|
▄ ▌▄ ▌▄ ▌ISTANA GAFIM XXVII ◈ SINGGAHSANA AKIM ▌▄ ▌▄ ▌▄
[Copy link]
|
|
as salam sumer warga istana .... amani, sara, warda yg x tersebut maaf kan kak anis coz x sempat nak ...
iwanis7 Post at 9-5-2011 16:41 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
hye kak anis..rindu dgn kak anis kt istana nieh.. hik2... okeh kak aniss..gegeh2..hahaha psl vid tuh...tq to kak jo..hak3...iolls suke...if soltan buat lg cam uh kan best..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum warga istana yg tercinta...arap sumer sihat2 k..sori ek lama tak in sini...full ...
Warda Post at 8-5-2011 18:59 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
wasalam kak warda..rindu sama kamuuuuuuuuuuuuuuuu !! ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
okeh korg....erm...korg dh tahu x sape dpt lagu JANJI??spe yg x tahu tuh meh ikah informkan...hak3...
ERUL!!!!!!!!!!!!!
td ikah tgk reaksi die,terkejut jugaklah sbb die ckp x penah dgr lagu tuh....die ckp pernah lagu BENGANG jer...biar betik...x kanlah INILAH CINTA x penah dgr kod....agaknya terlalu byk layan lagu korea kod...hu3
arap die sukelah dgn lagu tuh...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
okeh...ikah out dulu...chow cin cau.....syg korg sume kak sara,kak diyana,along,amani,kak nia,kak itah,aqilah,kak lara,kak joanna,kak iwanis and kak warda...{:1_147:}![](static/image/smiley/default/flower.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mlm uollss...WINDU BANGAT SAMA ISTANA NEYH DONG!!!!!!
ikah arey neyh ade buah tgn tok uSmiliesollss....d ...
ikaishkim Post at 10-5-2011 22:15 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
malam ikah WINDU JUGA SAMA IKAH ... Wahhh thanks bangetttttttt...cair sudaa |
|
|
|
|
|
|
|
okeh korg....erm...korg dh tahu x sape dpt lagu JANJI??spe yg x tahu tuh meh ikah informkan...hak3.. ...
ikaishkim Post at 10-5-2011 22:30 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Halo ikah...dh tau dh..hehe... ERUL !!! Ngeee... haa? x pena dgr? ish erul nie ! Nk kene babap nieh ! Kak sara kurungg erul !! Ngiahahah..lagu JANJI yg tgh popular skunk nie leh plak dye x tau...betul tuh ikah ikut lagu korea sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Pic credit to Kak itah
Heheheheeh... kenapa lah dye x amik gafim nyer group..tp oke lah ~ Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kak wardaaaa
Dah lame x nampak..
SaVilara Post at 11-5-2011 17:11 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Dah lame x nampak kak lara.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Akim, Stacy jadi orang tengah
Oleh Hellinie Sina
[email protected]
KELANTANGAN vokal serta kebolehan kedua-dua anak muda ini menghiburkan peminat antara sebab utama mereka dilantik sebagai duta aiskrim.
Jika sebelum ini Mawi, Mila, Dafi dan Shila pernah dijadikan duta, kini giliran Stacy dan Akim dipilih duta Cornetto Royale Mixed Berry.
Pelantun suara lagu Jahat itu teruja kerana dipilih menjadi duta Cornetto apatah lagi bergandingan dengan rakan seperjuangannya dalam bidang nyanyian yang turut menyandang tempat ketiga Akademi Fantasia 7 (AF7).
Ketika pelancaran konsert Wall’s- Lafazkannya Dengan Stail Cornetto di The Milk, Bangsar, baru-bary ini, Pengurus Jenama Makanan, Malaysia dan Singapura, Aiskrim Wall’s Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Chan Meng Yang turut mengumumkan nama tujuh artis yang akan menghiburkan peminat setia aiskrim itu sebagai tanda penghargaan.
“Saya sangat gembira kerana terbabit dengan konsert diadakan pada Jun ini, apatah lagi saya akan berkongsi pentas dengan penyanyi yang hebat. Saya menghargai kepercayaan dan peluang diberikan,” kata Stacy ketika pelancaran rasmi konsert itu.
Anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini berkata, sebagai duta Cornetto, tugasnya bersama Akim selaku orang tengah bagi dua individu yang bercinta. Pasangan yang tidak yakin atau segan meluahkan perasaan cinta mereka boleh menggunakan khidmat mereka berdua menjadi wakil bagi meluahkan perasaan yang terbuku.
Konsert yang akan diadakan pada Jun itu bertujuan menggalakkan orang ramai menyemai bibit-bibit persahabatan dan meluahkan pendirian mereka dengan cara yang unik dan berlainan yang boleh membawa pelbagai kemungkinan yang tidak terbatas.
Mereka berharap agar tujuh artis yang dipilih akan bergabung tenaga untuk mengha�ngatkan konsert itu dengan perasaan cinta menerusi lagu akan didendangkan. Setiap persembahan akan disusun unik untuk memastikan peminat benar-benar terhibur dan membawa pulang kenangan manis yang sukar dilupakan.
Konsert yang bakal berlangsung di Jusco Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 11 Jun itu akan menampilkan penyanyi terkenal seperti Tilu, Sofaz, Black, Tomok dan Awi Rafael yang akan sama-sama bergabung tenaga dengan Akim dan Stacy.
Bagi Sofaz, ini adalah kali pertama mereka terbabit dengan konsert seumpama itu.
Menurut Amir, album baru mereka yang berjudul Maaf Dari Hati Mohd Atlas kini sudah menemui peminatnya yang sudah lama menantikan produk baru daripada kumpulan yang mendendangkan lagu Dan Bila Esok.
Selain itu, filem pertama mereka akan dimainkan di layar perak pada awal tahun depan. Filem yang diberi nama Sofaz The Movie: Jiwa Kacau itu arahan Tauke Raja Lawak. Turut sama dalam filem itu ialah Saiful Apek, Yasin, Tomok dan Akim.
“Filem ini sebuah filem komedi dan tidak ada kaitan dengan perjalanan hidup Sofaz. Filem ini berkonsepkan komedi dan menceritakan Sofaz yang normal menjadi gila dan sekali lagi bertukar menjadi seorang manusia yang normal,” kata Amir yang turut hadir pada majlis itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Gosip membawa rezeki
Oleh Latifah Arifin
[email protected]
2011/05/13
http://www.bharian.com.my/articles/Gosipmembawarezeki/pix_gal0
Akim dan Stacy pada majlis pengumuman konsert Cornetto.
Keintiman Akim, Stacy membuatkan produser mahu digandingkan dalam filem
KEINTIMAN Akim dan Stacy sehingga menimbulkan gosip percintaan antara mereka memang hangat diperkatakan.
Bagaimanapun, gosip sebegitu seolah-olah membuka pintu rezeki apabila kedua-duanya ditawarkan membintangi filem yang menampilkan mereka sebagai watak utama.
Namun begitu hasrat untuk melihat gandingan yang dilihat serasi bersama ini tidak kesampaian kerana Stacy keberatan menerima tawaran berkenaan kerana ingin memberikan komitmen kepada pembikinan album keduanya sedang dalam peringkat pemilihan lagu bersesuaian.
etika ini Stacy yang baru selesai penggambaran muzik video single terbarunya, Kisah Dongeng ingin memberikan penumpuan sepenuhnya kepada karier nyanyiannya yang semakin berkembang dan memendamkan seketika hasrat untuk mengorak langkah ke dunia lakonan.
Lagu Kisah Dongeng, single pertama balada ciptaan komposer Edry Abdul Halim yang sedang mendaki carta lagu pilihan pendengar radio tempatan ketika ini adalah antara lagu yang akan dimuatkan dalam album keduanya nanti.
“Saya mahu peminat mengenali Stacy sebagai artis serba boleh, yang boleh menyanyikan lagu berentak rancak dan perlahan dengan baik.
“Stacy juga sedar akan kelemahan komunikasi dalam Bahasa Melayu yang agak ketara, jadi Stacy kini sedang mengikuti kelas bahasa kendalian Norzizi Zulkifli bagi memperbaiki diri dalam sebutan bahasa Melayu.
“Dulu, Stacy kerap ketinggalan dan tidak memahami soalan yang diajukan tetapi dengan mengikuti kelas bahasa ini dan dengan bantuan rakan-rakan, termasuk media kini Stacy lebih yakin setiap kali ditemubual.” katanya ketika ditemui semasa sidang media pelancaran Konsert Lafazkannya di ibu negara.
Sementara itu, Akim pula memang teruja untuk muncul dalam filem pertama lakonannya walaupun terpaksa bergandingan dengan orang lain selepas Stacy kemungkinan menarik diri.
Ketika menunggu masa untuk memulakan penggambaran filem itu nanti, Akim juga ligat mencari lagu-lagu bersesuaian untuk dirakamkan dalam album terbaharunya nanti.
Penyanyi muda itu juga sedang mencari ilham untuk mencipta lagu ciptaan sendiri untuk dimuatkan dalam album yang dijangka dipasarkan pada tahun ini.
Ditanya mengenai keintimannya dengan Stacy, Akim mengakui dia memang rapat dengan penyanyi lagu Jahat dan Cinta Pakai Buang itu selain menjelaskan hubungan mereka tidak mendapat halangan daripada keluarga gadis kelahiran Sabah itu.
“Saya memang sering berjumpa ahli keluarga Stacy untuk mendapat kebenaran membawanya menonton wayang atau bersiar-siar, malah keluarganya turut keluar bersama jika ada kelapangan,” katanya.
Akim turut mengakui gosip percintaan bersama Stacy sudah tersebar luas, tetapi ia kadang-kadang memberikan impak positif dalam karier mereka.
Terdahulu, kedua-dua bintang remaja ini akan mengadakan dua konsert yang dinamakan Konsert Wall’s di Jusco Setiawangsa pada 11 Jun dan diikuti Johor Bahru pada 18 Jun depan.
Pengurus Jenama Kanan, Malaysia & Singapura, Aiskrim Wall’s Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Chan Meng Yang berkata, selain Stacy dan Akim, konsert yang diadakan secara percuma ini turut menampilkan penyanyi popular lain seperti Kumpulan Sofaz, Tomok, Awi Rafael, Kumpulan Tilu, Azlan and The Typewriter, Shahir dan Black.
“Melalui konsert ini, kami dapat menghidupkan semangat Cornetto menerusi persembahan muzik secara langsung, yang dikongsi bersama-sama penyanyi popular dan penggemar ais krim di seluruh negara,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|