agogo This user has been deleted
|
org bukan apa...yelah ramai org melayu sekalipun yg tak tau pasal salasilah Melayu ni so bila filem dibuat ikut kreativiti saja dan ubah benda-benda yang penting tu scary la..nanti kita tersilap fakta & sejarah. Biarlah dikatakan myth atau apa, tapi benda tu dah ditulis macam tu dalam sejarah melayu sebaiknya kita buat lah jalan cerita yang tak lari jauh sgt dari fakta dlm buku tu. org rasa kita mmg kena kreatif nak menokok nambah jln cerita tapi jgn sampai jln citer tu tak relevant langsung bila dibandingkan dengan sejarah melayu. nanti org ramai tersilap faham ttg sejarah melayu ni....
wbgpun org bangga dgn PGL ni. tiap kali org dgr radio ad lagu asmarada tu org happy gak sbb mana ada filem malaysia yg lain yang mampu buat ad sekerap tu. org bangga sbb PGL akan ditayang ke merata dunia. org tabik spring kat produser citer ni sbb dah buka jln bg filem M'sia di tonton oleh penduduk bumi ni. TAHNIAH:hatdown:
org pun sure gi tgk PGL kat wayang.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sabar nak nengok
tu jer aku nak cakap kekekekeke:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Looking forward to watch this movie.
Hopefully not only orang Melayu yang gi tengok filem ni nanti.
Orang-orang macam Yusuf Haslam & Metrowealth and the rest in the industry could learn something here...jangan asyik buat filem cinta je, Sembilu 2005,2006, sampai Sembilu 2020....cerita Sembilu kat TV tu pun ahkak tak lalu nak tengok.
Thumbs up Tiara, bukan sedikit wang yang dibelanjakan untuk filem ni. Sekurang-kurangnya dapat mengangkat mertabat filem Melayu jangan berkiblatkan kisah cinta picisan dan lawak murahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by concepcion at 2-8-2004 13:22:
..betul cakap ko tu gaia.. tapi betul gak cakap si agogo tu.. aku ingat kena lah balance.. aku rasa orang filem boleh fictionalize sebanyak yang diaorang nak tapi mungkin beberapa jalan cite ...
Dalam filem ini...bukan Sulta Mansur Shah....sebaliknya Sultan Mahmud Shah yg kehilangan Melaka kepada Portugis......sumber lama mengatakan kisah PGL adalah di zaman Sultan Mansur Shah....dalam hal ini pun aku tak berapa setuju...faktasejarah menjadi agak kucar kacir.....tapi sepertimana kata mereka yg dah menontonnya....tonton filem ini sebagai satu filem....dan bukan rujukan sejarah......terpulang kepada kita masing2 nak setuju atau tidak....taknak setuju pun kita tak salah....setuju pun tak salah juga.....
Originally posted by Sofea at 5-8-2004 16:49:
Orang-orang macam Yusuf Haslam & Metrowealth and the rest in the industry could learn something here...jangan asyik buat filem cinta je, Sembilu 2005,2006, sampai Sembilu 2020....cerita Sembilu kat TV tu pun ahkak tak lalu nak tengok....
PGL pun sebuah filem Cinta... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tak sabar nak tonton filem nih. antara film melayu yg betul2 buatkan aku tertunggu2. Crossing my finger now, hoping to see it in the "Best Foreign Picture" kat Oscar :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 6-8-2004 03:27 PM:
Dalam filem ini...bukan Sulta Mansur Shah....sebaliknya Sultan Mahmud Shah yg kehilangan Melaka kepada Portugis......sumber lama mengatakan kisah PGL adalah di zaman Sultan Mansur Shah....dalam h ...
Cinta, yes but not Yusof Haslam or Metrowealth's style and no Erra Fazira & Yusry |
|
|
|
|
|
|
|
Puteri Gunung Ledang - Sertai Festival Filem di Venice
Puteri Gunung Ledang (PGL) filem epik tempatan termahal yang diterbitkan dengan kos RM20juta (termasuk promosi), telah dipilih untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Venice ke-61 di Venice yang akan berlangsung pada 1 hingga 11 September ini. PGL yang merupakan satu diantara 200 buah filem yang berjaya menyertai festival ini juga telah dipilih untuk ditayangkan kepada 200,000 delegasi dari seluruh dunia pada malam The Great Spectacular Midnight pada 5 September.
Bercakap pada sidang akhbar PGL malam kelmarin, Datuk Shazalli Ramly yang merupa salah seorang penerbit filem berkenaan berkata;
``Kejayaan PGL menyertai festival ini merupakan satu kebanggaan bukan sahaja kepada Enfiniti Production Sdn. Bhd.,malah kepada Malaysia kerana ia bukanlah mudah untuk menyertai pertandingan yang bertaraf dunia.
``Bukan itu saja, dengan pemilihan ini secara tidak langsung akan dapat membuka mata penerbit filem luar terhadap filem Malaysia khususnya filem Melayu.
``Pihak kami akan menggunakan segala peluang ini bukan sahaja untuk memperkenalkan filem Melayu malah kami akan cuba memasarkannya dan menayangkan di pawagam-pawagam di Eropah dan Amerika Utara.
``Apa yang kita tahu cuma 500,000 rakyat Malaysia yang menonton di pawagam. Jika seorang membeli tiket berharga RM10 kami cuma mendapat RM5juta sedangkan kos penerbitan dan promosi mencecah angkat RM20juta. Jadi kami berharap dengan peluang ini PGL akan dapat menembusi pasaran luar negara.''
Menurut Shazalli, selain terpilih menyertai festival ini pengarah filem berkenaan, Saw Teong Hin juga akan bertanding bagi kategori Pengarah Harapan.
Katanya, dalam usaha memastikan malam di mana PGL ditayangankan menjadi satu malam yang hebat dan menarik kepada delegasi, pihaknya kini sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan kerajaan.
``Bantuan yang kami perlukan bukanlah dari segi kewangan sebaliknya kami mahukan tenaga kerja untuk sama-sama mengendalikan malam tersebut.
``Saya bercadang untuk memulakan persembahan dengan silat dan tarian. Diharap pihak kerajaan bersedia membantu dari segi tenaga kerja kerana secara tidak langsung persembahan itu bukan sahaja mengenalkan PGL malah yang lebih utama adat budaya di Malaysia.
``Lihat sahaja New Zealand bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong selepas filem Lord Of The Rings menjalani penggambaran di sana, malah ia juga menjadi lokasi filem-filem barat.
``Itulah yang kami impikan agar Malaysia menjadi lokasi dan destinasi orang luar setelah menyaksikan filem ini,''kata Shazalli.
Selain festival filem di Venice, PGL juga telah diundang untuk menyertai Festival Filem Toronto.
PGL yang dilakonkan oleh Tiara Jacquelina, M. Nasir, Datuk Rahim Razali, Amin Adlin Aman, Alex Komang dan Christine Hakim akan ditayangkan di 35 buah pawagam tempatan mulai 31 Ogos ini.
SUMBER : http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_02.htm |
|
|
|
|
|
|
|
PGL - Tiara belajar daripada pembantu rumah
Oleh ABD. AZIZ ITAR
Tiara Jacquelina.
TENTU ramai peminat filem Melayu yang tidak sabar menantikan tayangan filem Puteri Gunung Ledang (PGL) pada 31 Ogos ini.
Pelakon utamanya, Tiara Jacquelina yang melakonkan watak Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah iaitu watak Puteri Gunung Ledang juga berdebar-debar menantikan saat itu.
Sembilan bulan menjalani penggambaran, tentu saja Tiara teruja menantikan reaksi penonton.
``Segala usaha sudah dilakukan termasuk mempelajari bahasa Jawa daripada pembantu rumah saya,'' kata Tiara memulakan bicara di sebalik pembikinan filem besarnya yang menelan kos RM15 juta itu.
``Melakonkan watak Gusti Putri sebagai Puteri Majapahit, saya bukan sahaja perlu teliti daripada segi penampilan tetapi juga dalam soal bahasa.
``Saya terpaksa belajar bahasa Jawa daripada pembantu rumah saya, Yuni. Kebetulan dia orang Jawa. Untuk melancarkan pertuturan, sepanjang sembilan bulan penggambaran PGL, saya mempraktikkan bahasa itu walau pun di luar lokasi,'' cerita Tiara.
Watak Gusti Putri juga memerlukan Tiara menari tarian Kraton. Untuk itu kata Tiara, dia mempelajari tarian itu daripada Mbak Kurniadi, guru tarian Kraton dari Indonesia.
Pelbagai kepakaran digabungkan dalam PGL. Antaranya dalam urusan penyediaan kostum dan set lokasi bagi menjadikan filem arahan Saw Teong Hin itu sebuah karya yang bermutu.
Untuk kostum Gusti Putri sahaja, ia direka khusus sebanyak lapan pasang.
``Kesemua kostum Gusti Putri saya tempah khas dari Mahyuddin Sidik, 29, atau Dino. Kostum tu kita tidak buat sesuka hati kerana Dino buat penyelidikan di Indonesia terlebih dahulu sebelum mereka ciptanya.
``Dino juga mencipta kostum pelakon lain dalam PGL termasuk kostum Sofia Jane yang melakonkan watak Tun Teja.
``Aksesori, kasut, selendang dan peralatan lain juga ditempah khas. Semuanya serba baru,'' kata Tiara.
Dino dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab mereka cipta keseluruhan kostum pelakon PGL.
Jelas Dino, dia mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan kostum pelakon PGL yang secara keseluruhannya berjumlah lebih RM140,000.
``Kostum untuk watak Gusti Putri sahaja menelan kos RM450 setiap satu dan ia tidak termasuk kos aksesori.
``Setiap satu kostum watak Gusti Putri memerlukan dua meter kain tenunan yang dibeli khusus di Indonesia,'' ujar Dino.
Kata Dino lagi, dia juga mereka kostum untuk watak Tun Teja sebanyak lapan pasang. Setiap sepasang pakaian itu bernilai RM450 dan ia tidak termasuk aksesori yang lain.
``Watak Hang Tuah pula menggunakan 15 kostum. Terdapat satu adegan dalam filem ini di mana Hang Tuah terpaksa bertukar kostum sebanyak lima kali.
``Untuk adegan itu sahaja, saya mereka kostum yang sama sebanyak lima pasang.
``Selain itu, saya juga mereka cipta lebih kurang 500 kostum yang digunakan oleh askar-askar Demak untuk filem ini,'' kata Dino ketika dihubungi.
Selain Dino, sebagai penerbit PGL, Tiara turut menggunakan khidmat Hazmizar Ithnin, 29, sebagai pereka set.
Hazmizar mengambil masa dua bulan menyiapkan sebuah istana di Batu Pahat, Johor sebagai set lokasi PGL.
``Saya mereka sebuah set Balai Penghadapan sebuah istana Melayu lama dengan keluasan kira-kira 400 kaki kali 600 kaki persegi.
``Selain itu, saya juga mereka dua set Balai Penghadapan istana lama yang dibuat di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Stadium Shah Alam, Selangor.
``Tujuh orang pengukir khas didatangkan dari India untuk menyiapkan set bahagian depan istana yang saya reka itu dengan dibantu oleh 30 petugas tempatan,'' kata Hazmizar.
Tiara berharap PGL bakal membuka lembaran baru dalam industri perfileman tempatan.
``Saya harap PGL akan capai matlamatnya iaitu menaikkan imej filem Melayu. PGL menjanjikan yang terbaik. Saya sudah memberikan apa yang mampu saya berikan,'' ujar Tiara lagi.
Setinggi harapan Tiara, tinggi juga keyakinannya apabila tanpa ragu-ragu dia kini sedang mengusahakan PGL agar dapat mewakili negara ke Festival Filem Cannes, Perancis.
SUMBER : http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_01.htm
Setinggi harapan Tiara, tinggi juga keyakinannya apabila tanpa ragu-ragu dia kini sedang mengusahakan PGL agar dapat mewakili negara ke Festival Filem Cannes, Perancis.
Yang ini....aku sangsi....pesal....kalau dah sertai Venice Film festival macmana nak sertai Cannes pula....pesal festival2 filem yg besar camnie...diorang nak filem yg menyertai diorang tuh FRESH habis....memang dah jadi syarat kalau nak sertai ia mesti TIDAK MENYERTAI MANA-MANA FESTIVAL ANTARABANGSA YANG LAIN.......means...kalau dah sertai Venice...tak boleh lah nak sertai Cannes lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
PGL ke Venice
Oleh Akmal Abdullah
PEMILIHAN filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL) ke Festival Filem Antarabangsa Venice Ke-61 di Itali pada awal bulan depan adalah satu ruang untuk mempromosikan sinema Malaysia terutamanya kepada masyarakat Eropah, sekali gus mampu menjadi perintis kepada usaha membawa filem tempatan ke pentas dunia.
Ia juga satu permulaan mengejutkan dan harus membuka mata banyak pihak di negara ini, lebih-lebih lagi membuktikan aspek perfileman sebenarnya turut berperanan penting menjadi ejen diplomatik dan wadah memperkenal seni budaya bangsa Malaysia.
Bukan mudah bersaing dengan 1,892 filem dari seluruh dunia untuk layak dipilih menyertai festival berkenaan, lebih-lebih lagi diberi peluang untuk muncul dalam satu acara eksklusif pada malam penghormatan bersama lebih 20,000 ahli delegasi yang berkumpul pada festival itu.
PGL bukan sekadar layak diterima bertanding bagi kategori sutradara malahan ia dipilih bersama 71 filem lain yang layak ditayangkan dalam tempoh 11 hari festival itu berlangsung. Lebih membanggakan, PGL dipilih bersama empat filem lain untuk sesi malam penghormatan menerusi acara The Great Spectacular Midnight Films pada 5 September ini.
Festival itu adalah salah satu daripada 10 festival bertaraf antarabangsa paling berprestij di dunia dengan syarat pemilihan untuk kelayakan menyertainya dibuat secara ketat. PGL mencipta sejarah sebagai filem pertama dari Malaysia menyertai Festival Filem Antarabangsa Venice dan untuk tahun ini, ia mewakili filem dari Asia Tenggara.
Ia turut mencatat kejutan sebagai filem cereka termahal dalam sejarah industri filem di negara ini yang bermula sejak 1933. PGL arahan Saw Teong Hin dihasilkan dengan bajet RM20 juta, termasuk RM4.5 juta bagi tujuan promosi.
Meskipun Puteri Gunung Ledang akan menemui penonton di tanah airnya sendiri menerusi 35 pawagam bermula 31 Ogos ini, berita yang mengesahkan filem itu layak bertanding dan diberi penghormatan di Venice bukan calang-calang peluang. Ia harus dimanfaatkan sebaik-baiknya termasuk membina hubungan dengan penerbit dan karyawan filem dari seluruh pelosok dunia yang berkumpul di sana.
Rangsangan dan sokongan daripada kerajaan terutamanya Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan Kementerian Pelancongan, selain Kementerian Penerangan harus diberikan kepada pengurusan PGL kerana seperti kata penerbit eksekutifnya, Datuk Shazalli Ramly, pemergian filem itu ke Venice bukan lagi atas lesen sebuah filem terbitan pihaknya tetapi atas nama negara sejajar slogan Malaysia Boleh!
揔ita menerima peluang ini lebih daripada apa yang kita harapkan. Malam PGL di Venice nanti akan jadi malam persembahan untuk Malaysia. Kita akan usahakan untuk beri persembahan menarik pada pengisiannya. Kita memerlukan sokongan kerajaan kerana ini adalah imej negara.
揇engan kejayaan menyertai festival ini, kita sangat berharap rakyat Malaysia berbangga dan mengambil peluang untuk menonton PGL apabila ia mula ditayangkan bermula 31 Ogos ini. Ambillah semangat ulang tahun Hari Kebangsaan kita yang ke-47 untuk menonton filem epik yang berlatarkan sejarah dan legenda. Kita cuma mengharapkan sokongan rakyat Malaysia, bukan saja penonton Melayu tetapi semua kaum kerana ini filem Malaysia.
揊ilem ini hadir bukan dengan cara yang mudah, kita bekerja keras dan laburkan banyak wang semata-mata mahu memberikan yang terbaik. Kita sudah belanja RM20 juta. Kita mahu membuktikan anak watan juga boleh hasilkan yang baik dan setanding filem hebat dari luar negara.
揗emanglah jika hendak difikirkan kutipan di pawagam di negara ini, ia tidak akan mampu kutip sampai balik modal tetapi kita akan membawa filem ini untuk pasaran ke luar negara. Kita kena mulakan dan ini adalah permulaan. Jika ia berjaya, kita berazam akan terus hasilkan beberapa filem lagi pada masa akan datang.
揚enonton filem tempatan tidak ramai, iaitu sekitar 500,000 penonton dan jumlah pawagam juga tidak banyak. Kita berharap akan muncul lebih ramai penonton filem Malaysia di pawagam apabila PGL ditayangkan kelak. Sebab itu kita buat promosi besar-besaran sebab kita mahu rakyat pergi menontonnya, pergilah ke pawagam.
揚eluang di Venice adalah penghormatan yang amat dibanggakan dan memberi dorongan kepada kita untuk terus berusaha. Kita gembira kerana turut mendapat sokongan media di Itali termasuk dalam siaran televisyennya dengan slogan 慚enerokai rahsia filem Malaysia, satu percubaan yang bergaya...
揚emilihan rasmi PGL ke festival di Venice adalah suntikan baru buat masa depan filem Malaysia, |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ada orang feel weird tak kenapa Malaysia ada begitu banyak kuda pada masa silam tapi hari ini........ tak berapa jumpa sangat... Kecuali kat zoo.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawlah dier.....:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
x sbr tunggu PGL nie....
tgk iklan die pun dah teruja...
ayat2 pujangga dier pun mcm menarik...
terasa mcm bahasa melayu asli dah kembali....
Good Job,bg skit director2 lain celik skit mata tue....
:solute: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Carl_Lewis at 8-8-2004 01:59:
Tapi ada orang feel weird tak kenapa Malaysia ada begitu banyak kuda pada masa silam tapi hari ini........ tak berapa jumpa sangat... Kecuali kat zoo..
me also feel weird......pelik kan.....tapi its just a fiction.......
Bagaimanapun difahamkan bahawa...scene pnunggang berkuda(riders of rohan :pmuka: ) tuh adalah pasukan tentera Demak yang sedang berperang di Majapahit...ia bukan di tanah Melaka....if I'm not mistake....Damak nie kat sebelah luar dari Johore punya offshore......maybe kat sana ada kuda kots ? entahla.....
[ Last edited by GAIA on 8-8-2004 at 06:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
my friend dah tgk citer nih... yg lom edit punya... dia ckp citer nih tak macam citer malaysia... cinematography mmg bagus... kira citer nih promote malaysia gak laa... byk tempat yg cantik kat mesia nih... jalan citer bosan sket... menurut dia laaa... sbb dia tak minat cite2 mcm nih... my friend nih chinese... tapi still dia kata mmg lain laa dr filem2 malaysia seblom nih... aku pun tak sabar nak tgk... kalau tak rasa rugi jer nak tgk wayang cite melayu kat panggung...
[ Last edited by juya79 on 9-8-2004 at 04:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
wah...kawan kor kerja dalam penerbitan filem tuh ker ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 9-8-2004 09:46 PM:
wah...kawan kor kerja dalam penerbitan filem tuh ker ?
yup... diorang ckp tiara baik... peramah... aku tak penah la cakap ngan dia... tapi slalu gak la bertembung ngan tiara and sifu... tapi sofea jane aku x nampak lak... pelakon2 lain aku x kenal...
dah tgk lom pgl nyer website... cool gak... |
|
|
|
|
|
|
|
sunday ari tu aku gi bukit jalil..
NTV7 bukak booth + jual t shirt PGL...
hmm.... RM30 berkolar + hanya ada embroidery puteri gunung ledang kat dada belah kiri... that's all... " we want it to be simple + original t shirt." kata awek cun yg jaga booth tu... " tak sesuai la kalau letak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aYuGiLeR at 2004-8-10 02:27 PM:
sunday ari tu aku gi bukit jalil..
NTV7 bukak booth + jual t shirt PGL...
hmm.... RM30 berkolar + hanya ada embroidery puteri gunung ledang kat dada belah kiri... that's all... " we want it ...
itu time hang tuah lawan gusti adipati la tu
yg iklan PGL versi panjang kt ntv7 siap tunjuk muka dian sastrowardoyo lagik |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus...........PGL !
TERUSKAN ................ |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tak sabar jugak nak tgk citer nie, aku tgk iklan dia pun nampak berbeza dia punya cara penggambaran. macam menarik sgt, aku rasa inilah filem melayu yang kalau pergi tgk kat panggung sememangnya tak merugikan....agaknyerla kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|