8.45MALAM | Carta Akhir Tahun CTFM 2010/2011 bersama Dj Qhairy CTFM di RadioCTFM - Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza untuk mengira 30 Lagu Hits Siti Nurhaliza Tarudin Official - http://www.radioctfm.com/CartaAkhirTahun.htm
Selamat Hari Lahir CU. Insya Allah tahun ini CU sudah ada master dalam genggaman. CU berusaha tapi tanpa CU sedari, Allah memberikan kemudahan untuk CU menaik tarafkan hidup CU menjadi pemegang master. Alhamdulillah. Satu per satu, Allah "aturkan" perjalanan hidup CU. Selepas ini, pasti CU akan berjumpa pula dengan buah hati CU yang menggembirakan dan menenangkan hati CU. Kami tunggu berita gembira itu. Insya Allah.
Selepas itu, percayalah CU, dugaan yang CU alami sebelum ini hanyalah seperti debu-debu yang berterbangan sehinggakan CU tertanya-tanya mengapa suatu masa dahulu CU terlalu bersedih dengan dugaan yang diibaratkan seperti debu itu? Tiada nilai yang hakiki tetap tetap mengajar CU erti kesabaran, erti pengharapan dan erti kekuatan dalaman. Bonus jika CU memandang dugaan itu sebagai satu bentuk ujian keimanan.
Jika hampir berputus asa dan hampir "rebah" rasa jiwa, berikan tempoh masa untuk diri CU sendiri untuk merasa kegembiraan yang hakiki sambil berusaha ke arah itu. Berikan 2 tahun, mungkin 3 tahun untuk sesuatu yang menggembirakan hati CU berlaku.
Ingatlah, setiap orang diuji dengan kepayahan jiwa, kesusahan fizikal dan kerisauan fikiran tapi setiap kesusahan, kepayahan dan kerisauan itu hanyalah bersifat sementara kerana pasti akan diselang-selikan dengan kegembiraan hati, ketenangan fikiran. Itu janji Allah yang pasti ditepati.
Semoga ulang tahun kelahiran CU kali ini memberi satu persepsi yang baharu tentang erti dugaan. Satu pembaharuan yang baik pasti akan berlaku dalam hidup CU tahun ini.Mendalami erti kesabaran yang sebenar dan sentiasa bersikap positif.
Paling penting, "mengenali" Allah dengan lebih dekat. Mati itu sangat dekat. Kiamat itu benar, CU. Syurga itu benar, neraka itu juga benar. Al-Quran itu benar, Rasulullah itu benar, Qada dan Qadar itu benar, kejahatan manusia itu benar, dugaan itu juga benar. Maka berserahlah kepada Allah.
Selamat Hari Lahir SAHABAT. Tenangkanlah hatimu.
P/S: Preaching is not a sin. Nasihat ini juga untuk saya yang ada beribu-ribu kelemahan diri. Walahua'lam.
MediaHiburan Media Hiburan
Penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza akan hadir dan menyanyi sebuah lagu di Konsert PPMH2011/2012 di #KarnivalKarangkraf . Nantikan esok!
19 hours ago Favorite Retweet Reply
dgr kata siti tercalon dalam kategori anugerah ikon jugak