CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: totokreturn

[Tempatan] V24: MH370 - PETUNJUK SATELIT SEMAKIN MEMBERI TINDAKBALAS POSITIF ...

 Close [Copy link]
Post time 31-3-2014 08:54 AM | Show all posts
Apa Hishammuddin fikir sebelum sidang media?

KUALA LUMPUR - Apa yang sering bermain dalam fikiran pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin sebelum beliau memasuki bilik sidang akhbar yang bersiaran secara langsung setiap hari sejak tiga minggu lepas?

"Keluarga penumpang dan anak kapal. Bahagian paling sukar bagi saya ialah mengetahui mereka akan menonton dan mengharapkan sesuatu... bahawa saya boleh memaklumkan kepada mereka berita gembira atau yang mengakhiri penantian mereka," katanya.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika ditemu bual media tempatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Hishammuddin, 52, yang menjalani rawatan angioplasti hampir empat bulan lepas, beliau mengakui kurang tidur selepas insiden berkenaan.

"Tak tidur sebab zon masa. Maklumat datang dari pelbagai zon masa. Maklumat yang seperti ini umpama 'roller-coaster' untuk saya. Sebelum nak tidur, orang kata ada tumpahan minyak, esok pagi kata negatif.

Baru nak tidur, kata ada (jumpa) jaket keselamatan, esok bangun kata negatif. Itu yang saya lalui bersama anggota Kabinet khususnya Perdana Menteri," katanya.

Empati beliau terhadap keluarga terbabit diluahkan secara terbuka sebelum ini, dan Hishammuddin berharap waris mereka yang berada dalam pesawat malang itu faham bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha sedaya upaya serta konsisten dalam insiden yang tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".   

Hishammuddin yakin tragedi itu membawa hikmah tersendiri apabila semua rakyat Malaysia, tidak kira agama, bangsa atau fahaman politik bersatu mendoakan yang terbaik dan mempertahan negara apabila 'dihentam' media asing.

Saban hari, laman sosial Hishammuddin, yang juga anak Perdana Menteri Ketiga Malaysia Tun Hussein Onn, 'dihujani' kata-kata semangat meminta beliau tidak berputus asa.

"Kita tengok dalam Twitter, ramai pemimpin pembangkang yang beri kata-kata semangat kepada saya setiap hari. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Terpulang kepada anda sama ada ingin melihat sesuatu perkara secara positif atau negatif," katanya.

Ironinya, ini bukan kali pertama Hishammuddin 'diuji' dengan kejadian di luar jangka kerana setahun yang lepas, beliau atas kapasiti sebagai Menteri Dalam Negeri berdepan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menganggap itu sebagai 'asam garam' pekerjaan pilihannya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata kedua-dua insiden (Lahad Datu dan MH370) membawa cabaran berbeza.        "Ketika kejadian Lahad Datu, kita (Malaysia) tidak mempunyai sokongan dan kepakaran daripada dunia, saya secara peribadi berasa keseorangan dan maklumat yang kita terima tidak boleh dikongsi dengan orang ramai," katanya.

Ini berbeza dengan tragedi MH370 apabila pelbagai negara, tanpa membangkitkan soal kewangan, menawarkan bantuan, menghantar aset terkini dan canggih selain berkongsi maklumat radar hanya untuk mencari MH370.

Ditanya bagaimana beliau melihat beberapa individu mengambil kesempatan daripada tragedi MH370, Hishammuddin berkata beliau kesal dengan kejadian itu namun yakin 'hanya perkara yang baik akan menang di akhirnya apabila kebenaran terbukti'.

"Saya tidak pernah menyesal. Malah saya amat bangga menjadi pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan. Saya bangga dengan pasukan mencari dan menyelamat kita serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kita berdiri sebagai sebuah bangsa.

"Saya tidak akan putus asa. Semua yang berlaku ada sebabnya. Saya buat yang terbaik dan tawakal kepada Allah," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 08:56 AM | Show all posts
aurora273 posted on 31-3-2014 08:52 AM
ntah2 kapt ni yang syok kat bini kapt zaharie kot... hikhik

tau tak pe. mana lah tau..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 08:56 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 31-3-2014 08:50 AM
Dia salah seorang yang mengadap satu dunia untuk menjawab pelbagai spekulasi dan persoalan dan sehin ...

Kesian tengok gambar Datuk Hishamudin ni. Teruk sungguh ujian dia kali ni.

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 08:56 AM | Show all posts
Simunggu posted on 31-3-2014 08:50 AM
jadi kalau hang cerdik sangat boleh bagi tahu apa tuntutan hijacker itu??????????????????????????? ...

hijack kena ada tuntutan ker...pi belajar lagi ok... ker nak repeat paper lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 08:57 AM | Show all posts
Ab Manan Mansor
Chief Executive at Aviation Management College


Semasa
  • Chief Executive di Aviation Management College
Terdahulu
  • Managing Director di Mansalin Corporation Sdn Bhd
  • Managing Director di Applied Fiber Optic Instruments Sdn Bhd
  • Manager di PETRONAS
  • Helicopter Pilot di Genting Bhd
  • General Duty Pilot - Captain di Royal Malaysian Air Force

Pendidikan
  • University of Bath
  • Central Flying School, RAF Ternhill
  • Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • High School Kuala Lumpur
  • Pengalaman Ab Manan Mansor
    Chief ExecutiveAviation Management College

    January 2006 – Present (8 years 3 months)
    Students recruitment marketing;
    Lecturers recruitment and development;
    Courses development and approval;
    Staff recruitment and development
    Academic administration
    Students affairs & disciplines
    Government regulatories
    Students loan administration
    Examination administration and standardization
    Student graduate administration
    Quality assurance, MQA course accreditation,
    Articulation with foreign universities
    Financial sourcing and management


    Managing DirectorMansalin Corporation Sdn Bhd

    January 2002 – December 2005 (4 years)
    Public Training at IIAM, MARA, PERHEBAT, PBBBM, APFT
    Lecturing at UM, OUM, UNITEN, UMP.


    Managing DirectorApplied Fiber Optic Instruments Sdn Bhd

    January 1996 – December 2001 (6 years)
    Manufacturing of fiber optic light cables for medical use.
    Procurement of components and raw materials
    Production of 50 micron fibers from draw tower.
    Assembly of tubing and polishing of fiber optic cables
    Assembbly of headlights and helogen light sources
    Ouality control process
    Marketing of finished products


    ManagerPETRONAS
    Privately Held; 10,001+ employees; Minyak & Tenaga industry
    March 1981 – December 1995 (14 years 10 months)
    Project management - design, construct, commission and operate Kerteh Airport, Trengganu, Malaysia.
    Human Resources Management , Job analysis & evaluation, recruitment, industrial relations, foreign staff recruitment.
    Sales & Marketing, Advertisement,sales promotions, outsourcing.
    Procurements & contracts - upstream and downstream, capital projects, equipments and services.
    General services - logistic, communication and real estate.
    Internal auditing - projects management & plant and manufacturing operations, and services.


    Helicopter PilotGenting Bhd

    January 1990 – February 1991 (1 year 2 months)
    Helicopter passengers movement from KLIA and Genting Highland, 6000 ft amsl. Flew helicopter Bell 212, twin engine, fully IFR instruments


    General Duty Pilot - CaptainRoyal Malaysian Air Force
    Government Agency; 10,001+ employees; Ketenteraan industry
    September 1969 – January 1980 (10 years 5 months)
    Flew 10 types of aircrafts - 5 fixed wing and 5 rotary wing. Piper Cub L4J, Mentor T34A, Delfin L29, Tebuan CL 41J, Piston Provost, Alluette 3, Nuri S61A, Gazzele 3, Bell 47G.
    Combative troops deployment at Thai border at Peninsular Malaysia, and Kalimatan border at Sarawak,
    Combative Search & rescue mission,
    Combative Medivec & casivec mission
    Training - Helicopter Flight Training School - A2 Instructor and Flight Commander,
    Examining - Nuri S61A pilots for RMAF







Projek Ab Manan Mansor




Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 08:59 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 31-3-2014 08:50 AM
kan yunk..
dier rang tak pikir impact nya pada pilot tu ..

semua waris pergi sana ke? maksud nya ada tak yg tak mau pegi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2014 09:00 AM | Show all posts
truly posted on 31-3-2014 08:56 AM
Kesian tengok gambar Datuk Hishamudin ni. Teruk sungguh ujian dia kali ni.

kali ni lagi teruk kot...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:01 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 31-3-2014 08:46 AM
takkan co pilot pun nak bersiar siar jugak... tunang dok tunggu tu.. takkan cabin crew tak sedar l ...

Something must have happened to him before the turn-back...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki posted on 31-3-2014 10:51 AM
Tak... dia ada kolej sendiri... cuba you masuk dlm daily mail...baca belah kanan bawah dr page dai ...

thanks kiki.. sapekah dia nak buka hal peribadi capt. z..

masa ni lah nampak sape kawan sape lawan kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:02 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 31-3-2014 08:54 AM
Apa Hishammuddin fikir sebelum sidang media?

KUALA LUMPUR - Apa yang sering bermain dalam fikiran ...

harap2 kesihatan abg isam dalam keadaan yang sangat positif, takut2 masuk hospital lagi nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:03 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 31-3-2014 09:00 AM
kali ni lagi teruk kot...

Tak semena mena masa buat refleksologi semalam I baca utusan... ( dah berkurun tak baca ) dlm tu ada artikel pasal Tok Isam,... dia kata Lahad Datu lebih teruk sbb dia rasa keseorangan handle that case... untuk MH370..dia kata better sbb ramai orang terlibat bantu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 31-3-2014 10:54 AM
Apa Hishammuddin fikir sebelum sidang media?

KUALA LUMPUR - Apa yang sering bermain dalam fikiran ...

heols sendiri pernah nyaris2 terlibat dengan insiden masa naik helicopter kan dulu2?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:04 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 31-3-2014 08:53 AM
ha`ah..
gamerz pun rata2 tau benda ni
sebab data game yang dah abis di main akan delete untuk ga ...

Takde la terrer. Dah kerja itu kerja kita...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:04 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 31-3-2014 08:19 AM
yang confirm, kawan dia capt ni yg pecah lubang terus.... dasar kawan tak boleh simpan rahsia...bi ...

abang ..
orang tolong tepek balik ey..
senang skit baca
bagus info ni..

Credit To :
@scorpionkiki


kawan yang makan kawan kan  


MH30 CAPTAIN ZAHARIE WAS 'PSYCHOLOGICALLY UNSTABLE'

MH370 Captain Zaharie was 'psychologically unstable' following a marriage break-up with his second wife, according to the President of the Malaysian Pilots Association.

Captain Abdul Manan Mansor told the MailOnline:'Everybody is [upset] about it, but when you have instability there are so many ways that a person who wants to suicide [can do it],' Mansor said.

'I have seen four or five pilots killing themselves because of marital problems.'

Earlier reports have said Zaharie's first wife and mother of his three grown children, Faiza Khanum Mustafa Khan, was leaving him after 30 years, and that relationship problems with another woman had left him 'in no state of mind to be flying'.

Capt Manan, a former Royal Malaysian Airforce pilot and Chief Executive of Malaysia's Aviation Management College also has his theory about what happened on board MH370 in the skies over South-East Asia, soon after take-off.

He said he believed Captain Zaharie was solely responsible for steering the aircraft off course and that the most likely scenario was pilot suicide.

'I believe it was only him, not the co-pilot [Fariq Abdul Hamid] who was in the cockpit flying the plane,' Capt Manan said.

'[Hamid] had very little experience as a pilot and he wouldn't know the mountains of Malaysia very well.

'I believe the co-pilot wasn't in the cockpit . . . was asked to go and check on something and the captain locked the door.

'I think . . . everybody would have been trying to break the door open, that's why the aircraft went down and up to 45,000 feet.

(lolz hahaha tang ni lawak skit .. apa laaa kaitan nya dengan semua orang try nak pecah pintu tu .. adakah pintu kokpit tu  macam pintu kayu rumah ka boleh nak pecah2 )


'The pilot pulled the aircraft to give the passengers negative and positive 'g', to disarm them [make] them stay put and don't disturb me.'

(ni kira pilot goyang2 kapalterbang tu ka? mohon yang lebih arif menjelaskan sambil try bayang kan )




Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:06 AM | Show all posts
Bell posted on 31-3-2014 09:01 AM
Something must have happened to him before the turn-back...

Cabin Crew... takkan diaorang tak sedar? Yg ada dlm tu bukan calang calang cabin crew tu... Yg ketua steward tu sangat berpengalaman kan... takkan dia kena duped... then tak ada call out... (yg ini yg paling baffling)
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:06 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 31-3-2014 08:54 AM
Apa Hishammuddin fikir sebelum sidang media?

KUALA LUMPUR - Apa yang sering bermain dalam fikiran ...



Simpati aku pada menteri sorang ni... Mr. Hishammuddin..
Semua kejadian ade hikmah nye...... aku pasti dia akan menjadi lebey matang bile handle perkara2 serious mcm ni.. A big challenge for him
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 09:07 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 31-3-2014 08:56 AM
tau tak pe. mana lah tau..

ha`ah kan..
ader personal yang dier tak suka..
ni laa kesempatan..
apa lagi

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:08 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 31-3-2014 09:04 AM
abang ..
orang tolong tepek balik ey..
senang skit baca

Dia tak ada license untuk bawak B777 kan... mcmana dia tau apa yg boleh dan tak boleh buat dlm tu... dia confuse kot heli dan commercial boeing plane
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:08 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 31-3-2014 09:03 AM
Tak semena mena masa buat refleksologi semalam I baca utusan... ( dah berkurun tak baca ) dlm tu a ...

Yes in this case we dont feel that we are alone. Tapi I rasa sedih pulak pada negara kita. Apa lah nak jadi lepas ni. Cost SAR ni mencecah berapa lah. Betul lah wang bukan segalanya tapi tragedy ni dah ubah Malaysia. Apa nasib kita, apa nasib MAS

Belum cakap lagi pasal cina mainland banyak cekadak. Depa berani pasal orang kita sendiri pun kutuk kita. Dalam kes ni kerajaan dah cuba sebaik mungkin.

Tapi sometimes come to think of it, padan muka kerajaan jugak. Sebelum ni dorang suka twist and turn, sembunyi fakta, cakap bohong, bailout MAS, protect MAS, kroni, rasuah etc jadi sekali ni dan tiap kali, walaupun bercakap benar, orang dah tak pecaya. kredibiliti dan integriti dah hilang. Serves them right.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:09 AM | Show all posts
Lina66 posted on 31-3-2014 09:06 AM
Simpati aku pada menteri sorang ni... Mr. Hishammuddin..  
Semua kejadian ade hikmah nye... ...

Tahap menteri née...nko ingat dia tak ada press/ private secretary?

Setakat 3 minggu tak balik...can you imagine his press secretary?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.301776 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list