halang .


Apatah lagik kalau ko nak makan vavi panggang . Silakan silakan . Tapi pi la main jauh2
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 02:19 AM | Show all posts
dia ni ikut mazhab apa? setau aku dlm quran takde pun cakap pasal tutup rambut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 06:13 AM | Show all posts
dia ni ikut mazhab apa? setau aku dlm quran takde pun cakap pasal tutup rambut.
adi_iskandar Post at 26-11-2011 02:19


Ko ngaji Quran ikut Satanic Version kot ? Sebab tu tak jumpa bab  aurat bagi wanita .
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 06:55 AM | Show all posts
Kot2 baca Quran pun tak reti . Dah dasar orang kafir atau pun munafik dalam Islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 08:41 AM | Show all posts
AURAT DALAM ISLAM

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.



Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.



antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.



Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.



PENGERTIAN AURAT

                                 
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

                                 
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

                                 
PERINTAH MENUTUP AURAT

                                 
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :                                 
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya.

Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

                                 
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

                                 
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

                                 
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

                                 
Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :

                                 

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.


Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 08:42 AM | Show all posts

ASAS AURAT


                                 
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

                                 
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :


1. Aurat Ketika Sembahyang


                                 
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.


2. Aurat Ketika Sendirian


                                 
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.


3. Aurat Ketika Bersama Mahram


                                 
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

                                 
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.

                                 
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

                                 
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :                                 
1.Suami                                 
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa                                 
3.Ayah mertua                                 
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan                                 
5. Anak-anak suami

                                 
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

                                 
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa                                 
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya                                 
8. Anak saudara dari saudara perempuan                                 
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama                                 
10. Hamba sahaya                                 
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat                                 
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

                                 
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :                                 
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya


a. menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),

b. dan memelihara kehormatan mereka,

c. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,

d. dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka,

e. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,

atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,

atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka,

atau saudara-saudara mereka,

atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,

atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka,

atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,

atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan,


f. dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka,

g. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,


wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

                                 
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:

                                 
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.                                 
2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.                                 
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian

                                 
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram


                                 
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

                                 
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

                                 
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

                                 
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.



5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

                                 
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
                                 
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".



6. Aurat Ketika Bersama Suami


                                 
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

                                 
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.

                                 
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu".


Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu".


Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 08:42 AM | Show all posts

PAKAIAN DALAM ISLAM


                                 
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

                                 
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat                                 
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

                                 
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
                                 
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

                                 
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.                                 
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

                                 
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
                                 
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

                                 
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

                                 
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

                                 
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

                                 

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 08:52 AM | Show all posts
Org Filipina lebih kurang org Melayu di Malaysia. Konservatif dgn agama masing2. Kat sana kalau masu ...
Muntz Post at 24-11-2011 19:46



    filipina adalah sebahagian alam melayu. yg kulit2 berkerak di filipina itu melayu lah jua tapi beragama katolik. filipina bukti jelas melayu tidak semestinya islam spt yg tertanam di benak sesetengah pihak
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 08:53 AM | Show all posts
alhamdulillah....seronok nyeee tgk berita mcm ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 09:04 AM | Show all posts
filipina adalah sebahagian alam melayu. yg kulit2 berkerak di filipina itu melayu lah jua  ...
hzln Post at 26-11-2011 08:52










Negara mana lagi ramai Melayu ? Termasuk ker Thailand , Vietnam . Myamar, Laos dan Kampuchea ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 09:04 AM | Show all posts
bior aku tempek gambor agar nampak nyata....antara Hajah Rosmah & Queenie Padilla (belum Hajah). ...
pyropura Post at 25-11-2011 18:03



Rosmah Hajah Malboro, Queenie Padila bakal haji Mabrur!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 09:09 AM | Show all posts
Rosmah Hajah Malboro, Queenie Padila bakal haji Mabrur!!!!
Peya Post at 26-11-2011 09:04


Silap Najib gak . Yang tarbiyah Rosmah pun dari Tuan Guru Munafik anak didikan Yahudi dan bukan dari Tuan Guru Mursyid yang ilmunya terus menerus dari lidah Nabi .
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 09:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by hzln at 26-11-2011 09:32
Negara mana lagi ramai Melayu ? Termasuk ker Thailand , Vietnam . Myamar, Laos d ...
Linglu Post at 26-11-2011 09:04



    yg sawo2 matang di antara negara india dan china itu tidak kira yg menghuni tanah besar asia atau kepulauan, itu melayu lah jua, di kemboja pun pernah ada kerajaan melayu yg besar, kerajaan champa. btw, istilah melayu di sini disebut secara loose saja, bkn dlm maksud melayu=islam, sbb melayu dahulu sblm kedatangan islam kuat pengaruh buddha dan hindunya. langkasuka contohnya, itu dikira empayar melayu juga walopun agama hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 09:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by adikara2005 at 26-11-2011 09:33
Artis Malaysia macam Fasha Sanda tu patut tersentap tengok berita ni
LisaSurirumah Post at 24-11-2011 19:53


Kalau yang asal ISLAM boleh berpakaian mcm kafir aku tak rasa dia sentap....


vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

                                 
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.075137 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list