|
Reply #2239 annyeen's post
yelah...ni dah masok june...alaf x trilogi baru ker tuk bulan june...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2240 khaly's post
Oh camtu nak cari katne nak baca blog alaf ye...
Kat Ipoh selalu lambat dpt novel baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2242 annyeen's post
ya lebih senang kalau rujuk terus website penerbit. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2236 minahleter's post
|
|
|
|
|
|
|
Karya terbaru - Dhiya zafira " RINDU BELUM BERHENTI'
tajuk dan fragmen dah ada. covernya mana? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TEMU RAMAH BERSAMA DHIYA ZAFIRA ( dipetik dr laman web alap)
1. Tahniah di atas kelahiran RINDU BELUM BERHENTI (RBB). Boleh ceritakan bagaimana Dhiya mendapat idea dan berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan keseluruhan manuskrip?
RBB adalah kisah seorang lelaki yang insaf atas kesilapan masa lalunya yang kotor dan hitam. RBB juga kisah seorang wanita yang tiba-tiba menjadi pelarian atas jenayah yang dirancang ke atasnya. Takdir menemukan mereka berdua dan tanpa sedar ada sejarah / rahsia yang tersembunyi di antara mereka. Idea? Kebanyakannya hasil daripada menungan saya yang tidak henti-henti. Apabila sudah mendapat plot secara kasar, barulah saya buat research serba sedikit. RBB lahir bersama KDB. Semasa menghantar manuskrip pertama, hampir 65% RBB telah siap. Cuma terhenti seketika semasa arwah ayah sakit. Saya tidak mengira masa berapa bulan atau tahun saya menulis, yang pasti seperti target saya, setahun mesti sebuah buku.
2. Membaca `Tinta Penulis' dalam RINDU BELUM BERHENTI, Dhiya ada mengatakan ini merupakan percubaan pertama saudari mencuba genre action-romantis. Berbeza sangatkah berbanding karya yang pertama?
Saya tidak mengubah genre secara total. Saya masih mengekalkan unsur cinta di dalam novel saya. Ini merupakan percubaan pertama dan juga cabaran buat saya untuk melihat sama ada saya mampu untuk menulis cerita-cerita aksi sebegini. Secara jujurnya, saya lebih menggemari cerita-cerita yang berunsurkan action romance ataupun action thriller ini daripada kisah cinta semata-mata. Sejak dari zaman persekolahan, saya lebih terdedah dengan cerita-cerita begini. Jadi, saya cuba menulis cerita yang saya suka dan mengharapkan pembaca juga suka apa yang saya garapkan.
3. Antara karakter Alia & Taufik dalam KUDAMBA BAHAGIA (KDB) dengan Adni & Zack dalam RINDU BELUM BERHENTI, yang manakah lebih menjadi kesukaan dan yang manakah lebih sukar?
Untuk memilih antara dua pasangan ini, sememangnya sukar kerana saya amat mengemari mereka. Saya sukakan kelembutan Alia dan kesetiaan Taufik. Saya sukakan hubungan mereka walaupun menerima dugaan yang bukan sedikit. Adni pula, saya sukakan ketegasannya. Dia tidak pernah kenal erti putus asa. Tidak pernah mengalah untuk memperjuangkan cinta. Adni tahu apa yang dimahukan dan dia berusaha untuk mendapatkannya. Zack, inilah watak yang agak payah untuk dipotraitkan. Saya kena menyelami ke lubuk hati seorang lelaki yang tersepit di antara rasa dosanya pada masa silam dengan keinginannya untuk hidup bahagia bersama Adni. Walaupun payah, tapi saya sukakan Zack dan berharap agar pembaca juga sukakan watak ini.
4. Kami yakin peminat yang telah berpuas hati dengan KUDAMBA BAHAGIA akan merasakan perasaan yang sama dalam RINDU BELUM BERHENTI. Komen sikit.
Saya percaya genre apa yang kita tulis sekalipun, kalau garapannya bagus, wataknya meyakinkan, plotnya menarik, cerita itu tetap akan bagus. Itu kenyataan. Saya bercakap secara umum, bukan tertumpu pada karya saya sahaja. Secara peribadi, kemahiran penulisan saya semakin berkembang dalam RBB. Saya juga yakin RBB lebih baik daripada karya saya sebelumnya. Pembaca tidak usah takut. Kalau pembaca mencari cinta, RBB juga ada cinta. Kalau mahu air mata, RBB juga bisa mengalirkan air mata anda. Nasihat saya, bacalah dahulu dan nilaikan kemudian. Perlu diingat juga, saya masih dalam proses pembelajaran..
5. Pastinya ada kenangan manis dan tidak kurang yang pahit sepanjang Dhiya bergelar novelis. Jika tidak menjadi keberatan, kongsi-kongsilah dengan kami.
Menjadi seorang penulis adalah impian saya sejak dari alam persekolahan lagi. Apabila sudah berjaya, maka apa sahaja yang berlaku selepas itu adalah manis-manis sahaja. Cuma, apa yang membuatkan saya ralat/kesal adalah kerana arwah ayah saya tidak berpeluang untuk melihat hasil kerja saya. Hanya tiga minggu ayah pergi dan saya mendapat tahu bahawa karya saya akan diterbitkan. Arwahlah yang beria-ia memupuk minat dan semangat saya untuk terus menulis. Kini, walaupun ayah telah tiada, namun semangatnya tetap bersama saya, abadi selama-lamanya.
6. Harapan Dhiya terhadap RBB tentunya yang indah-indah belaka. Ya, kan?
Sudah semestinya! Saya mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk RBB. Saya berdoa agar RBB boleh diterima pembaca, kerana tanpa pembaca siapalah saya. Saya juga berharap siapa yang menyukai KDB akan menyukai RBB. Seperti yang saya katakan tadi, baca dahulu dan nilailah kemudian. Semoga anda semua berpuas hati.
7. Target Dhiya?
Insya-ALLAH... selagi ada kudrat, saya akan terus menulis. Saya mensasarkan sebuah novel setahun. Dan buat masa ini, saya berjaya mencapai target saya itu. KDB terbit pada 2007 dan RBB pula pada tahun ini. Kalau tiada aral, mungkin KTU (judul sebenar biarlah rahsia dulu, ya...) akan terbit pula tahun 2009. Insya-ALLAH. Semua ini tidak akan berjaya tanpa sokongan anda semua. Terima kasih kerana masih menyokong saya.
p/s - makin tak tak sabar. bila nak ada kt pasaran? |

Originally posted by lobakbeeru at 4-6-2008 04:13 PM
cuma rasa macam emosional sikit sebab Qasdina tak berapa minat pada Iqram
hanya disebabkan tidak memenuhi citarasa.. dalam ertikata lain " not her taste".
iya lah... Zariel tu kan lebih kacak, ...
tp kan pendapat shieda la....sebenarnya dia suka kat iqram tu tp yg jd no taste tu sbb kan dia mcm dah set nak cari org kaya...konon nya nakmenyenangkan hidup n memenuhi anganan....tp kan klau dr segi rupa lak...shieda membayangkan iqram lg kacak cuma x teserlah coz x de pakaian yg smart n keta beso....if not he will be more handsome cmpared to zairel |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : RINDU BELUM BERHENTI
Penulis : Dhiya Zafira
Harga : RM 18.00
M.S : 479
sinopsis belakang buku :
Dia ada segalan-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat berbahaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.
Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan dibutu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.
Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan disebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?
Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Dapatkah Adni menemui cintanya semula?
Adni - Kudamba bahagia bersamamu
selagi belum berhenti, aku akan tetap
menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untuku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2250 haizaiza's post
haizaiza,
sinopsis pon dah teruja gitu . dah baca ke? letaklah pic novel tu. nak taulah cover cun tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2251 khaly's post
baru beli smlm...blom habis baca pun lagi..
novel ni mmg x mengecewakan banyak adegan2 suspen n thriller
tahniah dhiya coz berjaya menghasilkan novel sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2250 haizaiza's post
Ohhhhh novel baru alaf....penulis baru ke?
Tak ada cover ke? utk saya cover memainkan peranan yg penting selain dari isinya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2252 haizaiza's post
nanti jgn lupa bagi review penuh tau. aku kirim kt member. esok baru dapat. dah tak sabar rasanya. suka dengan dhiya dr kudamba bahagia lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2255 khaly's post
TQ....aku novel tak meluas lagi.....
Yang follow sgt RAM , Anis & Aisya.....yang lain tu tak biasa lagi...baru nak cuba2..... |
|
|
|
|
|
|
|
cover RINDU BELUM BERHENTI ( dicilok dr blog penulis)
[ Last edited by khaly at 13-6-2008 11:48 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2258 khaly's post
Cover menarik cuma gbr couple tu kureng sikit npk cam tak real cut & paste ..yelah mungkin tgk kat forum belum tgk yg ori kat novel... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|