CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yellow belmont

:: - 2003: KOREAN DRAMA @ NTV7 - ::

[Copy link]
Post time 16-9-2004 09:02 AM | Show all posts

continue...

Mereka berdua berjalan beriringan menikmati kedinginan angin musim panas yang berada di penghujungnya. Daun mapel kekuningan mula berguguran. Milia tersenyum. Dia paling suka dengan musim luruh. Katanya ia sungguh indah. Melihat daun kekuningan gugur dari rantingnya. Dia suka warnanya. Kekuningan, kecoklatan bagaikan warna emas.

“Hah..yokatta..Autumn dan nak tiba. Tak sabar rasanya.”
”Mil paling suka Autumn kan?”
“Eh..macam mana Tae Suk tahu?”
“Eh….”
“Tak pe lah. Memang Mil paling suka Autumn. Kalau boleh Mil nak sepanjang tahun adalah musim luruh.”

Milia tersenyum melihat musim luruh yang bakal tiba. Tae Suk juga tersenyum melihat senyuman Milia. Kalau boleh dia nak menyimpan senyuman itu. Di bingkaikannya cantik-cantik.

“Banyak yang ku tahu tentang dirimu Milia.”

Tae Suk memandang Milia.

“Aku tahu kau suka musim luruh. Setiap kali musim luruh tiba kau pasti akan duduk berseorangan di taman berdekatan dengan kolej. Kadangkala hampir 2 jam kau duduk di situ sambil membaca buku. Esoknya kau tidak hadir kuliah. Kenapa? Demamlah. Apa lagi. Minat kau terhadap musim luruh menarik minat ku untuk lebih mengenalimu. Kau kata musim luruh, musim untuk menghapuskan kenangan pahit. Membuatkan kau melupakan semua penderitaan dan peristiwa pahit dalam hidup kau. Bagaikan daun-daun yang berguguran. Begitulah gugurnya semua masalah yang ada. Walaupun aku tidak pernah tahu apa kenangan pahit yang kau ingin lupakan. Pernah sekali kau bertengkar dengan Hye Sung semata-mata sebab dia melarang kau pergi ke Biwon. Secret Garden. Berdekatan dengan Sungkyunkwan University. Hanya  untuk menikmati daun berguguran di situ. Tapi kau degil. Akhirnya HyeSung mengalah. Dia menemani kau sepanjang hari. Kamu berdua berpimpingan tangan menikmati musim itu. Aku cemburu. Kenapa bukan aku?”

Dia terus memandang Milia yang sedang bercerita.

“Aku tahu kau juga sukakan musim salji. Putih kata kau. Selepas gugurnya semua kenangan pahit dan masalah di musim luruh, musim salji bagaikan diri yang baru. Putih. Kosong. Diri yang perlu di hiasi dengan yang baru. Tapi kau juga ada kata musim salji sungguh menyedihkan. Dingin. Dan kadangkala keseorangan. Aku tak faham apa maksudmu. Tapi yang pasti satu, HyeSung tetap akan menemani kau bermain salji. Tapi tak pernah kulihat kau meluncur salji. HyeSung kata fobia. Banyak yang dia tahu tentang kau. Aku cemburu lagi. Kenapa bukan aku?”

Mereka melalui sebuah kedai pakaian. Milia berhenti seketika dihadapan ruang pameran. Sesuatu menarik minatnya. Kemudian mereka melangkah pergi. Tae Suk menoleh sekali lagi.

“Pink! Kau paling suka warna pink. Setiap rabu kau pasti akan mengenakan pakaian berwarna pink. Pada hari lain kau akan memakai warna yang lain. Tapi warna pink tetap ada. Kau juga ada sebuah buku berwarna pink. Diary mungkin. Kau selalu menulis di dalamnya. Kadangkala kau tersenyum sendirian ketika menulis di dalamnya. Apa agaknya yang melucukan. Putih. mana boleh lupa. Pernah sekali kau memakai evening dress berwarna putih ke majlis yang di adakan di kolej. Walaupun simple tapi kau tetap nampak anggun. Setiap lelaki yang hadir memandangmu. Termasuklah aku. Berselendang pink. Sungguh cantik. Kau menari bersamaku. Saat yang paling bahagia. Akhirnya aku dapat mendampingimu. Tapi kau tetap bersama HyeSung. Hari itu kau pulang terlalu awal. Tak sihat kata kau. Kenapa aku cemburu? Aku hanya mampu melihat kemesraan di antara kau dan HyeSung. Walaupun kau dan dia pernah kata yang kamu hanyalah kawan baik. Tapi wujudkah hubungan itu di antara lelaki dan perempuan. Ku cuba pujuk hati. Tapi aku tetap cemburu. Kenapa dia?”

“Aiskrim! Tae Suk jom beli aiskrim.”
“Eh tak sejuk ke?”
“Tak.”
“Nanti demam makan sejuk-sejuk dalam cuaca macam ni.”
“Jomlah. Musim panas dah nak berakhir. Apa salahnya makan aiskrim. Mil belanja ok.”
“As you wish.”
“Perisa apa?”
“Whatever”
“Coklat! Ehm…agaknya Tae Suk tak suka perasa coklat. Ehm perasa lain ada?”
“Coklat pun ok juga.”
“Betul?”

Tae Suk mengangguk.

“Coklat dua. Terima kasih.”
“Ehm sedapnya…”

Tae Suk menikmati aiskrim coklat itu. Walau pun sejuk. Terutamanya dengan cuaca sejuk begini. Demi Milia dia sanggup.

“Mil suka coklat.”

Milia tersenyum.

“Macam mana aku boleh lupa. Kau juga suka makan coklat. Pernah sekali kau menangis. Sebabnya keputusan kau kurang memuaskan. A-. Bukannya teruk sangat. Kau kata tak cukup. Bermuram sepanjang hari. Puas di pujuk. Tak berjaya. HyeSung datang membawakan sesuatu. Coklat! Kau kembali tersenyum. Pandai dia memujuk kau. Aku hanya melihat. Iri hati melihat keakraban kamu berdua. Cemburukah aku? Kenapa dia? Dulu aku tidak sukakan coklat. Merosakkan gigi. Tak baik untuk kesihatan. Tapi sejak mengenali kau, aku mula sukakan coklat. Tapi aku masih cemburu. Kenapa bukan aku?”

Tae Suk melihat Milia yang sedang menikmati aiskrim yang mula mencair di tangannya.

“Ah sedapnya.”  

Dia tersenyum sambil memandang Tae Suk. Manis. Lebih manis dari aiskrim yang sedang dinikmati.

“Tae Suk?? Kenapa tengok Mil macam tu?”
“Nothing”

“Ah..dah sampai pun..”

Stesen keretapi. Tempat mereka mula-mula bertemu.

“Terima kasih sebab temankan Milia.”
“It’s ok”
“Bye…jumpa Monday ni.”
“Bye..take care.”

Mereka membeli tiket ke destinasi yang hendak di tujui. Menaiki train dan kemudian mereka berpisah di situ. Destinasi mereka berlainan. Tae Suk memerhatikan Milia menaiki keretapi. Melambaikan tangan, mengucapkan selamat tinggal. Keretapi berlalu. Kemudian dia berpaling dan meneruskan langkahnya. Berpatah balik di mana dia bermula. Tanpa arah dan tujuan. Melalui semula jalan-jalan yang di laluinya bersama Milia tadi.

“Milia…..”

Keluhan perlahan di lepaskan.

………………………………………………………………………….

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2004 09:07 AM | Show all posts

Hope you will like it

well hope katt, takki and yellow-san the only my readers can enjoy the new chapter.

but sorry kalau cerita ni a little bit draggy.

so guys what do you think?

for this chapter part yang paling sara suka ialah bila Han Tae Suk cerita tentang semua yang Milia suka.

well here you can imagine that he know a lot about her. Seems like he following her.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 11:08 AM | Show all posts
Tadaima, tadaima, tadaima!

sorrylah geng, lama tak post kat sini...memang selalu jenguk, tapi masa agak limited nak baca citer ni, so takleh nak bagi komen apa2...cuma sekarang ni ada masa sikit...so...

sara, dearie! wah, memang bestlah citer ni! kite akan bagi pendapat bila dah baca sampai chapter 4 ye...sekarang masih sangkut kat chapter 2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 16-9-2004 11:08 AM:
Tadaima, tadaima, tadaima!

sorrylah geng, lama tak post kat sini...memang selalu jenguk, tapi masa agak limited nak baca citer ni, so takleh nak bagi komen apa2...cuma sekarang ni ada masa sikit ...



Ukairi! Ukairi! Ukairi Whitedove...ingatkan menghilang ke mana
Reply

Use magic Report

anarkyst This user has been deleted
Post time 16-9-2004 01:21 PM | Show all posts
anyounghasaeyo
heheh sori br skrg nk join forum ni sara, aku tgh baca chapter terbaru ni..
uuuu citer ni makin besh!
Reply

Use magic Report

Takki_Aniki This user has been deleted
Post time 16-9-2004 04:04 PM | Show all posts
^ Macam kenal jer... :hmm:

Okaeri, whitedove! :hug:

Takki dah abis baca. Nanti komen... Skrg ade keja lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
anarkyst This user has been deleted
Post time 17-9-2004 08:53 AM | Show all posts
^^^ memang kenal pun... keskeskes.. dah2 aku xnk flood forum ni. ciao nak buat keje ni
...
oh yea, taebin kem salam ^___^
Reply

Use magic Report

Takki_Aniki This user has been deleted
Post time 17-9-2004 01:16 PM | Show all posts
^ LOL. Hohoho. Hyesung pun kem salam. :lol

Berbalik kpd I'm Sorry...

Ahh~ So Milia ni suke Autumn yek. Just like me. :bgrin: Eh?! Dia dah kawin plak ke?! Sedih tul la part ayah dia halau dia tu. Isk, isk. :cry:

Tae Suhk mmg nampak suke sgt dgn Milia, the way you describe him membuatkan kite ni tau yg dia mmg memerhatikan Milia, even from just a far.

Keke. Dia jeles ngan Hyesung ekk?!

Wah, wah... cerita semakin menarik. Cayalah, sara! :clap:

Nak lagi? Hehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2004 01:52 PM | Show all posts
hai guys..dah baca

sara ada edit sedikit.bukannya apa..

edit penggunaan oppa, unnie, hyung, and nuna..

sebab korean language ada beza sedikit panggilan ni..

jalan cerita tak ubah apa2

enjoy ok
Reply

Use magic Report

Takki_Aniki This user has been deleted
Post time 20-9-2004 05:18 PM | Show all posts
^ Dah. ^_^

oppa = what a girl call an elder guy
unnie/onni = what a girl call an elder girl
hyung = what a guy call an elder guy
nuna/noona = what a guy call an elder girl

Hangul Lesson utk arini. Hehe.

sara ~ Waaaaaaaaa.... camne ni?! Saye takleh daftar la utk klas Hangul tu! :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by Takki_Aniki at 20-9-2004 05:18 PM:
^ Dah. ^_^

oppa = what a girl call an elder guy
unnie/onni = what a girl call an elder girl
hyung = what a guy call an elder guy
nuna/noona = what a guy call an elder girl

Hangul Lesson ut ...



nak buat macam mana.. tak pe lah
Reply

Use magic Report

anarkyst This user has been deleted
Post time 29-9-2004 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by sara at 20-9-2004 05:32 PM:



nak buat macam mana.. tak pe lah


huh mana aci camni takkan sara je dapat amik klas hangul next sem??
takki, kita sneak in masuk klas tu jom, daftar ke tak daftar.. huu mintak belas kasihan lecturer klas tu

eit.. about the fanfic poster, haf u received it sara? i think i made a big mistake, i forgot to add their names on the poster! boleh ke? macam tak lengkap je nanti

i'm currently reading the 6th chapter everyone, waaaaaaaaa *so touchy feely* ok lah, nak abiskan baca chapter ni. ciao

[edit] alamak wahaha sorie sara, nama pun letak yg salah, tersalah guna soompi id ko...

[ Last edited by anarkyst on 30-9-2004 at 08:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2004 05:05 PM | Show all posts




credit to anarkyst..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 11:23 AM | Show all posts
sorry chap seterusnya akan di post kemudian ok
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by sara at 29-9-2004 05:05 PM:




credit to anarkyst..


very nice poster lah! :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 02:16 PM | Show all posts
new chapter... ingatkan dah tak nak post sebab tak de orang baca..


Chapter 5: I’m with you

1st January 1965

HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!!!!!!! Percikan bunga api di bandar Tokyo sempena menyambut tahun baru sungguh indah. Hah seronoknya menyambut tahun baru. Tahun ni aku dah berumur 20 tahun.

Ehmm azam aku tahun ni:
1.        Nak cari boyfriend
2.        Nak cari boyfriend
3.        Nak cari boyfriend

Hah.. kelakar. Dah terdesak sangat ke nak ada boyfriend. Eh mana ada. Gurau je lah.
Azam tahun ni nak belajar sungguh-sungguh. Ehm..nak tunaikan hasrat papa and mama. Kesian papa terpaksa bertungkus lumus seorang diri. Demi kami. Mama. Dan aku. Cuma aku je satu-satunya yang mama dan papa ada. Tak mahu aku lukakan hati mereka. Sayang mereka. Itu janji aku untuk tahun ini dan sehingga akhir hayat.

Selagi nyawa ada takkan aku tinggalkan mama dan papa keseorangan.

HAPPY NEW YEAR MAMA!!!!
HAPPY NEW YEAR PAPA!!!!!!

Sayang kamu.

Opppps ada lagi satu. Tadi ada something special happened. Do you know what? I meet this guy. He so nice. He help me to carried my heavy stuff at faculty. But I donno his name. Hopefully I can met him again.

………………………………………………………………………………………………

2nd January 1965

I meet him again. Macam tak percaya. Kami satu fakulti. Mungkin jodoh. Ji Byung Hun. He is korean. Hai….

Pertama kali…
Suatu perasaan yang aneh.
Cuba untuk difahami..tapi
Semakin aneh…

Pertama kali … melangkah..
Orang tua memimpin
Pertama kali … bercakap..
Mama yang disebut..
Pertama kali … berlari..
Ayah yang didakap
Pertama kali … belajar huruf..
Guru yang mendidik..
Pertama kali .. bercinta ..
Kekasih yang memenuhi..

Pertama kali ..
Setiapnya pasti ada pertama kali..


Huh.. kelakarkan.

………………………………………………………………………………………………

“Milia….!!!!!”
“Nae..”
“Cepatlah.”
“Apa yang di buat kat atas tu?”
“Chakamman..”

Diari yang kelihatan usang dan terjaga rapi itu di simpannya dengan baik-baik. Itulah harta yang paling di sayangi Milia. Diari mamanya. Berulang kali di bacanya. Kali ini entah kali keberapa. Sudah dihafal setiap bait-bait ayat yang ditulis di dalamnya. Dan dia tidak bosan membacanya. Diari mamanya ketika muda. Milia tersenyum mengingatkan bagaimana mamanya bertemu dengan papanya. Di simpannya baik-baik dirak bukunya. Dilihat diari berwarna biru di sebelah diari usang itu. Itu adalah diari terakhir mamanya sebelum dia pergi buat selamnya. Di ambil. Di belek. Di baca. Tetapi….

“Mama..”

Di tatap potret wajah mama dan papanya di atas meja. Air matanya menitis.

“Kenapa? Kenapa hari ini terasa sayu? Mama Mil rindukan mama. Mama peluklah Mil. Peluklah Mil.”

“Mil..”

HyeSung membuka pintu.

“Kenapa?”
HyeSung terkejut melihat Milia sedang menangis sambil memegang bingkai potret itu.

“Kenapa Mil nangis? Tak sihat ke? Biar HyeSung bagi tahu DongGun oppa ye?”
“Tak payah”
“Tapi…”
“Mil tak apa-apa.”
“Kalau tak  de apa-apa kenapa menangis?”
“Mil rindukan mama..”

Esaknya semakin jelas.

“Milia..”

HyeSung terkejut. Dia merapati Milia. Memeluknya dengan erat.

“Jangan menangis. HyeSung kan ada sini.”

Milia mengangguk.

“Dah jangan menagis.  Kalau EunSung hyung nampak nanti dia ingat HyeSung buli Mil pula.”

Dia mengesat air mata Milia.

“Jangan nangis lagi ok.”

Milia mengangguk. Tersenyum.

“Bodohkan Mil.”
“Memang pun.”
“Apa?”

HyeSung ketawa. Kemudian Milia pun ketawa juga.

“Aku akan sentiasa berada di sisimu Milia. Walau apa pun yang terjadi.”

Kemudian mereka berdua turun bersama menuju ke ruang makan.

“Kenapa lambat?’

EunSung bertanya.

“Ni Milia. Lama sangat tunggu dia bersolek.”

“Aik..nak makan pun nak bersolek lawa-lawa ke?”

“Oppa percaya cakap HyeSung? Kalau nak tahu dia lagi lambat kalau bersolek. Mengalahkan perempuan. Selak sana. Selak sini. Ehhhh”

“Amboi tak sayang mulut nampak.”

“Kamu berdua ni tak sah kalau tak bergaduh bila berjumpa.”

“Chea Rim unnie!!”

Milia berlari mendapatkan Chea Rim yang sedang 4 bulan berbadan dua.

“Bila unnie datang Korea? DongGun oppa kata unnie takkan balik Korea sehingga bersalin.”
“Sebab rindukan kamulah unnie balik.”
“Chommal? Sayang unnie.”

………………………………………………………………………………………………

Meriah sungguh makan malam itu. Semua orang ada. DongGun dan Chea Rim. EunSung sudah pulang. Anna juga ada. Gelak ketawa memenuhi ruang sepanjang masa. Tapi …

DongGun melihat HanSung. Dia faham apa yang bersarang dihatinya. Mungkin inilah saatnya. Semua orang ada. Mereka mungkin akan menenangkannya kemudian. Memeberikannya kekuatan untuk menerimanya.

“HanSung..”

HanSung memandang DongGun. Dia senyum. Mengangguk.

“Ah.. dah kenyang dah. Sedaplah Anna masak.”
“Terima kasih. Lain kali HyeSung datang lagi. Nanti Anna masakkan yang lebih sedap.”
“Kalau boleh memang nak datang hari-hari tapi si Milia ni tak benarkan.”

Matanya melirik pada Milia.

“Menyibuk je datang.”

HanSung, EunSung dan DongGun ke bilik bacaan.

“Tentu ada perkara serious yang mereka nak bincangkan.” Fikir Milia.

………………………………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2004 02:22 PM | Show all posts

continue...

Suasana dalam bilik itu menjadi sunyi.

“HanSung kenapa? Kenapa tadi semasa di meja makan kau nampak lain? Ada masalah ke?”
“Ya EunSung. Dan kau perlu tahu.”
“Masalah.. besar ke? Soal syarikat?”
“Lebih daripada itu.”
“Apa dia?”
“Milia.”
“Milia? Kenapa dengan dia?”

EunSung mula merasa resah. Takut dengan apa yang akan didengarnya dari mulut HanSung.

“Milia..”

Suara HanSung terhenti. Dia tak sanggup nak meneruskan apa yang bakal disebutnya.

“Kenapa dengan Milia? Jangan-jangan..”

HanSung hanya mampu menunduk. Dia tidak mampu meluahkan dengan kata-kata. Dia mengangguk perlahan mengiakan anggapan EunSung. EunSung terkedu. Terperanjat.

“Mustahil. Mustahil. Macam mana boleh terjadi? HanSung semua ni tak benarkan?”
“Iyanya benar.”
“Ya..”

“Mustahil. DongGun. Betul ke ni?”

DongGun hanya mampu mengangguk.

“Ahhh… bukankah dulu dia pernah menjalani rawatan. Doktor juga dah sahkan yang dia akan sembuh. Macam mana perkara ini boleh terjadi.”
“Tapi bukan untuk selamanya.” DongGun menambah.

“Mustahil.”
“EunSung..tak mustahil. Kemungkinan tetap ada.”
“Tidak. DongGun oppa buat sekali lagi pemeriksaan. Buat lagi ujian. Mungkin ada kesilapan.”
“Tidak. Memang sah dia menghidapi Leukimia.”

EunSung terpaku. Dia hilang arah. Dia hilang punca. Tak tahu apa yang perlu dilakukan. Mati akal di buatnya.

“Dia boleh sembuh atau tidak?”
“Tiada jaminan.”
“Apa maksud kau?”
“Bergantung pada keadaan. Tapi kau jangan bimbang. Perubatan sekarang dah maju. Tentu ada jalan yang boleh untuk menyembuhkan penyakit dia. Yang penting sekarang kau dan HanSung perlu menjadi kekuatan dia. Kekuatan untuk dia melawan penyakit ini.”

“Aku tetap tak percaya yang Milia menghidap Leukimia sekali lagi…”

Prank…..

Dulang di tangan terjatuh ke lantai. Mengejutkan semua orang. HanSung, EunSung dan DongGun terkejut dengan kehadiran Milia yang tidak disangka-sangka. Bukan begini caranya untum Milia mengetahui kebenarannya. Bukan begini yang dirancang HanSung. Bukan begini.

“Milia? Kenapa?”

HyeSung memerhatikan Milia.

“Milia!!!”

Kemudian Milia lari meninggalkan bilik itu. HyeSung terkejut.

“Hyung? Apa dah terjadi?”
“Cepat kejar Milia HyeSung. Cepat!!”

HyeSung masih lagi terpinga-pinga. Dia berlari mengejar Milia. Hatinya bimbang. Walaupun dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Dia berlari mengejar Milia.

“Milia dimanakah kau? Apa yang telah terjadi?”
“Milia..”


………………………………………………………………………………………………

Rumah itu menjadi sunyi. Yang tadinya riuh dengan gelak ketawa bagaikan pesta kini menjadi sunyi sepi bagaikan menghadapi kematian. Bunyi unggas malam menyerikan rumah itu kini. Masing-masing kelu. Tiada perkataan yang mampu dilontarkan.

Anna hanya mampu menangis. EunSung duduk tak terkata. HanSung terkedu.

“HanSung kemana?”
“Cari Milia? Kita duduk di sini pun tak dapat buat apa? Kita perlu cari dia. Tenangkan dia.”
“Kita cari sama.”

Dong Gun menawarkan diri. Dia memandang Chea Rim. Chea Rim mangangguk.

“Saya juga nak cari Milia.”
“Baik..lagi ramai. Lagi bagus.”

………………………………………………………………………………………………

“Milia apa dah jadi?”

HyeSung yang tidak tahu apa-apa kenapa Milia lari. Kenapa suasana rumah menjadi tegang. Baginya kini yang penting dia mencari Milia. Menemui Milia. Itu yang penting. Yang lain sudah tidak penting. Dia mencari Milia di celah-celah kesibukan malam kotaraya Seoul. Di stesen keretapi. Di stesen bas. Di mana sahaja. Dia bagaikan hendak gila memanggil nama Milia. Bagaikan hilang punca. Milia perlu di temui.

Dia tahu kini Milia perlukan sokongan. Perlukan kekuatan. Perlukan dia. Dia perlu mencari Milia.

“Tak mungkin ini terjadi pada Milia. Tak mungkin”

Hanya itu sahaja ayat yang sering diucapnya. Kakinya terus pantas mencari Milia. Sudah 2 jam Milia menghilangkan diri. Sudah 2 jam dia mencari. Namun jejaknya masih belum di temui.

[FLASHBACK]

Kring! Kring! Kring!

“EunSung hyung!”
“HyeSung dah jumpa Milia?”
“Belum”
“Dah cari di semua tempat yang mungkin dia akan pergi?”
“Sudah..tapi tak jumpa. Hyung apa yang dah tejadi? Kenapa Milia lari?”
“HyeSung..”
“Hyung saya perlu tahu. Kenapa?”
“Milia…”
“Kenapa dengan Milia?”

Nadanya semakin tinggi. Tak sabar dia nak megetahui apa yang telah terjadi. Yang membuatkan Milia berkelakuan begitu.

“Milia menghidap leukimia”

Kakinya berhenti melangkah. Degupan jantungnya juga seakan berhenti. Alam menjadi sunyi. Pandangan menjadi kosong. Kedengaran hanyalah ungkapan itu sahaja. Dia menjadi keliru.

“Mustahil. Mustahil. Mustahil”

Hanya ini yang mampu difikirkannya. Kemudian dia sedar.

“Milia. Aku perlu cari Milia. Aku perlu cari Milia.”

Kakinya mula melangkah pantas. Dia berlari. Dia berjalan mencari Milia. Matanya memandang kekiri kekanan mencari bayang Milia.

[END OF FLASHBACK]

“Milia di mana kau bersembunyi.”

Terus mencari dan terus mencari.

………………………………………………………………………………………………

Air matanya bercucuran bagaikan hujan lebat. Dia tidak percaya dengan apa yang terjadi. Dia tidak sanggup untuk mempercayainya. Dia lari dan terus berlari tanpa mengetahui ke mana arahnya. Kesibukan kotaraya Seoul di malam hari diredahnya. Mencari ketenangan. Mencari kebenaran. Yang penting mencari bayangan mamanya.

“Tak mungkin. Tak mungkin ini terjadi lagi. Mama. Mama. Tolong Milia. Milia tak tahu nak buat apa. Tolong Milia.”

Hatinya sedih mendengar perbualan HanSung, EunSung dan DongGun. Kini dia terasa seperti dunianya sudah berakhir. Kiamat baginya. Kosong. Tak bererti.

“Kenapa aku? Kenapa aku? Aku tak sanggup lagi nak melalui hari-hari itu. Sungguh tersiksa. Sakit. Lebih baik mati daripada hidup tersiksa.”
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 02:25 PM | Show all posts

continue...


[FLASHBACK]

“Milia.”
“Milia? Kenapa dengan dia?”

Milia terhenti di muka pintu membawa dulang minuman untuk oppa nya apabila namanya disebut. Menjadi tajuk perbualan. Dia merapatkan diri ke pintu cuba untuk mendengar butir-butir bicara mereka.

“Apa yang EunSung oppa dan HanSung oppa bincangkan ni? Kenapa nama aku disebut-sebut? Kenapa mesti dirahsiakan dari aku?”

Hati kecilnya terasa pelik. Ingin tahu isi kandungan perbincangan mereka. Dia tahu itu salah tapi namanya di sebut. Ini tidak dapat menahan dirinya daripada mencuri dengar perbincangan mereka.

“Milia..”

Suara HanSung kedengaran perlahan dan sayu.

“Apa yang dah terjadi?”

“Mustahil. Mustahil. Macam mana boleh terjadi? HanSung semua ni tak benarkan?”
“Iyanya benar.”
“Ya..”

“Mustahil. DongGun. Betul ke ni?”

“Apa yang EunSung cakap ni? Apa yang mustahil?”

Hatinya gelisah. Semakin ingin dia tahu apa sebenarnya tajuk perbualan mereka. Kenapa namanya di sebut. Dirinya kah yang menjadi topik. Kenapa dengan dirinya. Seribu persoalan mula menghujani dirinya. Inginkan jawapan. Suasana semakin tegang. Bukan! Semakin pilu. Semakin sunyi.

“Ahhh… bukankah dulu dia pernah menjalani rawatan. Doktor juga dah sahkan yang dia akan sembuh. Macam mana perkara ini boleh terjadi.”
“Tapi bukan untuk selamanya.” DongGun menambah.

“Rawatan? Rawatan apa? Takkan..”

Dia tidak sanggup untuk meneruskan ayat itu. Dia perlukan kepastian.

“Mustahil.”
“EunSung..tak mustahil. Kemungkinan tetap ada.”
“Tidak. DongGun oppa buat sekali lagi pemeriksaan. Buat lagi ujian. Mungkin ada kesilapan.”

“Ujian? Ujian apa?”

Semakin banyak persoalan. Memang sah dirinya yang menjadi tajuk perbualan mereka. Tapi kenapa? Itu yang dia ingin tahu jawapannya.

“Tidak. Memang sah dia menghidapi Leukimia.”

Kata-kata DongGun oppa nengungkaikan semua persoalannya. Soalannya kini sudah terjawab. Dia terpaku. Air mata mula bergenang. Mula berlinang. Kakinya kejang. Seolah tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri. Kekuatannya luntur saat itu juga. Jantungnya seperti berhenti berdegup bila mendengar kalimah itu.

“Mustahil. Tidak. Tidak. Tak mungkin.”

Hanya kata-kata ini yang terlintas di kotak fikirannya pada masa ini. Tiada yang lain.

“Dia boleh sembuh atau tidak?”
“Tiada jaminan.”
“Apa maksud kau?”
“Bergantung pada keadaan. Tapi kau jangan bimbang. Perubatan sekarang dah maju. Tentu ada jalan yang boleh untuk menyembuhkan penyakit dia. Yang penting sekarang kau dan HanSung perlu menjadi kekuatan dia. Kekuatan untuk dia melawan penyakit ini.”

“Aku tetap tak percaya yang Milia menghidap Leukimia sekali lagi…”

Prank….

Saat itu Milia hanya fikirkan satu. Dia ingin lari. Lari meninggalkan tempat itu. Lari ke tempat di mana dia tidak perlu mengetahui kebenaran yang pahit itu.

Dia berpaling dan terus berlari tanpa menghiraukan HyeSung yang sedang mengejarnya. Lari dan terus lari tanpa henti. Sehingga hampir putus nafasnya kerana kepenatan. Tapi dia tetap berlari. Air matanya terus mengalir tanpa henti. Jantungnya berdegup dengan pantas. Otaknya kosong. Tidak tahu apa yang perlu difikirkan. Apa yang perlu di lakukan. Saat ini dia tidak dapat berfikir apa-apa. Hanya lari dan terus lari.

[END OF FLASHBACK]

Dia tidak tahu sudah berapa lama dia berlari. Sudah berapa jauh dia berlari. Dia tidak pedulikan cuaca sejuk yang sedang menyapanya. Angin musim luruh menyentuh tubuhnya. Dia tidak pedulikan kedinginan malam yang menyucuk tulang sumsumnya. Biarkan. Dengan hanya berpakain nipis itu dia akhirnya tiba di tebing sungai Han. Dia berhenti. Berdiri terpaku. Akhirnya duduk keletihan. Mengenangkan nasibnya yang malang. Menangis dan terus menangis.

“Mama..mama..mama..”

Tersekat-sekat suaranya memanggil nama mamanya.

“Mama..Milia perlukan mama sekarang. Mama I need you. Mama please come back.”
“Kenapa mesti Mil? Dulu mama kata kalau Mil jadi anak yang baik, patuh dan ikut semua cakap HanSung Mil akan menemui kebahagiaan Mil. Mil akan sentiasa sihat. Bahagia dan gembira. Tapi kenapa sekarang yang berlaku tak seperti yang mama cakapkan. Mama I need you.”

Tangisannya semakin menjadi. Tiba-tiba….

“Milia!!”

Milia mendongak apabila namanya dipanggil.

………………………………………………………………………………………………

Dia membaluti Milia dengan pakaiannya. Mafela di lilitkan dilehernya untuk memanaskan tubuh Milia. Dia pula hanya duduk di tepinya. Sudah sejam. Dalam cuaca yang sejuk begini dia masih sanggup lagi menemani Milia. Dia menggigil kesejukan melawan kedinginan angin yang menusuk sehingga ke tulang sumsumnya. Milia hanya duduk sambil menangis. Dan dia hanya memerhatikannya.

30 minit berlalu…

1 jam berlalu….

Akhirnya Milia mendongakkan kepala. Dia hanya tersenyum.

“Dah lega?”

Milia menganggukkan kepala. Esak tangisannya sudah semakin reda berbanding 2 jam sebelum ni.

“Balik?”

Milia menggelengkan kepala.

“Habis Mil nak pergi mana?”

Menggelengkan kepala. Tiba-tiba Milia jatuh pengsan.

“Milia! Milia!”

Mukanya ditepuk-tepuk untuk menyedarkan dia. Milia membuka matanya.

“Kita ke hospital ye?”
“Tak nak. Mil tak nak ke hospital.”
“Balik rumah?”
“Tak nak”
“Habis tu Mil nak ke mana?”

Milia hanya menggelengkan kepala. Badannya lemah. Tak mampu nak berjalan. Kemudian dia mendukung Milia di belakangnya.

“Milia kenapa?”

Hati lelaki itu bertanya.

………………………………………………………………………………………………

Akhirnya mereka tiba. Dia membuka pintu dan kemudian membaringkan Milia di atas katil. Dia membawa Milia ke rumahnya kerana dia tidak tahu harus ke mana lagi dan dia tidak sanggup meninggalkan gadis itu begitu sahaja. Kemudian dia ke dapur, memasakkan sesuatu yang panas untuknya.

Tiba-tiba…

“MAMA !!!!!!!!”

“Milia…kenapa?”

Milia mengigau. Memanggil mamanya. Milia menangis lagi. Kemudian dia memeluknya. Memeluknya dengan erat.

“Milia, kenapa?”

Milia hanya menggelengkan kepala. Menangis dan menangis.

………………………………………………………………………………………………

2.00 pagi

“Milia, kemana kau pergi?”
“Puas dah aku cari.”
“Kemana lagi nak ku cari?”

Di kedinginana malam HyeSung melangkah. Mencari bayang Milia. Sudah pukul 2.00 pagi namun bayangnya pun tidak di jumpai. Sudah ramai kawan-kawan sekolahnya yang di kenali di telefon. Namun jawapannya hampa. Mereka tidak tahu. Tidak jumpa. Dia hampir putus asa. Tiba-tiba….

Kring! Kring! Kring!

Telefon bimbit jenama Samsung itu berbunyi. Nama yang tertera …Han Tae Suk.

“Buat apa malam-malam buta dia telefon?”

“Yoboseyo”
“HyeSung?”
“Tae Suk? Kenapa?”
“Kau sedang cari Milia ke?”
“Macam mana kau tahu?”
“Dia ada bersama aku.”
“Milia? Di mana kau sekarang? Aku pergi ke sana.”
“Di rumah aku. Dia baru je tidur. Sepanjang malam dia menangis.”
“Aku pergi sekarang.”
“HyeSung baik kau datang esok pagi saje. Jemput dia. Biarkan dia tidur.”
“Tapi…”
“Please HyeSung. Dia nampak penat.”
“………………”
“HyeSung.”
“OK”

………………………………………………………………………………………………

“HyeSung dah jumpa Milia?”

HyeSung mengangguk.

“Mana dia?”
“Hyung jangan bimbang. Dia selamat. Dia ada dengan Tae Suk.”
“Tae Suk?”
“Ahh. Sekarang saya nak pergi jemput Mil.”
“Nak kemana?”
“Saya nak ambil mafela kegemaran Mil. Anna tau kat mana Mil simpan. Mafela tu mafela yang Mil paling sayang. Ambil sekali baju sejuk dia.”

“Baik. HyeSung tunggu sekejap ye.”

“HyeSung, Hyung ikut.”
“HanSung hyung, buat masa ni baik hyung jangan ikut dulu. Biar saya pujuk Mil balik. Apa-apa pun kita kena pujuk dia balik dulu. Bolehkan?”
“Tapi..”
“Hyung saya faham perasaan hyung. Tapi kita kena sabar. Biar saya cakap dengan dia dulu. Mana tahu dia akan dengar cakap saya.”

“HyeSung bawa Milia balik. Pujuk dia ok.”
“Baik EunSung hyung.”

………………………………………………………………………………………………


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 02:28 PM | Show all posts

continue...


[FLASHBACK]

Hari ini merupakan hari paling gembira dalam hidupnya. Dia dapat menikmati angin musim luruh bersama Milia. Berjalan menikmati kesibukan bandaraya Seoul. Makan aiskrim. Bergurau senda. Bergaduh. Segalanya. Semuanya yang ingin dilakukan bersama Milia akhirnya dapat di lakukan pada hari ini. Dia rasa gembira.

“Milia..”
“Kau insan yang cukup istimewa dalam hidup aku selepas nuna. Kau memberikan aku sinar kebahagiaan yang kucari selama ini. Walaupun hanya dapat menatap kau itu sudah cukup buat ku. Pada ku melihat kau tersenyum sudah cukup memberitahu aku yang kau gembira. Kau bahagia. Hari ini kau tersenyum dan senyuman itu hanya untuk ku.”

Kakinya mula melangkah dan terus melangkah. Menyusuri kembali jalan-jalan yang dilaluinya bersama Milia tadi. Amusement Park. Kedai aiskrim. Semuanya. Mengimbas kembali saat-saat bersama Milia. Walaupun suatu tempoh yang cukup singkat tapi sungguh berharga. Dia terus berjalan. Akhirnya malam pun berlabuh. Matahari mula menyorokkan cahayanya yang silau. Bulan mula menunjukkan dirinya yang pemalu. Bandaraya Seoul mula di sirami cahaya neon yang berwarna warni. Tanpa disedarinya….

Dia sedang berdiri dihadapan sebuah banglo 2 tingkat yang tersergam indah. Kelihatan pokok-pokok bunga menghiasi rumah besar berwarna coklat tua itu. Rekabentuknya seperti rumah Eropah. Cantik. Dia memerhatikan rumah itu. Perasaan suka datang. Tetapi perasaan benci juga bersamanya. Suka dan benci. Suatu perasaan yang kontras tapi wujud dalam hatinya. Dan dia mengeluh. Kakinya mula melangkah untuk meninggalkan tempat itu. Tiba-tiba dia berhenti. Melihat seseorang keluar berlari dari rumah besar itu.

“Milia?????”

Tanpa disedarinya dia mula mengejar gadis yang bernama Milia itu. Berlari dan terus berlari mengejarnya.

“Milia. Kenapa?”

Hatinya bimbang. Perasaan gusar menguasainya. Hatinya takut jikalau terjadi apa-apa yang tidak diingini. Di belakangnya dia terdengar jeritan nama Milia.

“Milia!!!!!”

“HyeSung?”

Tidak mempedulikannya. Yang penting kini ialah Milia.

[END OF FLASHBACK]

Tae Suk pejamkan mata. Akhirnya Milia tertidur di dalam dakapannya. Dengan perlahan dia meletakkan kepala gadis itu di atas tilam. Menyelimutinya. Esakan tangisannya masih lagi kedengaran, walaupun perlahan. Tae Suk perhatikan gadis yang sedang tidur itu.

“Kenapa kau menangis?”
“Apa yang telah berlaku?”
“Tentu ianya perkara yang menyedihkan. Jika tidak takkan bersikap seperti ini.”

Tae Suk merapati Milia. Kemudian dia menolak rambutnya yang menutupi mukanya. Memandangnya dengan penuh makna.

“Milia aku ingin berkongsi segalanya bersamamu. Suka dan duka. Mahukah kau?”

Perlahan dia mendekatkan wajahnya ke wajah Milia. Cuba untuk mengucupnya. Tetapi dia tidak berani. Akhirnya Tae Suk mungucup dahinya. Buat pertama kali. Diperhatikan wajah manis Milia. Ada kesedihan terukir di wajahnya.

“… aku cintakan kau. I love you Milia..”
“….Can I keep you?..”


Sepanjang malam dia menemani Milia di sisinya.

………………………………………………………………………………………………


“HyeSung?”
“Ahhhh…”

HyeSung menurunkan tingkap keretanya.

“What are you doing here? Are you waiting here all night? You sleep here?”

HyeSung menganggukkan kepala sambil membetulkan rambutnya yang kelihatan tidak terurus.

“Kenapa? Milia?”
“Milia mana?”
“Atas. Tidur.”
“Semalam, dia macam mana?”
“Apa yang dah berlaku? Kenapa dia menangis begitu teruk?”

HyeSung mendiamkan diri. Tidak menjawab pertanyaan Tae Suk. Di biarkannya soalan itu tanpa jawapan.

“Aku nak jumpa Milia.”
“Atas.”

HyeSung keluar daripada keretanya. Dia membawa sesuatu bersamanya. Mafela berwarna lembut. Merah jambu. Dan juga baju sejuk. Mereka berjalan beriringan menuju ke apartment Tae Suk yang terletak di aras tiga.

“HyeSung, sebenarnya apa yang dah terjadi? Kenapa Milia menangis?”

HyeSung hanya memandang tae Suk.

“Maafkan aku. Aku tidak boleh memberitahu kau apa-apa. Hanya Milia sahaja yang boleh memberitahu kau.”

Kemudian HyeSung memandang kehadapan. Mukanya kelihatan letih. Resah. Gelisah. Dan yang penting SEDIH.

“Tae Suk, terima kasih. Terima kasih sebab jaga Milia semalam. Terima kasih banyak. Semalam adalah saat-saat paling getir dalam hidup dia. Nasib baik kau ada di sisinya semalam. Kalau tidak..aku pun tak tahu nak kata apa. Terima kasih Tae Suk.”

HyeSung menepuk bahu Tae Suk. Tae Suk hanya menganggukkan kepala. Namun pelbagai persoalan sedang berputar di kepalanya. Apa rahsia yang di sembunyikan itu. Perkara besarkah? Soalan demi soalan bermain di benaknya. Namun satu pun tiada mempunyai jawapan.

HyeSung melangkah masuk ke dalam apartment itu buat pertama kalinya.

“Ada dalam bilik dihujung sana.”

Faham dengan pandangan HyeSung. Tae Suk menunjukkan kepada HyeSung bilik di mana Milia sedang tidur.  Dengan pantas HyeSung menuju ke bilik itu. Di bukanya pintu dengan perlahan.

“Ahhhhh…”

Keluhan kecil dilepaskan. Tanda lega kerana Milia selamat. Perlahan dia berjalan menuju ke kepala katil. Kemudian dia duduk di tepinya. Memandang Milia. Perlahan dia mengusap wajah Milia. Di kucup dahinya.

“Milia I’m Sorry.”

Hanya kata-kata itu mampu di fikirkannya pada masa ini. Dia tunduk kesedihan. Kemudian berpaling dan bersandar di sebelah Milia.

“Milia…I’m Sorry. Aku tidak dapat melindungi kau. Dulu aku pernah berjanji dengan kau yang kau akan sembuh buat selama-laamnya dan aku akan melindungi kau. Tapi kini… aku hanya mampu melihat kau melalui penderitaan itu sekali lagi. Maafkan aku Milia.”
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 02:29 PM | Show all posts

continue...

[FLASHBACK]

HyeWon sedang duduk di taman bermain buaian menikmati sinar pagi yang sedang memancar. Wajahnya pucat. Dia rindukan seseorang di saat ini.

“HyeSung”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara mamanya.

“HyeWon..cuba lihat siapa yang datang?”

Mamanya memanggil HyeWon yang sedang leka duduk bermain buaian. HyeWon berpaling. Kemudian dia terseyum. Senyuman yang paling manis pernah di lihatnya.

“HyeSung!!” Lemah suaranya memanggil nama itu.

“HyeWon!!”

HyeSung berlari mendapatkan HyeWon. HyeWon terseyum. Dia mencubit HyeSung. Betulkah HyeSung yang datang atau itu hanya satu ilusi yang cuba mempermainkan perasaannya.

“Ouch..”

HyeWon terseyum. HyeSung juga. Mereka berpelukan.

“Ingatkan HyeSung dah lupakan HyeWon”
“Sehingga ke hujung nyawa, HyeWon takkan sekali di lupakan. I miss you so much.”
“HyeWon juga.”

HyeWon menangis. Air mata kegembiraanya mengalir tatkala duka melingkari kehidupannya. Tatkala dia berendam dengan air mata. HyeSung datang membawa sinar.

“Kembalinya HyeSung hanya untuk sejenak atau seketika?”
“Selamanya.”

Semakin erat pelukan mereka.

“Komawa HyeSung”

Hidup HyeWon mula ceria. Dia mula berani menghadapi semua rawatan menyakitkan yang terpaksa di laluinya. Dia berani untuk melawan penyakitnya itu. Semenjak dia di sahkan menghidap leukimia, dia terasa yang kehidupannya sudah berakhir. Tapi HyeSung meyakinkan dia yang itu bukan penghujungnya lagi. Masih banyak lagi destinasi yang perlu di laluinya dan untuk sampai ke destinasi itu dia perlu kuat. Perlu melawan. Kata-kata itulah yang menjadi pendorong HyeWon untuk terus berjuang.

5 tahun dia meninggalkan HyeWon. Setiap saat, setiap detik dia rindukan HyeWon. Setiap nafasnya hanya memanggil nama HyeWon. Kini dia telah kembali ke sisinya di saat dia sedang bertarung di antara hidup dan mati.

“HyeWon kuatkan semangat ye.”

HyeWon mengangguk.

“HyeSung akan sentiasa temankan HyeWon kat sini. Ingat tu.”

HyeWon mengangguk.

“HyeSung janji, HyeWon akan sembuh sepenuhnya selepas ini.”
“Yaksok”
“Yaksok”
“Pinky promise?”

HyeSung tersenyum.

“Aaaa..Pinky promise”

Walaupun sudah berusia 16 tahun tapi HyeWon tetap seperti anak gadis kecil yang ingin di manja.

“Pinky promise.”

HyeSung memeluk HyeWon. Kemudian dia mengucup dahinya. Air mata HyeWon mengalir.

[END OF FLASHBACK]

Tahun 1994 membawa banyak kedukaan pada Milia. Namun dia berjaya mengharunginya. Kini dia tidak pasti sama ada Milia mampu mengaharunginya atau tidak. Dia pejamkan mata. Cuba mematikan kenangan pahit itu dari kotak ingatannya. Namun tidak berjaya. Air matanya mengalir membasahi pipinya yang putih.

Tiba-tiba….

“Mama..mama..mama…”
“HyeSung..HyeSung….”

Jeritan Milia mengejutkannya.

“Milia..Milia..”

HyeSung cuba menenangkannya. Dipeluknya Milia dengan erat.

“Milia. Jangan menangis lagi. HyeSung ada kat sini.”

Tangisannya semakin menjadi. Air matanya mengalir dengan deras. Pelukan lembut HyeSung menjadi erat. Cuba untuk menenangkan Milia. Semua ini diperhatikan sahaja oleh Tae Suk. Hatinya terluka.

“Milia jangan nangis lagi. HyeSung kan ada kat sini. Please janganlah menagis lagi.”
“HyeSung kenapa Mil? Kenapa mesti Mil yang harus menanggung semua ini? Kenapa? Kenapa? Apa salah Mil?”

“Mil tak buat salah apa-apa. Anggap sahaja ini sebagai suatu dugaan.”
“Tapi kali ini lain. Mil tak sanggup nak menghadapinya. Terlalu berat. Bahu Mil tak sanggup nak menaggung beban kedukaan ini seorang diri.”
“HyeSung kan ada. Kita akan sama-sama menanggung beban ini.”

Milia perhatikan HyeSung. HyeSung mengangguk. Air matanya semakin deras. Malahan HyeSung juga turut sama menitiskan air mata. Tetapi di lapnya untuk mengelakkan Milia daripada melihatnya. Dia tidak mahu Milia bertambah sedih.

“Kita akan lawan semua ini. Semua ini hanya sementara sahaja.”

Milia menggelengkan kepala.

“HyeSung jangan nak berbohong.”
“HyeSung tak pernah berbohong dengan Mil.”
“Mil tahu. Mil akan mati kan?”
“Siapa cakap?”
“Mil tahu.”

HyeSung menggelengkan kepala. Tanda tidak setuju. Kemudian dia menyerahkan mafela merah jambu yang di bawanya bersama kepada Milia.

“Milia ingat lagi mafela ini.”

Milia melihatnya. Mengangguk. HyeSung melilitkan mafela itu ke leher Milia. Ianya sungguh hangat.

“Milia ingat siapa yang beri?”

Milia memejamkan matanya. Menganggukkan kepala.

“Mil ingat apa pesanannya semasa dia berikan Mil mafela ini?”

Air matanya mengalir. Mengangguk lagi.

“HyeSung juga ada. Warna biru. Di bawahnya ada nama kita berdua. HyeWon dan HyeSung. Seminggu dia mengaitkannya untuk kita. Sempena malam Krismas yang satu-satunya dia tidak sambut bersama kita. Dan untuk selamanya.”

Air mata Milia semakin deras. Kemudian dia memeluk HyeSung.

“Mama..”
“Betul. Tentu mama Milia tak nak lihat Milia begini. Tentu dia nak Milia bangun dan melawan penyakit ini dengan berani. Bukannya macam ini. Milia ingat lagi apa auntie tulis atas kad kecil itu.”

Milia mengangguk. Pelukannya semakin erat. Air matanya semakin deras.

“Auntie tulis..

HyeWon & HyeSung,


Orang yang paling mama sayang. Pink and Blue represent your heart. Dan mama tahu hati kamu sungguh bersih dan suci. Ingat sayang dunia ini tidak kering daripada dugaan tapi ingat jangan sekali pernah putus harapan dengan rahmat Tuhan. Ingat tu.

Mama dan papa sayang kamu. Selamanya.


Mama & Papa



“Milia tahu…”

HyeSung lega. Dipeluknya dengan erat Milia.

………………………………………………………………………………………………

“Kau akan sembuh Milia. Aku janji dan aku juga janji aku akan sentiasa bersama kau selamanya.”

“Mama… Milia rindukan mama. HyeSung…”

“Mama..papa..maafkan HanSung..”

“EunSuh..tolong lindungi Milia..”

“Milia kenapa?”


………………………………………………………………………………………………




[ Last edited by sara on 8-10-2004 at 02:42 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.081911 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list