CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
Post time 28-11-2007 02:52 PM | Show all posts
tuan rumah  dah .P.A...MISS SEROJA...psst tunggu seroja sambung lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2007 03:05 PM | Show all posts
P.A demam la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 04:40 PM | Show all posts

Reply #1982 seroja's post

demam pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 07:34 PM | Show all posts
:handshake: SALAM
lama tak masuk... PC sy tnat dlm ICU baru sekarang ni sehat  
alhamdulillah tn rumah dah kembali
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:07 PM | Show all posts
hoccay... .demam pun demam la.
cerita bersambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:47 PM | Show all posts
"Sunyi yer kat sini" aku mula berbicara.
"Malam memang sunyi bang, sebab kanak-kanak tidak dibenarkan keluar"
" Oh gitu, eh teruskan makan, Malam tak de orang kacaukan, tambahan pulak di bulan puasa ni.Masing-masing dah berat"
"Eh, rumah kanak-kanak kebajikan ni diorang tempatkan budak yang macam mane?" Sekarang aku memulakan sessi pertanyaan.
"Macam-macam ada bang. Ada yang lari dari rumah, ada yang kena rogol sedara sendiri, ada yang keluarga mereka tak mau bela, ada yang baby dibuang"
"oooh gitu...Kesian yer.."balasku setelah dia memberi penerangan.
"Tadi petang saya lalu kat sini ,saya tengok ramai yang berhimpun kat pintu pagar ni?"Tanya lagi.
"Setiap kali puasa dan setiap hari diorang memang macam tu.Diorang mintak belikan makanan untuk mereka makan"
"Berapa sebulan mereka dapat wang elaun" soalku lagi
"Mana ada bang...Kekadang ada jugak orang yang lalu menghulurkan duit, dan kalau mereka ada sedara yang datang melawat adalah mereka dapat duit dan duit tu pengetua pusat ni akan ambil untuk disimpan.Bila mereka keluar nanti duit simpanan tersebut akan diberi semula."
Tapi kebanyakkan mereka akan menyorokkan duit tu untuk beli barang apa yang mereka ndak. Kekadang ada yang bergaduh sebab duit mereka di curi oleh kekawan lain.
Yalah,...yang melayu puasalah tapi yang bangsa asing macam mane pulak kan. Tulah sebabnya mereka akan berhimpun kat depan "gate" ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2007 10:48 PM | Show all posts
rdzaccess says :

Ni aku tulis sekali bersambunglah yer sebab aku tak tau dah, kalau tulis " hari satu, hari dua"...macamtu...bolehkan...tak boleh kira bolehlah jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:49 PM | Show all posts
Aku sempat juga bermesra dengan beberapa kanak-kanak di situ. Pada mulanya mereka seakan takut juga.Tetapi lama-kelamaan terasa mesra juga.
Mereka ada yang manja dan ada yang hanya melihat dari kejauhan dengan mata yang redup.
Kebanyakkan mereka rata-rata ada sifat degil dan menyendiri.Ada yang macam tomboy dan ada yang juba juga untuk menjadi seperti gadis terakhir.
Ku perhatikan semuanya.Terdapat kanak-kanak yang berkaki ayam sahaja dan ada yang memakai kasut yang koyak.
Aku ajukan beberapa pertanyaan berkenaan perasaan tidak puashati aku terhadap penampilan mereka.
"Adik, mengapa adik tak pakai selipar?" soal ku pada satu kali itu.
Dengan lemah lembut ( atau dengan lemah mengikut intonasinya), dia menjawab, "selipar dah putus."
"Kenapa tak beli lain?". Dia mendiamkan diri.
Ada yang aku lihat, badan mereka ada kudis. Aku merapati budak perempuan ini.Umurnya dua belas tahun.Aku bertanya kepadanya pula,"Kenapa tangan adik tu?"
Dia membalas," sakit" "Bak mai acik tengok" , dan dia menghulurkan tangannya.Di celah-celah jarinya kedapatan kudis seakan tidak mau sembuh.Luka tersebut dilumuri ubat biru.Ada tanda kemerahan yang menunjukkan ada sedikit kesembuhan dan ada juga sedikit infeksi.
Aku mencapai beberapa helai daun setelah memastikan innya mempunyai kandungan antibiotik dan aku melumurkan kea atas lukanya ssetelah dilumatkan.
Dia mengaduh kecil.Kemudian ku lihat dia menggaru di tepi badannya." Ha...kenapa dengan badan, gatal?" Dia menggangguk,"ada kudis" dan menambah.
"Banyak ke kudis?" soal ku dan dia menunjukkan beberapa tempat yang hampir di keseluruhan tubuhnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2007 10:50 PM | Show all posts
Wah ini sudah teruk. Ada beberapa kanak-kanak yang serupa.
Ada satu lagi pada pengamatan ku bahawa mereka banyak kutu.Sampai dari dua meter jarak boleh nampak pemutihan telur kutu di rambut mereka.
Tergaru-garu mereka apabila kutu mengetip.Kebanyakkan mereka berambut pendek macam lelaki. Dengan muka "season" kalau tidak kerana ada ketumbuhan kat dada tu susah jugak nak tau yang mana lelaki dan yang mana perempuan.
Betapa susahnya kehidupan mereka dan aku rasakan ia bagai penjara buat kanak-kanak yang menginginkan kebebasan;bebas untuk mendakap sesorang yang disayangi dan perlukan manja dan belaian.


to be continued...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 01:56 AM | Show all posts
Terima kasih kepada Seroja kerana rela menyambung cerita.
Terima kasih kepada Forumers Setia.
Esok saya akan ke Bankok, Thailand.
Berapa lama berpergian tidaklah diketahui.
Tujuannya adalah mencari sesuatu....biasalah kan.,...kan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 02:07 AM | Show all posts
alaa.. up, up and away lagii..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 02:12 AM | Show all posts

Salaam.
Bebanyak-banyak terima kasih kepada forumers yang termakan cili dan terasa sendiri pedasnya...He..he...he...
Ini adalah kerana telah menghantar situs yang amat menarik berkenaan pengalaman yang berlaku ke atas diri sendiri.
Namun ada situs yang dikirimkan adalah tergantung tanpa penyelesaian.
Walaubagaimanapun saya cuba mengolah seberapa baik mungkin dan nama-nama yang telah diubah bukanlah untuk
memalukan ataupun ada kena mengena dengan sesapa jua yang hidup atau yang telah tiada.
Kekadang masih belum terlambat untuk mengalihkan perjalanan kehidupan.
Satu cabaran penulisan dan mungkin akan memakan banyak waktu kerana harus mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari
mereka yang arif dan pernah menghindarkan musibah yang melanda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 02:13 AM | Show all posts
CERITA DARI ORANG YANG EMPUNYA CERITA
   
Masa aku umur 7 tahun,,.
Pada suatu hari tu aku heran sebab abah tak ada.

Aku tanya pada mak, abah di mana?
Mak kata abah kena tahan kat hospital. Mak kata abah sakit.
Kalau mak aku explain panjang lebar pun, bukannya aku paham .
Karang lagi aku tanya banyak soalan, mak aku pulak pening.
Aku ingat abah sakit biasa2 je, cam demam ke, terjatuh ke..sebab pagi tu dia ok je.
___________________________________________________________________15
Surah Al Ikhlas- akan menyelamatkan pembacanya dari kesusahan dunia, sakratul maut, kegelapan kubur dan kesusahan kiamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 02:14 AM | Show all posts
Mak bawa aku ke hospital Batu Pahat (masa tu hospital lama, sekarang dah hospital baru ada kat tempat lain).
Abah kena masuk wad ICU. masa tu aku tak tau pun ICU tu apa,
Aku cuma boleh jenguk dari tingkap je, tu pun jauh, sebab aku bawah umur masa tu.
Aku nampak abah, baring aje atas katil.
Mak aku cakap ICU ni untuk orang yang sakit tenat.
Barulah aku tau yang ICU sama ngan ? see u?tapi kat hospital.
____________________________________________________________________16
Surah Al Ikhlas juga dinamakan Suratul-tafrid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 02:14 AM | Show all posts
Ada sorang nurse ni baik, kasi aku masuk tengok abah.
Abah tak gerak- gerak pun. Yang nampak dada je turun naik macam tidur nyenyak.
Orang kata abah kena angin ahmar.
     
Abah adalah seorang ustaz yang mengajar di Sekolah Agama Kebangsaan (bawah Kerajaan Negeri Johor).
So tengahari baru pegi sekolah, sebab sekolah agama ni start sessi petang.
Paginya adalah untuk sessi sekolah kebangsaan.  
____________________________________________________________________17
Surah Al Ikhlas juga dinamakan Suratut Tajrid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 02:14 AM | Show all posts
Pagi tu abah (dalam kul 9 - 10), abah membersihkan laman kat depan rumah menebas apa yang patut rumput dan semak-semak.
Ada agak besar sikit laman tu dari orang lain punya.  
Terdapat sebatang anak pokok getah yang agak comel, batangnya adalah sebesar lengan kat situ ada tumbuh juga sepohon pokok leban.
Oleh kerana memikirkan bahawa hanya sebatang aje pokok getah tu dan menghalang pemandangan maka abah mengambil keputusan untuk menebang pokok getah tersebut.
____________________________________________________________________18
Surah Al Ikhlas juga dinamakan Surat Attauhid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2007 02:14 AM | Show all posts
Setelah sampai di bawah pohon getah, abah pun mengeluarkan parang dari sarungnya. Berkilat parang tu apabila terkena panahan cahaya mentari di waktu pagi.
Parang dihayun sehingga badan abah terpusing sedikit dan kemudian menjatuhkan bilahnya tepat ke pohon getah tu.
inggggg?!?
Bunyi yang terbit dari pohon getah.
Abah berhenti seketika dan memeriksa mata parangnya.
Kemudian abah memeriksa pula pohon getah kalau-kalau ada paku yang tertanam pada pohon tu. Tak de apa-apa.Mata parang tidak sumbing.
Abah pun meneruskan kerjanya. Dia menakuk dengan bersungguh-sungguh walau pun sepatutnya mengambil masa yang singkat tetapi berpeluh jugalah abah.Mana mungkin pohon getah yang sebegitu kecil teramat payah hendak menebangnya seolah-olah sepohon kayu hutan.
Akhirnya berjaya juga abah.
____________________________________________________________________19
Surah Al Ikhlas juga dinamakan Surat Al Wilayah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 02:15 AM | Show all posts
Pohon getah itu akan tumbang sebentar lagi.
Tetapi tumbangnya pohon getah adalah bersama-sama tumbangnya abah.
Walaupun begitu, abah menggunakan kudratnya yang ada untuk kembali semula ke rumah.
Gelap mata abah, berpinar-pinar dengan nafas yang sukar, tersangkut dikerongkong.
Abah memanggil mak. dengan suara yang cemas.
Mak terus mendapatkan abah dan memimpinnya ke dalam.
Abah kata macam nak pitam. Dari bahu kiri sampai ke kaki kiri rasa kebas
Setelah agak reda dan tenang abah memberitahu mak bahawa abah ingin ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Abah suruh mak siap untuk pergi ke klinik. Tak boleh tahan dah.
Abah gagahi jugak memandu walaupun perjalanan ke klinik agak jauh.
Klinik bagi surat rujukan supaya abah pergi ke hospital. tapi time tu abah dah tak boleh drive.
Nasib baiklah jumpa dengan kawan abah, dia yang tolong drive kereta sebab mak tak reti bawa kereta.
____________________________________________________________________20
Surah Al Ikhlas juga dinamakan Surat Annasbah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 02:15 AM | Show all posts
Masa perjalanan balik ke rumah, mak ambik aku kat sekolah tengahari tu.
Sampai di rumah lelaki tu tak masuk tapi terus je pergi tepi jalan dan tunggu teksi.
Mak ucap terima kasih kat orang tu.
Agak lama jugak abah terdampar di hospital dan abah lumpuh sebelah badan
Masa abah dah sehat sikit, maka abah telah menceritakan apa yang terjadi pada pagi kejadian tu...  
____________________________________________________________________21
Surah Al Ikhlas juga dinamakan Surat Alma'rifah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 02:16 AM | Show all posts
Kini abah tiada lagi.
Kini setelah dewasa aku mengenangkan kembali akan cerita abah dan juga mak.
Persoalan timbul di benakku.
Apakah mungkin abah mendapat angin ahmar sekoyong- koyong pohon getah itu tumbang?
Bagaimana mungkin tiada kedapatan besi atau paku d ipohon getah tersebut apabila abah menetaknya untuk kali pertama dengan bunyi dentingan dan parang abah menanjal kembali?
Persoalan ini masih belum terungkai jawapannya bagiku.
Adanya............  
____________________________________________________________________22
Surah Al Ikhlas juga dinamakan Surat Al Jamad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.094751 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list