|
Supermodel Malaysia, Shida Yaakob meninggal dunia
[Copy link]
|
|
oh masa zaman me kalau beli majalah wanita... mmg muka beliau jer.... dah ninggal dah ye... |
|
|
|
|
|
|
|
paling suker dier masa iklan eye mo..mmg cantik mata dier..
al-fatihah utk arwah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni amik dari blog http://sayasukacupcake.blogspot. ... -shidah-yaakob.html
sedih baca tapi semua sudah ketentuan Allah
Assalamualaikum
SEMALAM, 11 April 2012, kira-kira jam 4.00 subuh, seorang lagi teman, Shida Yaakob kembali ke rahmatullah kerana sakit leukimia. Al-Fatihah.
Saya mula mengenali Shidah ketika ditugaskan mengendalikan ruangan fesyen (untuk majalah Jelita) sekitar tahun 1994 dan ketika itu Shidah juga masih baru dalam dunia peragaan. Orangnya memang cantik, berwajah Melayu klasik. Susah hendak cari wajah secantik ini, begitu 'mesra kamera'. Ambillah dari arah (angle) mana pun, Shidah tetap anggun. Dan juga sangat suka bekerjasama dengan Shidah kerana dia tak banyak kerenah dan sangat menepati waktu. Kalau ada shooting outstation saya mesti panggil Shidah kerana tahu model yang satu ini tidak akan membuat saya tertunggu-tunggu.
Apapun, saya terputus hubungan dengan Shidah apabila berhenti dari majalah. Memang kami saling tidak sempat bertanya khabar kerana sama-sama sibuk dengan dunia masing-masing. Jadi, apabila menerima berita kematian Shidah pagi tadi, saya terdiam!
"Shidah Yaakob?"
Teman mengiyakan. Sesaat itu juga saya terbayang saat bersama Shidah dan Jelita. Sekali lagi al-Fatihah buat kawan yang baik ini. Tak sangka sungguh arwah menghidap sakit yang sangat fatal, Bukan tak sangka itu bukan bermaksud saya menolak ketentuan takdir. Tapi Shidah yang saya kenal ini sangat sihat walafiat, periang dan positif. Masa bila pula dia sakit setenat itu?
Terkilan sangat kerana tidak sempat menziarah arwah. Sebenarnya, kalau diberitahu memang saya tidak akan tunggu-tunggu. Bab sakit bukan boleh dibuat main. Tapi kata teman model, Suhara, yang juga BFF arwah, memang Shidah tak suka bercerita mengenai penyakitnya itu.
Apapun, malam tadi saya bergegas ke Armani apabila Suhara memberitahu ada majlis tazkirah dan tahlil untuk arwah. Saya memang nak bertemu saudara mara arwah. Hajat bertemu ahli keluarga arwah tercapai juga.
captions: ihsan FB Butik Shenadz D'Wangga
Sebaik sahaja ustaz selesai bertazkirah saya mendekati seorang wanita yang wajahnya mirip arwah. Polos saya bertanya, "adik Shidah?"
Si wanita angguk.
"I kak Jun, dulu selalu shooting dengan Shidah."
"Oh! ya...ya...dia selalu cerita pasal kak Jun. Saya Syaili, adik dia," (dan terus peluk saya). Menangis.
Saya sebak sebab suara Syaili dan Shidah hampir sama. Lengguk dan gayanya pun serupa.
"Mak ni kak Jun," kata Syaili kepada emaknya.
"Oh! Jun. Tahu...tahu. Dulu dia ada selalu sebut pasal Jun."
Tak sampai hati hendak pandang lama-lama wajah si emak. Masih ada sembap di matanya. Syaili pun sama. Katanya, arwah diserang leukimia pada 2010. Awalnya arwah cuma berasa tidak sedap badan dan diikuti tanda lebam-lebam di beberapa bahagian badan. Apabila sakit semakin ketara, arwah terus ke pusat rawatan pakar dan disahkan menghidap leukimia (yang biasanya hanya menyerang kanak-kanak).
Apabila penyakit semakin kritikal, Syaili mendermakan air tulang sum sum (harap term perubatan ini betul ya) kepada kakaknya itu dan alhamdulillah, arwah terus sihat walafiat. Sedikit pun keluarga tidak meyangka penyakit kembali berulang dan beberapa minggu lepas, sekali lagi Syaili menjadi penderma kepada kakaknya itu. Namun, pembedahan kali ini tidak berjaya.
Kata Suhara, lewat Jumaat lepas kawan baiknya itu sudah semakin lemah tapi langsung tidak mahu mengalah. Apabila dicadangkan berubatan alternatif (syifa) arwah bersetuju sahaja. "Sapa tak mau baik Beb."
Apapun, takdir menetapkan Shidah pergi juga menghadap Illahi. Kata Syaili sejak selepas Isyak kakaknya itu mula sesak nafas. Malam itu, giliran Syaili dan emaknya menjaga arwah. Suami berehat sekejap. Ketika itu Shidah yang tidak berdaya bercakap lagi tetap mahu memberitahu ibunya yang dia sangat sayangggggg ibu.
(.....ketika ini airmata Syaili bergenangan)
"Emak pun bagitahu kakak, dia sudah ampunkan semua kesalahan kakak dan menghalalkan semua air susu dan makan minumnya."
Dan, Shidah pun menghembuskan nafas yang terakhir sebaik sahaja selesai mendengar perakuan kasih, sayang dan cinta ibunya itu. Kata Syaili, kakaknya pergi sangat senang dan tenang sekali. Macam orang tidur sahaja.
Ternyata, Allah SWT telah menetapkan, hamba-Nya yang satu ini hanya menghuni bumi ciptaan-Nya selama 41 tahun saja. Kini wanita berkebaya putih dan berkerudung renda ini sudah tiada.
Saya masih terbayang-bayangkan Shidah. Cara dia bercakap....cara dia ketawa....cara dia tersenyum....cara menjeling-jeling ketika memperaga.
Banyak sungguh gambar kami berdua. Saya mahu bongkar kembali kotak lama untuk mencari 'kenangan yang satu ini'.
Begitulah kesudahan hidup kita. Dua hari lepas, 10 April 2012, saya menyambut harijadi dan tidak sangka pada tarikh berselang sehari, Shidah pergi. Dulu dulu, dia antara orang pertama yang akan mengucapkan 'Happy Birthday Kak Jun'.
Kini, tiada lagi wajah yang sangat manis dan ayu ini.
Akhir kalam, al-Fatihah buat arwah Shidah. |
|
|
|
|
|
|
|
salam everyone... im from her family.. arwah shida yaacob dah selamat kebumi b4 zohor td.. lukeimia ...
poison_iivy Post at 12-4-2012 01:39 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
thank you poison |
|
|
|
|
|
|
|
mak teh suka tgk muka dia ni. dalam mid 90's muka dia selalu sangat masuk majalah2 tempatan ruangan fesyen.....antara muka melayu yg eksotik, saingan hebat tengku azura la waktu tu. time tu kita disogok dgn model2 caucasian atau mix saja.... |
|
|
|
|
|
|
|
lupa nak cakap....al fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin |
|
|
|
|
|
|
|
ni amik dari blog
sedih baca tapi semua sudah ketentuan Allah
Assalamualaikum
SEMALAM, 1 ...
vanilacup Post at 12-4-2012 13:16 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
terharu ku membacanya.....![](static/image/smiley/default/innocent0001.gif)
salam takziah sekali lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah...
trbayang2 jgk wajah arwah neh... |
|
|
|
|
|
|
|
al-fatihah.,muka cantik seperti wanita melayu trakhir. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah dan alfatihan utk arwah dan keluarganya. Kenallah kalau arwah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah..moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 177# Balbo_II
no brainernyeee pembukaan ayat ko ni mat... tak baikla menghina ciptaan Allah.. penutup ayat tau lak berdakwah2 ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni amik dari blog
sedih baca tapi semua sudah ketentuan Allah
Assalamualaikum
SEMALAM, 1 ...
vanilacup Post at 12-4-2012 13:16 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sedih..meman sedih! Terharu dan hampir nak menitik airmata nie bile baca part ibu yg menghalalkan segala makan minum dan susu badan yg diminum arwah.. Touching sesgt! Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Inna lillahi wainna illaihi roji'un.. Al Fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Balbo_II
no brainernyeee pembukaan ayat ko ni mat... tak baikla menghina ciptaan Al ...
wi_haryati Post at 12-4-2012 14:10 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Betul cakap haryati..Astaghfirullahalanzim...
Takziah utk keluarga Allayarhamah..
Innalillahiwainnailahirojiun..Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita akan dikembalikan..
Kita semua adalah Calon Jenazah..tak tau bila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Balbo_II
no brainernyeee pembukaan ayat ko ni mat... tak baikla menghina ciptaan Al ...
wi_haryati Post at 12-4-2012 14:10 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
xde rr...aku belajo perkataan nie pung dari seripah aini dulu2 tue...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah.. terkejut jugak bila tau arwah da meninggal sebab selalu nampak die dalam mag lama2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|