|
Manchester United..Kuatkan semangat..Mari kita potong tim di atas itu..
[Copy link]
|
|
kalo yer pun korang happy score 5 bijik...x yah laa sampai duk posting benda yg sama 5 kali |
|
|
|
|
|
|
|
btw nani pon nampak dah makin menjadi..
siap bole assist lagik cam ronaldo..
hantaran dia look danjeros jugak..
bole ganti giggs next sizen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1983 hasribus's post
yuhuuuuu...i'm really happy now
bukan senang nak score twice and assist lg tuu...OMG..he's really superb...and damn cute |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1985 awekcristiano's post
lama tak nampak awekcristiano  |
|
|
|
|
|
|
|
ala..kacang je magpies tuh....pejam mata pun buleh
yeah..glory2 MU..teruskan usaha mengejar sengal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1984 hasribus's post
giggs & scholes masuk taim keadaan memerlukan jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cungkil rahsia kejayaan Fergie-Queiroz
MUKADIMAH
PEMERGIAN jurulatih skuad negara, B Sathianathan untuk 'berguru' selama tiga minggu di gelanggang keramat di Manchester United, bulan depan bakal melakar lembaran baru bola sepak negara kerana ini adalah kali pertama seorang pengendali tempatan memperoleh peluang menimba ilmu di kelab gergasi Inggeris itu.
Ikutilah temubual wartawan Berita Minggu, Mohd Fadzrie Hazis bersama Sathianathan yang meluahkan pandangannya terhadap pemergian ke Old Trafford atau 'Theatre of Dreams' bulan depan serta harapan terhadap tempoh pembelajaran sepanjang berada bersama kelab bimbingan Sir Alex Ferguson itu.
Berita Minggu: Difahamkan anda juga seorang peminat Manchester United, adakah pemergian anda memberi kepuasan peribadi?
B Sathianathan: Ya, memang saya peminat United. Tetapi pemergian saya nanti adalah untuk belajar bagaimana kelab itu yang satu ketika selama 10 tahun sentiasa dibayangi Liverpool, kini muncul sebagai kelab Liga Perdana Inggeris paling cemerlang.
BM: Apakah yang anda harap dapat peroleh di Manchester?
Sat: Apa yang saya harapkan agar melihat bagaimana United melakukan persiapan untuk pemain menjelang perlawanan dan juga apa yang dilakukan untuk mengekalkan tahap kecergasan selepas satu perlawanan. Pemain United terdiri daripada pemain kelas dunia, umpamanya Wayne Rooney. Dia bukan hanya seorang penyerang tetapi kerap turun membantu benteng dan juga menggerakkan jentera tengah. Saya juga pasti berpeluang mengetahui bagaimana seorang pemain veteran seperti Ryan Giggs masih berupaya beraksi di peringkat tertinggi walaupun sudah berusia 35 tahun. Selain itu, sudah pasti saya akan mempelajari pendekatan taktikal Sir Alex Ferguson bersama penolongnya, Carlos Queiroz dan juga cara mereka melayan pemain bertaraf bintang seperti Rooney, Cristiano Ronaldo dan Carloz Tevez.
BM: Adakah tempoh tiga minggu cukup untuk anda mempelajari semua itu?
Sat: Cukup. Saya akan kerap bersama Queiroz dan juga Ferguson termasuk ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sepanjang berada di sana jika tidak silap saya United akan terbabit dalam sembilan perlawanan. Sudah pasti ia akan memberi peluang kepada saya untuk pelajari bagaimana mereka melakukan perubahan taktikal ketika rehat, dan bagaimana mereka menguruskan pasukan ketika saingan EPL berlangsung.
BM: Anda hampir mahu bergandingan dengan Queiroz ketika namanya disebut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai calon utama untuk skuad Piala Dunia Belia 1997. Apakah perasaan anda kini peluang itu menjadi kenyataan?
Sat: Saya banyak mengetahui mengenainya menerusi bahan bacaan. Dia seorang jurulatih berpengalaman di peringkat belia dan juga senior serta membimbing beberapa pemain bintang Portugal seperti Figo, Rui Costa, Jorge Costa dalam skuad bawah 20 tahun. Sudah pasti saya menghargai peluang bekerjasama dengan seorang jurulatih berpengalaman sepertinya.
BM: Selepas pulang menimba ilmu di Manchester, adakah anda akan berkongsi pengalaman anda bersama jurulatih tempatan lain?
Sat: Itu sudah pasti, saya mahu menurunkan segala ilmu yang saya peroleh kepada jurulatih tempatan lain dengan harapan mereka juga dapat melakukan pendekatan sama seperti United untuk pasukan negeri dan kelab masing-masing.
BM: Sebelum ini anda juga pernah 'menuntut ilmu' di kelab Brazil, Flamengo dan Bayern Leverkusen. Apakah perbezaan kunjungan ke United kali ini?
Sat: Sebagai seorang jurulatih, anda harus sentiasa belajar untuk menambahkan lagi ilmu di dada. Memang saya pernah berkursus di beberapa kelab gergasi lain, tetapi setengah pendekatan di Brazil umpamanya tidak sesuai untuk digunakan untuk pemain kita. Oleh itu, sebagai jurulatih kita ambil pendekatan yang terbaik dari kelab-kelab utama dunia itu dan menggabungkannya untuk dijadikan pendekatan bola sepak Malaysia. Pemergian ke United juga adalah sebahagian daripada proses pembelajaran bagi saya.
BM: Apakah maksud anda mengenai liga kompetitif?
Sat: Kita ambil contoh Mesir yang muncul juara Piala Negara-negara Afrika baru-baru ini, mereka mempunyai dua atau tiga pemain saja yang beraksi di Eropah tetapi mereka mampu muncul juara kerana mereka mempunyai liga kompetitif. Kelab seperti Zamalek dan Al Ahli juga adalah antara kelab terkuat di Afrika, dan saya berharap pasukan tempatan kita juga mempunyai cita-cita tinggi. Setiap pasukan tidak harus hanya memikirkan mengenai saingan Liga Malaysia, tetapi jika boleh berusaha menguasai saingan Piala AFC dan kemudian memburu tempat ke Liga Juara-juara Asia. Jika satu hari nanti pasukan-pasukan Liga-M mampu mencapai tahap itu, sudah pasti saingan domestik kami menjadi lebih kompetitif dan kami mampu menubuhkan skuad kebangsaan yang benar-benar mantap.
BM: Adakah anda berpuas hati tahap pemain tempatan dalam saingan Liga-M musim ini?
Sat: Saya berpuas hati dengan aksi beberapa pemain seperti Safee Sali yang ketika ini berada dalam tahap permainan terbaik, begitu juga Khyril Muhymeen Zambri, Zaquan dan Aidil. Tetapi saya masih kecewa sesetengah pemain yang saya harapkan tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan masing-masing. Apa pun, kerana skuad kebangsaan kami tidak mempunyai pemain bertaraf bintang saya menekankan kepada kerjasama sepasukan yang erat serta komitmen tinggi pemain sebagai kriteria pemilihan ke skuad negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1986 MzDiNa's post
are u really2 miss me |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1991 carrie_connie's post
Ronaldo neh lelaki yg tk bole percaye..
gatal agaknye..i pon benci taw.. |
|
|
|
|
|
|
|
baguih rooney and ronaldo... gud combination.. score lg bnyak2.... rooney b'jaya ubh nasib MU.. kini jurang point semakin dkt... gLoRy MU!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo Ronaldo tau aku letak Abedebahyor jadik kapitan, instead of him, mesti dier gelak kat aku  |
|
|
|
|
|
|
|
5-1 jer leh bubuh kat newcastle...
Glory3.. Man Utd..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1996 GAMEOVER's post
haku pon tergelak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fixture changes for Reds
All four of United's Premier League fixtures in April will be screened live on television.
The Reds' trip to the Riverside to face Middlesbrough has been put back 24 hours to Sunday 6 April, KO 13:30 GMT and will be live on Sky. However, the game will be postponed should either side be involved in an FA Cup semi-final.
Next up United entertain Arsenal at Old Trafford in what could be a virtual title decider. The match, originally scheduled for Saturday 12 April, will now take place on Sunday 13 April, KO 16:00 GMT and will be screened live on Sky.
The trip to Blackburn Rovers will be shown live on Setanta on Saturday 19 April, KO 17:15 GMT.
Finally, United's visit to Stamford Bridge to take on Chelsea will now kick-off at 12:45 GMT on Saturday 26 April.
[ Last edited by gicks79 at 25-2-2008 09:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|