Mila suka bunga api
MEMILIH yang sinonim dengan dirinya, hari raya suka disambut dengan percikan bunga api oleh juara Lagu Terbaik pada Festival Muzik Pop Antarabangsa Ke-17 Varna, Bulgaria ini.
Mila kini semakin sibuk memenuhi undangan berbuka puasa bersama anak-anak yatim selain mengisi jadual majlis golongan korporat.
Mila baru sahaja selesai menunjukkan bakat lakonannya dalam filem Lu Pikirlah Sendiri bersama Nabil, Raja Lawak musim kedua.
"Kalau sebelum ini dalam filem Apa Kata Hati, Mila bertindak sebagai cameo, dalam filem ini pula Mila sudah ada dialog. Rupanya susah mahu membawakan dialog. Ada nada yang tersendiri.
"Mila minat berlakon cuma Mila rasa ia menuntut komitmen yang sangat tinggi. Mila masih kosong dalam dunia lakonan, banyak yang perlu dipelajari."
Tambahnya, membawakan watak Aishah, adik kepada Nabil menuntutnya bermain dengan emosi dan menangis dengan banyak. "Bayangkanlah macam mana nak nangis bila berlakon dengan Nabil.
"Dia selalu buat lawak, tapi saya dapat banyak bimbingan melalui filem ini. Dan paling seronok bila Mila dapat menangis seperti yang diminta. Puas hati!"
* Mila rajin berfacebook rupanyer |